Thursday 30 May 2013

Cinta dari roh yang terpendam disingkap.

  Segala puji bagi Allah dan yang telah menurunkan  al Quran melalui hamba pilihan Muhammad saw dan diamal oleh para wali dan solihin dan orang2 yang dikehendakiNya.
   Bahawa hendaklah diketahui,  mahluk pertama di cipta Allah adalah " Roh Muhammad saw ".Ia dicipta dari Jamalillah " seperti firman Nya didalam hadis qudsi "Aku ciptakan Roh Muhammad dari cahaya Zat Ku " .Dan  dari Roh Nor Muhammad, Allah mencipta pula roh manusia selainnya di alam Lahut.
   Setelah penciptaan ini, Allah berkehandak menurunkan manusia kealam yang lebih rendah untuk menyempurnakan kemanusiaannya dan pendekatannya kepada Allah  iaitu dimaqam para wali dan nabi. Maka Adam dicipta bersama Hawa yang menjadi bapa dan ibu seluruh umat.
    Pertama Allah menurunkan roh Qudsi yang di cipta dari nor Muhammad kealam Jabarut yang dibalut cahaya yang dinamakan 'ruh Sultani' kemudian kealam Malakut disebut 'roh Sirani Rawani' dan dialam Mulki disebut 'roh Jasmani'
      Tujuan utama manusia didatangi kedunia ini adalah supaya manusia mendekatkan diri kepada Allah dan mencapai darjat menggunakan hati dan jasad.
    Allah memerintahkan roh seluruh lapisan untuk masuk kedalam jasad ditempat masing2

1. ROH JASMANI. Ditempatkan diantara daging dan darah, diwilayah dada dan anggota badan yang zahir. Amalan nya adalah syariat yang difardukan Allah tanpa syirik, riak dan sum'ah. Yang menghasilkan pertolongan Allah,mukasafah,'terbuka hijab' dan musyahadah dan karamatullah karniah dan berahir ke Janaatul Ma'awa.「 Syurga.」

2. ROH ROHANI. Ditempatkan di hati dengan mengamalkan nama Allah, Asma ul Husna. Sabda nabi "  Allah memiliki 99 nama. Orang yang menguasainya akan masuk syurga". Ia itu berahlak dengan Asma ul Husna. Duabelas nama ini adalah sumber dari  seluruh nama2 Allah sesuai dengan huruf LAILAHAILLAHLALLAH. 12 huruf mereka ini di ahirat akan di tempatkan Janatulnaim.

3. ROH SULTONI.Tempatnya di Fuad iaitu matahati.Dengan makrifat kepada Allah yang akan dapat melihat pantulan Jamalillah, keindahan Allah. Diahirat nanti mereka akan ditempatkan ke Janahtul Firdaus.

4. ROH AL QUDSI. Adalah didalam sir 'rasa'. Seperti firman Allah "Manusia adalah rahsia Ku dan Aku adalah rasia manusia" untuk sampainya ke alam ini adalah melalui Ilmu Hakikat iaitu ilmu Tauhid dengan mudawamah nama2 Tauhid. Yang akan menghasilkan tiflul maani, musyahadah serta terarah melihat kepada Zat Allah, dalam ke agungan Nya, dalam keindahan Nya dengan penglihatan sirri.

   "Wajah2 mukmin pada hari itu berseri.Kepada Tuhannya mereka melihat."
     TANPA BENTUK, CARA DAN PERUMPAMAAN, BILA MANUSIATELAH SAMPAI KEPADA TUJUAN NYA, MAKA AKAL TIDAK AKAN MAMPU MENGGAMBARKAN NYA,HATI TIDAK MAMPU MEMBAYANGKAN NYA, LIDAH TIDAK MAMPU MEMBICARAKANNYA DAN TIDAK MAMPU MEMBERITAHUNYA KERANA ALLAH BERSIH DARI PERUMPAMAAN.

Thursday 9 May 2013

Sifat2 zalim mazmumah tercela dan dosa.

      Sifat2 buruk yang menjadi tegahan agama dewasa ini seolah2 menjadi amalan kebiasaan dan budaya yang sedang menular dalam masyarakat hatta dalam masyarakat islam. Mungkin segala larangan, ia pernah diketahui dan di ajar tetapi kelihatan ia dilampaui kerana dek pengaruh semasa dan orentasi individulistik. Asas ingat mengingati secara berterusan kian tenggelam dan nasehat menasihati juga telah di salah erti kepada pengaruh mempengaruhi.
     Bersama ini terdapat senarai sifat dan perbuatan bertentangan dengan ajaran agama dan perbuatan2 keji yang disenarai oleh tokoh2 arifin  seperti dibawah, kita panjatkan dengan segala doa semuga dan supaya di jauhi Allah dari kita jua.

1.Shyeh Abdul Kadir Jailani.
Sifat Sombong. Dendam. Dengki. Kikir. Ujub. Gibah,( mengumpat)(mengumpat itu lebih besar dari zina) . Namimah (mengadudumba). Bohong. Hasad. Fitnah. Riya,(riya adalah sirik khafi). Pikiran bangsa nafsu. Menyenangi makan minum,pakaian, menyintai keluarga,binatang kuda dsb.Riya. Sum'ah dan kemasyhuran, dan yang mengarah adanya kesenangan.
2.Imam al Ghazali.
Banyak makan. Banyak cakap. Marah. Hasad. Bahil. Cintakan kemegahan. Cintakan dunia. Bangga diri. Ujub (hairan diri). Riya (menunjuk nunjuk)
3.Syeh Abdul kadir Abdul Mutalib dlm Penawar Bagi Hati.
Gelojoh ketika makan. Banyak bercakap. Suka marah marah. Hasad dengki. Kedekut bahil.Bermegah megah. Cintakan dunia. Ego sombong. Ujub, suka bangga diri. Gemarkan pujian atau riak.
4. Dosa, dosa-dosa besar.
Syirik pada Allah. Kesaksian palsu. Makan riba. Makan harta anak yatim. Lari ketika perang Minum arak. Berjudi.  Berzina. Menuduh perempuan mukmin melalukan zina yang tiada ingatan melakukan nya. Berjudi. Bertenung nasib. Minum arak dan minuman yang memabukan. Derhaka kepada dua ibu bapa. Mencipta dan memalsukan hadis dan ayat quran. Mengambil harta orang dengan tanpa izin spt mencuri merompak dsb. Membunuh jiwa dengam cara yang tidak dibenarkan.              Secara umum nya adalah berdosa
Meninggalkan pekara2 yang diwajibkan atau yang difardhukan oleh kitabullah dan sunah nabi dan membuat atau  melakukan pula yang dilarang Allah dan Rasul Nya.

Wednesday 8 May 2013

Mereka menguasai ilmu niaga yang tersirat. 07

    Pengalaman sangat penting untuk mencapai kejayaan, baik dalam perniagaan maupun di lain2 kerjaya.Di samping pengalaman, kerja kuat dan bersungguh2 melakukan sesuatu kerja, juga memainkan peranan penting . Bekerja kuat dengan minda dan fizikal sangat penting menjadikan sesaorang itu mahir. Orang2 islam ada masa dari jam 6pg hingga 7petang sehari untuk melakukan nya,kerana malamnya mereka patut beribadat khusus.  Ada lebih 10jam sehari untuk berkerja kuat dan bersungguh bagi orang islam, ini lebih dari mencukupi untuk menuju kejayaan.
   Kejayaan  boleh juga berpunca  dengan mengamalkan kerja2 dengan keriatif . Mencuba sesuatu yang baru dan mengubah suai sesuatu secara berilmu boleh memberi kesan terbaik. Ciptaan2 baru adalah naluri manusia dan menjadi nilai manusia yang inginkan kecantikan dan keindahan. Mereka suka kapada yang baru lagi menawan hati.
  Dari peristiwa2 di bawah ini menunjukan bagaimana minda, pengalaman, kesungguhan, dan keriatif, serta hubungan awam, pengucapan ramahmesra memainkan peranan untuk kejayaan sesaorang. Walaupun contuh di bawah ini kecil tetapi kepekaan terhadap pelanggan menyebabkan berkuasa menawan hati pelanggan.

Mereka melihat semua aktiviti boleh jadi duit.
      1.Kalau kita masuk kedai tempah baju seluar (tailor.). Dia sambut kita dengan muka manis, kemudian dia padan kan kita dengan kain yang sesuai, kemudian  dia menghulurkan sebatang rokok walaupun dia ta merokok. Dengan muka yang manis dan bercakap manis dengan sebatang rokok yang nilainya dulu ta sampai 10sen, kita pun terhutang budi dan kita pun menempah seluar dan baju dari kedai nya. Walaupun asalnya kita nak tengok  tengok saja. Dia boleh dapat untung rm 30 masa itu dengan pelaburan sepuluh sen sahaja.
       2.Semasa saya di Kuala Lumpur berulang alik di Chaukit road. Saya melalui deretan kedai gerai minuman di tepi jalan. Bila saya pandang sahaja muka peniaga itu dia pun pura2 menceduk air gula untuk di isi dalam gelas. Kaedah ini boleh menarik perhatian pelanggan untuk mengajak dia minum. Pada masa itu kalau kita berada 50% untuk minum pasti singgah. Ini di namakan sikologi tangkap pelanggan. Menarik pelanggan yang belum membuat pendirian nyata atau tetap untuk diri nya.
        3.Orang2 cina mencipta pongsoi. Dikatakan untuk kesejahteraan, kemakmuran, tuah dan sial. Dalam bahasa sains nya itu adalah sosial enginearing. Mereka melihat kedudukan rumah, kedai, pokok, tanaman, kedudukan atau arah pintu rumah, sungai, gunung dsb nya sebagai eleman elok, tuah atau sial yang perlu di perbetulkan atau ditambah baiki untuk nasib yang lebih baik. Dengan itu lahirlah tukang telik dan buku2 mengenai ini maka ujudlah bisnes ini. Sebagai contuh tukang tilik ini mengatakan pintu rumah ini perlu di ubah arah dan tempatnya supaya lebih sesuai. Pokok ini perlu di gantikan dengan pokok lain untuk mendapatkan nasib yang baik dan mengelakan nasib malang. Semua pertukaran ini ada jumlah  kos dan rm nya. Ini lah satu bisnes atas kepercayaan masyarakat..mengujudkan satu jenis perniagaan sebagai satu aktibiti mengambil kekayaan dari gulungan yang berduit atau kaya yang percaya kepada suatu kepercayaan nasib beruntung.
      4. Orang2 cina juga mencipta barang2 berharga untuk kematian. Colok,keranda, tanah kubur. Cementorial, rumah membakar mayat dll.Semua ini tidak ada yang percuma tetapi perlu di beli dengan harga yang mahal. Satu keranda boleh mencecah harga nya ribuan ringgit malah ada yang ratusan ribu ringgit. Berbagai jenis colok dan peralatan budaya kematian mereka telah dicipta, ini tidak lain adalah memperbanyakan aktibiti perniagaan dalam mayarakat cina dalam budaya kematian.
       5.Bagitulah dalam pelbagai kegiatan sosial dan kebudayaan yang lain di cipta untuk memperbanyakan kegiatan ekonami termasuklah dalam tarian, wayang tokkong, silat, persatuan2 dan berbagai minuman, ubatan, masakan, kesenian, dicipta yang akhirnya menjurus kepada aktiviti ekonami, yang perlu dijual dan di nilai harga.Mereka memegang kepercayaan "semua haiwan yang tulang belakang menghadap matahari semua nya boleh dimakan."
Atau filsafah orang2 cina melihat duit seperti "ular lidi nak menelan gajah dan kalau ada peluang harta bapa pun bisa ditipu"
        Orang orang cina mereka mempunyai pengalaman ekonomi yang lama dan panjang.sukar kita bersaing dengan mereka,kerana mereka telah berpengalaman dan mereka bersungguh2 meguasai ekonomi dan bekerja kuat kearah itu. Mereka tidak ada nilai lain dalam diri, melainkan nilai kebendaan, wang dan darjat.Yang lain bagi mereka palsu. Raja itu wang. Yang di nampak itu wang. Kalau berkawan juga yang mungkin bolih membawa keuntungan dan wang jangka panjang.
       Ada  cerita seorang melayu berkawan dengan usahawan cina. . Kedua mereka bersahabat baik memohon tanah untuk projek perumahan. Ahirnya diluluskan,tetapi taukeh  cina ini tidak memajukan projek rumah itu walaupun telah bertahun diluluskan. Sahabat ini pelukan wang lalu meminjam dari taukeh  kongsi nya itu. Rakan nya tidak ada masaalah untuk memberi pinjaman. Kemudian dia perlukan wang lagi, beri pinjam lagi,begitu lah seterusnya. Projek masih ta begerak juga, ahirnya mereka berbincang menilai bahagian masing2 mengikut keluasan tanah, rakan kongsi besetuju membayar bahagian mengikut nilai tanah tersebut. Maka semua tanah perumahan itu jadi milik taukeh cina tu seorang. Sebulan lepas tu projek perumahan tu pun di majukan. Itu lah kebijaksanaan terhalus,keuntugan dalam Pengalaman, dan kelicikan untuk penguasaan yang terhurmat.
        Orang melayu boleh bersama dalam industri perniagaan walaupun tidak sebijak orang2 cina, caranya seperti dicadangkan olih Yab PM. Merencanakan perniagsan 1m spt; Petronas pam minyak 1m.Kr1m.Km1m.Kedai Kain 1m.Farmasi 1m.Hardwhare 1m.Klinik1m.Kedai Kasut 1m. Kedai Buku 1m.Bengkel 1m. Pasar Basah 1m dll. Kedai2 ini kemudian disatukan menjadi Malay town yang orang melayu belum ada..Lepas tu mungkin orang melayu rasa puas berada dibumi nya.

Wednesday 1 May 2013

Ku harap cinta dan kasih sayang Mu jua.

Hidup ini bukan didunia sahaja. Hakikat kehidupan kita adalah didua alam, alam roh di lahut, alam ahirat dan alam nyata di alam mulki, alam dunia. Alam dunia ini alam sementara manakala alam lahut adalah alam kekal selamalamanya. Semua akan kesana balik ketempat asal.Di alam mulki kita diminta taat atas segala perintah tuhan. Menyembah nya. Mereka yang taat dengan syariat akan diberi balasan yang baik di ahirat nanti,iaitu syurga maawa sebagai ganjaran. Bilangan yang taat kepada syariat tuhan sangat sedikit jumlah nya. Ini kerana kehidupan didunia ini penoh dengan tipu daya.ragam dan karenah. Kapalsuan dan kepura2an. Penoh dengan drama dan lakunan, sangat sedikit berada atas landasan kejujuran keiklasan dan kebenaran yang lainnya dikuasa nafsu nafsi dan sarakah. Sebenarnya itulah dunia ini, dunia yang dicipta Tuhan, manusia bersama iblis dan nafsu. Manusia ada tiga unsur ini. Sebagai manusia kita ta dapat lari dari godaan ini. Itu ujian Tuhan dan untuk di tapis seperti menampi padi yang hampa akan terbang dan bernas ditinggalkan.Sebaik mana pun kita tetap di goda,ramai yang gagal dari yang berjaya.Nabi adam pun pernah gagal digoda. Erti nya manusia semua membuat dosa sengaja atau tidak sengaja. Nampak atau tersembunyi, dosa hati atau dosa zahir, dosa dengan mahluk dan dosa dengan tuhan. Di ahirat nanti amalan kita akan di adili bukan sahaja kerana dosa kejahatan, pahala kebaikannya, tetapi berat atau ringan timbangan dosa pahala nya. Siapa berat timbangan dosanya keneraka lah dia, berat timbangan kebaikannya ke syurga lah dia.Walaupun dengan sedikit lebih timbangan kebaikan nya ia telepas dari neraka. Itulah yang diharap dari shafaat Nabi Muhammad agar timbangan kebaikan melebihi dari kejahatan bila mata timbangan hampirsama.Yang sangat penting, kita amat mengharap rahmat Yang Maha Esa. Untuk menentukan kita masuk syurga ada lah dari rahmat nya. Dia lah yang menentukan nya. Hak dia, syurga itu hak Allah. Sesiapa yang di kehendaki nya kesana, kesanalah dia. Sesiapa yang dikehendaki nya masuk syurga maka diberinya rahmat keampunan. Dipaksanya jalan kebaikan. Diubahnya jiwa, disucinya kalbi, jadilah dia orang yang bertaubat menyesal diri, kesilapan lampau.Sama seperti kesah Atabat Gulam orang terjahat di Tanah Arab dan Omar al Khatab sebelum masuk islam. Walaupun Allah telah menentukan tempat kita, namun kita sentiasa berdoa semuga Allah memberi keampunan dan rahmat nya dan menempatkan jua kepada kita ditempat orang2 yang soleh kerana kita sebenarnya sangat takut akan api neraka kerana seksanya tiada tara.