Monday 29 July 2013

Tip tip kehidupan. .Part 2


1. Jangan kongsi perniagaan.

Orang2 melayu dinasihat jangan membuat perkongsian perniagaan samada dengan anak beranak, adik beradik, dengan sahabat handai baik rapat ataupun jauh. Tidak juga dengan wanita atau girl friend yang paling disayangi. Selalunya perkongsian begini berahir dengan kekecohan, perbalahan dan perpisahan kerana apa ya.! . Kerana mereka tidak melihat masa depan yang lebih berjaya, tidak memegang janji, tiada kepercayaan antara satu sama lain, tiada kesetiaan,  tiada amanah, tiada berintegriti dan  pemikiran sosialnya melebihi perkiraan ekonomi.

Kecuali mereka boleh diikat dengan perjanjian secara undang yang boleh di pertikaikan di
mahkamah jika berlaku tidak puas hati..

2. Kahwin lebih bolih, mesti ada ini.

Jika anda ingin kahwin lebih dari satu, untuk mendapat calun2 nya anda mesti ada banyak kelebihan..seperti  etika ini.

1. Memiliki cinta, kasih dan sayang yang beragam lagi mendalam.
2. Ada lebih keberanian dan sedikit pengurbanan.
3. Bercakap lemah lembut dan bijak berjenaka.
4. Dilihat melindungi lagi adil.
5. Bersusah payahlah membantu pasangan sebagai wira ta  malu dan segan.
6. Kuasai perasaan dan hati budi, ikut ikutlah apa yang ia gemari.
7. Badan yang sasa, Libido yang terbangga.
8. Pandai berbahasa menawan bicara
8.  Pepatahnya," keras,piteh, tuli, dan uli ". Dan
"Wanita itu sanggup menderita kerana cinta", dan "witing tresno jalaran kulino,"bermaksud.  "cinta tumbuh kerana terbiasa selalu bersama."

3. Wanita menggoda,meniru tumbuh2an dan bunga2an.

  Wanita memikat peria mencontihi tumbuh2an khasnya bunga-bungaan. Ya anda lihat ini, bunga yang baunya harum akan di sukai orang.orang akan memetiknya, mengambilnya bakanya untuk ditanam dirumahnya. Pun begitu ya, parawanita sukanya mengambil haruman untuk dirinya dari berbagai wangian untuk menarik peria padanya. Ya ingat ya, haruman wangian jadi kesukaan wanita kerana tumbuhan2 menjadi contuh ikutan wanita.
       Bunga-bungaan menghasilkan warna yang cantik2 untuk memikat orang2 untuk mengambilnya untuk dimiliki.kerana itu para wanita selalu milih warna tercantik untuk dirinya, lihat saja para wanita memilih pakaian mereka dengan warna yang menawan seperti merah, jingga, hijau, biru, batik dan seumpama nya. Lihat sahaja wanita mewarnakan rambutnya, bibirnya, kukunya, mukanya dengan warna warna. Semuanya  warna dan mau di warna. Maknanya warna menggoda manusia untuk di tawan. Khasnya wanita mengguna warna, mau menawan peria.
      Tumbuhan juga memiliki batang, akar dan daun yang rimbun. Orang akan mengambil tumbuhan ini kerana guna dan kecantikannya batang berseni seperti labu, ada yang langsing lurus ada daun nya lebat berpayung dan berbagai gaya.dan ada yang megambilnya kerana ada khasiatnya. Kerana itu wanita pun juga ikut contuh ini mau badannya cantik langsing, rambutnya lebat lagi rapi dan memakan ubatubatan ramuan untuk setiasa kelihatan jelita dan menggoda.
        Jadinya wanita disaran ikuti contuh2 tumbuhan bagaimana memikat peria untuk jadi teman hidupnya.

Yang peria tau nya membaja agar pokok subur menghasikan bunga yang cantik pokok yang rimbon akar2 yang khasiat.

Ikut saja.

Saturday 27 July 2013

Tambahan 50 tuntutan 0rang2 melayu. part 1

51. Kawasan masjid hendaklah di iktiraf sebagai kawasan pembagunan bercampur.apa2 kelulusan kawasan masjid pada masa depan hendaklah tidak kurang 20 ekar.untuk pembagunan kedai2 bagi umat islam. Mana2 masjid yang telah ada Kawasan yang luas  hendaklah di bagunkan olih agensi2 berkaitan.
52. Sektor swasta samaada syarikat kerajaan ataupun syarikat melayu berjaya hendaklah  dibawah dasar membagunkan peniagaan bumiputra cho. Syt. Petronas. UDA.Tenaga Nasinal bhd TEN. Lembaga Air. Tabung Haji.Telecom  Dll. Mereka  bukan sahaja merancang untuk mendapat keuntungan yang bayak tetapi mereka perlu memainkan peranan sebagai ejen pembagunan bumiputra dalam sektor perniagaan orang2 melayu.
53.Mempelbagaikan sektor perniagaan bumi yang tidak terhad kepada peniagaan tradisi tetapi terlibat dalam semua sektor industri seperti pakaian, pembuatan dari bahan kulit, dari kaca dan perosesan dan perniagaan barang high technogy.dsb.
54.mempertingkatkan pengurusan anak2 syarikat dan perbadanan negeri supaya memainkan peranan membagunkan perniagaan bumiputra. mana2 anak syarikat yang ta berdaya maju perlu lah di batalkan.
55. Tanah2 rizab melayu tidak boleh dibatalkan dan jika bumiputra melayu ingin memajukan kedai perniagaan diatas tanah itu syarat ketogeri tanah ta perlu ditukar ketogeri memadai kenaan hasil mengikut ketogeri tanah.

Wednesday 24 July 2013

Tip-tip kehidupan. Part 1.


1. Bersungguh.
Jika anda telah memilih atau memutuskan untuk membuat apa-apa sesuatu, samada kecil atau besar, buatlah bersungguh2 jangan ragu2. Bersungguh2 itu adalah amalan yang diterima olih lumrah kepada ketetapan untuk keberhasilan dan kejayaan.

2. Meminjam wang.                                             Sahabat2, kenalan rapat atau pun saudara mara yang ingin memimjam wang dari kamu, hendaklah jangan kamu beri. Sesungguhnya ia akan memutuskan persaudaraan dan persahabatan. Yang patut kamu lakukan ialah memberi bantuan atau sumbangan yang iklas dari kamu sebanyak yang kamu mampu  dan  terdaya, bukan memberi pinjam atau berhutang.

3. Tidor.
  Jika anda hendak tidur jangan baring menelentang, yak ni dada dan mata menadah langit, tidak juga menirap. Sebaik2 nya anda baring dan tidur mengiring kekanan, tangan  dibawah kepala, siku menajam dan lutut berlipat membentuk huruf jawi.
Kepala membentuk hutuf 'min'. Siku membentuk huruf 'ha'. Pinggul membentuk huruf 'mim'. Tapak kaki  membentuk huruf 'da' Membentuk tulis 'Muhammad'. Tidur seperti ini, tidur rahmat tidak diganggu,sebab asal kita dicipta dari Nor Muhammad di alam lahud.

4. Barang hilang.
   Jika anda dapati barang2, kepunyaan anda selalu hilang, tertinggal atau selalu terlupa tempat letaknya. Itu kerana anda merasakan barang2 itu tidak berharga. Untuk mengelakan pekara seumpama itu terjadi adalah dinasihatkan membeli barang2,  berharga mahal berjenama dan berqualiti. Bila barang itu mahal anda menyayangi nya dan bertanggung jawab melindungi nya setiap masa. Cho. Pen anda selalu tertinggal atau di pinjam tetapi lupa pula mengambilnya balik, jika anda membeli pen yang harga rm 1000.mungkin anda ta memberi orang pinjam atau kalau beripun cepat2 minta balik, anda akan sentiasa mengingati nya kerana ia barang berharga dsb. selamatlah pen anda. Begitu jua cermin mata,jam tangan, hand set dsb, harga yang mahal dan canggih. Pasti anda sentiasa memegang dan memakai nya dan mengingatinya selalu, tetapi awas barang yang mahal tu orang lain juga pun suka mengintainya.

5. Nasihat.
  Jika anda ingin menasihati orang atau kawan2 tolong tengok air muka nya jika berubah carilah dikesempatan lain atau lupakan sahaja, nanti naas pula jadinya.

6. Menderma.
   Kalau anda ingin menderma mendermalah satu jumlah wang yang anda akan ada terasa sesuatu, nilai sayang yang dikurbankan. Cho. Anda seorang usahawan berjaya, menderma 10sen dalam tabung pembenaan masjid tentulah ta ada rasa apa2 pada nya..tetapi seorang kerani menderma untuk anak yatim rm10. Ia Terasa ada nilai disitu.Iklas itu pahalanya.

Monday 15 July 2013

Surah al mukminun part 2.

Kekuasaan Allah.

Dalam surah ini diceritakan juga tentang kekuasaan Allah meliputi sekalian alam seperti rengkasan di bawah ini.

1. Allah lah mencipta manusia berasal dari tanah, kemudian dari air benih, menjadi sebuku darah, seketul daging, tulang dibalut daging dan terjadi mahluk dan mati.
2. Allah menyediakan 7 jalan atas manusia dan tidak pula lalai menyediakan keperluan untuk mereka.
3.  Allah menurunkan hujan dan melenyapkan nya.
4.  Allah menumbuhkan tanam-tanaman yang berjenis2 untuk rezeki  (anggur, tamar, dan zaitun.)
5.  Allah mencipta binatang ternakan dan darinya ada susu dan banyak gunanya untuk kehidupan.
6.  Allah melaknat mereka yang mendustakan nabi2. Nabi noh diturunkan banjir besar.Nabi Hud gempa bumi yang dahsyat dan mereka menjadi sampah sarap. Nabi Musa dan Harun sebagian dari  mereka musnah dalam laut.
7. Nabi Isa ibni Mariam  di lahirkan tanpa bapa sebagai tanda mukjizat dan kekuasaan tuhan yang besar.
8. Allah berkuasa menimpa azab kepada mereka yang tidak patuh kepada tuhan dan tidak berdoa dengan merendah diri serta insaf dan taubat.
9. Allahlah yang memberi pendengaran dan penglihatan dan hati untuk bersyukur.
10.Allahlah yang mencipta dan mengembangkan manusia dibumi dan kepada Nya kamu di himpunkan.
11.Dia lah yang menghidup dan  mematikan.
12.Allah lah yang menentukan pertukaran siang dan malam.
13. Allahlah yang memiliki bumi mentadbir langit yang 7 dan Arash yang besar.
14. Allah lah yang berkuasa setiap sesuatu dan dapat melindungi segala galanya.
15.Allah mengetahui yang tersembunyi dan yang nyata.
16. Allah lah meniupkan sangkakala 「kiamat」dan ketika itu, tiada munafaat sanak saudara, kaum  kerabat dan ta sempat pun bertanya.

Amalan kebaikan dan kejahatan akan di timbang. Yang mendusta ayat2 Allah akan keneraka, yang baik patuh ke syurga. Tinggal di didunia ini sedikit masa sahaja ta sampai sehari sesiapa  menyembah Allah balasan nya disisi Allah, dan berdoalah wahai Muhammad
" Wahai Tuhan kami berilah ampun dan karunia rahmat dan engkaulah sahaja sebaik2 pemberi rahmat".

Was.
.

Surah al Mukminun part 1

Bismillahhirrohmanirrohim.

Catatan ini  hanya utk memahami ayat2 wahyu sahaja.


Surah ini menceritakan orang2 beriman yang berjaya. Dan. Menceritakan kekuasaan Allah.

1.  Orang2 beriman dan yang berjaya disisi Allah adalah mereka beramal dibawah ini.

    a. Mereka  mengerjakan  yang disuruh dan menjauhi yang dilarang.

     b. Mereka yang khusyuk dalam sembahyang.

     c. Mereka yang menjauhi diri dari perbuatan
dan perkataan  yang sia2

     d. Mereka yang membersih harta dengan menunaikan     zakat.

     e. Mereka yang menjaga kehurmatan kecuali pada isteri dan hamba sahaya, mereka tidak tercela.

     f. Mereka yang menjaga amanah dan janji.

     g. Mereka yang memelihara sembahyang.

      h. Mereka  memakan benda2 yang baik dan mengerjakan amal soleh.

      i. Mereka yang bimbang dan takut kepada kemurkaan  Tuhan.

      j. Orang2 yang beriman kepada ayat2 Allah
.
      k. Orang yang tidak menyengutukan Tuhan.

      l. Orang yang gerun gementar akan amal mereka tidak diterima tuhan bila kembali nanti.

     m. Orang2 yang segera mengerjakan kebaikan..

Mereka ini adalah orang yang layak mewarisi syurga firdausi.

Sunday 14 July 2013

50 tuntutan orang melayu

Orang2 melayu telah tertinggal jauh kebelakang dalam pelbagai bidang walaupun dilahirkan diatas buminya sendiri. Dikhabarkan akhir2 ini orang melayu telah menduduki tempat no 5 dalam sektor ekonomi berbanding kaum lain 1.Cina,2. India, 3.Mamak, 4.Benggali, olih itu orang2 melayu mesti menuntut hak ekonomi yang adil secara luar biasa seperti wasiat ekonomi raja-raja melayu yang ta dipatuhi sepenohnya. Harus tuntutan ekonomi ini di umumkan supaya mendapat pembelaan sewajarnya untuk disempurnakan sehinga tahun 2063 iatu 50th. dari sekarang jika negara ini perlu di sayangi. Tuntutan orang2 melayu itu adalah  :
Tuntutan Ekonomi Berkaitan Perniagaan dan Keusahwan.

1. Menujudkan Pusat Peniagaan Kecil di Kampong2, di Taman2, di Rpt2 sesuai dengan sais penduduk nya. Sekurang kurangnya 20 buah kedai, gerai bagi tiap kepadatan kediaman 100buah, dengan jualan harga kos atau sewa murah jika tanah kerajaan.
2. Semua tanah risab dalam bandar yang boleh di bagunkan, hendaklah didirikan kedai, gerai untuk orang2 melayu dengan sewa atau dijual dengan harga kos terendah.
3. Mengujudkan Pekan dan Bandar2 Melayu dengan melibatkan tempat2 baru dan kawasan baru untuk semua jenis perniagaan untuk dikumpulkan disitu.
4. Pembagunan pekan bandar dan kedai2 melayu ditempat2 stratiji dengan menekankan ciri2 kebersihan, keindahan, keselesaan dan kenyamanan sesuai kehendak semasa. Bukan di ceruk2 atau ditepi2 longkang.
5. Menyediakan pusat latihan peniagaan dan terus niaga kepada bumiputra.
6.Semua jenis perniagaan dan perhidmatan hendaklah di kembangkan sehingga 90% untuk  penyertaan bumiputra khusus dalam aktibiti kerajaan dan 50%melalui pesaingan bebas.
7.Perhotelan, rumah tumpangan dan yang seumpamanya hendaklah dibagunkan selaras dengan keperluan bandar dan pekan dan ditempat2 sesuai oleh bumiputra.
8. Semua peniaga dan pengusaha melayu hendaklah di satu dan digabungkan dalam kawasan yang sama dan di bangunkan supaya ujud bandar melayu yang maju dan dinamik.
9. Melahirkan 5 konglimongrat melayu di setiap negeri yang boleh di pertanggung jawabkan untuk membagunkan sektor ekonomi dan perniagaan orang2 melayu masa 50th akan datang.
10. Mana2 tanah pertanian yang di usaha secara haram. Melebihi 5ekar, yang lebihnya itu hendaklah dikeluarkan hakmilik kepada orang melayu.
11.  Sektor pekilangan asing dan bukan bumi yang pekerja nya melebihi 25 0rang,  sekurang2nya 30 peratus pekerja hendaklah terdiri dari bangsa melayu di semua peringkat tugas.
12. Tanah2 yang nak di tukar syarat kepada perniagaan atau industri, 20% keluasan tanah itu hendahlah di bagunkan untuk bumiputra dengan harga tidak lebih rm200k mengikut harga sekarang.
13.Segala hasil bumi, pasir, tanah, pokok, rumput, air, segala permit hendaklah di lulus kepada bumiputra  yang berwibawa sahaja atau kumpulan bersama ada antaranya yang berwibawa. Bukan atas nama sahaja.
14. Perbanyakan rumah kos rendah di pekan dan di bandar2 dengan dibagunkan bersama kedai dan gerai dengan harga  terendah untuk peniaga bumiputra.
15.Memberi lesen dan permit import barang2 peralatan2 di pasaran kepada orang melayu yang berkelayakan dengan sekatan tanpa dipindah milik kepada bangsa lain.
16. Semua kilang2 yang berkaitan makanan dibagian production dan prosesan hendaklah terdiri dari pegawai dan anggota bumiputra bagi mengelakan produk halal bercampur haram.
17. Semua perniagaan prancias hendaklah disertaai 75% bumiputra, mana mana prancias yang telah menjalan kan peniagaan nya, dimana  penyertaan bumiputra belum dipenohi hendaklah diberi keutamaan kepada bumiputra untuk pengembangan peniagaan itu selanjutnya, agar sasaran 75% tercapai dan kadar bayaran terendah dikenakan.
18. Kilang kilang papan untuk qota bumi perlu di tiap-tiap negeri dan daerah dan kawasan balak hendaklah diluluskan kepada pekilang2 ini sekurang2nya 1000hect setahun.
19. Kerajaan hendaklah menyenaraikan profesional melayu dan menggunakan khidmat mereka dalam urusan kerajaan 100%.sebagai contoh Juru Ukur,Arkitek, Konsultan ,Loyer, Akauntant dsb. Untuk mengelakan kroni, perhidmatan kerja dibuat  mengikut giliran.
20. Semua tanah kerajaan didalam bandar, ditepi jalan raya atau di tepi tasik atau sungai dan diatas bukit diluluskan  hanya kepada bumiputra dan dibagunkan oleh bumiputra sahaja.
21. Mengujud dan memperbanyakan pengedar barang2 dikalangan bumiputra.
22. Menyediakan kemudahan benkel kenderaan dikalangan pengusaha bumi dan menyedikan sistem franciase
23. Membanyakan penyertaan bumiputra dalam industri kecil dan sederhana.
24. Memperbanyakan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor dengan mengambil kira unjuran gradueted yang keluar lulus tiap2 tahun.
25. Bantuan kepada orang2 termiskin, orang tua dan pengidap penyakit ditambah, seorang antara rm400  hingga rm 500 seorang sebulan.
26. Semua pulau dan tanah pantai tidak boleh diluluskan kepada selain bumiputra.
27.Senarai peniaga  dan usahawan yang telah berjaya lebih 5th atau berdaya maju perlu di sediakan dan mereka perlu di beri keutamaan menjayakan agenda melayu niaga masa depan.
28. Satu jabatan  khas diadakan  disetiap  negeri untuk menyelia dan menyelaras  pembagunan peniagaan dan usahawan bumiputra bagi  sasaran 50 th akan datang tercapai.
29. 70 % Peruntukan tahunan br1m   akan diperuntukan ke jabatan ini untuk membagunkan dan menjana perniagaan orang2 melayu.
30. Orang2 kampung yang berkenderaan hendaklah diberi lesen membawa  penumpang kebandar dengan kenderaan sendiri.(perebit sapu) sekiranya tiada perhidmatan awam untuk kebandar2 bagi kampong2 terpencil dan pendalaman.
31. Mewajibkan 30 % ruang niaga di pasaraya2 kepada peniaga bumiputra dengar kadar sewa yang rendah.
32. Supaya disediakan peruntukan untuk pengambilan balik tanah2 stratiji di bandar2 dan di tepi2 jln raya,  ditepi sungai,  dan laut untuk pembagunan perniagaan kedai dan housing estate kepada bumi putra. Peruntukan tahunan dari kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan perlu disediakan sekurangnya 50juta dari Kerajaan Persekutuan dan 20juta dari Kerajaan Negeri bagi membolehkan tiap2 daerah merancang pembagunan itu.
33.Sesuai dengan perubahan akedemik orang melayu maka sistem perhidmatan awam juga perlukan pembaharuan, semua jawatan yang melibatkan tugas2 memerlukan keputusa serta merta dan  mempunyai peraturan2 yang tetap,  di ubah kepada n27 Diploma supaya tanggung jawab melulus sendiri secara  khusus. Dengan itu segala keputusan dapat disegerakan. Mempercepatkan proses keputusan dan penyampaian kerajaan dan boleh membanyakan peluang kerja kepada orang2 melayu.
34.Agar kerajaan menubuhkan satu kementerian khas pembagunan usahawan dan jabatan2 untuk pembagunan peniagaan dan perusahaan bumiputra untuk  menyelaras semua kegiatan peniagaan, perdagangan dan pembagunan sosial ekonomi orang2 melayu.
35.  Agar kerajaan menyediakan peruntukan khas untuk membagunkan projek-projek perniagaan dan keusahawanan orang2 melayu.
36. Agar tuntuan ini tidak memberi erti bahawa mana2 usaha kerajaan melalui agensi pembagunan usahawan bumiputra  yang telah dan sedang diusahakan seperti FAMA,MARA, RISDA,UDA dan lain2 ajensi pembagunan bumiputra baik untuk peringkat keci2an maupun di peringkat globle tidak tergendala dan hendaklah diteruskan .
37. Agar disemak sistem pelajaran sedia ada sekarang supaya subjek perniagaan dan usahawan dijadikan mata pelajaran wajib dari peringkat sekolah rendah sehingga ke Pusat Pengajian Tinggi agar mereka berminat dalam perniagaan dan  boleh berdikari apakala keluar nanti
38. Mereka yang berminat dan berdaya maju  dalam perniagaan dan perusahaan mereka boleh mendapat peluang  tiga kali kemudahan yang disediakan,  selanjutnya mereka bolehlah bersaing mengikut pasaran sendiri.
39. Pinjaman keuangan dari bank2 untuk bantuan modal untuk pembesaran perniagaan yang berdaya maju  hendaklah disediakan dengan  kadar faedah yang munasabah pada setiap permohunan bumiputra tanpa berlengah.
40. Pusat maklumat perniagaan dan peluang niaga hendaklah di sediakan dan di sebar luas untuk membolehkan orang2 melayu mengambil bahagian dan peluang yang ada.
41. Menyediakan pusat latihan di tiap2 negeri untuk membimbing peniaga dan usahawan bumiputra  untuk bersaing dalam bidang ini.
42.  Bagi menanam minat orang orang melayu yang ingin mencebur diri dalam perniagaan diperbanyakan tempat perniagaan ala pekan sehari dilorong2  dan tepi jalan yang sesuai setiap hari. tanpa apa bayaran.
43.  Mereka yang telah terlibat dalam perniagaan melebihi 3 tahun dan berpotensi berkembang hendaklah diberi  bimbingan dan keutamaan untuk terus maju.
44. Mana mana kontrektor yang mempunyai peralatan , anggota pekerja, pejabat dan modal dan pengelaman melaksanakan sediri projek2 hendaklah dikelaskan sebagai kontrektor berkelayakan. Mereka hendaklah  di beri peluang untuk maju dan meningkatkan kelas dan diberi tangung jawab untuk memajukan projek2 ekonomi dan pasarana negara, mana2 kontrektor comision atas angin supaya bergabung dengan kontrektor tulin agar mereka mendapat faedah bersama.
45. Supaya kerajaan menentukan bahawa  syarikat2  kerajaan memainkan peranan memajukan sektor pembagunan perniagaan dan keusahawan melayu secara khusus.
46. Agar semua mini market bumiputra dapat diselaras untuk dinaik taraf menjadi supermarket atau hipermarket.
47. Agar semua famasi bumiputra dapat  diselaras dan dimajukan keperingkat yang lebih berdaya saing.
48. Agar sektor pertanian dimajukan sebagai suatu perniagaan yang menguntungkan.
49. Agar sektor pembenaan akan dimain peranan oleh  pemaju pemaju bumiputra.
50. Agar semua sektor peruncitan dan sektor peniagaan makanan di dominan oleh bumiputra.

Maka dengan ini diserahkan 50 tuntutan  orang2 melayu  bumiputra itu untuk diangkat martabatnya agar ianya terlibat sama dalam pembagunan perniagaan dan keusahawan di negaranya sendiri dan untuk  di hebatkan. Agar ianya mendapat pembelaan pemimpin2 dan pehak kerajaan dan syarikat bumiputra yang berjaya, untuk melihat bangsa nya lebih berjaya  pada masa akan datang.


was.












Thursday 11 July 2013

Surah An Nur hukum-hukum, kekuasaan Allah.part 2.

12. Orang2 beriman bila di ajak kepada kitab Allah dan sunah Rosul mereka berkata " Kami dengar dan kami taat". Mereka berolih kejayaan.

13. Allah menjanjikan orang2 beriman dan beramal soleh ia akan menjadi khalifah yang memegang kuasa pemerintah di bumi, khalifah yang berkuasa.

14.Allah memerintahkan supaya mendirikan sembahyang, berikan zakat dan taat kepada Rasul supaya berolih rahmat.

15. Menetapkan hamba2 kamu dan orang yang belum baligh meminta izin untuk masuk ketempat2 kamu dalam 3 masa.
¤. Sebelum sembahyang subuh.
¤. Tengahari ketika membuka pakaian.
¤. Sesudah sembahyang  Isya.
Lazimnya 3 masa ini terdedahnya aurat. Dan bila mereka dah balig mereka mesti meminta izin seperti lazimnya orang2 cukup umur.

16. Orang2 tua yang telah putus haid di benarkan menanggal pakaian luar..tetapi kalau tidak di tanggalkan lebih baik.

17. Orang2 buta, tempang dan sakit tidak di perlukan menjalankan sesuatu perintah disebabkan mereka keuzuran.

18. Orang2 buta, tempang, cacat dan uzur di benarkan makan dirumah kamu, saudara2 kamu dan rumah yang kunci nya kamu kuasai.samada makan  bersama atau sendirian.

19. Diperintahkan masuk kemana2 rumah dengan memberi salam.

20. Orang yang benar2 beriman itu adalah mereka beriman kepada Allah dan Rasul.

21. Dalam majlis  bersama Rasulullah hendaklah kamu hendaklah meminta izin untuk meninggalka majlis,dan berilah keizinan dan minta lah keampunan Allah atas urusan sendiri.

22. Jangan menyeru atau memanggil Rasullah  seperti memanggil sesama sendiri.

Kekuasaan Allah.

Allah sentiasa bertasbih, sekelian mahluk di langit dan dibumi serta burung dll, mengetahui cara beribadat kepada Allah dan memuji Nya. Allahlah berkuasa memerintah langit dan bumi.

1. Allah menggerakan awan pelahan2 dikumpul berkelumpuk2 kemudian menjadi tebal  dan berlapis dan hujan turun dicelah2nya.                

2. Allah menurunkan hujan batu yang  menimpa dan menjauhkan sesiapa yang dikehendaki. Juga kilat yang menyambar yang menghilangkan pandangan.

3. Allahlah yang menukarkan siang dan malam silih berganti.

4. Allah mencipta haiwan yang bergerak itu dari air, ada yang menjalar di perut, ada dua kaki, ada empat kaki.

¤. Allah penguasa langit dan bumi. Dia mengetahui keadaan kamu berada taat atau engkar, iklas atau munafik, Allah maha mengetahui setiap sesuatu.

Was.

Wednesday 10 July 2013

Surah An Nur hukum-hukum Allah. .. Part 1

Intisari surah ini adalah mengenai hukum2 yang berkaitan penzinaan, tuduhan zina  dan lain2 peraturan juga ziarah, rengkasnya berikut.

1. Perempuan dan lelaki berzina hendaklah disebat 100 kali tanpa belas kasihan dan disaksikan olih orang2 beriman.

2. Menuduh isteri berzina tanpa saksi hendaklah bersumpah dengan nama Allah 4 kali yang ke5 latnat Allah pada diri nya jika berdusta. Isteri pula bersumpah dengan nama Allah 4 kali dan ke5 latnat Allah pada diri nya jika suami nya benar.

3.Berita2 dusta yang dibawa janganlah disangka buruk bahkan baik bagi kamu. Pembawa cerita dusta akan dihukum seksa yang besar didunia dan ahirat. Orang2 beriman sepatutnya menaruh baik sangka dan berkata "ini tuduhan dusta yang nyata". Penuduh hendaklah membawa 4 orang saksi tanpa 4 saksi pada Allah adalah dusta

4. Jangan bersumpah tidak memberi bantuan kepada kaum kerabat, orang2 miskin dan orang2 berhijrah kejalan Allah. Lupakanlah kesalahan mereka.

5. Jangan menuduh perempuan mukmin berzina, mereka berdosa besar dilaknat di dunia dan ahirat. Lazimnya lelaki jahat untuk perempuan jahat.

6. Jangan masuk rumah orang tanpa izin.  Beri salam terlebih dahulu jika dikatakan " baliklah,"  maka baliklah.

7. Orang lelaki dan perempuan yang beriman hendaklah menyekat pandangan masing (pada yang haram ) dan mereka hendaklah  memelihara kehurmatan mereka.

8. Perempuan beriman janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir nya. Dan tutup belahan baju dengan tudung kepala kecuali pada suami, bapa anak, anak tiri, saudara,  anak saudara dan perempuan islam, orang gaji yang dah tua, kanak2 dan jangan menghentak kaki menunjukan perhiasan.

9. Allah membenarkan perkahwinan orang2 bujang dan orang2 solih dikalangan hamba sahaya kamu yang lelaki maupun perempuan.

10. Orang2 yang tidak mampu berkahwin hendaklah menjaga kehurmatan nya sehingga Allah memberi kekayaan dan karunia.

11. Ibadat diperintah olih Allah di rumah2 ibadat (dimasjid ) dikerjakan untuk mensuci j memuji Allah pada waktu pagi dan petang. Tidak dilalaikan olih perniagaan  untuk:                          i. Menyebut dan mengigati  Allah   
ii. Mendirikan sembahyang                                     iii. Memberikan zakat.                                               iv. Takutkan hari kiamat.

¤bersambung di part 2

Sunday 7 July 2013

Surah Al Furqan "Hamba2 Yang Di Redhoi"

Bismillahhirrohmanirrohim.

Catatan ini sekadar memahami wahyu llahi sahaja.

Surah ini menceritakan bahawa alQuran ini diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad untuk peringatan dan amaran kepada penduduk alam.
Bagi mereka yang mematuhi al Quran dan bersabar dengan ujian hidup mereka di jamin masuk syurga. Sebahagian dari kandungan surah ini adalah mengenai :
        Hamba2 yang diredhoi Allah, surah ini menyebutkan seperti rengkasan dibawah:

1. Mereka yang berjalan dimuka bumi dengan sopan santun.
2. Orang2 berlaku kurang adap dengan kata2, dijawab dengan perkataan selamat dari pekara2 yang tidak diingini.
3. Mereka yang tekun mengerjakan ibadat pada malam hari dengan bersujud dan berdiri.
4. Mereka yang membelanjakan harta tidak melpaui batas dan tidak pula bahil tetapi sederhana.
5.Tidak pula meyembah sesuatu yang lain bersama2 Allah.
6. Tidak membunuh jiwa yang diharamkan kecuali yang diizin Allah.
7. Tidak melakuan zina.
8. Mereka yang berdoa minta di sisihkan dari azab neraka Jahanam.
9. Mereka yang tidak menghadiri tempat2 melakukan pekara2 yang dilarang dan bila bertembung dengan sesuatu yang sia2 mereka membersihkan diri dari nya.
10. Mereka yang apabila di beri peringatan dengan ayat2 mereka mendengarinya.
11. Orang2  yang berdoa " Ya Allah!  Beri lah kami isteri2 dan zuriat yang menyukai hati melihat nya dan menjadi imam ikutan".
13. Mereka yang berbuat dosa dan mereka bertaubat dan beriman serta mengerjakan amalan yang baik, Allah maha pengampun lagi mengasihi.
¤. Mereka kekal dalam syurga kerana Allah  menghargai sesaorang kerana doa dan ibadatnya. Wasalam.

Allah hummaajirna minannar.

Wednesday 3 July 2013

Ada lintasan di kalbi terjadi.

     Saya melajutkan pelajaran menengah rendah ke smsta. Ada kalanya saya berbasikal sejauh 10 batu dari kampong saya kesekolah. Orang orang tua di kampong mengatakan paruh burung raja udang (pekaka) kalau dapat bagus untuk di buat ubat. Dalam perjalanan  pergi balik ke sekolah itu hati saya terdetik mengatakan saekor burung pekaka akan mati diatas jalan raya dilanggar kenderaan disuatu tempat dalam perjalan itu. Dan tidak lama kemudian saya dapati benar benar terjadi peristiwa itu. Saya nampak burung itu dilanggar tepat pada tempat yang terdetik dalam kalbu saya tempohari itu.sesungguh nya saya kehairanan kenapa ia boleh terjadi. Saya hanya menyerah atas kebesaran Tuhan.

2. Banyak pekara  telah berlaku apakala  berdetik  dalam kalbu meyebakan perlakuan terjadi. Saya rasa pelik pekara macam itu boleh berlaku dan ia pernah terjadi.Saya kadang kala terdetik dihati mengatakan sesuatu itu rosak.maka ia jadi rosak. Kadakala terdetik dalam hati benda itu hilang maka ia hilang, terdetik rasa suatu itu tiada, benar tiada.atau terdetik mengatakan akan memperolihi ia di perolihi. Detik ini bukan di rancang tapi tiba tiba. Macan kelihatan dalam kalbu itu berlaku.