Monday 30 December 2013

ANJAKAN KUTUB TANDA HAMPIRI KIAMAT.

Univesiti texas mendedahkan kecairan bongkah ais di Greenland telah menyebabkan kedudukan kutub utara berubah beberapa sm sejak 2005, dianggarkan berganjak  sebanyak 6 sm setahun sejak 1982. Akibat anjakan itu berlaku pencairan ais dan 90 peratus paras air meningkat.

Pada 2011 medan magnet bumi dilaporkan berganjak pada jarak 64 km setahun menyebabkan arah kompas berubah bukan lagi kekutub utara tetapi ke Rusia. Pendapat lain pula mengatakan kutub utara berganjak 260km dalam tempoh 6 bulan yang menyebabkan magnet bumi beralih dari Kanada ke Siberia dalam tempuh 24 bulan, dan akan berada pada kedudukan 40 darjah merentasi hemispera utara.

Beberapa kajian mendapati pergerakan itu semalin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan 2 km sehari pada 2013. Ia akan merintasi khatul istiwa pada kedudukan 40 darjah selatan.

Keaadaan ini boleh mengakibatkan  perubahan besar muka bumi dimana Brazil akan menjadi kutub utara baru dan India akan menjadi kutub selatan.Malaysia dikatakan akan membeku dan bayak negara akan tenggelam termasuk Australia Barat. Sesetengah negara mengalami masa siang dan malam yang panjang.

Saintis menganggarkan medan magnit akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi dijangka pada ahir 2015 berandaikan pergerakan kutub yang semakin laju.

Bagi orang2 islam keadaan begini menandakan hampirnya hari kiamat yang menjadi rukun iman kelima yani percayakan adanya hari kiamat dan hari pembalasan. Ia akan berlaku secara tiba2 dengan pantas sekali, hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Firman nya. "Manusia bertanya kepada mu tentang hari berbangkit. Katakanlah; "Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya disisi Allah." Dan tahukah kamu (Muhammad) boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya."
Surah al ahzab ayat 63.

Rengkasan dari anjakan kutubumi sinar301213



Wednesday 18 December 2013

RAAYAT DIMULIA PEMIMPIN DIRESTU

Dalam sebuah negara yang benaung dibawah kepimpinan  yang di pileh. Pastilah yang amat mengembirakan raayat apabila impian-impian mereka selama ini dapat di realisasaikan menjadi kenyataan, disana adalah harapan yang mengunung sentiasa menanti yang  akan pula menghancurkan ketidakpuasan hati selama ini. Kegembiraan itu tidak sahaja dalam bentuk faedah2 kebendaan material yang menaikan taraf kehidupan tetapi juga terasa lunak apakala segala ucapan, buah fikiran,idea minda  dan apa yang tersirat dalam minda, dalam rohani di dengari dan dipedulikan oleh Penaung, Apakala pemimpin meluahkan  dalam kata2, disebut dalam ucapan2 dasar dengan nada iklas dan kesungguhan, terasa ia nya membenarkan diri mengiakan raayat, prihatin akan keutamaan, membenarkan apa yang benar.

Apa sahaja yang menyentuh hal2 kemanusian, hal2 kesejahteraan raayat, hal2 kerohanian raayat, sesungguh nya itu adalah kepimpinan berakar umbi, mereka harus diberi peluang mengepalai raayat. Sesuai  dengan prinsip kepimpinan menjadi lapik lempang membela dan benteng raayat.

Aku hanya ingin menyataakan sejauh ini kegembiraan aku kerana 3 pemimpin negara yang telah ku ajukan 50 tuntutan orang2 melayu, mereka telah mendengarinya, walau pun dalam blogs tok rabuk aku, ta ternama. Aku sampaikan amanat pertiwi dalam fb mereka bersama dengan ribuan minda raayat yang lain. Mereka yang mendasarkan fikiran raayat itu, aku sebutkan Yab Pm Dt Sri Najib Razak,Yab Tpm Tan Sri Mahyudin Yasin  dan Ketua Pemuda Yb Khairi Jamaludin. Mereka telah menerima secara prinsipnya keperluan orang2 melayu masa depan  dalam hal, hak perekonomian, hak perniagaan dan hak kediaman bangsa melayu yang merupakan inti kehidupan dan darjat bangsa. Dan mereka menyuwarakan pelan kerohanian yang rasional dan terarah dalam wadah Kesatuan Melayu terkini.

Dalam sebuah negara berbilang kaum ini kebijaksanaan amat di tuntut, keberanian dan ketegasan dengan menagani secara berfokes kepada kaum sebangsa untuk di mertabatkan amat dinanti selagi semasa kuasa masih boleh menentu dan merancang ditangan kita.

Asal tidak pula lupa dan terlena bahawa ada  pengaruh kaum2 kaya raya, konglimongrat yang boleh membentuk budiman beronak, persahabat Membelit, kebaikan ada makna, yang kelak boleh menghancurkan bangsa sendiri melalui titian lunak, kelembutan, nan beracun tanpa disedari.

Apa yang menyentuh asasi keperluan Manusia harus dan hendaklah dijamin oleh penaung untuk raayat nya secara percuma. Antaranya. Keperluan asasi manusia itu adalah air, api, makanan asasi, menuntut ilmu, hak ekonomi, hak kerohanian dan peribadatan,  perhubungan dan pengangkutan, kediaman dan perlindungan keselamatan, kebebasan bersuara dan keadilan yang seharus nya diberi dan di agih secara percuma.

Yang di maksudkan percuma ini adalah dimana raayat hanya perlu membayar pada kos pengeluaran,dan  pada had keperluan asas semata2. Sebagai contuhnya setiap seorang akan memerlukan 10 liter air sehari untuk mandi, memasak, membasuh,dan berudhuk, jika 5 orang dalam satu keluarga serumah bermakna 50 liter sehari dan sebulan 1500 liter diberi pecuma, dibayar pada kadar  kos pengeluaran air bersih sahaja. Percuma disini tidak di maksudkan tiada bayaran tetapi dikenakan pada kadar kos pengeluaran sahaja.Pengunaan selebihnya adalah dikenakan pada  kadar harga pasaran kerana itu bukan keperluan tetapi itu kemewahan.

Seterusnya bahan api chontoh nya sebuah rumah keperluan nya 5 biji lampu 40 wat, peti ais, kipas angin, dan untuk dapur memasak, katakan anggarkan 250wat sebulan akan diberi percuma , maksudnya sama iaitu pada kadar kos pengeluaran sahaja. Pengunaan selebihnya dikenakan pada kadar pasaran yang ditentukan secara munasabah.kerana kelebihan itu adalah kemewahan.

Dalam contuh lain sepertinya dalam hal pendidikan ilmu, mana2 pendidikan yang asas, keperluan negara seperti ilmu kedoktoran, ilmu sains dan teknoloji, ilmu pentadbiran, ilmu perniagaan, ilmu ketenteraan, ilmu   pendidikan wahyu dan sunah, hendaklah diberi percuma dan ditanggung sepenuh nya olih kerajaan kerana ia keperluan negara dan untuk kemakmuran negara masa depan nya. Selain dari nya mereka bolehlah memileh pendidikan sendiri dengan keupayaan dan kemampuan perbelanjaan sendiri dengan apa jua kos di kenakan.

Apakah masej sebenarnya disini? . Mesej nye yang jelas adalah bahawa hak asasi raayat di jaga olih penaung atas perlindungan hak2 asasi manusia dan pada masa yang sama tidak pula menafikan kos yang perlu di gunakan olih kerajaan untuk pengeluaran hak asasi yang memerlukan kos yang tinggi. Tidak ada yang percuma untuk menyediakan kemudahan raayat, untuk menikmati itu semua, semuanya perlukan kos yang terpaksa di bayar, dalam hal asasi kos patut dikena pada yang wajar sahaja.Tidak apa nya kita membuat sesuatu yang dianggap pelik tetapi ia nya akan dihargai raayat.

Bagi saya pemimpin diharuskan berbelanja untuk kepimpinannya. Sebagai pemimpin mereka perlukan pengalaman, ilmu, persahabatan, mengintai peluang2 di merata dunia untuk membagunkan negara. Kita perlukan pelaburan sebelum mendapat laba. Kita perlukan orang lain untuk kemakmuran kita. Dalam hal ini kita jangan lah terlalu berkira hingga ta boleh buat apa2. Semua itu menuntut kos dan modal.Yang penting nya pemimpin harus  berpada2 lagi bijaksana dalam berbelanja.

Aku terasa bahagia bila didengari untuk kamu semua. Aku percaya bahawa apa yang dinekmati raayat mereka akan membayar balik dengan kepercayaan, dengan timbang rasa, dengan kasih sayang, dengan terhutang budi, dengan kesetiaan, atas jasa kepimpinan, atas kebijaksanaan, atas memperdulikan raayat, atas kehormatan, yang di sebut olih orang2 di kampong aku pemimpin menjadi lapek lempang yang membela.

Was.




Thursday 12 December 2013

JALAN PULANG

Pesan dari Sirrul Asrar Fima Yahtaju Ilaihi Al Abrar."Wahai saudara ku sedarlah dan bergegaslah untuk mendapat ampunan dari tuhan mu sebagaimana firman Allah: " Bergegaslah kamu untuk mendapat ampunan dari Allah dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang2 yang bertaqwa".

" Wahai saudara ku,masuklah pada tariq, (jalan kembali kepada Allah) dan kembalilah kepada tuhan mu bersama gulungan ahli rohani. Waktu sangat sempit, jalan hampir tertutup dan sulit mencari tempat untuk kembali kenegeri asal 「alam lahut」. Keberadaan kita dibumi yang hina dan yang akan hancur ini tidak hanya untuk berpangku dengan makan, minum dan memenuhi nafsu belaka". Sabda nabi " Aku kuatir kan umat ku yang ada di ahir zaman"




Monday 2 December 2013

SURAH AN NAHL. LEBAH. PART 7.

68. Allah akan memberi pertolongan kepada mereka yang berhijrah sesudah difitnah dan ditindas,mereka yang berjihat serta bersabar dan Allah akan mengampunkan dosa2 mereka pada hari perhitungan. Sebagai misalannya negeri yang aman dan maamur tetapi penduduknya kufur nikmat, Allah membalas mereka dengan kelaparan, ketakutan dan azab.

69. Orang2 beriman, makanlah benda2 yang halal lagi baik dan bersyukurlah. Allah hanya mengharamkan bangkai, darah, daging babi dan binatang2 yang disembelih bukan atas nama Allah kecuali terpaksa, tidak berdosa.

70. Jangan pula mengadakan dusta, yang ini halal ini haram. Orang yang berdusta tidak berjaya.

71. Orang yang melakukan kejahatan kerana kejahilan, kemudian bertaubat dan memperbaiki amalan, Allah maha pengampun lagi maha penyayang, seperti; Nabi Ibrahim ia menyerah bulat2 dan bersyukur akan nikmat Allah. Allah wahikan kepada Nabi Muhammad supaya menurut /mengikut agama Nabi Ibrahim, yang benar bukan musyrik.

72. Hari Sabtu adalah hari kelepasan yahudi dan Allah akan .menghukum apa yang di selisehkan orang kristian Ahad, islam Jumaat. Allah maha mengetahui orang yang sesat dan yang mendapat petunjuk.

73. Jika kamu membalas kejahatan, hendaklah dibalas sama seperti  ditimpakan keatas kamu tetapi jika bersabar ia lebih baik.

74. Bersabarlah wahai Muhammad terhadap telatah orang yang ingkar. Mohonlah kepada Allah dan jangan lah berdulacita dan bersempit dada. ALLAH bersama orang2 bertaqwa dan berusaha membaiki amalan.

Was 3.12.13.12mlm