Wednesday 26 February 2014

CAHAYA DAN KEGELAPAN

Firman Allah dalam surah al Isra ayat 72" Dan barang siapa yang buta (hatinya) didunia ini,niscaya diahirat nanti ia akan lebih buta pula dan lebih sesat  dari jalan yang benar" . Ya ni buta hati seperti firman Allah dalam surah Al Hajj ayat 46.: " Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta ialah hati yang didalam dada."

Penyebab kebutaan hati adalah lupa akan perjanjian dengan Allah semasa dialam arwah dan kerana kebodohan terhadap hakikat urusan ketuhanan. Ini disebabkan,  hati terselubung olih sifat2 zalim spt :sombong, dendam, dengki kikir, ujub, ghibah(mengumpat), namimah (mengadu domba), bohong dan sifat tercela yang lain.

Untuk menghilang sifat tercela tadi adalah dengan alat pembersih tauhid dan dengan ilmu dan amal dan berjuang sekuat tenaga secara lahir dan batin sehingga hidupnya hati dengan cahaya tauhid. Bila hatinya hidup ia akan teringat kepada alam asalnya (alam Lahut). Bila penghalang kegelapan telah hilang maka terbukalah cahaya dan ia melihat dengan penglihatan roh dan menerima cahaya dari cahaya Asmau's Sifat (nama2 sifat) .Akhirnya ia mendapatkan cahaya dari cahaya zat.

Hati memiliki penglihatan kecil dan penglihatan besar.

Penglihatan kecil adalah melihat Tajali Sifat dengan cahaya 'Asma us sifat' hingga kealam Darajat.

Penglihatan besar pula melihat Tajali  zat dengan cahaya tauhid yang Maha Tunggal di alam Lahut dan Alam Qurbah. Waktu untuk mencapai darjat ini adalah sebelum mati dan sebelum rosak jisim manusia. Untuk mencapai kembali kealam tadi adalah dengan MENGHENTIKAN KEINGINAN NAFSU.

Yang dimaksud sampai kepada Allah adalah putus dari selain Allah tanpa dekat dan jauh, tanpa arah dan berhadapan, tanpa bertemu dan berpisah. Maha suci Allah yang kesamaran nya terdapat pada zahirnya dan menampakan dirinya didalam ketutupannya serta kekususan nya pada keumuman nya.

Seandainya manusia tidak mencapai darjat tadi maka ia akan mengalami kesukaran2 seperti siksa kubur, perhitungan amal, di giring ke mahsyar, di timbang amal, melewati siratul mustaqin dan segala sesuatu yag terjadi di ahirt nanti.

Was  sasaqaj

Wednesday 19 February 2014

TAKWA


Takwa bermaksud membersih diri dari perbuatan dosa yang diniat untuk dilakukan tetapi  meninggalkan niat itu untuk dikerjakan nya.

Dalam Alquran taqwa Ada 3 pengertian
1. Beerti takut. " Dan hendaklah kepada Aku sahaja kamu bertaqwa" surah albaqorqh:2:41
2. Beerti patuh dan tunduk."wahai orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar2 taqwa."
3. Takwa beerti membersih diri dari segala dosa dan inilah hakikat taqwa sebagaimana firman
Allah,  "Dan sesiapa yang taat kepada RasuNya
Dan takut melanggar perintah Allah serta menjaga dirinya jangan terdedah azab Allah,maka mereka lah orang2 yang beroleh kemenangan. Surah an Nuur:24:25.

4.Al ghazali menanmbah taqwa juga beerti menjauhi segala yang halal secara berlebih2an.

Seterusnya ulama membahagikan 3 peringkat taqwa.
1.membersih diri dari perbuatan musyrik.
2.membersih diri dari perbuatan bid 'ah.
3.membersih diri dari petbuatan maksiat.

Allah berfirman. "Tidak ada dosa bagi orang2 beriman serta mengerjakan amalan salih pada apa yang telah mereka makan dahulu,apabila mereka bertakwa dan beriman serta mengerjaka amal salih kemudian mereka tetap bertaqwa dan berbuat kebajikan."

Nabi Muhammad bersabda " Orang2 yang bertaqwa disebut muttqin kerana mereka meninggalkan pekara2 yang tidak bermunafaat dan menjaga diri agar tidak jatuh kepada pekara2 yang merbahayakan."

Sesiapa yang dapat menahan diri  sesuatu yang di haramkan Allah (taqwa fardhu) dan  menahan diri berlebih2an dari yang halal (taqwa adap), sesungguh nya mereka telah mencapai taqwa sempurna yang di sebut "wara' kamil"  taqwa darjat tertinggi terselamat dari hisab yang lama dan aib di ahirat nanti, khasnya jika kita dapat menjaga 5 pekara anggota kita. 1. Mata             2.Telinga  3. Mulut  4. Hati 5. Perut.

Was.TK.
MAIG

Tuesday 4 February 2014

Suul khatimah

Ilmu adalah penerang kehidupan. Tanpa ilmu manusia sesat. Untuk itu imam Al Ghazali membahaskan suul khatimah(sk) ini untuk panduan kita.

Apa itu suul khatimah? Yang di maksudkan suul khatimah( sk) ialah mati tanpa beriman dan kufur kepada Allah.

Kebanyakan ilmuan islam sangat takut akan sk ini kerana kemerbahayaan nya. Sk boleh di klaskan kepada 2.

1. Ketika sikratul maut datang, hati dan perasaan mereka menjadi ragu2 dan tidak lagi mempercayai Allah hingga dia mati tanpa iman dan diazab dengan azab yang pedih.
2. Sesaorang yang dikawal perasaannya cinta kepada dunia yang tiada hubungannya dengan ahirat. Chontoh sesaorang sedang mendirikan rumah tiba2 maut menimpa nya. Sedangkan dia sendiri sedang leka mengingati rumahnya belum disiapkan, ini bererti dia mati jauh  dari mengingati Allah. Hatinya hanyut bersama harta dan dunia dan berpaling dari Allah. Azab yang pedih adalah balasan kepada mereka ini.

Peringkat pertama adalah yang paling bahaya seperti di firmankan Allah dalam Al  Quran bahawa api neraka akan di timpa kepada mereka yang hatinya tertutup kepada Allah.

Terdapat beberapa sebab orang itu bersifat suul khatimah walaupun dia sesaorang yang berhati2, zuhud dan salih. Ini disebabkan niatnya terkandung bidaah.

Nabi pernah bercerita bahawa Khawarij rajin sembahyang dan membaca quran. Dia lebih rajin dari anda hingga dahinya hitam tetapi dia membaca quran tanpa sepenoh hati, tidak merenung erti disebalik bacaannya akibatnya sembahyang nya tidak di terima Allah.

Sifat bidaah adalah sifat merbahaya yang boleh menyesatkan mahluk chontoh menganggap bahawa Allah seperti mahluk benar2 duduk diatas arasy singgahsana ghaib. Bila datang siratulmaut dan bila hijab terbuka dia jadi bingong kerana  berlaku perbezaan tanggapan yang dipercayainya berlainan, dia mati dalam sk walaupun amalan nya baik.

Sebab sk. 
  Pertama ialah membincang dan berdebat mengenai qadak dan qadar yang dilarang Rosul pedebatan itu boleh membawa peyimpangan. Ada yang mentafsir alquran secara teraba2 untuk meyakini orang atau membuat penyesuaian mengikut keperluan semasa bukan globle dan kadang2 parawali membuat pengistilahan yang dimengerti dan difahami oleh mereka sahaja.

  Kedua. Ialah kerana iman yang lemah bila ia bergaul dengan orang yang lemah iman nya maka ia semakin hari semakin lemah iman nya pula, akhir nya ia menjadi athies dan kufur, ditambah pula hubuddunia maka tiadalah lagi waktunya untuk mencintai Allah. Kalau adapun menyebut nama Allah itu hanyalah pengakuan lahiriah semata2. Lamakelamaan hilang dan menjadi kufur. Kemudian bila Allah mencabut nyawanya dia membenci takdir kerana ta memanjangkan umurnya. Kalau mati berkeadaan begini ia mati sk.

Apa sahaja yang bertentangan dengan perintah Allah dan apa sahaja yang dilakukan untuk selain dari Allah tidak diterima Allah dan boleh membawa kepada kekufuran.khasnya  kekufuran dalam batin dengan sifat ujub, riak,takabur, sumah dsb

Was rengkasbahagianminhajulabidinimamghazali.