Sunday 27 April 2014

HADIS KUDSI. EMPAT PERKARA. ALLAH DAN HAMBA

Berkata Anas r.a. Bahawa Nabi saw bersabda; Allah berfirman.

      "Ada empat pekara. Satu yang menyangkut hubungan Aku dengan engkau. Satu lagi menyangkut hubungan antara engkau dengan hamba2 Ku. Satu yang lain untuk Aku, dan yang satu lagi untuk engkau.  Adapun yang untuk Aku,hendaklah engkau menyembah Aku, tidak menyengutukan dengan Aku sesuatu pun. Yang menyangkut diri mu, maka apa sahaja yang engkau kerjakan dari kebajikan, Aku akan memberikan balasan nye. Yang menyangkut antara Aku dengan engkau ialah hendaklah engkau memohon Aku (berdoa) dan Aku mengkabulkan engkau. Dan yang menyangkut hubungan antara engkau dengan hamba2 Ku, hendaklah engkau merelakan bagi mereka apa yang engkau merelakan bagi diri mu".





Thursday 17 April 2014

Hadis Kudsi. Jauhi Bermuka Dua

Berkata Siti Aisyah bahawa Nabi s.a.w telah bersabda. Allah berfirman.

" Ada setengah hamba Ku yang memakai pakaian bulu kambing didepan orang ramai,akan tetapi hati mereka lebih pahit dari jadam, dan lidah mereka pula lebih manis dari madu,mereka mengelirukan orang ramai dengan ugama mereka. Apakah dengan Aku mereka cuba bermegah diri, ataupun terhadap Ku mereka memberanikan diri!? Demi diri Ku, Aku bersumpah akan Aku turun kan Suatu bencana keatas mereka yang akan meyebabkan orang yang bijaksana terpinga-pinga."

Ulasan:

1.Allah melihat hati yang mulia dan budi pekerti yang luhur.seperti dicontuhnye kepada ahlak dan budi pekerti Nabi saw.

2. Pangkat, rupa wajah, wang ringgit adalah pinjaman sahaja bila2 masa boleh hilang dan ta kekal.

3. Hadis ini memperingatkan kita, ada manusia berpura2, lupa daratan, manis tutur kata, berlagak, bermegah2  dihadapan orang ramai, tetapi hatinye busuk lebih busuk dari tahi.

4. Hadis ini sebagai peringatan dan ancaman Allah Ta'ala yang tidak suka kepada orang yang bermuka2. Berlagak dan sombong, manis mulut tetapi ade rencana jahat pada orang lain.

5. Setiap muslim hendaklah bersikap benar pada orang lain seperti benar pada diri nye.semua amalan akan diperhitungkan samada baik atau buruk dan akan di ganjari.


Wednesday 9 April 2014

BERKASIH SAYANG

Hadis kudsi.  Berkata Ubadah b As Shamit r.a. Bahawa Nabi s.a.w telah bersabda: Allah berfirman.

" Kasih sayang Ku berhaklah diberikan kepada orang yang berkasih-sayang  kerana Ku. Kasih sayang Ku berhaklah di berikan kepada orang yang sering menghubungkan tali silatur-rahim kerana Ku. Kasih sayang Ku berhaklah diberi kepada orang yang saling bernasihat kerana Ku. Kasih sayang Ku berhaklah diberi kepada orang yang saling berziarah kerana Ku. Kasih sayang Ku berhaklah diberi kepada orang yang saling berbantu-membantu kerana Ku. Orang yang berkasih sayang kerana Ku berada diatas mimber2 dari cahaya, sangat dicita2kan tempat2  mereka itu oleh para Nabi, Shidikin, dan Syuhada."       (Riwayat Ahmad)