Thursday 12 June 2014

H16. Usia dari pandangan Tuhan

Berkata Usman b.Affan bahawa nabi s.a.w bersabda. Allah berfirman.
   "Apabila hamba Ku mencapai usia 40 th, Aku akan jauhkan dia dari 3 macam bencana,
iaitu;  Gila, kusta dan sopak. Dan bila dia mencapai usia 50 th. Aku akan menghisabnye dengan hisab yang ringan. Dan apabila dia mencapai usia 60 th, Aku akan dorongkan nya supaya suka bertaubat. Dan bila dia mencapai usia 70 th, Aku akan jadikanya  di cintai oleh para malaikat, Dan apabila mencapai umur 80 th. Aku akan catitkan kebajikan semata dan Aku akan tutup mata terhadap kesalahan2nya dan apabila mencapai 90 th akan  berkata lah para makaikat ; orang ini sebagai tawanan Allah dibumi Nya maka diampunkan segala dosa2nye yang terdahulu dan yang terkemudian dan dibenarkannya mensyafaatkan. Dan apabila dia mencapai usia tua ganyut Allah mencatitkan baginya semua pahala amalan yang pernah dia lakukan diwaktu sehat dulu dan kalau dia melakukan  kesalahan tidaklah di catit atas nye lagi.





Wednesday 4 June 2014

HADIS KUDSI

Berkata Haritsah b. Wahab r.a. Bahawa.   Nabi s.a.w telah bersabda; Allah berfirman.

" Bukan semua orang yang sembahyang itu dikira bersembahyang (Dengan hakikat sembahyang)..Hanyasanya Aku menerima sembahyang dari orang merendahkan dirinya kerana kebesaranKu, dan dia menahan hawanafsu nye dari segala yang Aku haramkan keatasnye, sedang dia tidak pula melakukan maksiat terus menerus terhadap Ku, ia suka melindungi orang yang merantau  (musafir),semua itu dilakukan kerana Aku. Demi kebesaran Ku dan keagungan Ku, sesungguhnye cahaya wajahnye adalah lebih terang di sisi Ku dari cahaya matahari. Akan Aku tukarkan kejahilannye dengan ilmu pengetahuan,dan Aku gantikan kegelapan nye dengan cahaya yang menerangkan.Setiap dia memohon akan Aku menyahut nye, setiap dia meminta akan Aku memberinye,dan setiap dia bersumpah akan Aku tunaikan. Aku melindunginye dengan kekuatan Ku, dan Aku menugaskan para Malaikat Ku untuk menjaga nye. Perumpamaan nye di sisi Ku laksana Syurga Firdaus.tidak rosak buah2an nye dan tidak berubah keadaannye.

Riwayat Dailami.

.