Tuesday 22 July 2014

Kenangan Ku Semasa Pegawai Daerah HP 5.

Progrem Lawatan YAB PM,TPM, MB.ke Daerah.

Sebagai Pegawai Daerah terdapat lebih kurang 100 Jawatan Kuasa yang dianggotai dan lebih 30 Jawatankuasa menjadi Pengurusi. Umum nya berkaitan pembagunan tanah.Pembagunan  pasarana. Keselamatan dan progrem2 semasa didalam daerah.

Sepanjang  bertugas di daerah  sepekara yang menjadi kenang2an saya adalah  mengelola progrem lawatan pemimpin2 ulung negara. Mereka yang  maksudkan   lawatan Yab PM. Yab TPM dan Yab. MB

Saya sempat menyambut dan mempersiapkan  lawatan dan kunjungan mereka dengan teratur dan (crowd) hadirin dengan jumlah yang tinggi.Setiap lawatan  pemimpin ; yang terpenting untuk diambil perhatian adalah 1.persiapan tempat.         2. Jemputan (crowd).   3. Jamuan. 4. Atucara.         5. Keselamatan.

Yab Pm. Dt Sri Najib Tun Razak pernah berkunjung  di tiga kawasan di Hilir perak. Lawatan itu meliputi tiga tempat, dalam sehari          di Parlimen Bagan Datuk.  Mewakili tiga kaum ia itu di Pekan Bagan Datuk untuk kaum melayu. Di Bagan Sg Tiang, untuk Kaum Cina Dan di Simpang Empat, Hutan Melintang untuk kaum India. Walaupun progrem ini sangat padat dan ketat ia nye mengembirakan kerana berjalan lancar dengan crowd yang melimpah. Saya masih ingat akan kata2 penduduk cina nelayan di Bagan Tiang " Pm datang kami semua mahu ambil cuti lo." maksudnye mereka ta turun laut menangkap ikan pada hari itu. Di kawasan Hutan Melintang  juga bagitu,  asalnye dijangka kurang sambutan kerana kawasan ini dibawah pembangkang tetapi respone  penduduk tidak dijangka kerana mereka berpendapat "Yab Pm no satu datang melawat tempat kita mesti hurmat". Pada masa itu mereka sangat teruja dengan Yab Pm.  dan  popular di kalangan penduduk kampung.

Satu lagi lawatan terpenting yang saya masih inagat  ialah lawatan  Yab Tpm Tan Sri Mahyudin Yasin, di Kg Bahagia Telok Intan. Kunjungan ini menghendaki satu crowd yang besar.yang dianggarkan 20 ribu orang. Dengan pelbagai cara dan komitmen bahawa jumlah yang di tetapkan telah dicapai melebihi yang dijangka.

Berpuluh progrem lawatan telah dibuat sepanjang 4 tahun itu ke Daerah Hilir PERAK selaras dengan saranan Yab Mb yang  mendasarkan progrem turun padang nye kesetiap daerah menjadi rutin bulanan.

Progrem2 lawatan pemimpin begini sangat menguntungkan kerana setiap kali pemimpin negara turun kadaerah banyak masaalah dapat diatasi dan banyak pula peruntukan diluluskan untuk menjana pembagunan Daerah. "Raayat faham itu."

                       
                    ...Catatan renkas kenangan sj.



Wednesday 16 July 2014

Kenanga Ku Semasa Pegawai Daerah HP. 4.

Pejuagan Untuk Kediaman Raayat.

Saya adalah lepasan UM Pengajian "Pesant Sociaety In South east Asia" sangat meminati kepada gerakan kaum tani dan meneliti masaalah penderitaan mereka kerana itu bila saya bertugas didaerah saya sangat prihatin kepada kehidupan raayat tani ini.

Saya melihat banyak usaha dapat dilakukan untuk meningkatkan kehidupan sosial ekonomi mereka.Terdapat  masih ramai yang bersetinggan dan tiada tempat kediaman selesa. Olih itu tindakan membuka penempatan baru dan mengeluarkan hak milik penempatan stinggan mereka adalah wajar.

Masih teringat akan menyelasaikan penempatan   lebih 20 th bersetinggan.  RPT  Kubur Jepun namenye, kerana telah di gazet kan sebagai penempatan Kubur Jepun,tetapi tiada satu kubur pun disitu. Hanye dengan membatal kan gazet tersebut hak milik telah pun boleh diberi kepada mereka.

Lain2 penempatan yang berjaya diluluskan dan dikeluarkan hak milik dalam tempuh 4th 10 bln itu antara yang masih di ingat ialah RPT Batu 14. Air itam,  merupakan RPT terbesar memiliki lebih 700 lot kediaman. RPT bt 8 dan 9. Cangkat Jong. RPT Langkap. RPT Sg. Manik. RPT Attaduri. RPT 3 mukim. rpt  Labu Kubung dll.

Kepada mereka yang  termiskin, dan ditimpa bencana kebakaran saya telah menyediakan satu kawasan seluas dua ekar untuk penempatan itu, sebayak 24 buah rumah dibena, sumbangan YBU. Rumah kediaman telah didirikan untuk mereka, menjadikan sebuah Kampung Baru di kawasan Pasir Berdamar Dalam.

Selain RPT yang menjadi nostalgia saya adalah saya sempat mendapatkan kelulusan untuk projek rumah pangsa Jln Laksemana saya teringat jasa puan Norsham , lahiran Batak Rabit yang mempertimbangkan projek ini semasa beliau  menjadi Ketua Unit Perumahan Suk. Walaupun projek ini ada lah projek terahir saya dan projek terahir saya bermesyarat bersama nye dimane selepas itu saya sunyi dengar selanjutnye.

Kesempatan ini juga membolehkan saya mengeluarkan tol kediaman, mana2 rumah setigggan yang tidak dapat di keluarkan hak milik atas sebab dibina diatas tanah rizab. Dianggarkan lebih 1500 tol kediaman dikeluarkan pada mereka untuk menghilangkan status stinggan mereka.

Dari progrem2 kediaman yang telah di laksanakan  dalam jangka waktu lebih 4th itu sebanyak lebih 2000 lot baru telah disediakan kepada orang2 kampong dalam daerah ini, tidak termasuk PPRT yang dimajukan olih felcra dibawah progrem baik pulih dan rumah baru yang berjumlah ratusan buah lagi.

Saya megharapkan mereka yang menerima projek ini akan bahagia bersama keluarga nanti

    
    ....Nostalgia ini catatan rengkas saya sj.


Tuesday 15 July 2014

Kenangan Ku Semasa Pegawai Daerah Hp 3

Penyertaan Hadiah Inovasi Perdana.

Penyertaan untuk Hadiah Inovasi Perdana bukan lah hasrat asal saya ketika itu. Tidak terlintas dihati pun untuk Anugerah berprestij itu. Yang paling penting bagi saya ketika itu adalah bagaimana untuk mengatasi masaalah perhidmatan kerajaan supaya lebih efisyen dan telus dan berintegriti kepada orang ramai.

Untuk itu saya telah perkenalkan kaunter bersepadu supaya semua orang awam yang berurusan dengan Pejabat Daerah dan Tanah dilayan  segera, mesra, telus dan terelak dari sebarang penipuan.

Untuk mengemaskinikan  pentadbiran pejabat selanjutnye saya telah perkenalkan  supaya sistem 5 s di munafaatkan,sistem ini telah lame ujud tetapi tidak dilaksanakan saya berpendapat ia amat merugikan.degan harapan sekiranye urusan pertanbiran telah berjalan dengan licin melalui pelaksaanaan 5s ini maka perhidmatan yang cekap kepada orang ramai dapat diberikan.Dengan kerjasama khidmat konsultan beserta dengan semua anggota, telah berupaya menyiapkan 5s dengan jayanye. 5s yang di laksanakan Di daerah Hilir Perak ini adalah yang pertama di Malaysia dalam ketogeri nye.

Berita kejayaan 5s dan ciptaan inovasi ini menyebabkan  Pejabat Daerah Hilir Perak menjadi popular dan di datangi dan dilawati olih Pejabat Daerah seluruh negara  untuk mendapatkan maklumat terkini.

5s ini adalah sebahagian dari espek inovasi bagi menentukan urusan pentadbiran menjadi mudah,senang mengesan, tersusun dan bersih dari sampah sarap yang tidak berguna. Pada masa ini juga ada pelawaan pertama kali untuk penyertaan Anugerah  Inovasi Perdana, Peringkat Kebangsaan dengan hadiah yang lumayan.Saya cadangkan agar menyertai nye. Oleh itu sebayak 9 inovasi telah sedia dan baru dicipta untuk nye.

Penglibatan kami dalam penyertaan ini pada 2011 tidak membuahkan hasil dimana kami mampu untuk keperingkat akhir sahaja. Namun saya cadangkan supaya pejabat Daerah dan Tanah Hilir Perak akan menyertaai pertandingan pada masa2 akan datang, kerana dengan cara itu ia suatu yang menguntungkan kerana urusan pentadbiran sentiasa di update kan dan usaha yang baik mungkin membuahkan hasil memenanginye.

Saya ahiri perhidmatan saya di Daerah Hilir Perak pada okt 2012. Pengganti saya meneruskan inovasi dengan menokok tambah disana sini dan di khbarkan bahawa pada inovasi tahun 2013 Daerah Hilir Perak berjaya mendapat tempat Pertama Inovasi Kebangsaan. Saya ucapkan syabas kerana asas yang kukuh untuk kejayaan ini telah disediakan sejak 2009 dan  kemenagan itu bukan  dicipta dengan suatu  malam saja.

          ..nostalgia ini catatan rengkas  sahaja.

Kenangan Ku semasa Pegawai Daerah HP 2.

Pada Mac 2008 saya telah di lantik sebagai Pegawai Daerah untuk  mentadbir Daerah Hilir Perak. Saya sempat bertugas dibawah dua pemerintah yak ni 11 bulan dibawah Pakatan Raayat dan Barisan Nasional sehingga Okt 2012. Kemudian saya telah dipindahakan ke ibu pejabat.

Sebagai pegawai yang baru saya melihat akan kesusahan sebahagian orang ramai berurusan di Pejabat Tanah dan Daerah, oleh itu saya membuat keuputusan supaya di ujudkan kaunter setempat, dimana semua unit2 dibawah pentadbiran Daerah di cantum untuk memberi perhidmatan secara berpusat.

Olih kerana pejabat tersebut sempit maka kita perlukan ruang yang selesa maka semasa Yab Mb membuat lawatan turun padang dan mengadakan  Mesyuarat Exco didaerah, saya telah mencadangkan  satu peruntukan sebanyak rm 70k untuk ubahsuai pejabat, ditimbangkan . Yab Mb telah melulusan peruntukan itu sertamerta maka ruang kaunter bersepadu pun di sediakan.

Kaunter Bersepadu ini  menempatan semua unit dibawah Pentadbiran  Tanah seperti  Unit Pendaftaran dan Pelupusan, aduan .Bahagian Pembagunan Masyarakat luar Bandar dan Bahagian Pentadbiran Daerah.

Semua perhidamatan ada disediakan di kaunter ini, orang awam ta perlu bersusah payah menemui pagawai di bilik2 mereka, menunggu lame   yang memakan masa. Dikaunter ini mereka hanye menunggu giliran  untuk menerima layanan.

Pelaksanaan kaunter bersepadu ini telah memberi kemudahan kepada orang ramai dan memendekan masa berurusan. Kaunter bersepadu seperti ini adalah yang pertama ujud di Malaysia untuk ketogeri Pejabat Daerah danTanah. Olih itu  kami rasa berbangga kerana dapat menjayakan nye. Kaunter ini telah di resmikan oleh Yb Dt Sri Rahman Hashim SUK Perak ketika itu.

                         ¤ Nostalgia ini cacat rengkas  sja.

Kenangan Ku semasa Pegawai Daerah HP 1.

Sepanjang saya bertugas dengan kerajaan inilah pertama kali saya bertugas dibawah kerajaaan Pakatan Raayat .

Issu terbesar pada waktu itu adalah kejasama antara Kerajaan Pusat dengan Kerajaan Negeri. Kerajaan pusat ditadbir oleh Barisan Nasional manakala Kerajaan Negeri ditadbir oleh Pakatan Raayat. Keadaan ini sudah tentulah ada  perbezaan dan keserasian.

Untuk mengatasi kemelut ini satu progrem  berbentuk santai telah direncana supaya  semua Ketua Jabatan Daerah dapat menyertainye sebagai kemuafakatan bersama.

Satu lawatan kePulau Sembilan telah di persetujui kerana pulau ini tempat popular memancing ikan dan paling hampir  persempadanan dengan Daerah Hilir Perak terletak di  Daerah Manjung.

Semua Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, Adun dan Pemberita telah berserta ke pelayaran ini.  Dua buah Kapal peronda dari Jabatan Kastam disediakan dan beberapa buah bot tambahan dari JPS dan Majlis Daerah. Ketua2 Kampong dari Bagan Sg lalang, Sg Burung di Bagan Datuk telah memberi kerjasa dan bantuan untuk progrem ini terutamanya penyedian tempat dan makan minum diPulau Sembilan.

Apa yang menjadi kenagan indah disana adalah pulau ini cantik asli belum ada penerokaan oleh manusia tiada bagunan  kecuali sedikit pantai putih. Udara nye nyaman dan angin sentiasa bertiup kencang.

Cuaca begini menimbulkan kerisauan kami kalau rubut dan taufan melanda. Sangkaan kami telah menjadi kenyataan dimana dari awal kehadiran kami kepulau ini ribut kencang telah melanda. Semua yang berada dalam kapal telah di lambung ombak,  ada yang melambung hingga kepala terhantuk keciling bila tangan terlucut dan dihempas kekiri dan kanan. Ada Yb dan Ketua Jabatan  jatuh sakit, pening muntah dsb nye kecuali beberapa orang pegawai, saya terselamat. Kerana ada sedikit pengalaman di air masa kecil dulu teknik  menari mengikut alunan bot di dek kapal tidak menentang nye. Ombak itu sangat tinggi seolah2 kami di telan laut.  Tiada kelihatan yang lain hanya ombak menggulung dan mengganas.

Kami tersadai di Pulau Sembilan 7 jam  untuk menuggu ribut  tenang. Kami balik ke bagan  jam 8 malm.  saya bersyukur semua nye selamat. Esok nye keluar dimuka depan berita" 7 jam dipukul ribut."  Dalam ahbar Sinar.

               ..........Nostalgia ini cacatan rengkas sj.

Thursday 10 July 2014

32 hadis kudsi.Allah menyukai orang mukmim

Berkata Wahab b.Munabih bahawa Nabi s.a.w telah bersabda  Allah berfirman.

"  Sesungguh nye semua petala langit dan bumi akan menjadi sempit untuk meranglul Zat Ku, Akan tetapi Aku mudah untuk di rangkul oleh kalbu se orang Mukmin"

Riwayat Ahmad

Tuesday 1 July 2014

11.Hadis Kudsi.Pahala, Walaupun Mu'min Di Uji

Berkata Abul'ats Ash-Shan'aani r.a. Bahawa Nabi s.a.w. Telah bersabda:Allah telah berfirman.:

"Apabila Aku menguji salah seorang dari hamba-hamba Ku yang mukmin lalu ia memuji Ku atas apa yang telah aku ujinye,Niscaya Aku akan perintahkan MalaikatKu agar 'Kamu catitkan pahala2 dari amalannye, seperti yang biasa kamu catitkannye sebelum itu"

Riwayat Ahmad dan Thabarani.

Hadis ini menjelaskan bahawa orang mukmin  chontoh nye di timpa penyakit maka dia tidak lah dapat mengerjakan sembahyang tahjud, witir, dhuha yang selalu dikerjakan nye, bila dia di timpa penyakit dan dia berkata Alhamdulillah atas apa yang menimpanye, maka Allah akan mencatat pahala apa amalan yang biasa yang dilakukan, tidak dapat dibuatnye lagi.