Wednesday 26 November 2014

HADIS KUDSI.REZEKI BANI ADAM

Berkata Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w telah bersabda: Allah berfirman:

" Telah berfirman Allah kepada para Malaikat pembahagi rezeki kepada Bani Adam.: Mana satu hamba Ku yang kamu temui menunjukan harapan nya kepada Aku semata, maka jaminlah rezekinya kepada langit dan bumi. Dan mana satu hamba Ku yang kamu temui sedang mencari nya(rezeki itu), maka sesungguhnye dia menuntut keadilan, maka permudahlah rezeki itu bagi nye dan lorongkanlah jalan2nya, tetapi jika dia menuntut selain dari itu, maka biarkanlah antara mereka  dengan apa yang mereka tuntut itu, kelak mereka tidak akan memperolih lebih dari apa  yang telah Aku tentukan untuk mereka itu."
                                 (Riwayat Abu Nu'aim)

Huraian.

Rezeki itu telah ditentukan Allah tetapi tabiat manusia tidak cukup2 sentiasa meminta lebih sehinggalah keliang kubur.

Allah memerintahkan para Malaikat Pemberi Rezeki, memberi perhatian dan jaminan rezeki kepada mereka yang berada dijalan yang benar, yang tidak mengikut hawa nafsu. Mereka sentiasa membuat yang disuruh dan berhenti apa yang dilarang.  Rezeki mereka dijamin akan tiba secara paksa kerana telah ditetapkan Allah.

Banyak dikit rezeki itu bergantunglah kepada  qadha dan qadar Allah s.a.w.
Dan bersyukur lah. Jika kita hendak mendapat rezeki yang lebih kita harus berusaha gigih sekuat tenaga. Tanpa usaha, rezeki ta datang menggolek. Tak kan ade hujan emas. Bagaimana pun janganlah pula sehingga lalai untuk menjalani tuntutan Allah ygan lain..

Dengan sebab itu Allah berfirman pada malaikat jika hamba itu telah melebihi apa yang perlu dalam kontek mencari rezeki, tinggalkan mereka biarkan mereka , biarkan dengan kebodohan nye . Rezeki itu telah ditetetapkan Allah, walaupun dibuat tetapi jika bukan rezeki, tidak akan diperolehi nye jua.

i. Elak dari sifat tamak hingga membelakangi perintah Allah yang lain.
ii. Tidak terpikat habuan dunia hingga menjadi gulungan yang tidak bersyukur.
iii. Kaya dunia miskin ahirat itu bodoh.
iv. Imbangi kerja dunia dan ahirat agar jiwa jadi tenteram dan mudah2an kita di bimbing Allah dalam semua langkah nye, dan mendapat keuntungam didunia dan ahirat.

Was.

Monday 24 November 2014

UMNO AKAN DAPAT SOKONGAN BARU DENGAN MUKA BARU WADAH BARU.


Presiden UMNO Dt Sri Najib memberitau perwakilan bahawa Malaysia berjaya dibawah pemerintahan parti dan mendapat pengiktirafan dunia dan menjadi negara contuh dengan kedudukan  ke 18 paling berdaya saing sebaliknye negara ini, tidak mendapat pengiktirafan di negara sendiri. Dalam ucapan nye di Convensi Umno Wilayah Persekutuan..

2..Beliau melihat dari segi pembagunan tempatan walaupun mereka telah dibantu seperti stinggan tetapi ahirnye mereka tidak menyokong parti.

3.Digambarkan menurunnye sokongan orang2 melayu kepada Umno kerana:-

1.Pemimpin2 UMNO sebuk mengejar jawatan dalam parti berbanding mencari sokongan raayat.

2. Sikap sebelah memberi bantuan kepada orang2 parti sahaja. Bukan kepada masyarakat.

3. Tiada keadilan dalam memberi bantuan.

4. Kena faham kalau dah ta layak jangan paksa orang beri kita jawatan. Dan ugut pula.

5. Mengingatkan supaya memberi peluang kepada orang2 muda yang intelektual menyertai parti dan jawatan. Jangan hilangkan borang2 mereka.

6. Ahli dan pemimpin perlu bijak untuk menfaatkan maklumat.

Mengikut Setiausaha Agung Umno Dt Sri Tengku Adnan Mansur beliau berpendapat  kemerosotan sokongan kepada umno ditafsir :-

1.UMNO telah dijadikan sebagai paksi cita2 pribadi yang memberi imej buruk kepada parti.

2. Orang2 UMNO suka berbalah kerana pangkat dan kuasa supaya kekal ditangan mereka.

3. Perjuagan iklas UMNO telah terhakis.

4. Lima agenda penting yang telah diabaikan perlu dikukuhkan:-

i. Kukuhkan agama islam. 
ii. Memantapkan BN
iii. Mendekati gulungan muda.
iv. Meningkatkan jurang ekonomi bandar v. Bertemu raayat 'Turun padang'

5. Tun Mahadir pula memberi ulasan terpaksa membuat teguran kerana parti ini tidak lagi popular dan tidak relavan.

"Pemimpin pula perlu dengar teguran ini dan ambil berat pandangan wakil. Jangan lah selalu dengar orang tertentu dikeliling kita sahaja. Yang mengelilingi orang berkuasa tidak baik bagi mereka."
Beliau mengulas kelemahan yang ade:-

5.1 Mereka menganggap UMNO sebagai batu loncatan untuk kayakan diri sendiri.

5.2 Menerima ahli baru yang tidak mencabar kedudukan pemimpin Bahagian. olih itu yang masuk Umno  ahli2 ta berbakat . UMNO Bahagian menjadi semakin lemah.

5.3  Budaya war lord  dalam UMNO. UMNO saya punye, Bahagian ini saya punye. Orang berbakat disekat  untuk masuk UMNO , mereka lari keparti lain.
(Sumber Sinar Harian 24/25.11.14.)

Sebagai tambahan untuk mendapat kembali sokongan orang2 melayu kepada UMNO disaran tambah .

1. Berbuatlah kebaikan dan kebajikan pada umum nye. Hindari sifat ujub dan juga riy'ak. Bersungguh2 membantu bangsa yang telah berjaya, sedang berjaya, yang ade harapan berjaya. Sehingga berjaya dengan dasar memehak bangsa.

2. Pemimpin itu diminati kerana kepintarannye , kebijaksanaan nye, pandangan jauh nye. Pekasa tubuhnye. Pilehlah dari kalangan mereka yang bijaksana, jangan khianati mereka yang berkerja keras untuk bangsa. ( Lawat tok rabuk.Mac 2013 tip2 memileh peminpin)

3.Peminpin kena sedar bahawa ade 2 pesepsi masyarakat. Peminpin dibenci dan pemimpin dihurmati. Yang dibenci itu tentulah:-

i. Tiada perjuangan iklas dan bersungguh2 untuk bangsa, Jangan bercakap sesuka hati. Biar berisi.

ii.Tiada kejujuran dan keiklasan dalam perjuagan parti.Untuk pangkat sanggup guna taktik keji,fitnah dan mengumpat yang boleh memecah belah sesama sendiri.

iii.Tiada kesungguhan, dalam bicara dilihat  lebih retorik dari rupa jadi.

iv. Ketiadaan teliti boleh mendatangkan pekara2 yang dibenci raayat. Tersilap hitungan boleh melakukan pekara2 songsang dalam hal agama ,hal2 ekonomi, pelajaran, peluang2 perkerjaan dan pelbagai pekara  yang mungkin boleh bertentangan dengan pemikiran dan budaya bangsa.

v. Tiada memahami struktur pemerentahan negara antara Pembuat Dasar, Pelaksana Dasar dan Perundangan, yang jelas  akan timbulnye kekeliruan jika tiada ilmu.

4. Pemimpin parti kena faham kalau eksukatif turun padang bukan tujuan nak jadi calun tetapi buat kerja secara profesnal, mendalami hal2 raayat,  bukan hasrat bersaing dengan  peminpin2 politik.

5.Elok le  mengelak dari mengugut penjawat awam yang menjalankan tugas kalau ta ikut kehendak diri, akan di tukar, diubah, dipindah dsb. Tektik ni macam2 orang ade kuasa tetapi sikap ini tercela.

6. Pemimpin kena bijak le memileh yang mane  lebih diberi keutamaan kepada bangsa. Hal2 ekonomi ,peluang niaga, kediaman, pelajaran ,peluang kerja untuk penganggur dan yang lain nye. Buat le sistem terbaik yang boleh meningkatkan imej bangsa dan yang ta menjatuhkan  negara ketangan tetangga.(lihat9 tok rabuk july 2013. 50 tuntutan orang2 melayu.)

7.Bijaksana lah menguna media. Media boleh membuat warna yang hitam menjadi putih yg putih menjadi kelabu. Khabarkan kejayaan dibuat dan kabarkan juga yang gagal agar raayat faham
Manusia biasa sahaja merancang, Allah juga menakdirkan.

Was.

Saturday 15 November 2014

Mekah Kota Berdarjat Dugaan Hebat

Mekah kota yang menjadi idaman  setiap umat yang beragama islam untuk bertemu Allah disana.Kota untuk bertemu Tuhan untuk suci dan mencuci diri . Tempat perhimpunan para Nabi, para Rasul, Para Wali, Ariffin dan para tetamu yang dijemput Allah. Tempat perhimpunan teragung disetiap waktu tiada siang  tiada malam. Menyuci diri dari kotoran batin, dan yang  bersih  untuk mengilap, memancar cahaya untuk terus bercahaya meninggikan darjat di alam kurbah.

Tahun ini aku dijemput Tuhan untuk fardu yang lima. Tahun terbaik haji akbar hari   Jumaat di Arafah perhimpunan masyair agung yang teragung 6 juta umat dari seluruh pelusuk dunia dengan pakaian ikhram yang sama tidak membeda. Mereka datang dari jauh meredah awan menyonsang angin berjalan kaki, hanya ingin memohon rahmat ampunan dari Tuhan yang Maha Pengampun, di padang tandus ditanah gersang. Memohon apa jua barang yang terniat didalam hati agar dikabulkan  Tuhan ditempat ini.

Aku mempunyai cerita khas tersendiri perjalanan rohani untuk dikongsi.

1.   Aku mengerjakan Haji Tamattuk. Diawal mengerjakan umrah dan tawaf mengeliling kaabah, setelah selesai mencari kasut yang diikat dipojuk tiang kemudian tidak ditemui hilang entah kemane.

Aku harus balik keJanariah kediaman jamaah. Jam satu tengahari dengan suhu 40 darjah adalah cuaca terpanas bumi Mekah. Bersaksi dengan tumbuhan batu bersimen kelihatan berasap dik panas aku harus lalui itu semua tanpa kasut. Serantai perjalanan ku menigggalkan Masjidul Harom aku rasa kan panas kaki hingga keubun2 mengelegak, terkial dibumi yang membara. Kawan ku sehala ke Janariah menghadiahkan sebelah seliper nye kepada aku namun panas nye tidak dapat ku hapuskan sama sekali.

Maka dalam hati ku berbisik " Ya Allah jika bagini lah panas nye leburlah kaki ku dan pasti aku ta dapat menunaikan haji dan beribadat diMasjidil Harom pada hari berikutnye." Aku harus meredah padang pasir yang berapi itu ke Janariah, yang jauh nye 2 kilomiter walau apapun berlaku.

Dengan takdir Ilahi dengan tidak disangka2 di persimpangan jalan, datang seorang  hamba Allah menuju kearah ku mencampakan sepadang seliper hijau baru, aku ambil dengan gopoh menyelamatkan kaki ku. Dia berlalu tanpa sebarang kata dan terus nenghilang ditengah keramaian orang.

Aku tertanya2 siapa kah orang itu. Yang sempat menghadiahkan sepasang seliper baru kepada ku.Orang nye tidak tinggi  agak rendah, kulit cerah hidong mancung, agagkan saya dia bukan arab. Disitu tiada kedai kasut melainkan padang pasir tandus, pada firasat saya munkinkah dia seorang Waliallah atau seorang Ariffin yang sentiasa menolong orang yang didalam kesusahan, ia mendapat berita ghaib kesusahan orang tanpa wire, tanpa internat, orang yang  hampir dengan Allah diberi kelebihan didunia ini, berdarjat diahirat. Demikianlah saya berbicara sendiri hal kejadian itu . Kemudian saya bersyukur kehazrat Ilahi yang menyelamatkan saya dari terlebur kaki. Saya berdoa agar orang yang menolong saya itu diangkat darjatnya oleh Tuhan ke darjat martabat tinggi di alam qurbah bersama2 Waliallah dan Ariffin yang lain nye.

2.   Satu peritiwa lagi yang bukan mengikut urutan telah terjadi di Madinah.

Selepas subuh saya menuju balik ke hotel saya bersebelahan Masjidil Nabawi. Saya melalui satu lorong pasar pelbagai jualan.  Tentulah orang ramai disitu.  Saya pula tidak  mengenakan talipinggang dompet saya dipinggang, sebaliknye saya masukan kesaku jubah. Saya tidak sedar bahawa saya telah kehilangan dopet tersebut kecuali setelah dihampiri oleh sesaorang, menghulurkan nye kepada saya, barulah saya sedari bahawa saya telah kehilangan dopet itu. Atas kejujurannye  itu saya telah sedakahkan dia sedikit wang. Dimana kemudian nye saya  menyesal kerana memberi beliau sedikit wang sepatutnye lebih bayak dari itu.

. Pada kebiasaan nye kalau kehilangan dompet pasti ia nye tidak kembali kepada tuannye. Saya dapati tiada serial pun luak dari dompet itu.Oleh itu saya percaya bahawa penghuni Madinah adalah orang yang baik2 jujur dan ramah. Dalam hati saya teringat bahawa Nabi Muhammad s.a.w.menjadikan Madinah tempat bermastautin dan wafat disana kerana salah satu sebab adalah orang2nye  disini lebih sopan dan menghormati orang.

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana mengembalikan dompet saya tanpa hilang serial pun. Saya rasa semua ini kerana sadakah saya sebelumnye  kepada orang ramai, dimana saya selalu meingatkan diri, bahawa apa sahaja harta dan wang yang ada pada kamu adalah harta dan wang Allah yang mana saya hanye pemegang ananah sahaja bukan hak mutlak saya .

3. Kesah ini sebenarnye mengesahkan aku di ganggu iblis  di  Mina pada 10 zulhijjah.  Perjalanan dari Muzalipah ke Mina telah meletihkan, susana diMina yang kekurangan khasnye toilet adalah ujian kepada para jemaah. DiMina sesungguh nye terdapat berbagai perasaan, keletihan, kepenatan dan keuzuran. Suasana ini telah diambil kesempatan olih iblis untuk mengganggu dan merasuk agar merenggangkan tauhid, akidah agar terjauhlah diri disisi Tuhan.
Dalam keletihan dan kebuntuan fikiran dengan ta semena-mena  datang suatu sura dalam fikiran " Janganlah jadi bodoh apa yang kamu dapat disini menyiksa kan diri lebih baik kamu pulang sahaja, lihatlah orang2 putih tidak mahu bersusah payah dengan ugama hanya berehat dan besenang lenang dengan kehidupan sahaja."
Suara ini menjadikan saya rusing dan bigung, bimbang akan dimarah Tuhan, ditakuti Allah akan menjauh, melihat diri .Aku terasa hilang dan pana dunia. Peristiwa ini menjadikan aku sangat sedih. Takut akan ke enkaran perintah Tuhan .Takutkan termakan godaan syaitan. Takut akan membantah Tuhan.Takut akan haji yang sedang dikerjakan hilang manfaatnye.

Mungkinkah ganguan ini kerana petang nye kami akan melontar Jamrah Akabah yang mana peristiwa membunoh syaitan dengan rejaman, menyebabkan aku dihasut sedemikian rupa.entah lah.

Petangnye dengan 7 anak batu aku ke Akabah melontar jumrah dengan sedu sedan aku mohon keampunan Tuhan atas hasutan syaitan  itu. Aku lontar satu persatu degan menyebut nama Allah yang Maha Besar dan merejam syaitan.  Tiba2 hati ku menjadi aman sediakala dan bersyukur kepada Tuhan yang Tunggal lagi Berkuasa menguji hambanya. Aku menyerah seluruh jiwa raga untuk Tuhan ku agar aku tidak diganggu iblis seperti itu sampai bila2.

Itu lah secebis kesah aku ke Mekah menunaikan haji agar haji ku diterima Allah degan keampunan Nye jua..