Monday 29 December 2014

BUDAYA UCAPAN HARIAN MUKMIN

Budaya ucapan dan amalan orang mukmin yang diberkati Allah setiap hari  seperti dibawah. Subhanallah, rupa2nye ucapan2 ini  dalam alQuran ianya adalah perintah Allah.

1. Bila memulakan sesuatu pekerjaan mereka menyebut. BISMILLAHHIRRAHMANIROHIM.( Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani)

2. Bila inginkan pertemuan atau pertemuan pertama dengan orang2 Islam, sahabat handai, kaum keluarga, orang2 yang dikenali atau belum dikenali, mereka memulai dengan ucapan. ASSALAMMUALAIKUM (selamat sejahtera keatas kamu) dijawab pula dengan, WAALAIKUMMUSSALAM (selamat sejahtera juga keatas kamu)

3. Bila bertemu musibah seperti kematian mereka mengucapkan.
KOLUINNALILLAHIWAINAILAIHIROJIUN..(dari Allah kami datang, kepada Allah jua lah dikembalikan)

4. Bila berbicara sesuatu yang belum berlaku mereka menyebut .INSYA ALLAH(dengan izin Allah)

5. Bila mengkagumi sesuatu kejadian mereka menyebut MASYAALLAH  (semuanya barang yang dikehendaki Allah)

6. Bila berlakunya kejayaan atau kegagalan atau ketidak upayaan mereka menyebut .  LAQUATAILLABILLAH (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)

7. Bila mulai membaca ayat2 alQuran mereka mendahului menyebut. AAUZUBILLAHHIMINASYAITONIROJIIM..(aku berlindung kepada Allah dari syaitan  yang di rejam.)

8. Bila berhadapan dengan kejayaan, kekaguman, rahmat, nikmat, keberuntungan, atau musibah, orang2 mukmin selalu mengucapkan tasbih salah satu berikut.
SUBHANALLAH(Mahasuci Allah)
ALHAMDULILLAH(segala puji bagi Allah)
ALLAHUAKBAR(Allah Yang Maha Besar)
LAILAHAILLULLAH(tiada Tuhan yang lain di sembah melainkan Allah)

Sunday 28 December 2014

SURAH AL QAHFI

Surah ini, rengkas nya menceritakan bahawa;
1. Al Quran ini adalah benar dan berita gembira kepada mereka yang beriman dan beramal soleh.

2. Al Quran juga memberi amaran kepada pendusta yang mengatakan "Allah menpunyai anak" dan meminta Nabi tidak berdukacita atas perbuatan mereka yang enggan beriman itu.

3. Allah mencipta semua dimuka bumi ini sebagai perhiasan adalah  untuk menguji siapa yang lebih baik amalan nye.

4. Allah menceritakan kesah "Ashaab'ul Khafi dan Ar Raqiim" salah satu kesah yang menakjubkan. Dimana sekumpulan pemuda yang beriman kepada Allah, lari dari pemerentah yang zalim dan memohon kepada Tuhan agar mereka diberi rahmat dan dipimpin untuk keselamatan Agamanya. Lalu mereka ditidurkan didalam gua bertahun2 lamanye.

Kesah ini didedah kan untuk mengetahui bahawa Allah menghidupkan orang yang mati adalah benar dan hari kiamat itu tiada sebarang syak berlakunye.

Mereka diuji untuk mengira berapa lama mereka disitu. Dikalangan mereka ada yang berpendapat, mereka tidur sehari sahaja disitu. Ada pula yang berkata hanya Allah sahaja yang mengetahui. Untuk kepastian mereka mengutus seorang dari mereka membawa wang perak ke bandar, dia diminta berhati2 supaya tidak di syaki dan mengelak dari di rejam dan dipaksa ke ugama mereka.

4. Diceritakan juga pertikaian akan bilangan 'Asshabul Khafi' itu, ada yang mengatakan 3 orang yang keempatnye anjing. Ada yang mengatakan 5 orang yang ke 6 nye anjing, ada yang mengatakan 7 orang, yang kelapan nye anjing.

5.Allah menasihati  'Jangan berkata sesuatu yang masih belum berlaku kecuali menyebut 'Insyaallah'.

6.Allah memberitahu, mereka tertidur disitu selama 300 tahun.

FirmanNya."Allah jua mengetahui tentang masa mereka tidur. Baginye lah tertentu ilmu pengetahuan segala rasia dilangit dan bumi. Terang sungguh penglihatan dan jelas sungguh pendengaran Nye.Tuhan yang mengurus langit dan bumi dan tiada sesuatu yang masuk campur dalam hukum nye"

7. Berdamping lah dengan orang yang beribadat dengan Tuhan dan jangan palingkan muka kepada mereka. Jangan mematuhi orang2 yang lalai ajaran Quran dan yang menurut hawa nafsu dan melampaui batas.

8. Yang benar itu datang nya dari Allah. Sesiapa hendak beriman, berimanlah. Siapa yang kufur ingkar biarkan saja kerana Allah ade sediakan api neraka. Orang yang beriman dan beramal soleh disediakan syurga.

9.Allah menceritakan 2 lelaki berbincang, seorang darinye mempunyai kebun anggur dan kurma,  bermegah2 dengan mempunyai kebun yang banyak dan hasil yang banyak, 'dia kufur, tidak percaya kebun nye akan binasa selama2nye dan tidak percaya hari kiamat dan dia percaya dia akan ditempat kembali yang baik'. Dengan kekufuran nye itu,  kebun nye ranap dan ia menyesal.

Diajar perkataan "mashaallah" (semuanye barang dikehendaki Allah) dan perkataan "laquataillahbillah" (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)

"Harta benda dan anak pinak itu adalah perhiasan hidup didunia. Amal soleh lebih baik pada sisi Tuhan dan memberi harapan."

" Hari kiamat itu, meranapkan kesemua. dan semua dihimpunkan di padang mahsyar untuk dibawa kepada Tuhan, berbaris teratur. Buku catitan amal di bentangkan tanpa di tinggalkan setiap perbuatannye. Orang2 yang zalim akan ke neraka tidak dapat mengelak diri.

10. Allah telah banyak memberi penjelasan dan perbandingan tetapi mahlok,banyak sangat bantahan nye. Rosul diutus untuk membawa berita gembira dan memberi amaran tetapi mereka membantah dan membuat ejekan2 pula.

11. Diceritan juga kesah Nabi Musa berguru dengan Nabi Allah Khidir. Dengan membawa ajaran bersabar.
Mekalui 3 kesah. Nabi Musa di minta tidak bertanya atas apa yang di buat olih Nye untuk menguji kesabaran itu. Tetapi Nabi Musa ta sabar tetap mempersoalkan nye menyebabkan mereka berpisah. Kesah2 yang dicerita itu.
A. Membocorkan perahu.
B. Membunuh pemuda.
C1. Membena tembuk yang hendak runtuh.

Kemudian Nabi khidir menjelaskan bahawa.

A. Perahu itu dibocor kerana ia nya kepunyaan nelayan miskin, ada raja akan merampas perahu disitu, mana2 yang cacat akan ditinggalkan.
B. Pemuda itu di bunuh kerana ibu bapa mereka orang beriman, dikuatiri dia berlaku zalim kepada ibubapanya dan diharap akan diganti dengan anak yang lebih soleh.
C. Tembuk itu di bena kerana dipunyai anak yatim, dibawahnya ada harta karun terpendam . Tuhan minta agar anak itu bila cukup umur memiliki harta terpendam itu.

12. Allah menceritakan kesah Zulkarnain yang diberi kuasa memerintah bumi. Ditimur dan barat. Sehingga kedaerah matahari terbenam yang didiami olih kaum yang kufur. Kaum ini diazab kerana kekufuran nye.

Kemudian dia ke arah matahari terbit penduduk  disini liar, tanpa tempat kediaman.

Beliau kemudian kejalan yang lain dan sampai ke kawasan dua gunung didiami kaum yang tidak dapat difahami, bahasanye yang pelik. Mereka berkata kaum Yatjud Makjut  melakukan kerosakan dibumi. Penduduk disini meminta bantuan Zulkarnain dan beliau memerentahkan dibuat tembuk dari besi dan tembaga supaya puak ini ta dapat memanjat tembuk itu untuk menganggu mereka lagi.

Tembuk itu akan bertahan sehingga satu tempoh,kemudian ia akan berkecai, maka keluarlah mereka merosakan bumi. Allah selamatkan, dan setelah itu berlakulah kiamat.

13. Orang2 kafir diperlihatkan neraka jahannam. Orang2 yang rugi adalah mereka mensia2kan amalannya didunia dan kufur dengan ayat2 Allah.

Percayalah kepada Tuhan yang satu. Kerjakan amal soleh dan jangan sekutukan dengan sesiapa dalam ibadat nya kepada Tuhan.

Wednesday 3 December 2014

Solat Syariat dan Solat Tariqat.

Mengenai solat,sebagaimana telah diketahui ia itu didalam al quran.

" Hendaklah kamu menjaga solat2 mu dan solat wusta(yang ditengah)" (al baqorah :238).

Yang dimaksudkan dengan solat syriat adalah solat seluruh  badan yang zahir dengan gerak tubuh; badan berdiri, lidah membaca,ruku', sujud, duduk, mengeluarkan suara, dan bacaan2. Olih itu didalam alquran di sebut selawat, (beberapa solat).

Solat tarikat itu adalah solatnye hati selama2nye. Sebagaimana disebut dalam alQuran "Solatul Wusta", iaitu solat hati, kerana hati ade di tengah badan, antara kanan dan kiri, antara atas dan bawah,dan diantara bahagia dan celaka.

Rasul bersabda:  "Sesungguh nye hati manusia ade diantara dua jari2 Allah. Allah membolak balikan nye sesuai dengan kehendakNye".

Yang dimaksudkan dengan jari2 Allah ialah dua sifat Allah ia itu: 1.Memaksa
2. Pengasih..Dari hadis ini diketahui bahawa solat yang pokok adalah solat hati. Bila solat hati dilupakan maka rosaklah solatnya. Dan bila rosak solatnye, rosak pula solat seluruh badanye. Sabda Rasul: " Tidaklah sah solat seseorang kecuali disertai dengan hadirnye hati". Sesungguhnya orang yang solat itu sedang bermunajat berdialog dengan Tuhan nye. Alat untuk bermunajat adalah hati. Bila hati lupa maka batallah solatnye dan solat badannye kerana hati sebagai pokok utama dan anggota badan yang lain mengikutnye.

Rasul bersabda; "Sesungguhnye didalam jasad manusia ada segumpal daging.,bila dia baik sekujur badan akan ikut baik dan bila dia buruk sekujur badan pun menjadi buruk itu lah hati."

Solat syariat mempunyai waktu tertentu, sehari semalam lima kali sehari dan ada pula sembahyang sunat. Solat syariat dilakukan di masjid berjamaah, bersama2 mengadap Kaabah, mengikut imam, tanpa riya' dan sum'ah.

Solat tariqat dilakukan selama2nye tanpa batas waktu selama hidup didunia dan ahirat. Masjidnye adalah hati. Berjamaahnye ialah terpadunya kesucian batin dengan selalu memperdengarkan tauhid dengan lisan batin. Imam nye ada
lah rasa rindu didalam hati untuk sampai kepada Allah. Kiblatnye ialah kehazrat Allah Yang Maha Tunggal dan Keindahan Ketuhanan. Itulah kiblat hakiki. Hati dan roh selamanye ta terlepas dari solat ini.

Was saqaj.