Wednesday 25 February 2015

TEMU BUAL SAYA DENGAN TOK RABUK.

Saya.T.

Assalamualaikum.

Tok, saya di mengerti bahawa kita terkandung dibawah dua alam ya'ni alam dunia dan alam ahirat. Boleh Tok jelaskan secara rengkas ya.

Tok Rabok.J.

Waalaikumusalam warahmatullahiwabarokatuh.

Untuk memulai ini harus mesti memahami makna atau erti yang  jelas, agar arah dituju tiada tersasar, kerna kehidupan mendiami bumi  harus dimengerti apa itu dunia?, hakikat dunia dan penciptaan nya?. Agar kita tidak tersembunyi dari memahami, bahawa  dunia ini bermaksud sementara ia tidak kekal, semuanya akan mati, binasa kehancuran, dan akan bertukar jisim kepada habus dan ke asal, yang dinamakan tanah.

Dan ahirat itu alam, dalam pengetahuan megatakan bahawa tempat yang dizahirkan nanti adalah suatu alam yang kekal dan abadi. Disana alam nya dibahagi dua , ya ni alam keseksaan dan alam kebahagian. Pilehan tempat disana atas apa amalan2 yang dilakuan, dan yang diusahakan ketika hayat didunia, khususnye pengabdian kepada yang Maha Esa. Di alam ini tiada kematian lagi. Disini Alam balasan segala amalan, ketempat baik atau buruk.
Itu sahaja.

Saya.T.

Tok jadi hidup kita dua kali.

Tok Rabuk.J.

Ya  hidup kita dua kali dan ketiadaan kita juga dua kali, maksud nye sebelum kita dilahirkan didunia kita tiada,(mati), kemudian kita dilahirkan, kita hidup didunia, kemudian kita di tiadakan ya'ni mati, dan dihidupkan semula di alam ahirat. Benar bahawa setiap sesuatu dijanjikan pencipta berpasangan. Yang Tunggal hanyalah Allah yang Maha Berkuasa.

Saya. T.

Sesak nafas saya mendengar keterangan Tok seringkas itu, jesteru apa seharusnya untuk memileki kehidupan kebahagian.

Tok Rabuk.J.

Orang bijaksana akan memileh jalan kehidupan untuk alam kebahagian kekal abadi ya'ni jalan  yang di tunjuk kesana. Jalan yang di tunjuk Tuhan dalam Quran dan jalan yang menteladani para Nabi dan para Rasul. Itu lah jalan mencapai kebahagian dunia dan ahirat.

Saya. T.

Itu saja Tok.

Tok Rabuk.J.

Untuk mencapai Alam kebahagaian kekal  bukan mudah. Memang ade 7 jalan, jalan yang banyak untuk sampai kesana, tetapi ramai  yang sesat juga. Banyak halangan dan rentangan untuk ditentang, banyak musuh2 yang sentiasa menghasut, ya'ni Syaitan Iblis dan nafsu. Yang mungkin menyamar diri dalam manusia, ilmu pengetahuan, fikiran, atau kewibawaan, pengaruh atau dalam bentuk baru maujud yang sangat halus bentuk nye seperti ciptaan2 melalaikan.

Saya. T.

Secara pintasnye apa asas untuk sampai keAlam Kebahagian Kekal itu Tok.

Tok Rabuk.J.

Yang di maksudkan Alam kebahagian kekal itu adelah syurga, yang dikatakan berlapis2  yang akan didiami mengikut darjat dari amalan2 baik dan benar manusia didunia. Tempat yang sangat indah, yang tidak dapat digambarkan dalam fantasi, pun tiada  bandingan dan umpama keindahan dunia ini.

Asas nye untuk kesana adalah taat kepada Rukun Iman dan Rukun Islam dan fardhu kifayah, kerana hanya Agama Islam sahaja Agama yang diredhoi Allah tidak agama lain selain nya.

Rukun iman itu adalah asas kepercayaan yang ghaib. Ade Nye Tuhan tapi tidak dapat dilihat dengan mata di alam ini. Ya'ni kepercayaan dan syahadah kepada Allah yang tunggal tidak beranak  dan tidak diperanakan dan tidak ade sesuatu menyerupai dan sebanding dengan Nye. 

Mempercayai kitab al Quran dan isi kandungan nya. Juga lain2 kitab yang di turunkan Allah melalui Nabi dan Rasul2Nye. Mempercayai  Malaikat, para Rosul, Nabi2 dan para Aulia. Percaya akan  hari kiamat, hari malapetaka dunia yaitu hari bertemu Allah, hari amalan di oudit tanpa ketinggalan kecil maupun besar. Hari yang menentukan hisab untuk ke syurga bahagia atau neraka celaka. Dan percaya akan adenye syurga dan neraka dan Kadho dan Qadar Allah,  Ya' ni ketetapan2 Allah mengikut aturan2 yang ditentukan Nya.

Islam hanyalah agama yg diredhoi Allah, jesteru Rukun Islam perlu diketahu dan diamali. Yang utama hendaklah mengucap dua kalimah syahadah. Lailahaillullah Muhamadulrosulullah. Bersolat lima waktu sehari semalam. Dengan khusuk dan tawadhuk, merendah diri. Berpuasa di bulan Romadhan. Menunaikan zakat bila cukup nisab dan membayar fitrah dan nenunaikan Haji keMekah sekali dalam seumur hidup. Semua rukun ini wajib di buat dan ditunaikan selagi kita hidup. Itulah asas kehidupan orang2 islam dan ajaran Islam.

Saya.T.

Ya Tok apakah dengan kita mengamalkan semua rukun ini kita akan mendapat tempat bahagia itu.

Tok Rabuk.J.

Tempat kebahagian bukan jaminan kita, tempat kebahagian kepunyaan Allah. Hamba meneladani perentah Nabi dan Rasul berharap mendapat rahmat Allah. Kita hanye diminta melakukan ketaatan. Manusia di cipta adalah untuk menyembah Tuhan yang mencipta kita. Yang penting kita diminta untuk menyembahNye dan bembuat apa yang disuruh dan tidak melakukan apa yang ditegah. Keupayaan kita menyekat dari melakukan yang haram, ditegah Islam dan melakukan peribadatan dengan iklas kepada Tuhan untuk diri dan masyarakat, kita mempercayai bahawa kebahagian kita ade di alam kekal dan abadi.

Saya. T.

Tok kita perlu mendalami ajaran2 Islam  yang sebenarnye. Untuk mencapai hakikat itu.

Tok rabuk. J.

Benar mencari ilmu itu sangat dituntut dalam Islam, sepanjang hayat dikandung badan. Kerana ia akan menentukan yang hak dan batil.Benar atau salah. Oleh kerana hayat kita pendek dan  ilmu itu sangat luas, maka kita sangat lemah untuk melakukan semua itu, kerana itu kita berdosa dan manusia diminta untuk bertaubat, menyesal diri ketidak mampuan melaksakan semua tangungjawab, diserahkan kepada kita dimuka bumi. Sementara itu manusia selalu terdorong nafsu dan hasutan iblis, melakukan pekara2 terlarang. Taubat terbaik, taubat bersungguh2 bagai mencabut akar tunjang agar tidak kembali tumbuh.

Tapi apa yang Tok nak sampaikan adalah bahawa kebahagian hidup didunia dan ahirat adalah pada kuasa Ilahi. Kehendak Ilahi, pilihan Ilahi. Atas Rahmat Allah.

Hidup dan kehidupan kita akan di uji. Allah mencipta setiap benda di alam ini untuk menguji kita, siapa berjaya diuji maka bahagialah mereka di dua alam ini. Kita hanya mengharap rahmat Tuhan untuk berbahagia, di tempat yang baik dan berkesudahan dengan hasanul khotimah. Kita kena selalu berbuat baik kerana semua ajaran dan perintah Tuhan untuk membentuk manusia menjadi baik, berahlak mulia, berperikemanusian, berkeadilan. Jika pun kita kuat beribadat (fardhu),  tetapi masih ta terbentuk nya, ahlak dan perangai manusia menjadi  baik, bermakna amalan kita tidak mendapat keredhoanNye, malah jauh dari rahmatnye. Sebagai contuh mana mungkin walaupun kita kuat beribadat  tetapi kita jugalah kuat mengumpat, memfitnah, ujub, riak, sombung,menipu, mencuri, minum arak, berjudi, tidak berintegreti, membiarkan masyarakat miskin, buruk perangai, hisap dadah, melepak membuang masa, tidak membagun dan menjaga kepentingan ekonomi  masyarakat, dan sahsiah dengan baik, yang ahirnye  martabat mulia Islam dan  umat  Islam punah, maka  ibadat kita belum sampai mendapat keredoaan Allah, dan hidup kebahagian di ahirat belum dipastikan dan beserahlah kepada rahmat Allah.

Saya. .

Ruang yang terhad  tidak dapat mencakup persoalan  semua hari ini Tok.  Saya ucapkan terima kasih pada Tok kerana sudi bersama pada kali ini.

Tok Rabuk.

Terima kasih kembali. Jumpa lagi.Mualaikommusalam

Monday 9 February 2015

AKU SAYANG KAMU (LAGU)

Oo oo oo
Kawan2 ku
Mari bergembira.

Aku sayang kamu,
Kamu sayang aku,
Aku suka kamu,
Kamu suka aku,

Mari kita, jalan2,
Mari kita, sembang2 sama2

Aku sayang kamu,
Kamu sayang aku,
Aku sayang kamu,
Kamu sayang aku,

Mari kita, jalan2,
Cari makan  same2

Aku sayang kamu,
Aku suka kamu,
Kamu sayang aku,
Kamu suka Aku,
Mari kita, jalan2  tempat indah
hibur hati

Aku sayang kamu,
Kamu sayang aku,
Mari kita, sukaria,
Pergi pesta sama2,

Aku sayang kamu,
Kamu sayang aku,
Mari kita,
Pergi pantai mandi manda
Bergumbira sama2.

Aku sayang kamu,
Aku cinta kamu,
Kamu sayang aku,
Kamu cinta aku,
Mari kita,
Tunai janji
Pada Rabbi sama2

Same2
Sama2
Sama3