Sunday 16 August 2015

Surah Al Baqorah 3.

Allah menjelaskan apa2 yang diselisihkan oleh ahli kitab tentang: Makan yang diharam, iman dan kebajikan.Ayat 172 hingga 177 intisari surah ini seperti berikut:

A.  Orang yang beriman hendaklah memakan benda2 yang baik lagi (halal). Allah hanye mengharamkan memakan;
1. Bangkai dan darah.
2. Daging babi
3. Binatang2 yang disembelih bukan kerana Allah.

Bagaimanapun sesiapa terpaksa (memakan kerana dharurat) sedang ia tidak mengingini nya, tidak pula melampaui batas maka tidaklah berdosa.

B. Allah juga menjelaskan bahawa pekara kebajikan itu bukan hanya menghadap kan muka kamu ketimor dan  kebarat tetapi kebajikan itu adalah:

1. Beriman kepada Allah.
2. Beriman Hari Ahirat.
3. Sekelian Malaikat.
4. Segala kitab.
5. Sekalian Nabi.
6. Menderma sesaorang dari harta yang disayanginye kepada kaum kerabat, anak2 yatim orang2 miskin orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang2 yang meminta.
7. Merdekan hamba abdi.
8. Mengerjakan sembahyang( solat).
9. Mengeluarkan zakat.
10. Menyempurnakan janji bila berjanji.
11. Ketabahan orang2 yang sabar dalam masa kesempitan,  kesakitan dan dalam peperangan sabil.

Orang2 inilah yang benar  beriman dan mengerjakan kebajikan dan mereka itulah orang2 bertaqwa.

Was.

Thursday 13 August 2015

Surah Al Baqorah 2.

Intisari surat ini, dari ayat 75 hingga ayat 90.rengkasanya seperti di bawah ini.

Orang2 Yahudi adalah orang2 yang keras hati, mereka suka mengubah dan memutar2 kan maksud kitab Taurat yang diturunkan melalui Nabi Musa. Mereka adalah orang2 yang munafik, didalam Taurat ade diterangkan bahawa Nabi Muhammad Nabi terakhir dengan menyatakan sifat2 nye dengan jelas tetapi mereka merobah kalam Allah  dan membohongi pengikut2 nye.

Allah telah mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil tetapi mereka mengengkari dan menceroboh perjanjian perjanjian ini,yakni:

1.Jangan menyembah selain Allah.
2. Berbuat baik kepada dua ibu bapa dan kaum kerabat anak yatim dan orang2 miskin.
3. Ucapkan kata2 kepada sesama manusia perkataan2 yang baik.
4. Dirikan  solat.
5. Keluarkan zakat.
6. Jangan menumpahkan darah sesama sendiri.
7. Jangan usir mengusir sesama sendiri dari kampong masing2.

Sejahat2 pekara adalah membeli kesenagan diri sendiri dengan mengengkari al Quran.

Was.

Monday 10 August 2015

Surah Al Baqorah (1)

Rengkasan intisari dibawah ini adalah  ayat 2, hingga ayat 27 surah Al Baqorah.

Al Quran diturunkan sebagai petunjuk kepada orang-orang yang hendak bertaqwa yaitu orang-orang yang beriman kepada:

1. Beriman kepada yang ghaib.
2. Mengerjakan sembahyang (solat).
3. Membelanja menderma sebahagian rezeki yang diperolehi nya.
4. Beriman kepada kitab-kitab.
5. Yakin ade nye hari ahirat.

Manusia diseru Allah beribadat kepada Nye supaya menjadi orang2 yang bertakwa. MengEsakanNya dan tidak menyengutukan Nya dengan apa2 jua pun. Kerana Allah pencipta langit dan bumi dan memberi rezeki kepada mahlok2 nye.

Al Quran ini diturunkan oleh Allah tanpa syak dan ragu2 benar nye dan tidak akan boleh dibuat oleh manusia.

Orang2 beriman bertaqwa dan beramal soleh masuk syurga yang kekal dengan pelbagai nekmat,

Orang2 fasik dan kafir, kufur, yang mencabut perjanjian Tuhan Allah,(seperti yang ditetapkan dlm kitab2)  membuat kerosakan dan bencana dimuka bumi adalah orang2 yang rugi.

Was.