Thursday 3 September 2015

Bersama Dengan Orang Yang DiCintai

At Tabrani melapurkan dari Saidatina Aisyah r.a. seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata "Wahai  Rasulullah aku mencintai Tuan lebih dari diri ku sendiri. Tuan juga lebih aku cintai dari anak aku. Pada ketika aku berada dirumah aku teringat kepada Tuan dan aku tidak dapat menahan diri sehingga aku datang dan melihat Tuan. Sekiranye aku teringat kematian aku dan kematian Tuan, aku tahu Tuan pasti masuk syurga dan diangkat bersama para nabi sedangkan sekiranya aku masyuk  syurga, aku takut tidak dapat bertemu dengan tuan."

Rasullulah s.a.w tidak menjawab sedikit pun pernyataan lelaki itu sehingga malaikat Jibrail a.s turun dengan ayat ini.

"Sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul Nya, mereka ini bersama sama orang yang dianugerahi nekmat oleh Allah ia itu nabi-nabi ,orang yang jujur, orang yang mati syahid, dan orang yang soleh." (Surah An Nisaak ayat 69)

Kemudian  Rasulullah saw memanggil dan menyampaikan ayat ini kepada lelaki itu.

Dalam lapuran lain Imam Bukhari dan Muslim merekod kan hadis dari Anas, Seorang lelaki bertanya Rasulullah saw " Bilakah berlakunye hari kiamat?."

"Apakah yang kamu lakukan bagi menghadapi kiamat,?" Baginda bertanya kembali kepada lelaki itu.

"Aku tidak mempersiapkan apa-apa pun kecuali cinta kepada Allah dan RasulNye."

"Kamu akan bersama-sama dengan orang  yang kamu cintai". Jawab Rasullulah.

Dalam rekod Imam Al Bukhari tercatat seorang lelaki yang hidup di gurun pasir datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata " Wahai Rasulullah bilakah berlakunye hari kiamat?."

"Apa yang kamu persiapkan bagi menghadapi hari kiamat?" Baginda sekali gus bertanya.

"Aku tidak mempersiapkan apa-apa kecuali rasa cinta kepada Allah dan Rasul Nya.

"Kamu akan bersama-same dengan orang yang kamu cintai."

Mendengar jawapan Rasulullah s a.w itu para sahabat bertanya " Apakah kami juga seperti itu?."

"Ya," jawab Rasulullah s.a.w .

Anas berkata, "Pada hari itu, kami berasakan kebahagiaan yang besar. Tidak pernah kami rasai kebahagian melebihi kebahagiaan mendengar jawapan Rasulullah itu."

Menurut Imam  Abu Daud, Abi Zar berkata, "Wahai Rasulullah seorang lelaki mencintai satu kaum. Namun, dia tidak nampu melakukan amalan yang dilakuan oleh kaum itu".

"Wahai Abi Zar, kamu akan bersame-same dengan orang kamu cintai," jawab Rasulullah s.a.w.

"Sungguh, aku mencintai Allah dan Rasul Nya," kata Abi Zar.

"Kamu akan bersame-sama dengan orang yang kamu cintai". tegas Rasulullah.

ShR mam.