Monday 14 March 2016

Doa Dan Hikmah Dari Surah Al Ambia.


* Rosul Di Pilih.

1.7.8.9.15. Allah mengutuskan rosul dari kalangan lelaki dan mereka diberi wahi. Mereka itu bertubuh badan  dan makan minum, bukan malaikat dan mereka juga wafat. Mereka ini Allah selamatkan sebaliknye Allah binasakan orang2 yang melampaui batas sehingga mereka hancur lebur dan senyap sepi.

*Penciptaan Langit dan Bumi Hikmah.

2.16. Dan ingatkah tidaklah kami mencipta langit dan bumi serta segala yang ada antara  nye secara main2.

*Allah Mengarah Kepada Yang Benar.

3.18. Bahkan Kami sentiasa mengarah yang benar menentang yang salah. Lalu ia menghancurkan nye maka dengan serta merta hilang lenyaplah dia. Dan kecelakaan akan menimpa kamu disebabkan apa yang kamu sifatkan (terhadap Kami)

* Allah Yang Esa.

4.22. Kalau ade dilangit dan dibumi tuhan2 yang lain dari Allah nescaya rosaklah pentadbiran kedua2nye. Maka bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan: MAHA SUCHI ALLAH TUHAN YANG MEMPUNYAI ARASY DARI APA YANG MEREKA SIFATKAN.

*Allah Tidak Boleh Disoal.

5.23.Ia(Allah) tidak boleh ditanye tentang apa yang Ia lakukan, sedang mereka lah yang akan ditanye kelak.

*Asal Bumi Bercantum Langit.

6.30. Dan tidakkah orang2 kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnye langit dan bumi itu asalnye mulanye bercantum, lalu Kami pisahkan antara keduanye dan Kami jadikan dari air tiap2 benda yang hidup maka mengapa mereka tidak mahu beriman?.

*Gunung Menetap Bumi.

7.31.dan kami telah menjadikan gunung ganang yang menetap supaya bumi tidak mengegar mereka dan kami jadikan pada nye celah2 sebagai jalan lalu lalang supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani.

* Edaran Matahari dan Bulan

8.33. Dan Dialah yang menjadikan siang dan malam serta matahari dan bulan; tiap2 satu nye beredar terapong2  di tempat edaran masing (di angkasa lepas)

* Mati dan Ujian.

9.35. Tiap2 diri akan merasai mati dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan di kembalikan.

*Doa Penyejuk Api.

10.69. Kami berfirman " Hai api jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim."

*Doa Penyembuh Sakit.

11.83.84. Dan (sebutkan peristiwa) Nabi Ayub ketika dia berdoa merayu kepada Tuhan nye  dengan berkata;  "Sesungguhnye aku ditimpa penyakit sedang Engkau sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani."

Maka kami perkenankan doa nye lalu kami hapuskan  penyakit yang menimpanye.

*Doa Nabi Yunus.

12.87. 88. Dan (sebutkan lah peristiwa) Dzu n -Nun (meninggalkan kaum nye) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka Kami tidak akan mengenakan kesusahan atau cubaan;(setelah berlaku kepadanye apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan gelap gelita dengan berkata; "SESUNGGUHNYE TIADA TUHAN (YANG DAPAT MENOLONG) MELAINKAN ENGKAU (YA ALLAH) MAHA SUCHI ENGKAU.(DARIPADA MELAKUKAN INAYA ,TOLONGLAH DAKU) SESUNGGUHNYE AKU ADELAH DARI ORANG2 YANG MENGINAYA DIRI SENDIRI."
Maka Kami kabulkan doanye dan Kami selamatkan dea  dari kesusahan yang menyelubungi nya.

*Doa Dapat Anak.

13.89.90. Dan (sebutkan peristiwa) Nabi Zakaria  ketika ia merayu kepada Tuhan nye dengan berkata: " Wahai Tuhan ku Jangan lah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggal zuriat) dan Engkaulah jua sebaik2 yang mewarisi."
Maka kami perkenankan doa nye.

*Penciptaan Nabi Isa.

14.91. Dan (sebutkan peristiwa) perempuan yang menjaga kehormatan dan kesuciannye; lalu Kami tiupkan padanye dari Ruh ciptaan Kami jadilah dia dan anaknye sebagai satu tanda (yang menunjukan kekuasaan Kami) bagi umat manusia.

* Kitab Al Quran keterangan lengkap.

15.105.106.107 Sesungguhnye kitab2 yang diturunkan telah pun  ada tulisan nye di Lauh Mahfuz "Bahawasa nye bumi itu akan diwarisi olih hamba2 Ku yang salih"

dan al Quran itu mengandungi keterangan2 yang cukup bagi orang2 yang bercita2 mengerjakan ibadat kepada Allah dengan berilmu.

dan  tiadalah Kami mengutuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam .

Was.

Sunday 13 March 2016

Perintah Dan Larangan Dalam Surah Al An' Aam.

0.151. Katakan lah "Marilah supaya  aku bacakan apa yang telah diharamkan olih Tuhan kamu kepada kamu iaitu"-

* Jangan Syirik Kepada Allah.

1.151. Janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatu pun;

* Berbuat Baik Dengan Ibu Bapa.

2.151. Dan hendak lah (kamu) berbuat baik kepada ibu bapa;

*Jangan Bunuh Anak.

3.151. Dan jangan lah kamu membunuh anak2 kamu kerana kepapaan, (sebenarnye)  Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka;

* Jangan Hampiri Zina.

4.151. Dan jangan lah kamu hampiri kejahatan2 (zina) yang terang daripada nye dan yang tersembunyi;

*  Jangan Membunuh Orang.

5.151. Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah(membunuhnye) melainkan dengan jalan yang haq. (Yang dibenar olih syarak).

Dengan demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminye.

*Jangan Makan Harta Anak Yatim.

6.152. "Dan jangan lah hampiri anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkan nye) sehingga ia baligh (dewasa serta layak mengurus hartanye sendiri).

* Sempurnakan Sukat dan Timbang.

7.152. "Dan sempurnakan segala sukatan dan timbangan dengan adil".

Kami tidak memberatkan sesaorang dengan kewajipan melainkan dengan kesanggupannye.

*Keterangan palsu.

8.152. "dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa2 keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu); 

dan perjanjian (perintah2) Allah
hendaklah kamu sempurnakan.
Dengan demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu beringat (mematuhinye)

*Perintah Bertaqwa.

9. 153. Dan bahawa sesungguhnye inilah jalan Ku ( Agama Islam) yang betul lurus maka hendaklah kamu menurutnye; dan jangan lah kamu menurut jalan2 (yang lain dari Islam),kerana jalan2 yang lain itu mencerai beraikan kamu dari jalan Allah.Dengan yang demikian itu lah Allah Perintahkan Kamu Bertaqwa.

Was.

Friday 4 March 2016

Mutiara Firman Allah Dalam Surah A-Li Imraan.

00. Pelbagai pengetahuan di beritakan dalam surah ini antara pekara terpenting untuk diketahui adalah seperti firman2 Allah di bawah ini.

*  Pemberi Kuasa Memerentah.

1.26.Katakanlah (Wahai Muhammad) "Wahai Tuhan  yang mempunyai kuasa pemerintahan, Engkau lah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau juga yang mencabut kuasa pemerintahan dari siapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah yang memuliakan  sesiapa Engkau kehendaki dan Engkau hina siapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkau lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguh nye Engkau maha berkuasa setiap sesuatu.

* Pencipta Siang dan Malam, Menghidup dan Mematikan dan Pemberi Rezeki Tanpa Hisab.

2.27." Engkaulah wahai Tuhan yang memasukan waktu malam kedalam waktu siang dan Engkau lah yang memasukan waktu siang kedalam waktu malam.
Engkau juga lah yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan  yang mati dari sesuatu yang hidup.
Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki  tanpa hisabnye."

* Jangan Mengambil Orang2 Kapir Sebagai Teman Rapat.

3.28. Janganlah orang2 yang beriman mengambil orang2 kafir menjadi teman rapat, dengan meninggalkan orang2 yang beriman . Dan sesiapa yang melakukan (larangan ) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apa pun kecuali kamu hendak menjaga diri dari sesuatu bahaya yang ditakuti dari pehak mereka (yang kafir itu). Dan Allah memerintahkan supaya kamu beringat2 terhadap kekuasaan diri Nye (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kamu kembali.
3.32  Katakanlah wahai (Muhammad) taatlah kamu kepada Allah dan RosulNye,  oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnye Allah tidak suka kepada orang2 kafir.

* Kelahiran Nabi Isa.

4.45.46.47.48.49. Ketika Malaikat berkata "Wahai Mariam bahawasa nye Allah memberi khabar yang mengembirakan dengan mengurniakan seorang anak yang engkau kandungkan semata2 dengan kalimah dari Allah. Nama anak itu  Al masih Isa ibni Mariam, seorang terkemuka di dunia dan ahirat."
4.46. "Dan dea akan berkata2 pada orang ramai semasa kecil  dalam buaian dan semasa dewasa  dan ia adalah dari orang yang solih."
4.47. "Wahai Tuhan bagaimana aku boleh mendapat seorang anak pada hal aku tidak pernah disentuh olih seorang lelaki pun ". Allah berfirman "Demikianlah keadaan nye Allah menjadikan apa yang dikehendaki nye..........maka ia hanya berfirman kepadanye "jadilah engkau lalu jadilah ia."
4.48. Allah mengajar dia ilmu menulis hukum2 aturan agama dan kandungan kitab Taurat dan Injil.
4.49.Dan menjadi Rosul kepada Bani Israil.....menegaskan sesungguh nye aku telah datang kepada mu dengan membawa mukjizat dari Tuhan kamu iaitu :

i. ...membentuk burung dari tanah liat, kemudian ku tiup padanye lalu menjadilah seekor burung yang hidup dengan izin Allah. 

ii. Dan boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak dan

iii. Aku boleh menghidupkan kembali orang2 yang mati dengan izin Allah dan juga

iv. boleh memberitahu. ..apa yang kamu makan dan yang kamu simpan di rumah kamu.

..pekara yang demikian itu  ...tanda mukjizat  ...bahawa aku seorang Rasul yang diutus olih Allah jika kamu orang2 yang mahu beriman.

Was.

Thursday 3 March 2016

Perempuan dan Harta Kesukaan Manusia. Surah a-li lmraan.

00. Sesungguh nye manusia sangat mencintai dunia dan bersikap haloba, namun Allah telah memberitakan bahawa orang yang bertaqwa kepada Allah akan mendapat ganjaran terbaik, dengan dianugerahkan syurga.

1.14. Di hiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan pada benda2 yang di ingini nafsu iaitu perempuan2 dan anak pinak; hartabenda yang banyak berpikul2, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang2 ternak serta kebun2 tanaman. Semua itu kesenangan hidup didunia. Dan (ingat lah) pada sisi Allah ade tempat kembali yang sebaik2 nye (iaitu syurga)

2.15. Katakan (wahai Muhammad) "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik dari semua itu? Ia itu orang2 yang bertaqwa, disediakan disisi Tuhan mereka beberapa syurga yang mengalir dibawahnye sungai2, mereka kekal didalam nye. Disediakan juga pasangan2 isteri2 yang suci bersih; serta  (berolih pula)  keredhoan dari Allah. Dan ingatlah Allah sentiasa melihat akan hamba2Nye .

3.16. Iaitu orang2 yang berdoa dengan berkata:  "Wahai Tuhan kami sesungguhnye kami telah beriman, olih itu, ampunkanlah dosa2 kami dan peliharakan lah kami dari azab neraka."

4.17. Dan juga
i. orang2 yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah) dan
ii. orang2 yang benar (perkataan dan hatinye), dan
iii.orang2 yang sentiasa taat perintah Allah dan
iv. orang2 yang belanjakan hartanye pada jalan Allah, dan
v. orang2 beristigfar (memohon ampun) pada waktu sahur.

5.18. ...Bahawasanye tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan  Allah. Yang sentiasa mentadbir (seluruh alam) dengan keadilan.

6.19. Sesungguhnye ugama yang benar dan diredoi disisi Allah ialah Islam .

Was. Aaminn.