Tuesday 30 August 2016

REALITI PENCIPTAAN MANUSIA.

Surah  al a'Raaf. 11,12,13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23,

*Manusia di cipta Allah, dan Allah memerintah sujud dan supaya patuh kepada arahan dan perintah Nye. Iblis mengengkari perintah ini.

11. Dan sesungguhnye Kami telah mencipta kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat. "Sujudlah kamu kepada Adam" lalu mereka sujud melainkan Iblis. Ia tidaklah termasuk dalam gulungan yang bersujud. ..

**Iblis  mengingkari perintah Tuhan kerana dia adalah mahlok yang  berbangga diri dengan kejadian nye lebih mulia dari yg lain

12. Allah berfirman; "Apakah mani' nye yang menghalang kamu, pada sujud ketika Aku perintah mu?". Iblis menjawab: " Aku lebih baik daripada Adam, Engkau wahai Tuhan jadikan daku dari api sedangkan dea Engkau jadikan dari tanah." ..

*** orang sombong tidak akan ditempatkan didalam syurga.mereka dihalau dan dihina.

13. Allah berfirman;  "Turunlah engkau dari surga ini kerana tidak patut engkau berlaku sombong didalam nye; Olih sebab itu keluarlah, sesunggung nye engkau dari gulungan yang hina." ..

***Allah maha memperkenan kan permintaan walaupun permintaan itu dikalangan orang2 yang dahaka.

14. Iblis berkata: " Berilah tempoh kepada ku hingga hari mereka di bangkitkan (hari kiamat.)". ..

15. Allah berfirman:  " Sesungguh nye engkau dari gulungan yang diberi tempoh (kesuatu masa yang tertentu.)"..

***Iblis adalah mahlok  yang durhaka pada perintah2 Allah,  tanpa hurmat dan segan silu, menuduh dan mempersalah kan Allah pula menyesatkan dea, tanpa penyesalan sedikit pon. Dan bertindak untuk menyesatkan orang2 lain pula.

16. Iblis berkata: " Olih kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguh nye aku akan mengambil tempat menghalang mereka (dari menjalani) jalan Mu yang lurus."   ..

17. "Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur."  ..

*** Mereka yang mengikut pengaruh syaitan, Allah akan tempatkan mereka dalam neraka.

18. Allah berfirman "keluarlah engkau dari syurga sebagai mahlok yang hina serta terusir. Sesungguhnye sesiapa diantara mereka yang menurut mu tetaplah  Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanye:-  ..

*** Adam dan Hawa diperintah dan dilarang tidak menghampiri pokok di syurga.

19. "Dan wahai Adam! Tinggal lah engkau dan isteri mu didalam syurga serta makanlah dari makanannye sepuas2nye apa sahaja yang kamu berdua sukai, dan janganlah  kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampiri nye)  maka akan menjadi lah kamu dari orang2 yang zalim".    ..

***  Syaitan Menghasut dan memfitnah Adam dengan tipudayanye. Sehingga Adam melampaui larangan Allah.

20. Setelah itu maka syaitan membisikan (hasutan) kepada mereka berdua supaya dapatlah dea menampakan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup (dari pandangan) mereka, sambil ia berkata: " Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu untuk (menghampiri) pokok ini melainkan (kerana  Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi orang2 yang kekal selama2nye dalam syurga."  ..

21. Dan dia bersumpah kepada kedua nye (dengan berkata), "sesungguhnye aku ade lah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua." ..

22. Dengan sebab itu dapatlah mereka menjatuhkan mereka berdua (kedalam larangan) dengan tipu dayanye. Setelah mereka memakan     (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat  masing2, dan mereka mulai menutupnye dengan daun2 (dari) syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka.  "Bukan kah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kapada kamu, bahawa syaitan itu, adalah musuh kamu yang nyata? " ..

***Adam dan Hawe merayu minta keampunan Allah atas kesalahan mereka.

23. Mereka berdua merayu: " wahai Tuhan kami, kami telah menginaya diri kami sendiri dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami nescaya menjadilah kami dari orang2 yang merugi."

*** Rengkas nye kesah ini adalah:

1.Allah mencipta kesah ini adalah pada hakikat kehidupan manusia sebenar. manusia didunia ini,adalah  mahlok yang lemah. Ada pula mahlok2 perosak mempengaruhi manusia ke jalan yang sesat.

2. Manusia yang dicipta ini bersifat ta sempurna. Mengengkari perintah tuhan dengan alpa dan  mudah pula dipengarohi.

3. Elak diri kita dari sifat2 ujub, riak dan bangga diri, kerana di syurga tiada orang seperti ini.

4. Allah maha pengkabul permintaan walaupun yang meminta itu si penderhaka, menentang dan kufur kepada Nye. Allah tetap perkenankan.

5. Manusia berpecah belah bersengketa dan berpuak2 angkara hasutan syaitan dan iblis. Dimane manusia terbahagi dua mengikut ajaran islam dan kafir.

6. Untuk mendapat keampunan dan membersih semua dosa2 dan kesalahan manusia hendaklah menyesal diri kepada Tuhan dan meminta keampunan dan taubat kepada Nye.

Was.2816

Sunday 14 August 2016

Hubungan AlQuran Dengan Kehidupan Hari Ahirat.

Tujuan Allah mencipta manusia adalah untuk beribadat dan mengabdi diri kepada Nya.

Dalil nye 51:56. Adz-Dzaariyat.-" Dan ingatlah Aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada Ku. "

Untuk mengelakkan manusia sesat untuk sampai ke surga nanti maka Allah turunkan Al Quran untuk panduan.

Dalilnye 14:1-Ibrahim- "Alif,Lam,Raa, Ini adalah kitab (Al'Quran) Kami turunkan dia kepada mu wahai Muhammad supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnye dari gelap gelita kufur kepada cahaya iman dengan izin Tuhan mereka ke jalan Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji."

Untuk melaksanakan perintah AlQuran dengan  betul maka Allah Utuskan Rosul menjadi panduan dan contuh ikutan.

17:15 -Al -Israa...."Dan tidaklah Kami mengazab sesiapa pun sebelum kami mengutuskan seorang Rasul.(untuk menerang yang benar dan yang salah)"

Apabila manusia mengabaikan al Quran di ahirat kelak mereka akan ditanye.

39:71 -Az Zumar -  "Dan orang2 kafir akan dihalau ke Neraka Jahanam dengan berpasuk2an sehingga mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu2nye dan berkatalah penjaga2nye kepada mereka: "bukankah telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat2 Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari ini?" Mereka menjawab "ya, telah datang! tetapi telah ditetapkan hukum azab atas orang2 kafir."

39:72 - (setelah itu) dikatakan kepada mereka "Masukilah pintu2 Neraka Jahanam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu didalam nye; maka seburuk tempat bagi orang yang sombong takbur ialah Neraka Jahanam. "

Siapakah orang2 yang sombong takbur itu? - ya itu mereka yang tidak punye apa2 tetapi berlagak.

46:3-Al-Ahqaaf..."dan orang2 kafir berpaling dari menerima peringatan yang diberikan kepada mereka mengenai nye."

46-4- katakan wahai Muhammad kepada orang2 musyrik yang menentang mu. " Sudahkah kamu mengetahui kekuasaan dan kelayakan mahlok-mahlok yang kamu seru  dan  sembah yang lain  dari Allah?. Tunjukanlah kepada ku bahagian mane bumi ini yang mereka ciptakan?...."

Kita kena faham alQuran kitab panduan yang Allah turunkan ini kerana  Allah memberi rezeki kepada kita, yang mencipta kita, yang menghidup dan mematikan kita, Tuhan yang kita bergantung harap.Bagaimana pula kita boleh me jadi seorang pembantah kepada Allah tidak memperdulikan AlQuran, ada hati ta mahu memahami Al Quran, ada mata tidak melihat, ade telinga ta mendengar.

7:179 -AlAraaf. " Dan sesungguh nye kami jadikan untuk Neraka Jahanam itu bayak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengan nye (Ayat2 Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengan nye (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengan nye (ajaran dan nasihat) mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi; mereka itulah orang2 yang lalai."

Bagi orang2 yang sombong tidak mahu tunduk kepada Allah, bila mereka sampai ke neraka, mereka menyesal atas perbuatan mereka didunia dahulu. Masing2 tuduh menuduh spt dalil dibawah.

2:166 -Al-Baqarah.."..ketika ketua2 yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang2 yang mengikut nya, sedang kedua2 pehak melihat bertapa ngerinye azab seksa itu, dan ketika terputus segala hubungan antara mereka."

2:167- " dan (pada masa yang mengecewakan itu)  berkatalah orang2 yang menjadi pengikut; alangkah elok nye kami  (dengan itu) dapat kami melepas diri dari mereka sebagaimane mereka melepas diri dari kami (pada saat ini)." Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal2 mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak dapat keluar dari neraka.

34:31-Saba......"... masing2 menuduh antara satu sama lain. Orang tertindas berkata ...." kalaulah tidak kerana kamu menindas dan memperdaya kami tentulah kami sudah menjadi orang2 yang beriman."

34:32- Saba- " orang2 yang sombong takbur itu menjawab kepada orang yang tertindas: kamikah yang menghalang kamu dari menerima petunjuk sesudah ia datang kepada kamu? (Bukan kami yang menghalang) bahkan kamu lah yang menyebabkan diri sendiri menjadi orang2 yang berdosa."

Ahirnya masing2 deam sambil memendamkan perasaan sesal dan kecewa semasa mereka melihat azab;...

Was.