Wednesday 28 December 2016

Ucapan Tahun Baru 2019

Andai kita mendengar pikiran dan kata hati sendiri ia mungkin satu fakta pengalaman atau ia berupa campuran lamunan atau bisikan2 syaitan.

Andai kita mendengar sembang kekawan munkin ianye meyambung siraturahim  atau suatu kepuasan meluang waktu yang menyeronokan tapi mungkin ianya sembang  palsu, umpatan ,laro dan sia2 sahaja.

Mendengar berita media masa dan media sosial,  itu mungkin ianye suatu fakta tapi mungkin juga ia suatu pandangan dan agakkan, rekaan, fitnah untuk mendapat suatu hasrat semata2.

Mendengar ucapan pemimpin mungkin   menaikan semangat dan mungkin bolih menjadi ikutan ,  tetapi mungkin suatu ucapan itu bukan suatu fakta tepat tetapi  pesepsi untuk mendapat pengaruh.

Mendengar ceramah dan penulisan kitab2 para ilmuan, para imam ,tok2 guru, yang bersandarkan quran dan hadis nabi adalah suatu kebenaran, wajib menjadi pedoman dan ikutan dan amalan,namun kutipan yang disandarkan itu mestilah dari hujah sumber yang haq lagi tepat. Hanya alQuran sahaja ayat2 wahyu yang benar dan terpelihara dari Rabbi yang wajib dipatuhi disamping hadis sohih dari nabi terakhir .

Untuk tahun baru 2019  ucapan terbaik untuk didengarai, diikuti dan diamalkan hanyelah dari sumber yang diwahyukan dari Rabbi yang Esa, untuk kebahagian dunia dan ahirat.

Selamat Tahun baru 2019.