Monday 19 January 2015

HADIS TERUNGGUL.

Dari Syedina Khalid b. Alwalid r.a berkata. ." Telah datang seorang Arab Baduwi kepada Rasulullah SAW dan dia mengatakan tujuan nya."

"Wahai Rasullullah kedatangan ku hendak bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diri ku di dunia dan ahirat."

Rasulullah berkata kepada nye:
"Tanyelah apa yang engkau kehendaki:"

Arab Baduwi itu berkata:
"Aku mahu menjadi orang alim:
Baginda menjawab:
"Takutlah kepada Allah swt"

Dia bertanye lagi.
"Aku mahu menjadi orang yang paling kaya"
Rasulullah menjawab.
"Jadilah orang yang yakin pada diri"

Bertanye lagi Arab Baduwi itu;
"Aku mahu menjadi orang yang adil"
Lalu dijawab Rasulullah;
" Kasihanlah manusia lain seperti engkau kasihkan pada diri"

Dia bertanye;
"Aku mahu menjadi orang yang paling baik"
Baginda menjawab;
"Jadilah orang orang yang berguna kepada masyatakat."

Dia bertanye lagi.
"Aku mahu menjadi orang yang istimewa disisi Allah"
Dan dijawab oleh Rasulullah;
"Banyakan zikirullah."

Arab Baduwi itu bertanye lagi;
Aku mahu sempurnakan iman ku
Baginda menjawab;
"Perelukkan ahlak mu."

Dia bertanye lagi;
"Aku mahu termasuk orang2 yang muhsini.  (baik)
Baginda menjawab;
"Beribadatlah kepada Allah seolah2 engkau melihatNye dan jika engkau tidak merasa begitu sekurang2nye engkau yakin Dia tetap melihat engkau."

Arab Baduwi tu bertanye lagi;
"Aku mahu termasuk dalam gulungan yang taat."
Lalu jawab Baginda;
"Tunaikan segala kewajipan yang  di fardukan"

Dia bertanye lagi;
"Aku mahu  berjumpa dalam keadaan bersih daripada dosa"
Rasulullah menjawab;
"Bersihkan diri mu dari nasjis dosa"

Dia terus bertanye lagi;
"Aku mahu dihimpunkan pada hari kiamat dibawah cahaya."
Baginda menjawab;
"Jangan menzalimi  sasaorang"

Dia bertanye lagi;
"Aku mahu di kasihi Allah pada hari kiamat"
Baginda berkata;
"Kasihanilah diri mu dan kasihanilah orang lain"

Dia bertanye lagi;
"Aku mahu menghapuskan dosa ku"
Baginda menjawa;
"Banyakan beristigfar"

Dia berkata;
"Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia2 manusia"
Lalu baginda menjawab;
"Jangan mensyaki sesuatu pekara pada orakng lain."

Dia bertanye lagi;
"Aku mahu menjadi segagah2 manusia"
Baginda menjawab;
"Sentiasa menyerah diri (tawakkal) ke
Pada Allah."

Dia bertanye lagi;
"Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah"
Baginda menjawab;
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih. (daripada hadas)"

Dia bertanye;
"Aku mahu termasuk dalam gulungan
yang dikasihi Allah dan Rasulnye"
Baginda menjawab;
"Cintailah segala  yang disukai Allah dan Rasul Nye."

Dia bertanye ;
"Aku mahu diselamatkan dari kemungkaran Allah pada hari kiamat"
Baginda menjawab;
"Jangan marah pada orang lain"

Dia bertanye lagi kepada Rosulullah;
"Aku mahu diterima segala permohonan ku"
Baginda menjawab;
"Jauhi makan yang haram"

Dia bertanye lagi;
"Aku mahu Allah menutup segala keaiban ku pada hari kiamat"
Baginda menjawab ;
"Tutuplah keburukan orang lain"

Dia bertanye;
"Siapa yang terselamat dari dosa"
Rasulullah menjawab;
"Orang yang sentiasa mengalir airmata penyesalan, mereka tunduk pada kehendakNye dan mereka yang di timpa kesakitan"

Dia terus bertanye;
"Apakah sebesar2 kebaikan disisi Allah"
Baginda menjawab;
"Elok budi pekerti rendah diri dan sabar dengan ujian bala"

Apakah sebesar2 kejahatan disisi Allah;
Baginda menjawab;
"Buruk akhlak dan sedikit ketaatan."

Dia bertanye lagi;
"Apa kah yang meredakan kemurkaan Allah didunia dan ahirat"
Baginda menjawab;
Sadakah dalam keadaan sembunyi (tidak di ketahui) dan menghubungkan kasih sayang."

Dia bertanye lagi;
"Apa yang memadamkan api neraka pada hari kiamat"
Baginda menjawab;
"Sabar didunia dengan bala dan musibah"

Dan berkata lmam mustaqfirin " Aku tidak pernah menemui hadis sebagini lengkap merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini."
Muga2 ianye memberi munafaat kepada kita semua.

Was.

Thursday 8 January 2015

BALA.

Rasullullah bersabda. Apabila umat ku melakukan 15 pekara maka halal bagi Allah menurunkan bala.

1. Apabila harta rampasan perang diagihkan kepada orang tertentu sahaja.
2. Apabila wang zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milek sendiri
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak menderhaka ibu bapa.
6. Apabila sesaorang itu lebih memuliakan teman dari ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran lebih banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai membicarakan hal2 keduniaan dalam masjid.
9. Apabila pemimpin sesuatu kaum dihina olih kaumnye sendiri.
10. Apabila memuliakan orang lain kerana takutkan ancaman yang akan diambil keatasnye.
11. Apabila Arak menjadi minuman biasa dalam majlis
12.Apabila ramai lelaki memakai sutra.
13. Apabila wanita dijemput kedalam majlis menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita bermain alat muzik.
15. Apabila orang terkemudian menghina orang yang terdahulu.