Tuesday 20 August 2013

Jenayah ibarat gelap tetapi rahmat

Perlakuan jenayah sudah menjadi penomina ghalib, tiap2 hari ada pelbagai kes jenayah yang berlaku, ada pembunohan, rompakan, kecurian, penginayaan, penipuan, perogolan, perkosaan, dan pelbagai jenayah sedang berlaku di tempat anda dan dimana-mana jua. Jumlahnya bukan sedikit kadangkala perangkaannya mengeri dan menakutkan juga.

Pastinya banyak anggapan bahawa pekara ini boleh terjadi. Utama nya ada usaha menyabikan bahawa kegiatan ekonami manusia yang ingin mencapai darjat jonggolakan duniawi. Impian untuk menaikan status eknomi dan perebutan kekayaan duniawi.Untuk itu semua mereka menghalalkan cara untuk memperolihinya.Ada yang berkesanggupan melakukan pecah amanah wang raayat untuk diri sendiri. Rompakan bersejata yang nekat mengurbankan nyawa dan harta benda. Mengambil risiko pengedaran dadah terlarang demi mendapatkan habuan kekayaan segera.

Adapula yang menaksirkan bahawa kebebasan yang ada telah menolak semua sistem norma sosial tradisi yang ada. Pengaruh yang berlebihan media tanpa batas amat mengesan akan mewarnai perwatakan jenarasi muda. Pengaruh2 negatif mudah dan lunak menjadi ikutan,pembajaan memewahkan nafsu lumyan jenarasi muda rapuh, dengan lunakan yang mewah pastinya bayak dorongan penguasaan ta mudah ditangkis meresap tanpa sedari diri, dan pada masa yang sama tiada cukup kekuatan untuk menghalang benih2 ini menjalar lebar menjadi ikutan.

Yang dangkal pula akan terus menyalahkan para intitusi penguat kuasa yang ada. Adalah mustahil setiap orang akan dijagai olih seorang polis  kemana2 untuk memastikan seorang boleh menjadi baik atau tidak melakukan jenayah. Ini idak mungkin mengikut pikiran saya yang pasti kita harus melihat dari arca sudut yang lain.

Apa arca baru yang dapat melihat pekara ini.
Mari saya ajak kita melihat penomina siang dan malam. Kenapa berlakunya kegelapan malam. Dan kenapa pula adanya terang diwaktu siang. Kenapa berlakunya malam gelap gelita? . Apakah ia hanya pasangan siang malam seperti telah ditetapkan pencipta. Jawabnya itu benar kerana Tuhan telah menetapan semua mahluk adalah berpasangan. Tapi lebih dari itu bahawa malam yang gelap itu terjadi kerana tiada cahaya. Manakala siang ada cahaya yang menyinari bumi. Sebagai tamsil ini bahawa kejahatan berlaku leluasa ini adalah gelap akibat TIADANYA CAHAYA ILAHI dalam jiwa diri manusia, tuhan tidak melimpahkan cahayanya kepada mereka. Tiada rahmat tuhan keatas mereka, rahmat dijauhiNya. Itu bencana yang menimpakita. Kita sedang menjauhi cahaya Ilahi.dan Allah pula menjauhi cahayaNya.

Usaha manusia sedaya mungkin untuk menjauhi bala ini. Kita hanya berupaya berusaha untuk menghalang nya, namun tuhan menciptanya  untuk rahmat manusia seperti firmanya, difahami begini, jangan kamu sangka bencana yang menimpa itu suatu malapetaka semata tetapi adalah sebaliknya suatu rahmat yang besar untuk kamu. Kita fikir sedikit ya.dengan ada sedikit peratusan penjenyah maka ramai orang mendapat munafaat nya. Spt ramai yang menjadi polis, menjadi hakim  ,loyer, pegawai penjara,dengan gaji yang lumayan, kilang senjata, kontrktor dll nya ta terkira banyaknya rahmat Ilahi kita perolihi.

Dengan itu mohonlah keampunan segala sangkaan2 kita pada Maha Pencipta.

Was.

Wednesday 7 August 2013

Surah AR RA'D


Rengkasan surah ini adalah seperti berikut.

1. Allah menjadikan langit tanpa tiang,  matahari dan bulan beredar mengikut ketetapannya.
2.Allah menjadikan bumi terbentang luas dengan gunung2, sungai2 dan buah2an dijadikanNya pasang2an dan siang malam silih berganti.
3. Allah adakan berbagai topok tanah berdekatan tetapi berlainan keadaan. Ada anggor, kurma disirami air yang sama tetapi dilebihkan buah disetengah tempat dengan di sesetengah tempat, yang juga lain rasa dan baunya.
4. Allah mengetahui apa yang dikandung setiap ibu samada kurang atau lebih.(cacat atau tidak)
5. Allah mengetahui yang ghaib dan nyata, pada malam atau siang.
6. Setiap seorang ada malaikat penjaga silih berganti siang dan malam (malaikat hafazah)
7. Allah tidak mengubah satu2 kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
8. Bila Allah menimpa bencana tidak ada siapa dapat menolak bala kecuali Allah.
9. Allah perlihatkan kilat supaya kamu takut dan memberi harapan hujan turun dan menjadikan awan tebal yang berat dengan air hujan.
10. Allah menyebabkan guruh dan malaikat bertasbih memujiNya. Dan Allah menghantar petir dan memanah sesiapa yang di kehendakinya.
11. Semua tunduk dibawah kekuasaan Allah, samada suka atau tidak atau sedar atau tidak sedari. Tidak patut menyembah selain dari Allah kerana Allah mentadbir dan memelihara langit dan bumi. Dan Allah mencipta setiap sesuatu.
12. Allah membuat misalan.
a. Orng buta ta sama dengan orang celik.
b. Terang dan gelap ta sama.
c. Allah menurunkan hujan dan banjir ada buih, tanah lembah utk faedah mahlok
d. Barang2 yang diperbuat dari api seperti alat pekakas juga ada buih (tahi besi)
Yang berfaedah utk manusia,      yang buih ta berfaedah dibuang, misalan ini bagi mereka yang menyahut seruan dibalas baik, yang kufur walaupun kaya dan memiliki segala, disediakan hisab  yang buruk.
13. Orang yang beriman dengan alQuran
      a. Orang yang ta buta matahati.
      b. Orang yang menyempurnakan  janji Allah.
      c. Orang yang menghubung pekara2 yang  disuruh Allah. Supaya berhubungan.
      d. Orang yang takut adanya kesukaran   hari menghitung amal     (kiamat )     
      e. Orang yang bimbang akan kemurkaan Allah.
      f. Orang yang sabar kerana Allah semata2
     g. Orang yang mendirikan solat.
     h. Orang yang menderma secara terang atau sembunyi.
      l. Menolak kejahatan dengan cara yang baik
                             
14. Orang2 kapir berolih laknat dan balasan buruk.
15. Allah memberi petunjuk kejalan agama Nya kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Orang2 beriman tenteram hati mereka dengan zikirullah. Ketahuilah dengan zikirullah tenang tenteramlah hati manusia.
16. Al quran adalah kitab suci yang mengandungi mukjizat.
17. Diterangkan sifat2 surga,
        a. Sungainya sentiasa mengalir disekitar taman.
        b. Makanan nya kekal ta putus2
        c. Dinaungi sentiasa teduh.

Thursday 1 August 2013

PESAN KUTBAH TERAHIR RASULLAH SAW.

Pesan terakhir ini disampaikan ketika Rasullah mengerjakan haji terakhir pada 9 zulhijah tahun 10 hijrah' di Lembah Uranah, di Bukit Arafah, dihadapan kaum muslimin, antara isi kutbah itu..

"  Wahai manusia dengarlah baik2 apa yang hendak Aku katakan, Aku tidak mengetahui apakah Aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Olih itu dengarlah dengan teliti kata2 ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang2 yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia sepertimana kamu mengangap bulan ini dan kota ini sebagai suci anggaplah jiwa dan harta setiap orang2 muslim sebagai amanah suci, kembalikan harta yang di amanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti hati sesiapa pun agar orang lain tidak  menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan  menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan  riba olih itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspada lah terhadap syaitan dari keselamatan agama kamu dia telah berputus asa untuk  menyesatlan kamu dalam perkara2 besar maka berjaga2lah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara2 yang kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri2 kamu mereka juga mempunyai hak keatas kamu sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu. Maka mereka juga berhak diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguh nya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka samasekali tidak boleh masukan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia dengar sungguh2 kata2 ini. Sembahlah Allah, dirikan solat lima waktu, berpuasalah dibulan Romadhan dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu,
Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah setiap muslim adalah bersaudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun lebih mulia dari yang lain kecuali dalam takwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada satu hari untuk di pertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Olih itu awasilah agar jangan sekali2 kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaan Ku.

Wahai manusia tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepas Ku dan tidak akan lahir agama baru,
olih itu wahai manusia nilailah dengan betul dan fahamilah kata2 yang telah Aku sampaikan kepada kamu. Sesungguh nya Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua2 nya nescaya kamu ta akan tersesat selama-lamanya iaitu al Quran dan Sunah Ku.

Hedaklah orang yang mendengar ucapan ini menyampaikan pula kepada orang lain semuga yang terahir lebih memahami kata2 ku dari mereka yang terus mendengar dari Ku.

Saksikanlah ya Allah bahawasa nya Aku sampaikan risalah Mu kepada hamba2 Mu."