Wednesday 28 December 2016

Ucapan Tahun Baru 2019

Andai kita mendengar pikiran dan kata hati sendiri ia mungkin satu fakta pengalaman atau ia berupa campuran lamunan atau bisikan2 syaitan.

Andai kita mendengar sembang kekawan munkin ianye meyambung siraturahim  atau suatu kepuasan meluang waktu yang menyeronokan tapi mungkin ianya sembang  palsu, umpatan ,laro dan sia2 sahaja.

Mendengar berita media masa dan media sosial,  itu mungkin ianye suatu fakta tapi mungkin juga ia suatu pandangan dan agakkan, rekaan, fitnah untuk mendapat suatu hasrat semata2.

Mendengar ucapan pemimpin mungkin   menaikan semangat dan mungkin bolih menjadi ikutan ,  tetapi mungkin suatu ucapan itu bukan suatu fakta tepat tetapi  pesepsi untuk mendapat pengaruh.

Mendengar ceramah dan penulisan kitab2 para ilmuan, para imam ,tok2 guru, yang bersandarkan quran dan hadis nabi adalah suatu kebenaran, wajib menjadi pedoman dan ikutan dan amalan,namun kutipan yang disandarkan itu mestilah dari hujah sumber yang haq lagi tepat. Hanya alQuran sahaja ayat2 wahyu yang benar dan terpelihara dari Rabbi yang wajib dipatuhi disamping hadis sohih dari nabi terakhir .

Untuk tahun baru 2019  ucapan terbaik untuk didengarai, diikuti dan diamalkan hanyelah dari sumber yang diwahyukan dari Rabbi yang Esa, untuk kebahagian dunia dan ahirat.

Selamat Tahun baru 2019.

Monday 21 November 2016

Intipati Surah AlMulk

***Bismillahirohmanirrohim.**

1.1. Allah, Rabbi yangmenguasai segala kerajaan.
2.2. Dialah yang mencipta hidup dan mati untuk diuji siapa yang lebih baik amalan nye.
3.3. Dialah yang mencipta langit yang berlapis2 dengan seimbang tanpa cacat.
4.5. Dia menghiasi langit dengan bintang2, yang dicipta untuk merejam syaitan.
5.6. Orang2 yang engkar pada Rabbi nye akan diazab dengan neraka jahanam.
6.8.9.10. Mereka mengaku  didatangi oleh Rasul  tetapi mereka mendustakan peringatan2 itu,  dengan mengatakan Allah tidak menurunkan sesuatu apa pun. Akhirnye mereka menyesal kerana dicampakan ke neraka.
7.12. Orang2 yang takut  kepada Rabbi nye yang tidak dilihat, memperolihi keampuan dan pahala.
8.13. Allah maha mengetahui segala isi hati.
9.15.16.18. Jelajah lah bumi dan makan lah rezeki nye, namun aman kah kamu? bila langit meguncang bumi akibat mendustakan  peringatan, seperti orang2 sebelum nye yang mendustakan Rasul2 bertapa hebatnye kemurkaan  Rabbi itu..
10.19. Lihatlah burung2 yang berterbangan diudara tiada yang menahan nye.
11.20. Dia lah yang menjadikan bala tentera pembela.
12.21. Dia lah yang memberi dan menahan rezeki.
13.22. Orang2 yang terpimpin dijalan kebenaran adalah orang yang tegap berjalan diatas jalan yang lurus.
14.23. Dia lah yang mencipta pendengaran, penglihatan dan hati nurani.
15.24. Dia lah mengembang biak mahlok dimuka bumi.
16.25. Mereka bertanya bila kah ancaman itu .Katakan wahai Muhammad; hari kiamat itu hanye dalam ilmu  Allah. Aku hanye memberi peringatan.
17.28.Katakan; Nabi Muhammad dan orang2 yg bersamanye akan ditempatkan dalam syurga.
18.29. Katakan; kami beriman kepada Allah dan bertawakkal.
19.30. Katakan; siapa yang memberi air yang mengalir, bila ia kering?.

Saw.

Wednesday 2 November 2016

Surah Al-Ahzab.

** Perbuatan dan kelakuan yang mendapat keampunan dan ganjaran Allah.

35. Sesungguhnya orang lelaki yang islam dan orang perempuan yang islam, 
  dan orang lelaki yang beriman dan orang perempuan yang beriman,
  dan orang lelaki yang taat dan orang perempuan yang taat,  
  orang lelaki yang benar dan orang perempuan yang benar,  
  dan  orang lelaki yang sabar dan orang pempuan yang sabar,
  dan orang kelaki yang merendah diri dan orang perempuan yang merendah diri kepada Allah,
  dan orang lelaki yang bersedakah dan orang perempuan yang bersedakah,
  dan orang lelaki yang berpuasa dan orang perempuan yang berpuasa,
  dan orang lelaki yang menjaga kehormatan dan orang perempuan yang menjaga kehormatan nya,
  dan orang lelaki yang menyebut name Allah banyak2 dan orang perempuan yang menyebut name Allah banyak2,
  Allah telah menyediakan bagi mereka semuanye keampuanan dan pahala yang besar.

36. Dan tidak harus bagi orang2 yang beriman lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul menetapkan keputusan mengenai satu2 perkara tidak harus mereka memileh ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat hukum Allah dan RasulNye maka sesungguhnye dea telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata .

Was.

Tuesday 25 October 2016

Sujud dan BerTasbih Dengar Peringatan. As Sajdah


** Bila diberi peringatan mereka sujud dan bertasbih memuji Tuhan dan tidak sombong.

1.15. Sesungguhnya yang benar2 beriman kepada ayat2 keterangan Kami hanyalah orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat2 itu, mereka segera merebah diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.*

** Mereka beribadat, berdoa dan menderma ape yang diberikan.

2.16. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit tidur kerana mengerjakan sembahyang tahajut dan amal2 salih). Mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolih lagi (keredhoan Nye); Dan mereka selalu mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.*

** Balasan amal salih adalah syurga.

3.17. Maka tidak ada seorang pun  yang mengetahui satu persatu persedian yang telah dirasiakan untuk mereka (dari segala nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan sebagai balasan bagi amal2 salih yang mereka telah kerjakan. *

4.19. Adapun orang2 yang beriman dan beramal salih, maka mereka berolih syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi ape yang mereka telah kerjakan.*

Was.

Monday 24 October 2016

Mengasin Diri Kerana Allah.(Khalwat)


    Mengasing diri (khalwat) dan menahan diri itu bermaksud,  menahan dirinye agar tidak menyakiti orang lain dengan ahlak buruk. Dia meninggalkan kesenangan dan amal2 yang buruk , agar batin nye terbuka kepada niat yang iklas. Niat nye mencari keredhoaan Allah dan menjauhkan diri dari keburukan diri nye dari mukmin dan muslimin.

Sabda Nabi s.a.w.
    "Muslim yang sempurna adalah manusia yang orang lain selamat dari tangan nye, dan lidahnye, serta menjaga lidahnye dari kata2 yang tidak berguna.".

Sabda Nabi s.a.w.
    "Selamatnye seorang manusia bergantung pada pengendalian lidahnye. Dan celaka nye manusia pun bergantung pada lidah nye.  Juga menjaga dua matenye dari khianat dan melihat yang diharamkan serta menjaga dua kaki dan telinganye."

Sabda Nabi s.a.w.
    "Dua  mate ini suka berzina, dari zina anggota badan ini akan menimbukan manusia yang buruk seperti rupa orang Habsyi, dan akan bagun pada hari kiamat dan disaksikan dihadapan Allah; dan mengambil teman2 nye serta diseksa didalam neraka".

Jika bertaubat akan termasuk kepada firman Allah:
 
    " Dan orang2 yang menahan diri dari keinginan hawa nafsunye maka sesungguhnye syurga lah tempat tinggal nye ".

Dan;
    "Orang2 yang berharap ingin bertemu dengan Tuhan nye hendaklah melaksana amal2 salih dan tidak boleh menyenyutu apapon dalam beribadah kepada Tuhan nye".

Justeru;
    Dalam batin nye tidak boleh dimasuki fikiran2 bangsa nafsu dan syaitan seperti menyenangi makanan, pakaian, mencintai keluarga, binatang, kuda dan sebagainye seperti riak, sum'ah dan kemasyuran .

Sabda Nabi s.a.w.
    "Kemasyuran dan angan2 yang mengarah kepadanye itu bahaya: sedangkan tidak ingin mencintai kemasyuran dan segala sesuatu yang mengarah kepada nye adalah kesenangan".

Nabi s.a.w bersabda:
    "Sombong  dan ujub  merosakkan iman.

Sabda Nabi s.a.w.
    "Mengumpat itu lebih besar dosanye dari berzina".

Sabda Nabi s.a.w.
    "Hasad itu menghancurkan kebaikan seperti halnye api menghancurkan kayu bakar".

Sabda Nabi s.a.w.
    "Fitnah itu sesuatu yang tertidur, Allah akan melaknati orang yang membagunkannye".

Sabda Nabi s.a.w.
    "Orang yang kikir tidak akan masuk syurga, walaupun ia ahli ibadah".

Sabda Nabi s.a.w.
    "Riya adalah syirik khafi, menyengutukan nye adalah kufur"

Nabi s.a.w bersabda.
    "Tidak akan masuk syurga orang yang mengumpat"

Firman Allah dalam (mukminun 1-3)
    "Sesungguh nye beruntunglah orang yang beriman ia itu, orang2 yang  khusuk dalam solatnye dan orang2 yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang tidak berguna..."

Thursday 20 October 2016

Nasihat Lokman Dalam Surah Nye

Bismillahirrohmanirrohim.

**syukur kepada Allah.

12. Dan sesungguhnya  Kami  telah
memberi kepada  Lukman, hikmah kebijaksanaan, (serta Kami perintah kepada nye) bersyukur  kepada Allah. (Akan segala niknat Nye kapada mu) Dan sesiapa bersyukur maka faedahnye terpulang kepada diri nye sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguh nye Allah Maha Kaya Lagi Maha Terpuji.*

* *Jangan syirik

13. Dan (ingatlah ) takkala Lokman berkata pada  anak nye, semasa dia memberi nasihat kepada nye: " wahai anak kesayangan ku, jangan  engkau mempersekutukan Allah, susungguh nye perbuatan syrik itu adalah satu kezaliman yang besar"  *

** Berbuat baik kepada ibubapa.

14. Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibubapanya: ibunye telah mengandung nye dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ahir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya  ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada Ku dan kedua ibu bapa mu; dan  (ingat lah), pada Akulah jua tempat kembali. (untuk menerima balasan).    *

**Jangan taat perintah ibubapa jika ajak syirik kepada Allah.

15. Dan jika mereka berdua mendesak mu supaya engkau mempersekutukan dengan Ku sesuatu yang engkau. __dengan fikiran sehatmu__ tidak mengetahui sungguh ade nye, maka jangan engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka didunia ini dengan cara yang  baik. Dan turut lah jalan orang yang ruju' kembali kepada Ku (dengan tauhid dan amal2 yang solih). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semua nye, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang telah kamu kerjakan. *

** setiap satu perbuatan kita walaupun sebesar zarah akan dilihat dan dihakim  olih Allah.

16. (Lukman menasihati anak nye dengan berkata): " wahai anak kesayangan ku, sesungguhnye jika ade sesuatu perkara  ( yang baik atau yang buruk ) sekali pun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi didalam batu besar atau di langit atau di bumi sudah tetap akan dibawa Allah (untuk dihakimi dan dibalas nye); kerana sesungguhnye  Allah Maha Halus pengetahuan  Nye lagi amat meliputi akan segala yang tersembunyi." *

**  Dirikan solat dan buat baik jangan buat mungkar dan sabar atas bala.

17. "Wahai anak kesayangan ku, dirikan lah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala' bencana yang menimpa mu. Sesungguh nye yang demikian itu adelah dari perkara2 yang dikehendaki diambil berat melakukan nye". *

** Jagan memandang rendah pada manusia dan jangan sombong.

18. " Dan jangan lah engkau memalingkan muka mu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan jangan lah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguh nye Allah tidak suka tiap2 orang yang sombong takbur, lagi membangga diri. *

** Berjalan dengan sopan dan bersuara rendah.

19. "Dan sederhanakanlah langkah mu semasa berjalan, juga rendahkanlah suara mu (semasa berkata2), sesungguh nye seburuk buruk suara ialah suara keldai" *

** Berserah diri bulat pada Allah.

22. Dan sesiapa yang berserah diri bulat2 kepada Allah dengan Iklas sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguh nye ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh; dan (ingat lah)kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.  *

Was.

Thursday 22 September 2016

Bertasbih Untuk Masuk Kumpulan Ke Syurga. Surah Ar Rome.

***Semua manusia  yang  ingin masuk syurga, Allah telah memberi perintah kepada kita agar selalu bertasbih memuji Nye dan tidak pula mendusta ayat2 Nye (Al Quran )
dan hari pertemuan di hari ahirat. Seperti firman Nye  dalam surah Al Rome :-

14. Semasa berlakunye kiamat  mereka pada hari itu akan berpecah dua kumpulan.

15. Adepun kumpulan orang2 beriman dan beramal saleh maka mereka di tempatkan didalam taman syurga dalam keadaan bersukaria.

16. Dan sebalik nye kumpulan orang2 kafir dan mendustakan ayat2 Kami (alquran) serta mendustakan pertemuan hari ahirat maka mereka akan tetap berada dalam azab seksa selama2nye.

17. Setelah kamu mengetahui yang demikian maka bertasbih lah kepada Allah samada kamu berada pada waktu malam dan semada kamu berada diwaktu subuh.

18. Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji (dari sekelian mahlokNya) dilangit dan dibumi, dan juga (bertasbih lah kepada Nye serta puji lah Dia) pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zohor.

***Kerana Allah lah menghidup dan mematikan kita semua. Allah lah
Mencipta isteri2 untuk kaum lelaki untuk bersenang hati dan bermesra dgn nye. Allah mencipta langit dan bumi . Allahlah memberi tidur waktu malam dan mencari rezeki siang nye.

Tuesday 30 August 2016

REALITI PENCIPTAAN MANUSIA.

Surah  al a'Raaf. 11,12,13, 14, 15, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23,

*Manusia di cipta Allah, dan Allah memerintah sujud dan supaya patuh kepada arahan dan perintah Nye. Iblis mengengkari perintah ini.

11. Dan sesungguhnye Kami telah mencipta kamu, lalu Kami membentuk rupa kamu, kemudian Kami berfirman kepada malaikat. "Sujudlah kamu kepada Adam" lalu mereka sujud melainkan Iblis. Ia tidaklah termasuk dalam gulungan yang bersujud. ..

**Iblis  mengingkari perintah Tuhan kerana dia adalah mahlok yang  berbangga diri dengan kejadian nye lebih mulia dari yg lain

12. Allah berfirman; "Apakah mani' nye yang menghalang kamu, pada sujud ketika Aku perintah mu?". Iblis menjawab: " Aku lebih baik daripada Adam, Engkau wahai Tuhan jadikan daku dari api sedangkan dea Engkau jadikan dari tanah." ..

*** orang sombong tidak akan ditempatkan didalam syurga.mereka dihalau dan dihina.

13. Allah berfirman;  "Turunlah engkau dari surga ini kerana tidak patut engkau berlaku sombong didalam nye; Olih sebab itu keluarlah, sesunggung nye engkau dari gulungan yang hina." ..

***Allah maha memperkenan kan permintaan walaupun permintaan itu dikalangan orang2 yang dahaka.

14. Iblis berkata: " Berilah tempoh kepada ku hingga hari mereka di bangkitkan (hari kiamat.)". ..

15. Allah berfirman:  " Sesungguh nye engkau dari gulungan yang diberi tempoh (kesuatu masa yang tertentu.)"..

***Iblis adalah mahlok  yang durhaka pada perintah2 Allah,  tanpa hurmat dan segan silu, menuduh dan mempersalah kan Allah pula menyesatkan dea, tanpa penyesalan sedikit pon. Dan bertindak untuk menyesatkan orang2 lain pula.

16. Iblis berkata: " Olih kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguh nye aku akan mengambil tempat menghalang mereka (dari menjalani) jalan Mu yang lurus."   ..

17. "Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur."  ..

*** Mereka yang mengikut pengaruh syaitan, Allah akan tempatkan mereka dalam neraka.

18. Allah berfirman "keluarlah engkau dari syurga sebagai mahlok yang hina serta terusir. Sesungguhnye sesiapa diantara mereka yang menurut mu tetaplah  Aku akan memenuhi neraka jahannam dengan (golongan) kamu (yang derhaka) semuanye:-  ..

*** Adam dan Hawa diperintah dan dilarang tidak menghampiri pokok di syurga.

19. "Dan wahai Adam! Tinggal lah engkau dan isteri mu didalam syurga serta makanlah dari makanannye sepuas2nye apa sahaja yang kamu berdua sukai, dan janganlah  kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menghampiri nye)  maka akan menjadi lah kamu dari orang2 yang zalim".    ..

***  Syaitan Menghasut dan memfitnah Adam dengan tipudayanye. Sehingga Adam melampaui larangan Allah.

20. Setelah itu maka syaitan membisikan (hasutan) kepada mereka berdua supaya dapatlah dea menampakan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup (dari pandangan) mereka, sambil ia berkata: " Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu untuk (menghampiri) pokok ini melainkan (kerana  Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi orang2 yang kekal selama2nye dalam syurga."  ..

21. Dan dia bersumpah kepada kedua nye (dengan berkata), "sesungguhnye aku ade lah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua." ..

22. Dengan sebab itu dapatlah mereka menjatuhkan mereka berdua (kedalam larangan) dengan tipu dayanye. Setelah mereka memakan     (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat  masing2, dan mereka mulai menutupnye dengan daun2 (dari) syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka.  "Bukan kah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kapada kamu, bahawa syaitan itu, adalah musuh kamu yang nyata? " ..

***Adam dan Hawe merayu minta keampunan Allah atas kesalahan mereka.

23. Mereka berdua merayu: " wahai Tuhan kami, kami telah menginaya diri kami sendiri dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami nescaya menjadilah kami dari orang2 yang merugi."

*** Rengkas nye kesah ini adalah:

1.Allah mencipta kesah ini adalah pada hakikat kehidupan manusia sebenar. manusia didunia ini,adalah  mahlok yang lemah. Ada pula mahlok2 perosak mempengaruhi manusia ke jalan yang sesat.

2. Manusia yang dicipta ini bersifat ta sempurna. Mengengkari perintah tuhan dengan alpa dan  mudah pula dipengarohi.

3. Elak diri kita dari sifat2 ujub, riak dan bangga diri, kerana di syurga tiada orang seperti ini.

4. Allah maha pengkabul permintaan walaupun yang meminta itu si penderhaka, menentang dan kufur kepada Nye. Allah tetap perkenankan.

5. Manusia berpecah belah bersengketa dan berpuak2 angkara hasutan syaitan dan iblis. Dimane manusia terbahagi dua mengikut ajaran islam dan kafir.

6. Untuk mendapat keampunan dan membersih semua dosa2 dan kesalahan manusia hendaklah menyesal diri kepada Tuhan dan meminta keampunan dan taubat kepada Nye.

Was.2816

Sunday 14 August 2016

Hubungan AlQuran Dengan Kehidupan Hari Ahirat.

Tujuan Allah mencipta manusia adalah untuk beribadat dan mengabdi diri kepada Nya.

Dalil nye 51:56. Adz-Dzaariyat.-" Dan ingatlah Aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada Ku. "

Untuk mengelakkan manusia sesat untuk sampai ke surga nanti maka Allah turunkan Al Quran untuk panduan.

Dalilnye 14:1-Ibrahim- "Alif,Lam,Raa, Ini adalah kitab (Al'Quran) Kami turunkan dia kepada mu wahai Muhammad supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnye dari gelap gelita kufur kepada cahaya iman dengan izin Tuhan mereka ke jalan Allah yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji."

Untuk melaksanakan perintah AlQuran dengan  betul maka Allah Utuskan Rosul menjadi panduan dan contuh ikutan.

17:15 -Al -Israa...."Dan tidaklah Kami mengazab sesiapa pun sebelum kami mengutuskan seorang Rasul.(untuk menerang yang benar dan yang salah)"

Apabila manusia mengabaikan al Quran di ahirat kelak mereka akan ditanye.

39:71 -Az Zumar -  "Dan orang2 kafir akan dihalau ke Neraka Jahanam dengan berpasuk2an sehingga mereka sampai ke neraka itu dibukakan pintu2nye dan berkatalah penjaga2nye kepada mereka: "bukankah telah datang kepada kamu seorang Rasul dari kalangan kamu sendiri, yang membacakan kepada kamu ayat2 Tuhan kamu dan memperingatkan kamu akan pertemuan hari ini?" Mereka menjawab "ya, telah datang! tetapi telah ditetapkan hukum azab atas orang2 kafir."

39:72 - (setelah itu) dikatakan kepada mereka "Masukilah pintu2 Neraka Jahanam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu didalam nye; maka seburuk tempat bagi orang yang sombong takbur ialah Neraka Jahanam. "

Siapakah orang2 yang sombong takbur itu? - ya itu mereka yang tidak punye apa2 tetapi berlagak.

46:3-Al-Ahqaaf..."dan orang2 kafir berpaling dari menerima peringatan yang diberikan kepada mereka mengenai nye."

46-4- katakan wahai Muhammad kepada orang2 musyrik yang menentang mu. " Sudahkah kamu mengetahui kekuasaan dan kelayakan mahlok-mahlok yang kamu seru  dan  sembah yang lain  dari Allah?. Tunjukanlah kepada ku bahagian mane bumi ini yang mereka ciptakan?...."

Kita kena faham alQuran kitab panduan yang Allah turunkan ini kerana  Allah memberi rezeki kepada kita, yang mencipta kita, yang menghidup dan mematikan kita, Tuhan yang kita bergantung harap.Bagaimana pula kita boleh me jadi seorang pembantah kepada Allah tidak memperdulikan AlQuran, ada hati ta mahu memahami Al Quran, ada mata tidak melihat, ade telinga ta mendengar.

7:179 -AlAraaf. " Dan sesungguh nye kami jadikan untuk Neraka Jahanam itu bayak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengan nye (Ayat2 Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengan nye (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengan nye (ajaran dan nasihat) mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi; mereka itulah orang2 yang lalai."

Bagi orang2 yang sombong tidak mahu tunduk kepada Allah, bila mereka sampai ke neraka, mereka menyesal atas perbuatan mereka didunia dahulu. Masing2 tuduh menuduh spt dalil dibawah.

2:166 -Al-Baqarah.."..ketika ketua2 yang menjadi ikutan itu berlepas diri dari orang2 yang mengikut nya, sedang kedua2 pehak melihat bertapa ngerinye azab seksa itu, dan ketika terputus segala hubungan antara mereka."

2:167- " dan (pada masa yang mengecewakan itu)  berkatalah orang2 yang menjadi pengikut; alangkah elok nye kami  (dengan itu) dapat kami melepas diri dari mereka sebagaimane mereka melepas diri dari kami (pada saat ini)." Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amal2 mereka (dengan rupa yang mendatangkan) penyesalan yang amat sangat kepada mereka, dan mereka pula tidak dapat keluar dari neraka.

34:31-Saba......"... masing2 menuduh antara satu sama lain. Orang tertindas berkata ...." kalaulah tidak kerana kamu menindas dan memperdaya kami tentulah kami sudah menjadi orang2 yang beriman."

34:32- Saba- " orang2 yang sombong takbur itu menjawab kepada orang yang tertindas: kamikah yang menghalang kamu dari menerima petunjuk sesudah ia datang kepada kamu? (Bukan kami yang menghalang) bahkan kamu lah yang menyebabkan diri sendiri menjadi orang2 yang berdosa."

Ahirnya masing2 deam sambil memendamkan perasaan sesal dan kecewa semasa mereka melihat azab;...

Was.

Saturday 2 July 2016

Orang Beriman Keimanan Akan Di Uji. Surat Al 'Ankabut.

1.Keimanan sesaorang diuji.

1 .2  Patutkah manusia menyangka bahwa mereka dibiarkan dengan hanye berkata " kami beriman" sedangkan  mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan.

1.3 ..sesungguhnye kami menguji orang2 terdahulu..nyata apa yang diketahui  Allah tentang orang2 yang berdusta.

1 .4...patutkah orang2 yang melakuan kejahatan menyangka terlepas dari azab Kami.

1.6. Sesiapa yang berjuang menegakkan Islam sesungguh nye dea hanye berjuang untuk kebaikan diri nye sendiri sesungguh nye Allah Maha Kaya, (tidak berhajat sesuatu pon dari sekelian mahlok.)

2.Orang2 beriman dan beramal soleh dihapuskan dosa mereka.

2.7. Orang2 yang beriman serta beramal soleh sesungguhnye Kami akan hapuskan dari mereka kesalahan2 mereka dan kami akan membalas apa yang mereka kerjakan dengan sebaik2 balasan.

2.8.  Kami wajibkan berbuat baik kedua ibu bapa dan jika mereka berdua mendesak ..utk bersyirik ..maka jgn lah kamu taat kepada mereka.

2.9 . Orang2 yang beriman dan beramal soleh sudah tentu kami masukan mereka dalam kumpulan orang2 salih .(dengan mendapat sebaik2 balasan.)

3.orang2 munafik.

3.10. Ada sebahgian manusia berkata kami beriman kepada Allah..kemudian apabila dea diganggu dan disakiti pada jalan Allah, ia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu ia mentaati manusia). Dan jika datang pertolongan Tuhanmu  dan memberi kemenagan kepada mu mereka sudah tentu akan berkata". Kami adalah sentiasa bersama2 mu". (mengapa mereka berdusta?). Bukan kah Allah lebih mengetahui ape yang terpendam didalam hati sekalian mahlok?.

3.11. Dan sesungguhnye Allah megetahui akan orang2 yang beriman, dan sesungguh nye, Dia mengetahui akan orang2 yang munafik.

3.12.  Dan berkata orang kufur ingkar  kepada orang2 beriman. " ikut lah jalan ugama kami dan kami sedia menanggung kesalahan2 kamu, (kalau kamu mengira perbuatan itu salah). Pada hal mereka  tidak akan dapat menanggung kesalahan orang2 yang bersalah itu sedikit pon, sesungguh nye mereka adelah berdusta.

3.13. Dan sesungguh nye mereka menaggung beban2 dose (orang yang mereka sesatkan)  bersama2 beban dose mereka sendiri dan sesungguh nye mereka akan ditanye pada hari kiamat kelak tentang apa yang mereka pernah ade-ade kan secara dusta itu.

4. Mereka yang kufur engkar akan ayat2 Allah mereka adalah manusia tidak beriman dan mereka akan didatangi azab Allah seperti dalam hal kaum Nabi Noh, Nabi Ibrohim, Nabi Lot dan lain2 nye.

Was.

Thursday 9 June 2016

Penderhakaan Manusia Menentang Nabi2. Surah al Syuraa.

1.Allah menasihati Nabi muhamad  supaya jangan berdukacita kerana orang2 tidak mahu beriman.

1.3. "Jangan pula engkau wahai Muhammad membinasakan dirimu dengan menanggung dukacita kerana mereka tidak menjadi orang2 yang beriman."

1.5. "Dan tidak datang kepada mereka peringatan serta pengajaran yang baharu dari Allah Ar Rahman melainkan mereka tetap berpaling menginkar."

2. Peristiwa2 pengingkaran itu dapat di ketahui dari kisah nabi2 chontuh nye;  Nabi Musa, Menentang Firaun . Yang mengaku dirinye tuhan dan menzalimi Bani Israil.

2.10.11. Perintah Allah kepada Nabi Musa untuk pergi menasihati Firaun.

Allah menyeru  "Hendaklah engkau mendatangi kaum yang zalim". Ia itu kaum Firaun.

2.16.17. Musa dan Harun Utusan Allah.

'Sesungguh nye kami utusan Tuhan Sekalian Alam'. "Menyuruh kamu membebaskan kaum Bani Israil mengikut kami."

2.29.Firaun mengaku  dirinye Tuhan.

Firaun berkata . "Demi sesungguhnye jika engkau menyembah tuhan yang lain daripada ku sudah tentu aku akan menjadikan engkau dari orang2 yang di penjara"

2.37.38. Firaun berkepercayaan dan beramal dengan ilmu sihir.

"Supaya membawa kepada mu segala ahli sihir yang mahir" lalu di kumpullah ahli2 sihir pada satu masa yang ditentukan pada hari raya yang termaklum".

2.49. Kezaliman Firaun.

Firaun berkata; "  patut kah kamu beriman kepada nya sebelum aku izinkan kamu? Sesungguhnye dia lah Musa, ketua kamu yang mengajar kamu ilmu sihir; olih itu kamu akan mengetahui kelak akibat nye. Demi sesungguhnye aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang kemudian  aku akan memalang kamu semua"

2.63. penyelamatan kepada Musa dan Perintah Allah membelah laut.

Lalu Kami wahikan kepada Nabi Musa " pukul lah laut itu dengan tongkat itu. Maka terbelahkah laut itu lalu menjadi lah air tiap2 bahagian yang terbelah itu terangkat seperti gunung yang besar.

2.65. Nabi Musa dan pengikutnye diselamat.

"Kami selamatkan Nabi Musa serta orang2 yang bersama dengan nye, semuanye."

2.66.  Firaun dibinasakan.

"Kemudian Kami tenggelamkan gulungan yang lain (yang mengejar nye)."

2.57, 58, 59. Pesaka Bani Israil.

"Dengan sebab itu maka kami jadikan mereka (Firaun dan tentera nye) keluar meninggalkan kebun dan mata air dan juga khazanah2 kekayaan serta tempat tinggal yang mulia. Demikianlah keadaan nye dan kami jadikan semua peninggalan  Firaun dan tentera nye milik Bani Israil sebagai pesaka."

3. Nabi Ibrahim di utuskan untuk menentang penyembahan berhala2 tetapi mereka mendustai para nabi2.

3.70. Takkala ia berkata pada bapa nye dan kaum nye. " Ape yang kamu sembah?."

3.71. Mereka menjawab "kami menyembah berhala2 maka kerana memuliakan, kami berkekalan menyembah nye."

3.72. Nabi Ibrahim bertanye adakah berhala2 itu mendengar kamu semasa kamu menyeru?.

3.73. atau mereka dapat memberikan sesuatu yang bermunafaat kepada kamu atau menimpa sesuatu bahaya?.

3.74. Mereka menjawab tidak satu pun bahkan kami dapati dato nenek kami berbuat demikian.

3.77. Aku bertanye demikian kerana sesungguh nye berhala2 itu ialah seteru ku, aku tidak nenyembah melainkan Allah Tuhan sekalian Alam.

4. Demikianlah mereka berlaku zalim pada diri mereka dengan kesesatan nyata yang menyebabkan Allah menurunkan bala bencana kepada mereka.

Was.

Sunday 5 June 2016

Memancin Ikan, Riadah dan Nostalgia

Setelah bersara pelbagai aktibiti telah dibuat untuk mengisi masa lapang. Aktibiti terbaik adalah aktibiti yang menyeronokkan. Sebagai orang yang dilahirkan di kampong, tentulah nostalgia aktibiti masa dikampung itu menjadi pilihan.

Aktibiti yang berkaitan pertanian sudah tentu menjadi pilehan utama. Kita kan merasa bahagia dengan kehijauan pokok2 membesar dan  bergembira apakala pokok2 ditanam berbuah. walaupun dusun yang diusahakan tidak seluas mana tetapi ia menyeronokan. Bila kita menanam, membaja, memangkas, membersih, dan menentang acaman musuh2 pertanian, memungut buah2 yang telah boleh dituai. Disitu lah adenye berbagai2 aktibiti yang perlu dilakuan. Ia seolah2 sumber riadah yang tiada tolak bandingannye.

Untuk mempelbagai dan membayakan lagi  aktibiti boleh ditambah  menternak ikan dalam  kolam atau dalam takongan mane2 yang mudah di buat dan ade nye kemuadahan tempat yang tersedia. Kalau kawasan sempit boleh menternak dalam takungan saja. Kegiatan yang boleh dilakuan untuk ternakan ikan dalam takungan ini, 1. Memberi makan ikan2 tu tiga kali sehari.  2. Penjagaan air agar setiasa bersih, menyalin air setiap minggu. 3. Bila dah besar ikan ni boleh digulai untuk makan, atau sedakah pada jiran2 dan kawan2 yang datang.

Kalau ta dapat menternak ikan pilehan terbaik menambah   aktibiti lain, seperti memancing pula. Gerop memancin kalau ade memang sonok. Kami mempunyai, Kawan2 asrama lame semasa form 6 . Setelah lebih 40 th ta bertemu,  dengan aktibiti memancin ini kami dapat berjumpa dan berkumpul semula.walau pun matlamat nye pergi mancin medapatkan ikan tetapi lebih dari  itu untuk bertemu sahabat2 lame .

Biasa nye grop kami bertemu dengan mendapatkan tarih yang sesuai dan disetujui semua. Memileh tempat berkumpul dan tempat memancin yang dijangka banyak ikan.
Tempat berkumpul  biasanye menyewa apatmen, homestay di tepi laut, tepi sungai untuk berkumpul. Kalau memancing di laut dalam pastikan  menyewa boat. Hingga kini kami telah pergi memancing di empat tempat;  Kuala Gula, Lumut,  Tasik Banding  Grik dan di Sg Perak Kg Menora . Menancin sambil berkelah ni memang sonok dan membahagiakan, ianye bagai suatu riadah yang terbaik, juga merupakan terapi jiwa, menyambung siratulrahim dengan kekawan lame bila berkumpul bersame balik macam 40 th dulu.itu lebih bermakna walaupun ikan ta dapat di kail. Nostalgia! nostalgia!.

Monday 14 March 2016

Doa Dan Hikmah Dari Surah Al Ambia.


* Rosul Di Pilih.

1.7.8.9.15. Allah mengutuskan rosul dari kalangan lelaki dan mereka diberi wahi. Mereka itu bertubuh badan  dan makan minum, bukan malaikat dan mereka juga wafat. Mereka ini Allah selamatkan sebaliknye Allah binasakan orang2 yang melampaui batas sehingga mereka hancur lebur dan senyap sepi.

*Penciptaan Langit dan Bumi Hikmah.

2.16. Dan ingatkah tidaklah kami mencipta langit dan bumi serta segala yang ada antara  nye secara main2.

*Allah Mengarah Kepada Yang Benar.

3.18. Bahkan Kami sentiasa mengarah yang benar menentang yang salah. Lalu ia menghancurkan nye maka dengan serta merta hilang lenyaplah dia. Dan kecelakaan akan menimpa kamu disebabkan apa yang kamu sifatkan (terhadap Kami)

* Allah Yang Esa.

4.22. Kalau ade dilangit dan dibumi tuhan2 yang lain dari Allah nescaya rosaklah pentadbiran kedua2nye. Maka bertauhidlah kamu kepada Allah dengan menegaskan: MAHA SUCHI ALLAH TUHAN YANG MEMPUNYAI ARASY DARI APA YANG MEREKA SIFATKAN.

*Allah Tidak Boleh Disoal.

5.23.Ia(Allah) tidak boleh ditanye tentang apa yang Ia lakukan, sedang mereka lah yang akan ditanye kelak.

*Asal Bumi Bercantum Langit.

6.30. Dan tidakkah orang2 kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnye langit dan bumi itu asalnye mulanye bercantum, lalu Kami pisahkan antara keduanye dan Kami jadikan dari air tiap2 benda yang hidup maka mengapa mereka tidak mahu beriman?.

*Gunung Menetap Bumi.

7.31.dan kami telah menjadikan gunung ganang yang menetap supaya bumi tidak mengegar mereka dan kami jadikan pada nye celah2 sebagai jalan lalu lalang supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan jasmani.

* Edaran Matahari dan Bulan

8.33. Dan Dialah yang menjadikan siang dan malam serta matahari dan bulan; tiap2 satu nye beredar terapong2  di tempat edaran masing (di angkasa lepas)

* Mati dan Ujian.

9.35. Tiap2 diri akan merasai mati dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan di kembalikan.

*Doa Penyejuk Api.

10.69. Kami berfirman " Hai api jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim."

*Doa Penyembuh Sakit.

11.83.84. Dan (sebutkan peristiwa) Nabi Ayub ketika dia berdoa merayu kepada Tuhan nye  dengan berkata;  "Sesungguhnye aku ditimpa penyakit sedang Engkau sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani."

Maka kami perkenankan doa nye lalu kami hapuskan  penyakit yang menimpanye.

*Doa Nabi Yunus.

12.87. 88. Dan (sebutkan lah peristiwa) Dzu n -Nun (meninggalkan kaum nye) dalam keadaan marah, yang menyebabkan ia menyangka Kami tidak akan mengenakan kesusahan atau cubaan;(setelah berlaku kepadanye apa yang berlaku) maka ia pun menyeru dalam keadaan gelap gelita dengan berkata; "SESUNGGUHNYE TIADA TUHAN (YANG DAPAT MENOLONG) MELAINKAN ENGKAU (YA ALLAH) MAHA SUCHI ENGKAU.(DARIPADA MELAKUKAN INAYA ,TOLONGLAH DAKU) SESUNGGUHNYE AKU ADELAH DARI ORANG2 YANG MENGINAYA DIRI SENDIRI."
Maka Kami kabulkan doanye dan Kami selamatkan dea  dari kesusahan yang menyelubungi nya.

*Doa Dapat Anak.

13.89.90. Dan (sebutkan peristiwa) Nabi Zakaria  ketika ia merayu kepada Tuhan nye dengan berkata: " Wahai Tuhan ku Jangan lah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggal zuriat) dan Engkaulah jua sebaik2 yang mewarisi."
Maka kami perkenankan doa nye.

*Penciptaan Nabi Isa.

14.91. Dan (sebutkan peristiwa) perempuan yang menjaga kehormatan dan kesuciannye; lalu Kami tiupkan padanye dari Ruh ciptaan Kami jadilah dia dan anaknye sebagai satu tanda (yang menunjukan kekuasaan Kami) bagi umat manusia.

* Kitab Al Quran keterangan lengkap.

15.105.106.107 Sesungguhnye kitab2 yang diturunkan telah pun  ada tulisan nye di Lauh Mahfuz "Bahawasa nye bumi itu akan diwarisi olih hamba2 Ku yang salih"

dan al Quran itu mengandungi keterangan2 yang cukup bagi orang2 yang bercita2 mengerjakan ibadat kepada Allah dengan berilmu.

dan  tiadalah Kami mengutuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam .

Was.

Sunday 13 March 2016

Perintah Dan Larangan Dalam Surah Al An' Aam.

0.151. Katakan lah "Marilah supaya  aku bacakan apa yang telah diharamkan olih Tuhan kamu kepada kamu iaitu"-

* Jangan Syirik Kepada Allah.

1.151. Janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatu pun;

* Berbuat Baik Dengan Ibu Bapa.

2.151. Dan hendak lah (kamu) berbuat baik kepada ibu bapa;

*Jangan Bunuh Anak.

3.151. Dan jangan lah kamu membunuh anak2 kamu kerana kepapaan, (sebenarnye)  Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka;

* Jangan Hampiri Zina.

4.151. Dan jangan lah kamu hampiri kejahatan2 (zina) yang terang daripada nye dan yang tersembunyi;

*  Jangan Membunuh Orang.

5.151. Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah(membunuhnye) melainkan dengan jalan yang haq. (Yang dibenar olih syarak).

Dengan demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminye.

*Jangan Makan Harta Anak Yatim.

6.152. "Dan jangan lah hampiri anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkan nye) sehingga ia baligh (dewasa serta layak mengurus hartanye sendiri).

* Sempurnakan Sukat dan Timbang.

7.152. "Dan sempurnakan segala sukatan dan timbangan dengan adil".

Kami tidak memberatkan sesaorang dengan kewajipan melainkan dengan kesanggupannye.

*Keterangan palsu.

8.152. "dan apabila kamu mengatakan sesuatu (semasa membuat apa2 keterangan) maka hendaklah kamu berlaku adil, sekalipun orang itu ada hubungan kerabat (dengan kamu); 

dan perjanjian (perintah2) Allah
hendaklah kamu sempurnakan.
Dengan demikian itulah Allah perintahkan kamu supaya kamu beringat (mematuhinye)

*Perintah Bertaqwa.

9. 153. Dan bahawa sesungguhnye inilah jalan Ku ( Agama Islam) yang betul lurus maka hendaklah kamu menurutnye; dan jangan lah kamu menurut jalan2 (yang lain dari Islam),kerana jalan2 yang lain itu mencerai beraikan kamu dari jalan Allah.Dengan yang demikian itu lah Allah Perintahkan Kamu Bertaqwa.

Was.

Friday 4 March 2016

Mutiara Firman Allah Dalam Surah A-Li Imraan.

00. Pelbagai pengetahuan di beritakan dalam surah ini antara pekara terpenting untuk diketahui adalah seperti firman2 Allah di bawah ini.

*  Pemberi Kuasa Memerentah.

1.26.Katakanlah (Wahai Muhammad) "Wahai Tuhan  yang mempunyai kuasa pemerintahan, Engkau lah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau juga yang mencabut kuasa pemerintahan dari siapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah yang memuliakan  sesiapa Engkau kehendaki dan Engkau hina siapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkau lah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguh nye Engkau maha berkuasa setiap sesuatu.

* Pencipta Siang dan Malam, Menghidup dan Mematikan dan Pemberi Rezeki Tanpa Hisab.

2.27." Engkaulah wahai Tuhan yang memasukan waktu malam kedalam waktu siang dan Engkau lah yang memasukan waktu siang kedalam waktu malam.
Engkau juga lah yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan  yang mati dari sesuatu yang hidup.
Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki  tanpa hisabnye."

* Jangan Mengambil Orang2 Kapir Sebagai Teman Rapat.

3.28. Janganlah orang2 yang beriman mengambil orang2 kafir menjadi teman rapat, dengan meninggalkan orang2 yang beriman . Dan sesiapa yang melakukan (larangan ) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apa pun kecuali kamu hendak menjaga diri dari sesuatu bahaya yang ditakuti dari pehak mereka (yang kafir itu). Dan Allah memerintahkan supaya kamu beringat2 terhadap kekuasaan diri Nye (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kamu kembali.
3.32  Katakanlah wahai (Muhammad) taatlah kamu kepada Allah dan RosulNye,  oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka) maka sesungguhnye Allah tidak suka kepada orang2 kafir.

* Kelahiran Nabi Isa.

4.45.46.47.48.49. Ketika Malaikat berkata "Wahai Mariam bahawasa nye Allah memberi khabar yang mengembirakan dengan mengurniakan seorang anak yang engkau kandungkan semata2 dengan kalimah dari Allah. Nama anak itu  Al masih Isa ibni Mariam, seorang terkemuka di dunia dan ahirat."
4.46. "Dan dea akan berkata2 pada orang ramai semasa kecil  dalam buaian dan semasa dewasa  dan ia adalah dari orang yang solih."
4.47. "Wahai Tuhan bagaimana aku boleh mendapat seorang anak pada hal aku tidak pernah disentuh olih seorang lelaki pun ". Allah berfirman "Demikianlah keadaan nye Allah menjadikan apa yang dikehendaki nye..........maka ia hanya berfirman kepadanye "jadilah engkau lalu jadilah ia."
4.48. Allah mengajar dia ilmu menulis hukum2 aturan agama dan kandungan kitab Taurat dan Injil.
4.49.Dan menjadi Rosul kepada Bani Israil.....menegaskan sesungguh nye aku telah datang kepada mu dengan membawa mukjizat dari Tuhan kamu iaitu :

i. ...membentuk burung dari tanah liat, kemudian ku tiup padanye lalu menjadilah seekor burung yang hidup dengan izin Allah. 

ii. Dan boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak dan

iii. Aku boleh menghidupkan kembali orang2 yang mati dengan izin Allah dan juga

iv. boleh memberitahu. ..apa yang kamu makan dan yang kamu simpan di rumah kamu.

..pekara yang demikian itu  ...tanda mukjizat  ...bahawa aku seorang Rasul yang diutus olih Allah jika kamu orang2 yang mahu beriman.

Was.

Thursday 3 March 2016

Perempuan dan Harta Kesukaan Manusia. Surah a-li lmraan.

00. Sesungguh nye manusia sangat mencintai dunia dan bersikap haloba, namun Allah telah memberitakan bahawa orang yang bertaqwa kepada Allah akan mendapat ganjaran terbaik, dengan dianugerahkan syurga.

1.14. Di hiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan pada benda2 yang di ingini nafsu iaitu perempuan2 dan anak pinak; hartabenda yang banyak berpikul2, dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang2 ternak serta kebun2 tanaman. Semua itu kesenangan hidup didunia. Dan (ingat lah) pada sisi Allah ade tempat kembali yang sebaik2 nye (iaitu syurga)

2.15. Katakan (wahai Muhammad) "Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik dari semua itu? Ia itu orang2 yang bertaqwa, disediakan disisi Tuhan mereka beberapa syurga yang mengalir dibawahnye sungai2, mereka kekal didalam nye. Disediakan juga pasangan2 isteri2 yang suci bersih; serta  (berolih pula)  keredhoan dari Allah. Dan ingatlah Allah sentiasa melihat akan hamba2Nye .

3.16. Iaitu orang2 yang berdoa dengan berkata:  "Wahai Tuhan kami sesungguhnye kami telah beriman, olih itu, ampunkanlah dosa2 kami dan peliharakan lah kami dari azab neraka."

4.17. Dan juga
i. orang2 yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah) dan
ii. orang2 yang benar (perkataan dan hatinye), dan
iii.orang2 yang sentiasa taat perintah Allah dan
iv. orang2 yang belanjakan hartanye pada jalan Allah, dan
v. orang2 beristigfar (memohon ampun) pada waktu sahur.

5.18. ...Bahawasanye tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan  Allah. Yang sentiasa mentadbir (seluruh alam) dengan keadilan.

6.19. Sesungguhnye ugama yang benar dan diredoi disisi Allah ialah Islam .

Was. Aaminn.

Sunday 21 February 2016

Keistimewaan Solat Subuh dan Tahajud


Surah Al lsraa.

1.78.79. Dirikan lah olehmu solat ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam dan dirikan solat subuh, sesungguhnye solat subuh itu adelah disaksikan (keistimewaan).

Dan bagunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakan solat tahajjud, pada nya sebagai solat tambahan bagi mu; semuga Tuhan membangkitkan mu dan menempatkan mu pada hari ahirat, di tempat yang terpuji.

Tuesday 16 February 2016

Perintah Dan Larangan Allah Dalam Surah Al Israa.

Bismillahirrohmanirrohim.

Catatan ini utk memahami  wahyu sahaja.

00.00. Dalam surah Al-Israa Allah berfirman terdapat dua gulungan manusia ya ni yang mencintai dunia dan mencintai ahirat. Allah memberi perintah dan larangan kepada manusia dalam firman2Nye dalam surah ini.

00.18. Sesiapa yang menghendaki kehidupan dunia Kami akan segerakan kepadanye dalam dunia, apa yang Kami kehendaki bagi sesiapa yang Kami kehendaki. Kemudian Kami sediakan neraka jahanam untuk membakarnye dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.

00.19. Dan sesiapa yang menghendaki ahirat dan berusaha mengerjakan amal2 yang baik untuk ahirat dengan usaha yang layak bagi nye sedang dea beriman, make mereka yang demikian keadaan nye diberi pahala akan amal usahanye.

00.20. Tiap2 golongan dari keduanye, gulungan dunia dan gulungan ahirat Kami hulurkan kepada mereka dari pemberian Tuhan mu ( wahai Muhammad) dan tiadalah pemberian Tuhanmu itu tersekat (dari sesiapa pun).

*Tidak Syirik.

1. 22.23. Jangan lah engkau adekan tuhan2 yang lain bersame Allah. Kerana akibat nye engkau akan tinggal dalam keadaan tercela dan kecewa dari mendapat pertolongan. Dan  Tuhan mu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada Nye semate2.

*Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa

2. 23.24. Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.  ... jika salah seorang dari keduanye atau kedua2nye sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan mu, maka jangan lah kamu berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun perkataan   "ha"  dan jangan engkau menengking menyergah mereka tetapi katakan kepada mereka perkataan yang mulia. (Yang bersopan santun).

Dan hendakkah engkau merendah diri kepada kedua nye kerana belas kasihan dan kasih sayang mu, dan doakan lah "wahai Tuhan ku cucuri lah rahmat kepada mereka berdua sebagaimane mereka telah mencurahkan kasih sayangnye memelihara dan mendidek ku semasa kecil"

*Jangan Berbelanja Boros.

3.26.27.28.29. Dan berilah kepada kerabat mu dan orang miskin serta orang musafir akan haknye masing2 dan jangan lah engkau belanjakan harta mu dengan boros yang melampau2. Sesungguhnye orang yang boros itu saudara syaitan, sedang syaitan itu  pula adalah mahlok yang sangat kufur kepada Tuhannye.

Dan jika tidak dapat melayan  mereka...maka katakanlah kepada mereka kata2 yang menyenangkan hati.

Dan jangan engkau jadikan tangan mu terbelenggu dileher mu dan jangan pula menghulurkan nye sehabis habisnye...akibatnye tinggallah engkau keadaan tercela serta kering keputusan.

*Jangan Membunoh Anak Kerana Miskin.

3.31. Dan jangan lah kamu membunuh anak2 kamu kerana takut kepapaan.Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.

* Jangan Menghampiri Zina.

4.32. Dan jangan kamu menghampiri zina sesungguhnye zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan jahat.(yang membawa kerosakan).

*Jangan Membunoh Orang.

5.33. Dan jangan kamu membunuh diri seorang manusia yang diharamkan olih Allah membunuhnye kecuali dengan alasan yang benar.
(Olih Pemerintah sahaja)

*Jangan Makan Harta Anak Yatim.

6.34. Dan jangan lah kamu menggampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik sehingga ia balig.

* Sempurnakan Janji.

7.34. Dan sempurnakan lah perjanjian (dengan Allah dan manusia) sesungguhnye perjanjian itu akan ditanya.

*Sempurnakan Sukatan.

8.35. Dan sempurnakan lah sukatan apabila kamu menyukat dan timbanglah dengan timbangan yang adil, yang demikian itu baik (didunia) dan sebaik2 kesudahan.  (pahala di ahirat)

* Jangan Ikut Tanpa Pengetahuan.

9.36. Dan jangan lah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenai nye. Sesungguh nye pendengaran dan penglihatan serta hati semua anggota itu tetap akan di tanye tentang apa yang di lakukan nye.

*Jangan Belagak Sombong.

10.37. Dan jangan lah engkau berjalan dibumi ini dengan berlagak sombong kerana sesungguhnye engkau tidak dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung ganang.

** Perintah.

11.38 tiap2 satu perintah itu, menyalahi nye adalah kejahatan yang dibenci disisi Tuhan mu.

Was.

Monday 4 January 2016

KALAU ADE Peminpin Melayu (PM) TENGUK ekonomi ORANG MELAYU .

Dari riak dan gelombang memukul pantai. Dari guruh telah bersuara. Dari angin yang berdesir ribut bertiup ,ade pokok tumbang, ade dahan patah ade tunas baru menaik, ade pelepah akan jatuh, make begitu lah kepimpinan negara, akan berlalu silih  mengganti, tiada yang kekal dan abadi.

Apa pun yang akan berlaku kepimpinan negara  harus melihat bangsanye yang tertinggal, dan ditinggalkan, dan dah jauh tertinggal. Bandar dah Hongkong, Pekan dah jadi Canton. Bandaraya dah jadi  Bejing. Kalau dah jemu membagunkan melayu  secara evolusi cubalah pula secara revolusi lagi menyeluruh. Ubah lah paradikma, ubahlah dasar, ubah lah itu dan ini, ubahlah apa yang ter tinggal. Apa yang kurang ,apa yang mengecewakan. Agar dominasi berade pada bangsa,  serinkas harapan diidam.

1 Ujudkan Kementerian dan Jabatan Pembagunan Peniagaan dan Usahawan Bumiputra supaya mereka merancang dan melaksanakan pembaguanan orang2 melayu secara  tepat dan cepat.

2. Ujudkan Pendidikan dan Pelajaran fomal di sekolah rendah dan menegah mata pelajaran peniagaan, usahawan, accaunt, pengurusan peniagaan dsb.

3. Ujudkan koodinasi antara jabatan mengenai apa2 peluang dari jabatan kerajaan seperti permit, pracais, pemilekan hak milik,  kontrek2 urusan kerajaan dan lain yang banyak peluang.

4. Sediakan peruntukan tahunan untuk peluang2 perniagaan dan usahawan melayu . Benakan mereka kedai, gerai  pasaraya dan kilang dengan harga mampu.

5. Patuhi wasiat Raja2 Melayu dimane bahagian ekonomi 50 peratus diuntukan pada orang2 melayu selebihnye bersaing antara mereka yang membawa maksud 75 peratus  hak ekonomi kepada bangsa melayu.

6. Rancang pembagunan pekan dan bandar melayu. Bagunkan kedai gerai kediaman murah untuk banyakan aset orang melayu dan demi kepentingan masa depan kepimpinan kuasa orang melayu.

7. Selaraskan dengan 50 tuntutan orang melayu dalam tok rabuk blogspot. Ingatkan Ipoh oh Ipoh dan wasiat raja raja melayu dalam blog ini, sebagai amanah pemimpin kepada raayat.

8. Ramaikan belioneer melayu agar boleh lah mereka di suruh bagunkan ekonomi dan majukan kawasan untuk melayu. Disarankan Tiap2 negeri sekurang2 nye ade 3 bilioner melayu. Ingat bahawa kunci pembagunan adelah wang dan cinta bangsa. Tagan ini lah kunci penyelamat bangsa.

9. Orang melayu tetap bersama wira pemimpin mereka yang menjadi lapik lempang galang ganti dalam 3 pekara
Yang penting ini:

A. Berkehadapan dalam hal agama Islam dan nasihat agama. Berjihat lah walaupun ade yang menjanji bulan bintang untuk menggagalkan nye.

B. Memacu pemilikan ekonomi bangsa melayu dari sekecil ekonomi hingga sebesar milikan ekonomi.

C. Memajukan Pendidekan yang Praktikal kearah Pembagunan dan Pengamalan Islam dan Pembagunan Ekonomi Bangsa Melayu.

Demikian lah seringkas kilat harapan melayu untuk bangsa  mengungguli negara. Kata pepatah " Jika Hendak Seribu Elah Jikalau Ta Nak Seribu Dalih " Berjihat lah kita.

Wassalam.

Tks

Sunday 3 January 2016

TANDA TANDA KIAMAT HADIS NABI S.A.W.DARI IBNU MASUD.

Ibnu Masud berkata kepada Rasululluh, Apakah hari kiamat itu terdapat tanda2 yang diketahui sebelum nya?. Kata Baginda s.a.w  ya Ibnu Mas'ud dan orang mukmim perlu tahu tanda2nya dan ade banyak tanda tanda nye. Salah satu tandanye ialah kanak2 menjadi bengis, hujan menjadi ber asid, orang jahat semakin ramai.

Wahai Ibnu Mas'ud diantara tanda2 hari kiamat itu pendusta disebut jujur sedangkan orang yang jujur disebut pendusta. Penghianat diberi kepercayaan orang2 yang dipercayai pula di sebut penghianat. Semua ini adalah tanda2nya.

Wahai Ibnu Mas'ud diantara tanda2 hari kiamat itu, pinggan piring berhubung secara terus menerus. Siraturahim semakin terputus.

Inilah tanda mukjizat Nabi yang sangat jelas, kata Baginda s.a.w pinggan piring berhubung secara terus menerus dan Rasul s.a.w menggunkan istilah yang memang digunakan komunikasi stalit iaitu "muwasalat" dan siraturahim makin terputus dengan lain perkataan orang2 akan duduk dirumah menuntun tv dari piring2 stalit tidak pedulikan jiran2 mereka. Ini merupakan hadis yang menakjubkan bagi saya.

Wahai Ibnu Mas'ud diantara tanda2 hari kiamat itu, kamu akan melihat orang munafik memerintah. Pasar dikuasai olih orang2 paling rosak. Masjid dihias sedangkan hati2 itu rosak, orang bersolat dimasjid2 cantik, tapi sepi dari tazkiyyah.
Seorang mukmin dari satu suku adalah lebih hina dari kambing yang hodoh (yakni tidak bermakna langsung)

Wahai Ibnu Mas'ud tanda kiamat itu,
Seorang lelaki cukup dengan seorang lelaki dan wanita cukup dengan wanita (homoseksual) . Orang muda meraih kemewahan.( spt zuckerbeg menjadi multi milioner sebelum umur 30 th.) Dan akan kamu lihat pergerakan mengkorapsi wanita.  Kamu melihat perosak dunia dimakmurkan sedang pemakmor temadun dunia yang sebenarnye dirosakkan. Olih itu prosak dunia di makmurkan.

Wahai Ibnu Mas'ud antara tanda2 kiamat itu, tersebar luasnye akan peralatan muzik (dari petikan hadis yg lain) bahawa alat2 muzik berada dikepala2 mereka.

Bagaimana baginda boleh tahu mengenai nya ? itu lah yang dinyatakan nye, saya tidak nengada-adakanye.

Bahawa alat muzik berada di kepala2 mereka, tiada siapa memahaminye ketika itu, sekarang kita melihat mereka berada dimana2.
Dan akan melihat banyak polis/anggota keselamatan. Banyaknye akan para pencela dan perolok olok.

Lihat sahaja di rancangan tv /internet
sekarang bertapa lazimnye saling menghina dan memperolok olok.

Akan dilihat ramainye  anak2 diluar nikah. Dinegeri saya lebih 50% menakjobkan.

Dalam hadis yang lain pula telah bersabda Rasul s.a.w bahawa fitnah2 ini akan dipaparkan pada hati2 manusia bagai tikar di anyam sulam menyulam antara tegak dan mendatar.

Dan inilah fitnah yang disyaratkan pada set tv ianye di ibaratkan bagai tikar yang dianyam "kal hasir" fitnah akan dipapar pada hati2 bagai tikar mengkuang dianyam. Dan bagitulah caranye syaitan merosakkan hati manusia. Dengan memaparkan fitnah itu pada filem tv berulang kali sehingga mereka menjadi lali dan terbiasa keganasan dan mereka memandang ringan terhadap nye. itu sedang menjadi pekara biasa dan tidak  memeranjatkan lagi.

Dalam hadis yang lain pula akan datang satu kaum yang membawa cabuk seperti ekor sapi dengan nye ia memukul orang, dan wanita yang berpakaian tetapi telanjang mereka melenggang lengguk dalam gerakan nye. Dan menarik orang lain kepada mereka. Rambut mereka spt bonggol unta yang senget, ia bukan unta yang lazim di ternak orang arab.
( Unta bactrian)ini datang nye dari Parsi. Sesiapa yang melihat mengetahui nye.  Mereka ini tidak akan masuk syurga wallahu.

Dalam hadis yang lain satu gulungan umat ku akan minum arak tetapi bukan namenye. Ya Allah aku telah sampaikan. Ya Allah aku telah sampaikan.

(Salin terjemahan dari video Saigns of The Last Day Prophet Muhammad. Al Faedah)tks.