Friday 16 June 2017

Larangan Dan Perintah Allah Dalam Surah Al Israaq

Bismillahhirrohmanirrohim.

1.Al Quran sebagai petunjuk kepada manusia.

9. Sesungguh nya AlQuran  ini memberi petunjuk ke jalan yang betul dan memberi berita yang menggembirakan bagi orang beriman yang mengerjakan amal2 soleh bahawa mereka memperolih pahala yang besar.
10. Orang yang tidak beriman pada hari ahirat Kami sediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnye. *

2. Malam dan siang dicipta Allah dengan tujuan.

12....dan kami jadikan siang itu terang benderang supaya kamu mudah mencari  rezeki  limpah kurnia Tuhan kamu..dan supaya kamu mengetahui hitung, hisab (bulan dan ari.)*

3. Kitab suratan amal masing dikalong dileher

13. ..Pada hari kiamat Kami akan keluarkan kepadanye kitab suratan amal  akan didapati terbuka untuk tatapan.
14.  Kami perintah kepada mereka bacalah kitab surat amalan mu.cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap diri mu.*

4. Hidayah dan mendapat petunjuk dan sesat.

15. Sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk alQuran,  yang didapatinye terpulang pada diri nye. Yang sesat
maka sesungguhnye kesan buruk akan ditanggung olih diri sendiri. Dan sesaorang tidak memikul dosa orang lain dan   Kami tidak lah mengazab sesiapa pun sebelum Kami mengutuskan seorang Rosul.*

5. Orang kaya yang tidak  taat pada Allah, menderhaka negeri akan dibinasa.

16. Apabila sampai tempoh Kami hendak membinasa penduduk se sebuah negeri  Kami perintah orang2 yang melampau batas dengan kemewahan antara mereka lalu menderhaka dan melakukam maksiat padanye maka berhaklah  negeri itu dibinasakan, lalu kami hancurkan sehanchur2 nye.*

6.Allah anugerah kepada sesiapa mengikut kehendaknye.

18. Sesiapa yg menghendaki kesenagan hidup didunia akan di segerakan kepada nye  didunia bagi sesiapa yang Kami kehendaki. Kemudian Kami sediakan neraka jahannam untuk membakarnye dalam keadaan hina dan tersingkir dari rahmat Allah.
19. Dan sesiapa menghendaki ahirat dan berusaha mengerjakan amalan yang baik sedang dea beriman mereka diberi pahala akan  amal usahanye.
20. Tiap2 gulungan dunia dan ahirat, Kami hulurkan pemberian Tuhanmu itu dan tiada lah ia disekat
21. Lihatlah bagaimana Kami melebihkan  sebahagian dari mereka atas sebahgian yang lain. Sesungguh nye pemberian di ahirat lebih besar tingkatan2 perbezaan nye dan lebih besar tambahan2  kelebihan2nye.*

7. Jangan syirik, menyengutukan Allah.

22. Jangan lah kamu ada kan tuhan yang lain bersama Allah kerana akibatnye engkau tinggal dalam keadaan tercela dan kecewa dari mendapat pertolongan.
23. Dan Tuhan mu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada Nye senata mata.*

8. Berbuat baik kepada ibu bapa.

23. ..dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari kedua2 nye  sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan mu, maka jagan lah engkau berkata sebarang perkataan kasar, sekali pun perkataan "Ha" .Jangan lah engkau menengking menyergah mereka tetapi katalah  kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
24. Dan hendaklah merendah diri kepada kedua nye kerana belas kasihan dan kasih sayang mu dan doakan lah ( kepada mereka dengan berkata;  " wahai Tuhan ku  cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang  menelihara dan mendidik ku semasa kecil."
25. Rabbi  kamu lebih mengetahui apa yang ada didalam hati, kalau kamu orang2 yang bertujuan baik mematuhi perintahNye. Sesungguh nye Dea maha pengampun bagi orang yang bertaubat.*

9. Belanja lah kepada yang hak tetapi jangan boros.

26. Dan berilah kepada kerabat mu dan orang2 miskin serta orang musafir akan hak nye masing2 dan jangan lah engkau belanja harta mu dengan boros melampau2.
27.sesungguh nye orang yang boros itu saudara syaitan sedang syaitan itu adalah mahluk yang paling kufur pada Rabbi nye.
28. Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayan mereka kerana menunggu rezeki dari Tuhan mu yang engkau harapkan maka katakan lah kepada mereka kata2 yg menyenagkan hati.
29. Dan jaganlah engkau jadikan tangan mu terbelenggu di kelermu dan jagan lah pula engkau menghulurkan dengan sehabis2 nya, kerana akibatnye engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan.
30. Sesungguh nye Tuhan mu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki Nya dan Dia juga menyempitkannye, sesungguh nye Dea maha mendalam pengetahuan Nye lagi maha melihat akan hamba2 Nye.*

10.Jagan bunuh anak  takutkan kepapaan.

31.Dan jangan lah kamu membunuh anak kamu kerana takut kan kepapaan. Kamilah
Yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguh nye perbuatan membunuh mereka  adalah suatu kesalahan yang besar.

11.Jangan hampiri zina.

32. Dan jangan lah kamu menghampiri zina sesungguhnye zina itu satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat.*

12. Jangan membunuh orang.

33. Dan jangan lah kamu membunuh  diri sesaorang manusia yang diharamkan olih Allah membunuh nye kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa  yang dibunuh secara zalim, maka sesungguh nye  kami telah menjadikan warisnye menuntut balas bunuh itu.
dalam pada itu jangan lah dea melampau2 dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnye ia  adalah mendapat sepenoh2 pertolongan. (Menurut   Hukum syarak.).*

13. Jangan hampiri harta anak yatim.

34. Dan jangan lah kamu menghampiri harta anak yatim  melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkan nye) sehingga ia baliq, dan sempurnakan Perjanjian  (dengan Allah dan manusia) sesungguh nye perjanjian itu akan ditanye.*

14. Sempurnakan timbangan dan sukat menyukat.

35. Dan sempurnakan sukatan  apabila kamu menyukat dan timbangan dengan timbangan yang adil. Yang demian itu baik dan sebaik2 kesudahan( pahala di ahirat kelak).*

15. Jangan ikut tanpa pengetahuan.

36. Dan jangan lah engkau mengikuti apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenai nye. Sesungguh nye pendengaran penglihatan serta hati,
Semua anggota2 tetap akan ditanye tentang ape yang dilakukannye.*

16. Jangan berlagak sombong.

37. Dan jangan lah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong kerana sesungguh nye engkau tidak akan dapat menembus bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai  setinggi gunung ganang.

Wassalam

Sunday 11 June 2017

Tata Doa dan Bandingan Tanaman Subur al araaf

Bismillahhirrohmanirrohim.

1.Doa

55.Berdoalah kepada Rabbi kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan lahan, sesungguhnye Allah  tidak suka orang yang melampaui batas.

56. Dan jangan lah kamu membuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala2 yang membawa kebaikan pada nye. Dan berdoalah kepada Nye dengan perasaaan bimbang (kalau-kalau ta diterima) dan juga dengan perasaan yang mengharap2 supaya makbul,  Sesungguhnye rahmat Allah itu dekat kepada orang2 yang memperbaiki amalan nye.

2. Tanaman yang subur.

57. Dan Dea lah( Allah ) yang menghantar angin sebagai membawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatNye ( iaitu hujan). Hingga apabila angin itu membawa awan mendung Kami hantar dea kenegeri yang mati ( kedaerah yang kering kontang) lalu kami turunkan ujan dengan awan itu kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai jenis buah2an . Demikian lah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang yg telah mati. Supaya kamu beringat (mengambil pelajaran  daripada nye)

58. Dan negeri yang baik tanam2an nye tumbuh subur dengan izin Allah dan negeri yang tidak baik tidak tumbuh tanaman melainkan dalam keadaan bantut. Demikian lah kami  menerangkan tanda2 ( kemurahan dan kekuasaan ) Kami dengan berbagai cara bagi orang yang mahu bersyukur.
Was.

Tuesday 6 June 2017

Al Raaf. Definasi Kafir. Dan Ciptaan Langit dan Bumi.

Bismillahhirahmanirohim.

1.Orang yang beriman buat sekadar terdaya. Tidak diberati.

42. Dan orang2 yang beriman serta beramal salih Kami tidak memberati diri sesaorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar terdaya olihnye mereka ahli syurga mereka kekal didalam nye.

2.Petunjuk dipimpin Allah.

43. Dan Kami cabut segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (didalam syurga) yang mengalir beberapa sungai dibawah tempat masing2. Dan mereka pula bersyukur dengan berkata; "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat2) ini, pada hal kami tidak sekali2 akan memperolihi petunjuk kalau Allah tidak meminpin kami. Sesungguh nye telah datang  Rosul2 Rabbi  Kami dengan membawa kebenaran." Dan mereka diseru: " Itu lah syurga yang diberikan kamu mewarisinye dengan sebab ape yang telah kamu kerjaka."

3. Ar raaf adalah tembuk antara syurga dan neraka.

46. Diantara kedua nye syurga dan neraka
Ade tembuk " al araaf" pendinding. Dan diatas tembuk al araaf itu ade sebilangan orang lelaki yang mengenal tiap2 seorang dari ahli syurga dan neraka. Dan mereka pun menyeru ahli syurga dengan memberi salam 'salamun alaikum' sedang mereka sendiri pun belum masuk syurga pada hal mereka ingin sangat masuk syurga.

47. Dan apabila dialih pandangan mereka ke ahli neraka mereka berdoa  "wahai tuhan kami  janganlah Engkau jadikan kami bersama orang2 yang zalim".
.
4. Orang kafir  ialah orang yang menjadikan agama sebagai hiburan  permainan yang melalaikan dan terpedaya dengan kelazatan dunia.

51. (Allah berfirman. Orang2 kafir itu ia lah) Orang2 yang menjadikan  pekara2 ugama mereka sebagai hiburan dan melalaikan dan permainan dan orang2 yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahan dan kelazatan nye) olih itu pada hari ini (hari kiamat) kami lupakan mereka sebagaimana mereka lupakan persiapan2 menemui hari mereka ini dan juga mereka selalu mengengkari ayat2 keterangan Kami.

5.Quran menjadi petunjuk dan rahmat orang2 beriman.

52. Dan sesungguh nye kami telah datangkan kepada mereka sebuah kitab (al Quran ) yang telah Kami jelaskan satu persatu berdasarkan pengetahuan ( Kami yang meliputi segala2nye) untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang yang mahu beriman.

6.penciptaan langit dan bumi dlm 6 masa.

54. Sesungguh nye Tuhan kamu ialah Allah yang mencipta langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam diatas arasy, Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringi dengan deras (silih berganti) dan Ia pula mencipta kan matahari bulan serta bintang semua nye tunduk perintahNye. Ingatlah, kepada Allah jua lah tertentu urusan pemerintahan. Maha suci  Allah yang mencipta dan mentadbir sekalian alam.

7.Cara berdoa ialah dengan merendah diri dan suara yang rendah.

55. Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan dengan suara pelahan2 Sesungguh nye Allah tidak suka kepada orang2 yang melampaui batas.

Sunday 4 June 2017

Hukuman mendustakan ayat Allah al a'raaf

Bismillahirrohmanirohimm.

Lihat lah bagaimana hukuman nye bagi mereka yang mengenkari ayat2 Allah.

1.Tempoh umur telah ditetapkan.

34.Tiap2 umat ada tempoh di tetapkan. maka bila datang tempohnye tidak dapat mereka di kemudiankan walau sesaat pun dan tidak dapat pula mereka didahulukan.

2. Tiada dukacita mereka yang memperbaiki amalan.

35. ."...sesiapa yg bertaqwa dan memperbaiki amalan nye tidak ade kebimbangan terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita."

3. Jangan mendustakan ayat2 Allah.

36. Dan orang yang mendustakan ayat kami dan angkuh dari mematuhi nye mereka lah ahli neraka. Mereka kekal didalam nye.

37. Maka tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mendustakan  ayat2
Nya.

38. Allah berfirman. " masuklah kamu kedalam neraka bersama umat2 yang terdahulu."

40. "Sesunggihnye orang2 yang mendustakan ayat2 Kami dan yang angkoh daripada mematuhi nye, tidak sekali-kali akan dibukakan pintu2 langit dan mereka tidak akan masuk syurga hingga unta masuk dilubang jarum."

.

Thursday 1 June 2017

Pakaian dan perhiasan.. surah Al a'raaf.

Bismillahhirrahmanirrohim

1.Di tuntut berpakaian dan berhias masa beribadat  dan elak makan minum yang  melampau.

26." Wahai anak adam sesungguh nye Kami telah menurunkan kepada kamu bahan2 pakaian  untuk  menutup aurat kamu dengan pakaian perhiasan. Dan pakaian berupa taqwa itulah yang sebaik2 nye..."

27. .." Janganlah kamu diperdaya olih syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan ibu bapa kamu dari syurga,  sambil ia menyebabkan terlucutnye pakaian mereka berdua  untuk memperlihatkan aurat mereka,  sebelum nye tertutup.....sesungguh nye kamu tidak dapat melihat dia..... Kami jadikan syaitan tu teman rapat orang2 yang tidak beriman."

31. Wahai anak adam! pakai lah pakaian kamu yang indah berhias tiap2 kali kamu ke tempat ibadat atau mengerjakan solat. Dan  makan serta minum lah dan jangan pula kamu melampau2, sesungguhnye Allah tidak suka orang yang melampaui batas.

32. Katakanlah wahai Muhamamad  siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang mengelauarkan untuk hamba2 Nye dan demikian juga benda2 yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakan Nya, katakan lah semua itu ialah nekmat orang yang beriman dan orang tidak beriman dalam kehidupan dunia. Nikmat2 itu pula hanye tertentu bagi orang yang beriman pada hari kiamat.

2. Berbuat adil dan iklas jauhkan perbuatan keji  dipimpin syaitan.

28. Orang yg tidak beriman mereka melakukan perbuatan yang keji mereka berkata : "  kami dapati dato nenek kami mengerjakan nye dan Allah perintahkan kami mengerjakan nye. Katakan lah sesungguhnye Allah tidak menyuruh mengerjakan perbuatan2 keji..:

29. Katakanlah; Rabbi ku menyuruh,
berlaku adil pada segala perkara, menyuruh hadapkan muka dan hati kamu kepada Allah dengan betul tiap2 kali mengerjakan solat dan beribadat  lah dengan iklas amal ugama kamu kepada Nye semata2..."

30. Sebahagian dari umat diberi hidayah dan sebahagian lagi ditimpa kesesatan kerana mereka telah menjadikan syaitan2 itu pemimpin yang ditaati selain Allah.

3. Haram perbuatan keji.

33. Sesungguh nye Tuhan ku mengharamkan ,

- perbuatan  keji yang nyata atau yang tersembunyi ,

- dan perbuatan dosa dan perbuatan menceroboh dengan tidak ade alasan yang benar,

-  dan diharamkan kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah ..

.- dan diharamkan Nye,  kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya..

Wassalam.