Saturday 23 March 2019

Allah Pencipta Pemimpin Silih Berganti.Faatir 4.


Bismillahhirrohmanirrohim.

Catatan ini  sekadar untuk memahami wahyu llahi sahaja.

1.36. Orang2 kafir bagi mereka neraka jahanam, mereka tidak mati tetapi diazab neraka yang berat. Balasan bagi orang yang kufur.

2.37. Mereka menjerit2 dalam jahannam dan merayu  untuk  mengerjakan amal soleh. Mereka  ditempelak  Allah telah panjangkan usia diberi masa yang cukup untuk berfikir dan beringat dan mereka telah pun didatangi Rasul untuk memberi amaran. Rasai lah azab orang yang zalim mereka tidak akan ditolong.

3.38. Allah mengetahui segala rasia di bumi dan langit dan didalam hati.

4.39.  Dia lah menjadikan kamu orang yang berkuasa dimuka bumi sileh berganti. Siapa yang kufur ingkar akan menimpa diri sendiri. Orang2 kafir kufur engkar hanyelah mendapat kemurkaan dan kehinaan disisi Allah sahaja.

5.40.  Kate kan lah Muhammad pd mereka;
*.Ape yang kamu sembah itu tidak mempunyai kekuasaan dan kelayakan.
*Tidak juga berkongsi dalam penciptaan dan mengurus langit.
*. Tidak juga Menurunkan kitab.
Tidak suatu pun, tetapi mereka terpedaya dengan kate2 orang lain menjanjikan yang falsu.

6 41.Allah menahan dan memelihara langit dan bumi dari berganjak. Kalau pun ditakdirkan berganjak tidak siapa dapat menahannye,  ia kuasa Allah. Allah maha penyabar lagi pengampun.

7.42. Mereka bersumpah atas name Allah akan beriman jika didatangi Rasul tetapi bila datang Rasul memberi ingatan dan amaran mereka bertambah liar dari kebenaran bukannye bertambah betul jalan agama nye.

8.43. Mereka bersikap sombong dan merancang rancagan jahat.  mereka sedang menunggu ditimpa kebinasaan seperti orang terdahulu. Kerana sunatullah (undang2 Allah) tidak akan berubah.

9.44. Mereka telah megembara di muka bumi dan meyaksikan  kesudahan orang kafir dahulu yang lebih gagah dari mereka tetapi tidak dapat melemahkan dan menghalangi kuasa Allah . Allah maha mengetahui lagi Maha Kuasa.

10.45. Sekiranye Allah mengira kesalahan manusia dan terus menyeksa mereka kerana amalan jahat yang mereka kerjakan tentu tidak ada tinggal mahluk dibumi yang bergerak. Tetapi Allah memberi tempuh sehingga suatu masa tertentu untuk menerima balasan dengan adil Allah sentiasa melihat keadaan hamba2 nye.

Was.

Nota pendik.

1.  Orang2 kafir keneraka jahannam menerima azab seksaan yang  berat kerana kufur dan zalim.
2. Allah memileh pemimpin silih berganti.
3. Orang kafir yang kufur hanya mendapat kemurkaan Allah.
4. Mereka bersumpah mahukan nabi tetapi bila nabi di turunkan mereka menentang nye.
5. Mereka sombong dan merencana jahat
namun Allah tidak mengubah sunatullah (undang2 Allah)
6. Kalau mengira salah serta merta  tiada lah penduduk yang bergerak dibumi. Allah memberi tempoh untuk memberi balasan yang adil.

Was.

Thursday 21 March 2019

Orang Berilmu Takutkan Allah. Fatir3

Bismillahhirrohmanirrohim.

Catatan ini sekadar memahami wahyu Allah sahaja.

1.24.Allah mengutus Nabi ke ugama yang benar. Memberi berita gembira kepada yang beriman dan memberi amaran  kepada yang engkar.

2.25. Jika mereka engkar ta mengapa,  dulu pun mereka dustakan rosul2 juga yang membawa kitab2 dan mukjizat.

3.26. Kemudian Aku (Allah) timpakan mereka dengan azab yang membinasakan lihatlah bertapa buruk akibat nye.

4.27. Allah lah menurunkan hujan, dari nye keluar bermacam buah2an. Gunung pula ada berbagai  jalur dan berlain warna, putih, merah dan hitam legam

5.28. Bagitu juga manusia dan binatang ternak ade berlainan jenis dan warna.
Sesungguh nye orang yang takut kepada Allah adelah orang yang berilmu. Allah Maha Kuasa lagi Maha Pengampun.

6. 29. Orang yang selalu membaca kitab Allah, solat, serta menderma secara sembunyi atau terang2an, perniagaannye itu tidak merugikan.

7.30. Allah memberi pahala dan menambah kurnia Nye dan ia mendapat pengampun dan balasan sebaik2 nye.

8.31. Alquran yang diturun itu adalah benar dan mengesahkan kitab terdahulu. Allah Maha Mengetahui dan Menerhatikan hamba2 nye.

9.32. Kemudian Quran itu diwarisi dikalangan hamba2 Allah. Ade yang melanggar perintah Allah,
Ade yg bersikap sederhana, dan ade yang mendahului orang lain membuat kebajikan. Itu lah limpah kurnia Allah.

10.33. Balasan nye dimasuk ke syurga 'Adn' yang dihiasi dengan gelang emas, mutiara dan pakaian sutra.

11.34. Tanda bersyukur  segala puji bagi Allah yang menghapuskan perasaan dukacita . Allah Maha Pengampun dan memberi balasan yang baik.

*12.35. Allah telah menempatkan kami ditempat yang tinggi kekal dengan limpah kurniaNye semata2, kami tidak merasa penat lelah disitu dan tidak juga merasa letih lesu.**

Nota ringkas.
1. Allah mengutuskan Nabi kepada agama yang benar.
2. Mereka mendustakan Rasul2 dengan itu, Allah timpakan mereka dengan azab
3. Allah menurun kan hujan menghasil kan bemacam2 buah.
4. Allah mencipata jalur berwarna pada gunung.
5. Allah mencipta manusia dan binatang ternak yang bermacam rupa dan warna.
6. Orang yang takut Allah ialah orang yang berilmu.
7. Orang yang membaca kitab Allah solat dan menderma, beruntung mendapat pahala, pengampunan dan  balasan yang baik.
8. Quran diwarisi 3 keadaan.
* Ada yang melanggar perintah Allah.
* Ada yang bersikap sederhana
* Ada yang mendahului membuat kebajikan. Balasan nye  syurga Adn mereka kekal disitu.
9. Mereka semua bersyukur atas pengapunan dan balasan yang baik Allah.

Was.

Tuesday 19 March 2019

Pelbagai ciptaan Allah Yang Mengkagumkan. Faatir 2.

Bismillahhirrohmanirrohim.

Catatan ini sekadar memahami wahyu Allah sahaja.

1.11 Manusia dicipta Allah dari tanah dan air benih  dan dijadikan berpasangan mengandung dan  melahirkan anak, ada yang berumur pendik dan umur panjang, mengikut kadarnye didalam kitab, semua nye diketahui Allah.

2.12. Tidak sama keadaan 2 laut;  yang tawar air bolih diminum dan satu lagi masin pahit.. kedua2 nye berfaedah,
Boleh makan dagin yang mentah dan lembut, juga dari nye mengeluarkan barang2 perhiasan, kapal bolih belayar untuk mencari rezeki didalamnya.

3.13. Allah lah menjadikan siang dan malam sileh berganti dan peredaran matahari dan bulan untuk suatu masa ditetapkan. semua itu dilakukan Allah Yang Maha Berkuasa .Yang lain dari Allah tidak mempunyai sesuatu pun walau senipis selaput biji kurma.

4.14. Sembahan2 lain itu tidak bolih mendengar pun dan tidak dapat memberi ape2. Dihari kiamat mereka pun membantah  akan perbuatan syirik itu.

5.15. Manusia berhajat kepada Allah sedang Allah lah yang Maha Kaya lagi Terpuji.

6.16.17 Jika Ia mahu bolih membinasakan kamu dan Dia datangkan mahluk yang baru. Dan tidak lah sukar bagi Allah.

7.18. Orang lain tidak memikul dosa orang lain hatta kerabat. Sesungguh nye engkau Muhammad hanye memberi peringatan kepada orang yang takut  Tuhan  semasa tidak dilihat orang dan tidak meihat azab Allah dan mendirikan solat. Sesiapa melakukan pembersihan,  kebaikan itu untuk dirinye sendiri.

8. 19. Tidak sama orang yang buta dengan yang celik.
9. 20. Ta same gelap gelita dengan cahaya yang terang benderang.
10.21. Ta same teduh dengan  panas terik.
11.22. Ta same orang yang hidup dengan yang mati.
Sesungguhnye Allah menjadikan sesiapa yang dikehendaki nye mendengar ajaran kitab dan tidak dapat menjadikan orang didalam kubur mendengar dan menerima nye.

12.23.   Engkau hanyelah seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran.

Nota rengkas.

1. Manusia dicipta dari tanah dan benih.
2. Air laut yang tawar dan pahit banyak faedahnya
3. Allah yang mentadbir siang dam malam silih berganti untuk berbagai faedah.
4. Sembahan yang lain dari Allah tiada munafaat.
5. Dosa tidak bolih di pikul orang lain
6.Nabi Muhammad seorang rasul  pemberi ingatan dan amaran.

Was.

Monday 18 March 2019

Allah Maha Pencipta. Faatir 1.

Bismillahhirrohmanirrohim.

Catatan ini hanye untuk memahmi wahyu Allah sahaja.

1.1. Allah pencipta langit dan bumi. Juga malaikat yang bersayap 2,3 dan 4.
Dia juga menambah kejadian mahluk ciptaan Nye. Apa yang dikehendaki Nye.

2.2. Apa sahaja rahmat yang dibukakan Allah tiada siapa yang boleh menahan nye. Bagitulah sebalik jika ditutup Nye.

3.3. Wahai manusia kenanglah nikmat Allah yang menciptakan nye, Dia pemberi rezeki dilangit dan di bumi, olih itu sembah lah Dea jangan berpaling.

4.4 . Manusia dahulu dan sekarang pun masih ada yang mendustai  rasul2.

5.5,6. Sesungguh nye janji Allah adalah benar. Jangan terpedaya dengan kemewahan dunia dan penipuan syaitan, syaitan itu musuh kamu mengajak ke neraka.

5.7. Orang2 kafir akan diazab berat. orang beriman yang beramal soleh mendapat keampunan dan pahala yang besar.

5.8. Orang2 yang mengamal ajaran  buruk syaitan tidaklah dipandang baik, sesungguhnye Allah menyesatkan dan memberi hidayah petunjuk sesiapa yang dikehendaki Nye. Jangan lah berdukacita atas kesesatan mereka Muhammad, Allah maha mengetahui ape yang mereka kerjakan.

5.9. Allah lah mengerak awan membawa hujan ketempat bumi yang mati bagitu lah membangkitan manusia setelah mati.

5.10. Sesiapa hendakan kemuliaan patuhi lah perintah Allah kerana Allah lah segala kemuliaan. (Menaikan perkataan yang baik dan orang salih dikabulkan doa nye).
Orang2 yang merancang kejahatan untuk mendapat kemuliaan, bagi mereka azab yang berat dan rancagan jahat mereka akan rosak binasa.

Nota pendik.

1. Allah pencipta bumi, langit, malaikat dan apa saje  yang baru nak dicipta Nye.
2. Sembah lah Allah, mengenang Dia pemberi  Rahmat dan nikmat yang ta  terhingga.
3. Jangan terpedaya dengan kemewahan dunia dan ajakan syaitan
4. Orang kafir diazab berat, orang beriman dan soleh dapat keampunan dan  pahala yang besar.
5. Allah menyesat dan memberi hidayah petunjuk kepada manusia.
6. Allah menghidupkan orang yang mati.
7. Sesiapa hendak kemuliaan  patuhi perentah Allah.

Was.

Sunday 17 March 2019

Sahutlah Seruan Allah Untuk Beriman. Ays Syuraa 4.

Bismillahhirrohmanirrohim.

Cacatan ini hanya untuk memahami wahyu Allah sahaja.

1.44. Orang yang disesat Allah, tidak ade sisiapa yang dapat menolongnye. Orang2 yang zalim menyaksikan azab itu berkata adekah jalan untuk kembali kedunia.

2.45. Mereka yang melihat neraka semua nye dalam keadaan tunduk dan membisu, terhina dan takut. Orang2 yang zalim berada dalam azab yang dekat.

3.46. Tiada lah mereka sebarang penolong selain  Allah. Sesiapa yang sesat tiadak ade bagi nye sebarang petunjuk.

4.47. Sahutlah seruan Allah untuk beriman sebelum datang nye hari keadilan yang tidak menafikan kesalahan masing2.

5.48.  Nabi diutuskan untuk menyampaikan ape2  yang diperintahkan kepadanye. Dan ingatlah bila Allah merasai rahmat kepada mereka dia gembira tetapi bila ditimpa sesuatu kesusahan disebabkan dosa2, mereka lupa nikmat yang telah diberikan itu. Manusia ini sangat tidak mengenang budi.

6.49. Allah pemilek langit dan bumi Dea Maha Pencipta . Dia mengurniakan anak pempuan atau lelaki kepada siapa yg dikehendaki Nye.
7.50. Atau mengurniakan kedua2nya anak lelaki dan perempuan atau mandul.

8.51. Allah berkata2 dengan manusia melalui: Wahyu, ilham, mimpi atau sebalik dinding mendengar suara sahaja atau utusan malaikat  dengan izin Allah.

9.52. Demikian lah kitab quran ini di wahikan, cahaya yang menerang dan petujuk kepada siapa yang Allah kehendaki kejalan yang lurus.

10.53. Jalan Allah yang menguasai langit dan bumi. Dan semua akan kembali kepada nye.

Was.

Note rengkas:

1. Orang2 yang sesat diahirat tiada yang  memberi pertolongan.

2. Sahut lah seruan Allah untuk beriman.

3. Nabi diutus untuk nenyampaikan perintah Allah.

4. Allah pemberi rahmat dan nikmat tetapi ramai manusia tidak mengenang budi.

5. Allah pengurnia anak lelaki atau perempuan. Atau kedua2 sekali atau mandul.

6. Tidak layak manusia, Allah berkata2 dengan nye selain  dari yang ditetapkan.

7. Alquran itu cahaya petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki.

Was.

Friday 15 March 2019

Bala kerana Dosa. Kejahatan Baik Dimaaf. Bermesyuarat. Assyura 3.

Bismillahhirrohmanirrohim.

Catatan ini hanye untuk memahami wahyu Allah sahaja.

71.24.  Orang2 kafir  tidak mengakui kerosulan Nabi Muhammad tetapi Allah menberi kuasa kepada nye untuk menyampaikan perintah Nye. Allah sememang nye menghapuskan pekara2 yang salah melalui wahi dan keputusan nye. Allah mengetahui segala isi hati didalam dada.

2.25. Allah penerima taubat  dan memaafkan kejahatan yang mereka lakukan. Dia mengetahuai semua, ape yang kamu kerjakan.

3.26. Allah menerima doa dari orang2 beriman dan beramal solih. Dia menambah kurnia Nye selain dari yang di pohon.

4. 27. Kalau Allah memewahkan rezeki hamba2 nye nescaya mereka melampaui batas dibumi.  Allah menurun kan rezeki mengikut kadar yang di kehendaki Nye.

5.28. Dialah yang menurunkan hujan dan menyebarkan dimerata2.

6.29.  Dia pencipta langit dan bumi  dan membiakan mahluk2 yang melata. Dea berkuasa menghimpunkan mereka bila dikehendaki Nya.

7.30. Sesuatu bala dan bencana yang menimpa kamu adalah disebabkan    perbuatan2 salah dan berdosa yang dilakukan kamu. Allah Maha Mengampun sebahagian besar dosa2 manusia.

8.31. Semua tidak dapat melemahkan kekuasaan Allah walaupun kemana jua kamu lari  dibumi atau kelangit . Hanye Allah sahaja sebagai pelindung dan pemberi pertolongan.

9. 32. Antara kuasa Allah adealah kapal2 besar  belayar laju menempuh lautan.

10.33. Dia juga bolih menghentikan tiupan agin maka terapong2 kapal dimuka lautan. Supaya  mukmin sentiasa bersikap sabar lagi bersyukur.

11.34. Atau dibinasakan kapal2 itu disebabkan dosa yang mereka lakukan, ade yang dimatikan,  ade yang di hidupkan supaya  dimaaf kan dosa2 mereka.

12.35. Dilakukan begini  supaya orang yang membantah ayat2 keterangan Allah tidak dapat melepaskan diri dari kekuasaan Nye.

13.36. Olih itu ape jua yang diberi kan adalah nikmat kesenagan hidup didunia ini sahaja. Disisi Allah  pahala lebih baik dan kekal  bagi orang2 beriman dan berserah diri bulat kepada Allah.

14.37.  Juga lebih baik  menjauhi dosa2 besar dan perbuatan keji. Dan memaafkan ape2 perbuatan ta patut pada kita.

15.38. Dan lebih baik  menyahut perintah Tuhan Nye  serta mendirikan solat dan mejalankan urusan mereka secara bermusyuarat sesame mereka dan menderma dari ape yang Allah berikan.

16.39. Lebih baik mereka yang dizalimi bertindak hanye membela diri sepadan dan tidak melampaui batas.

17.40. Jika hendak membalas  kejahatan adelah yang bersamaan dengan yang dilakukan nye, namun sesiapa yang memaafkan nye maka pahala nye dijamin olih Allah. Allah tidak suka orang2 yang berlaku zalim.

18.41. Orang2 yang membela diri setelah dizalimi tidak ade jalan menyalahi mereka.

19. 42. Kesalahan hanye kepada mereka yang menzalimi sesame manusia yang bermaharajalela tanpa alasan yang benar. Mereka itulah yang menerima azab yang ta terperi sakit nye.

20.43. Orang yang sabar dan memaafkan sesungguhnye pekara itu dikehendaki diambil berat.

Was.

Nota renkas:

1. Orang2 kafir tidak menerima kerasulan Nabi Muhammad, tetapi Allah memberi kuasa pada nye  untuk menghapuskan segala yang salah melalui wahinye.

2. Alah penerima taubat orang2 yang jahat.
3. Allah menerima doa orang beriman dan soleh.
4. Allah menurunkan rezeki megikut kadar tertentu.
5. Dia menurunkan ujan.
6. Dia membiakan mahlok dan menghimpun mereka.
7. Bala bencana berlaku kerana dosa manusia.

8. Kuasa Allah, kapal boleh belayar. Dan boleh menghenti tiupan angin  ta bergerak dan boleh pula dibinasakan kerana dosa mengengkari ayat Allah, yang masih hidup untuk mendapat pengampunan dose2 mereka.

9. Jauhi dose2 besar dan perbuatan keji dan maafkan kesalahan orang.

10.  Lebih baik solat dan bemesyuarat atas urusan mereka dan menderma.

11. Balas lah setimpal kezaliman orang kepada kita atau maafkan saja. Allah akan memberi pahala yang dijamin.

12. Yang menjadi salah ialah menzaimi sesama manusia  secara bermaharajalela. Mereka akan menerima azab yang sakit.

13. Orang yang sabar dan pemaaf adalah dikehendaki..

Was.

Wednesday 13 March 2019

AlQuran Neraca Keadilan Hari Qiamat. Asyuraa 2


Bismillahhirrohmanirrohim.

Catatan ini hanye untuk memahami wahyu sahaja.

1.14. Umat tiap2 Rasul tidak berpecah juga berseliseh tetapi bila ajaran itu sampai, mereka berhasad dengki sesama sendiri, kalaulah Allah tidak memberi ketetapan awal menangguhkan hukuman azab tentulah didatangkan azab sertamerta kepada mereka.

2.15. Kerana itu Nabi diseru untuk:
*  sampaikan ajaran agama dengan betul dan jangan menurut hawa nafsu mereka.  *  beriman semua kitab .
*  berlaku adil kepada semua.
*  tidak ade pertengkaran dengan mereka.
Amalan masing2. kamu amalan kamu kami amalan kami. semuanye akan dihimpun untuk dihakimi.

3.16. Orang yang membantah tentang kebenaran agama Allah dengan tuduhan palsu, mereka mendapat kemurkaan Allah dan diazab seksa.

4.17. Allah menurunkan kitab suci yang membawa kebenaran  yang menjadi neraca keadilan pada hari kiamat.

5.18. Orang  yang tidak beriman pada hari kiamat, mereka mengejek2 supaya kiamat itu disegerakan. Bagi orang2 beriman mereka takut ngeri kerana yakin kiamat benar akan terjadi. Mereka yang membantah kiamat adelah jauh terpesong.

6 19. Allah Maha Lembut Dia pemberi rezeki pada siapa yang dikehendaki Nye. Dia Yang Maha  Kuat lagi Perkasa.

7.20. Sesiapa yang bekehendakan faedah ahirat Allah akan berikan. Sesiapa yang hendak semata2 faedah dunia akan Allah berikan,tetapi dea tidak berolih ape2 bahgian pun diahirat kelak.

8.21. Allah tidak mengizinkan adenye sekutu2 dari bahagian agama mereka, kalau tidak kerana ketepan terdahulu mereka akan didatangkan azab sertamerta kerana berlaku zalim.

9.22. Di hari kiamat orang zalim takut ngeri atas kejahatan2 yang mereka lakukan dan Azab seksa menimpa mereka.  Orang beriman dan beramal soleh ditempatkan didalam syurga bahagia.

10.23. Limpah kurnia itu lah yang Allah gembirakan kepada orang beriman dan beramal soleh. Katekan  tiada upahan  tentang ajaran islam,  yang diminta hanye kasih mesra kamu atas pertalian kerabat supaya  tidak disakiti. Sesiapa yang mengajak sesuatu yang baik akan ditambah kebaikan bagi nye. Sesungguhnye Allah Maha Pengampun lagi membalas sebaik2 nye.

Saw.

Nota rengkas.

1. Sifat dengki manusia menyebabkan ajaran agama berseliseh dan berpecah.

2. Nabi diminta sampaikan  ajaran agama dengan betul tidak mengikut nafsu manusia. Adil dan tidak bertengkar.

3. Kitab suci diturun kan untuk membawa kebenaran dan neraca keadilan di hari kiamat. Sesiapa yang membantah agama Allah dengan tuduhan palsu akan diazab.

4. Beriman kepada hari kiamat. Orang2 beriman takut dan ngeri kedatangan nye.

5. Allah pemberi rezeki.

6. Sesiapa hendakkan ahirat Allah beri, hendah dunia pun Allah beri tetapi tiada ahirat bagi nye.

7. Tiada sekutu bagi Allah dalam bahagian Agama.

8. Orang2 yang zalim dan jahat takut dan ngeri azab seksa di ahirat orang beriman ke syurga bahagia.

9. Tiada ade upah untuk menyampaikan ajaran islam.

Was.

Tuesday 12 March 2019

Perintah Menegakan Pendirian Agama. Asy Syura1

Bismillahhirrohmanirrohim.

Catatan ini  hanya untuk memudahkan kami, memahami wahyu sahaja.

1.3. Surah ini dan lain surah telah diwahikan kepada Nabi Muhammad dan Rasul2 terdahulu olih Allah Yang Maha Berkuasa lagi Bijaksana.

2.4. Allah yang menguasai langit dan bumi Dia Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar Kekuasaan Nye.

3.5. Langit pun hampir pecah takut akan murka Allah disebabkan penduduk2 bumi lupa akan kebesaran Allah, mereka menyelewing dari jalan yang benar. Malaikat bertasbih memuji Allah dan memohon ampun penduduk2 di bumi. Allah Maha Pengampun lagi Mengasihani.

4.6. Mereka yang berlindung dan menyembah selain dari Allah, diawasi serta akan menerima balasan nye.

5.7. Muhammad hanyelah penyampai, dia diwahi kan al Quran sebagai memberi amaran dan peringatan kepada "ummu'l qura" dan sekalian penduduk dunia, akan hari perhimpuan  dimane sepuak masuk surga sepuak ke neraka.

6.8. Jika Allah kehendaki tentu dijadikan satu umat. Tetapi terpulang kepada Allah siapa yang dipileh untuk diberi rahmat olih Nye. Orang2 zalim tidak di beri perlindungan dan pertolongan..

7.9. Ta patut menyembah pelindung2 selain dari Allah. Allah lah pelindung sebenar yang menghidupkan yang mati.

8.10. Sampaikan kepada pengikut2 mu, ape2 hukum yang diselisehkan akan di putuskan olih Allah Hakim Yang Maha Berkuasa tempat rujukan.

9.11. Dialah yang mencipta langit dan bumi dan bagi kamu berpasangan dari jenis kamu dan binatang ternak dengan pasangan nye, agar berkembang zuriat mereka. Dea lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

10.12. Dia jugalah yang Meguasai Perbendaharaan Langit dan Bumi, Dia Memberi Rezeki sesiapa yang dikehendaki Nye dan menyempitkan nye. Dia Maha Mengetahui  tiap2 sesuatu.

11.13. Allah telah menerangkan ape yang diperintahkan kepada Nabi2 terdahulu
Ia itu 'menegakkan pendirian ugama', jangan berpecah belah atau berseliseh pada dasarnye. Orang2 myusrik sukar utk menerima bila diseru agama tuhid ini. Allah memileh serta melorong sesiapa yang dikehendakiNye.

Nota pendik.

1. Manusia  lupa akan kebesaran Allah
Sering menyelewing dari ajaran Allah.
2. Yang menyembah selain Allah menerima balasan.
3. Allah mencipta mahluk berpasangan mengikut jenis untuk membiak.
4. Allah pemberi rezeki dan menyempitkan.
5. Allah perintahkan untuk menegakkan Agama seluruh alam

Was.