Saturday 28 March 2020

SURAH AT TAQHAABUN 64. KERUGIAN


😊Terjemahan ini sekadar memahani wahyu Allah  jua.

Bismillahhirrahmanirrohim.

1.Segala yang ada dilangit dan dibumi sentiasa bertasbih kepada Allah. Milik nye semua kerajaan, bagi Nye segala pujian dan Ia Maha Kuasa atas tiap2 sesuatu.

2. Dia lah yang mencipta kamu, ada diantara kamu kafir dan ada yang beriman. Dia maha melihat apa yang kamu kerjakan.

3. Dia lah mencipta langit dan bumi, benar dan berhikmah. Dia membentuk rupa mu serta nemperelokkan nye.

4. Dia mengetahui ape yang ada di langit dan dibumi. Dia mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan dinyatakan, dan Allah mengetahui segala isi hati.

5. Apakah belum sampai berita orang2 kafir terdahulu? Mereka telah merasa akibat buruk perbuatan kufur mereka. Me
reka memperolihi azab yang pedih.

6. Balasan itu kerana mereka telah di utuskan Rosul memberi keterangan  nyata tetapi  mereka  kufur ingkar dan berpaling. Allah  membinasa mereka. Allah Maha Kaya lagi Terpuji.

7. Antara sebab mereka kufur mereka tidak percaya adanye hari berbangkit setelah mati, tetapi Allah bangkitkan dan memberi tahu akan amal yang kamu kerjakan untuk balasan. Yang sangat mudah Allah laksanakan.

8. Olih itu beriman lah kepada Allah dan rosul, dan AlQuran yang diturunkan. Allah maha mengetahui ape segala yang kamu kerjakan.

9. Ingat lah di hari perhimpunan untuk menerima pembalasan, itu lah hari masing2 nampak kerugian.

10. Orang kafir yang mendustakan ayat Allah mereka ahli neraka. Kekal didalam nye,itulah seburuk2 tempat kembali.

11.  Tidak ada bala dan bencana menimpa melainkan dengan izin Allah. Sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hati nye, ape yang berlaku itu dengan tenang dan sabar dan Allah Maha Mengetahui tiap2 sesuatu.

12. Taat lah kamu kepada Allah dan Rasul, jika kamu berpaling enggan mentaatinye, kamu akan menderita balasan yang buruk, kerana kewajipan  Rosul Kami hanyelah menyampaikan perintah dengan jelas dan nyata.

13. Allah tiada Tuhan melainkan Dea kepada Allahlah jualah orang2 beriman wajib berserah diri.

14..wahai orang2 yang beriman sesungguh nye ada dikalangan isteri2 dan anak2 kamu yang menjadi musuh bagi kamu. Olih itu awas lah serta berjaga2 lah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan  dan mengampunkan kesalahan mereka maka Allah berbuat demikian kepada kamu, sesunguhnye Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani .

15. Sesungguhnye harta benda dan anak2 kamu itu hanyalah menjadi ujian dan disisi Allah jua pahala yang besar.

16. Olih itu bertaqwalah kamu kepada Allah, dengar dan taat lah. Belanjakan lah harta kamu serta buatlah kebajikan untuk diri kamu. Dan sesiapa yang menjaga diri dari bahilnye maka mereka itulah orang yang berjaya.

17. Jika kamu memberi pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik iklas niscaya Allah akan melipat gandakan balasan Nye kepada  kamu serta mengampunkan dosa2 kamu dan Allah sangat memberi penghargaan kepada gulungan yang berbuat baik lagi Maha Penyabar kepada gulungan yang membuat salah supaya bertaubat.

18. Dea lah yang  Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata dan Dia juga yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.