Thursday 29 March 2018

AlBaqorah 7. Agama Tauhid Nabi Ibrohim.

Bismillahhirrohmanirrohim.

118. Mereka yang tidak berilmu meminta agar Allah berkata2 dengan mereka  mengenai kebenaran Nabi Muhammad atau mukjizatnye .  Mereka ini same sahaja,  sedang ayat penerangan telah pun diturunkan.tetapi mereka degil dan kufur.

119. Sungguh Allah telah mengutuskan Nabi Muhammad membawa khabar gembira (alQuran) kepada orang2 yang beriman dan pembawa amaran kepada yang engkar. Setelah engkau sampaikan engkau tidak lagi bertanggung jawab bagi ahli neraka.

120. Orang2 Yahudi dan Nasrani benci pada Nabi Muhammad  sehingga menurut ikut agama mereka yang salah itu. Pada hal petunjuk Islam itu adalah yang benar.

121. Orang yang menerima kitab dan membaca nye dengan benar2 bacaan dan tidak mengubah, meminda nye, mereka itu lah orang yang beriman kepadanye.

122. Bani Israil diingat supaya mengenangkan nikmat2 yang diterima mereka dan bangsa yang dilebihkan pada masa tu.

123. Pelihara lah huru hara  hari kiamat ... orang yang bersalah mereka tidak akan ditolong.

124. Nabi  Ibrahim dilantik menjadi imam ikutan bagi umat manusia. Dan dikabulkan juga permintaan nye supaya keturuan menjadi imam ikutan juga

125. Allah jadikan Baitullah  sebagai tempat tumpuan manusia,  untuk ibadat haji dan tempat aman, diperintahNye Nabi Ibrahim dan Ismail membersihkan Kaabah dan Masjidil Haram dari pekara terlarang, Untuk orang2 tawaf dan beriktikaf dan orang yang rukuk dan sujud.

126. Nabi Ibrahim berdoa agar dikurniakan Negeri Mekah, negeri yang aman dan banyak rezeki buahan pada penduduk nye. Allah kabulkan doa nye tetapi bagi yang engkar diberi juga kesenangan tetapi diahirat mereka diazab neraka juga.

127. Nabi Ibrahim dan Ismail meninggikan Kaabah sambil berdoa  agar Allah terima amalan mereka..

128. Mereka berdua berdoa agar mereka dan keturuan mereka menjadi orang Islam
yang  berserah diri dan tunjukan cara2 beribadat dan memohon Allah menerima taubat mereka.

129 dan memohon agar diutuskan seorang Rosul dikalangan mereka sendiri, yang membaca isi kitab alQuran agar mereka bersih dari syirik.

130. Tiada yang membenci agama Ibrahim melainkan orang boduhkan diri sendiri, kerana Nabi Ibrahim sudah dipilih Allah menjadi Nabi didunia ini.

131.  Allah mengarahkan Nabi Ibrahim berserah diri kepada Nya. Dea pun berserah diri taat tunduk kepda Allah yang Memelihara dan Mentadbir Alam.

132. Nabi Ibrahim, Nabi Yaakob telah berwasiat kepada  anak2 nye supaya Ugama Islam menjadi ikutan dan jangan mati melainkan dalam keadaan  Islam.

133. Nabi Yaakub ketika hampir mati berwasiat kepada anak2 nye yang mereka berjanji  akan menyembah Tuhan datuk nenek dan nabi2 terdahulu yaitu Tuhan Yang Maha Esa dan kepada Nye sahaja lah untuk berserah diri.

134. Mereka itu umat sejarah. Bagi mereka balasan ape yang mereka uasahakan, dan bagi kamu apa yang kamu usahakan. Dan kamu tidak ditanya tentang ape yang mereka buat.

135.orang Yahudi dan Nasrani mengajak memelok agama mereka agar mendapat petunjuk. Orang Islam tidak akan mengikuti nye tetapi mengikuti Agama Nabi Ibrahim yang tetap diatas dasar Tauhid. Dan bukan musyrik.

136. Wahai orang2 yang beriman katakan kami beriman kepada Allah dan yang diturukan AlQuran dan apa2 yang diturunkan kepada nabi2 terdahulu Taurat dan Injil dan kami tidak membezakan seorang pon dikalangan nabi2 seperti orang Yahudi dan Nasrani..

137. Sekiranye mereka beriman kepada Kitab Allah dan Rosol nye mereka akan mendapat petunjuk dan jika berpaling merekan akan tinggal dalam perbalahan dan permusuhan .

138. Katakan  Agama Islam adalah celupan Allah (mencorakan seluruh kehidupan) pada Nye lah kami beribadat.

139. Orng Yahudi membantah terhadap Nabi Muhammad. Dia adalah pilehan Allah . Dea yang mengurnianye. Allah itu Tuhan bagi semua mahlok. Kenapa membantah Allah. Kami mengerjakan amal ikhlas kepada nye.

140. Orang2 Yahudi dan Nasrani  mengata Nabi Ibrahim dan keturunan nye orang2 beragama Yahudi dan Nasrani  katakan Allah lebih tahu dari mereka .

141. Mereka itu umat yang telah bersejarah. Bagi mereka balasan yang mereka usahakan dan bagi kamu pula balasan apa yang kamu usahakan. Dan jamu tidak ditanya tentang ape yang mereka lakukan.

Was.

Hanya untuk memahami ayat2 Allah.

Nota pendik.

1. Allah mengutuskan Nabi muhammad untuk membawa al Quran sebagai khabar gembira kepada orang2 beriman dan amaran kepada yang engkar.

2.orang Yahudi benci kepada Nabi Muhammad sedangkan dea pilehan Allah.

3. Ahli kitab membaca tidak mengubah ayat Allah mereka orang2 yang beriman.

4. Nabi Ibrohim menjadi imam ikutan.

5. Allah jadikan Baitullah sebagai tempat tumpuan manusia untuk ibadat Haji.

6. Nabi Ibrohim berdoa agar mekah menjadi tempat yang aman dan banyak rezeki.

7. Orang beriman percaya pada quran dan kitab2 yang diturunkan terdahulu.

8. Agama Islam celupan Allah. Mencorakan segala kehidupan.

9. Sesiapa yang meninggalkan kitab Allah tinggal lah mereka dalam perbalahan dan permusuhan sesiapa yang beriman dengan nye mendapat petunjuk.

Tuesday 27 March 2018

Al Baqorah 6. Musuh Masjid Dilarang Masuk Masjid

Bismillahhirrohmanirrohim.

104.. Orang beriman dilarang mengatakan 'raa'ina' (dalam bahasa yahudi mencaci Nabi ) tetapi gunakan lah perkataan "unzurna" yang bermaksud berilah perhatian kepada kami.

105. Orang2 kafir dan musyrik tidak suka (kebaikan) wahi diturunkan .  Pada hal Allah berhak menentukan rahmat Nye kepada sesiapa yang dikehendaki Nye.

106. Ape2 ayat dimansuh, dibatal, ditinggalkan, Allah, diganti dengan yang lebih baik atau sebanding dengan nye. Allah maha kuasa pada tiap2 sesuatu.

107. Allah lah sesungguh nye yang menguasai alam , langit dan bumi. Dea lah yang dapat memberi perlindungan dan pertolongan.

108. Jangan lah kamu hendak meminta kepada Rosul kamu seperti permintaan kaum Nabi Musa. Sesiapa yang menukar iman kepada kekufuran  mereka adalah sesat.

109. Ramai diantara ahli kitab suka kiranya mereka kembali kepada kafir, setelah beriman, kerana dengki setelah nyata kebenaran Nabi Muhammad.

110. Dirikan lah solat dan tunaikan zakat, ia mendapat balasan pahala dari Allah.

111. Orang2 Yahudi berangan2 yang agama mereka sahaja yang masuk syurga. Tetapi tiada keterangan membuktikan nye. Tidak benar.

112...Sesiapa yang menyerah dirinye kepada Allah, sedang berusaha pula supaya baik amalan nye, maka ia berolih pahala disisi Rabbinye, dan tiada kebimbangan terhadap mereka dan mereka pula tidak berdukacita.

113 . Orang Yahudi dan Nasroni masing2 berbalah dan mengutuk agama diantara mereka,  pada hal mereka membaca kitab masing2 Taurat dan Injil, bagitu juga orang2 yang ta berilmu pengetahuan. Maka Allah akan menghukum mereka pada hari kiamat nanti.

114. Orang yang menyekat dan menghalang untuk bersolat dan menggunakan masjid dan berusaha untuk meruntuhkan masjid..mereka dilarang maduk ke masjid. Mereka yang berbuat begitu, berolih kehinaan didunia,  di ahirat mereka akan diazab seksa yang amat besar.. Masuk masjid hendak lah penoh hurmat dan takut kepada Allah sahaja.

115. Allah lah yang memiliki timur dan barat maka kemana sahaja kamu arahkan diri (kiblat) maka disitulah arah yang di redhai Allah.

116. Orang musyrik mengatakan Allah mempunyai anak.  Maha suci Allah dari apa yang dituduh mereka. Bahkan Dialah yang memiliki segala ada langit dan bumi, yang tunduk dibawah kekuasaanNya.

117. Allah jualah yang mencipta langit dan bumi dan apabila ia berkehendaki sesuatu dea hanya berfirman "Jadilah engkau maka terjadilah..". (kunpayakun).

S.
Hanya untuk memahami ayat2 Allah sahaja.

Nota pendik.
1. Dilarang nengatakan 'rainna' tetapi sebut lah 'unzurna.'
2. Allah lah yang menguasai Alam.
3. Mereka dengki kepada Nabi di beri alQuran.
4. Yahudi sentiasa berbalah antara mereka, pada hal mereka diberi kitab.
5. Perintah dirikan solat tunaikan zakat.
6. Sesiapa yang menyerah diri kepada Allah berolih pahala.
7. Orang yang menyekat bersolat dilarang masuk masjid
8. Allah lah yang menentu kiblat.
9. Allahlah pencipta langit dan bumi. Apa yang Dea kehendaki,Dea hanya berkata "jadi maka jadi lah'.

Saturday 24 March 2018

Al Baqorah 5. Larangan Mengamalkan Ilmu Syihir.

Bismillahhirrohmanirrohim.

87.  Nabi Musa dianugerakan kitab Taurat.
Dan diidatangkan dengan lain2 Nabi dan Rosul. kepada Nabi Isa diberi mukjizat. Tetapi seruan Nabi2 ini ditolak dan dusta olih mereka dan ade pula yang dibunuh.

88. Allah telah melaknat  mereka kerana kekufuran mereka. Olih itu Sedikit dari mereka yang beriman.

89. Bila AlQuran diturunkan mengesahkan Taurat  yang juga membenarkan kebenaran Nabi Muhammad dan AlQuran mereka mengengkarinye. Maka mereka di laknat Allah.

90. Sejahat2 pekara adalah membeli kesenagan diri sendiri dengan mengengkari alQuran kerana dengki  diturunkan wahi kepada Nabi Muhammad.

91. Apabila disuruh beriman kepada AlQuran mereka berdalih hanye beriman kepada Taurat sahaja, pada hal Quran mengesahkan kitab Taurat..namun jika  mereka  beriman kenapa  membunuh para Rasul dimasa lampau.

92. Nabi Musa telah didatangi dengan mukjizat tetapi mereka menyembah patong anak lembu sepeningalan nye,
perbuatan yang sangat zalim.

93. Mereka dusuruh amalkan ajaran Taurat dengan bersungguh2 tetapi mereka menderhakai nye sebaliknye mesra dengan patung anak lembu itu telah sebati dengan mereka. Amat lah jahat kepercayaan mereka itu.

94.. Kalau benar dakwaan mereka bahawa syurga itu hak mereka tidak dicampuri orang lain bercita2lah mati jika benar.

95. Sudah tentu  mereka tidak bercita2 mati disebabkan dosa2 mereka lagi zalim.

96. Wahai muhammad mereka adalah seloba2 pada kehidupan tiap2 seorang dari mereka mahu hidup 1000 tahun pada hal umur yang panjang tidak melepaskan azab mereka.

97. Jangan memusuhi jibril kerana dea menurunkan alQuran  didalam hati dengan izin Allah yang menjadi petunjuk orang2 beriman.

98. Sesiapa yang memusuhi Allah. Memusuhi malaikat Nye, khas nye Jibrail dan Mikail, mereka akan diseksa . sesungguhnye Allah musuh orang2 kafir.

99. Allah telah menurunkan ayat2 keterangan yang jelas nyata, orang yang mengengkarinye adalah orang2 yang fasik.

100. Patut kah setiap kali mereka mengikat janji setia di ingkari, dibuang dan dicabuli  bahkan kebayakan mereka tidak beriman.

101. Apabila  datang seorang Rosul mengesahkan ape yang ade pada mereka (taurat), sebahagian mereka melemparkan kebelakang seolah2 mereka tidak ketahui.

102. Mereka membelakangi kitab Allah tetapi mengikut ajaran puak syitan syihir di masa zaman pemerentahan Nabi Sulaiman.Pada hal Sulaiman tidak mengamalkannye.Mereka mengajar ilmu syihir yang diturunkan 2 malikat Karut dan Marut. Di negeri Babil. Untuk menguji keimanan mereka. Ade juga yang mempelajarai ilmu sihir mencerai beraikan suami isteri. Tidak akan berlaku sesuatu jika ta di izin Allah. Sesiapa yg  memileh ilmu shihir  itu  sagat lah buruk dan tidak mendapat bahagian di ahirat.

103. Orang beriman dan bertaqwa akan mendapat pahala, lebih baik klu mereka ketahui.

S.

Fakta rengkas.
1. Nabi musa diturunkan kitab Taurat tetapi mereka tolak.
2. AlQuran  pula diturunkan pada Nabi Muhammad mereka juga mengengkari nye.
3. Mereka menderhaka dan menyembah patung anak lembu.
4. Sesiapa yang memusuhi Allah dan malaikat mereka akan di seksa.
5. Mereka mengamalkan ilmu syihir yang di ajar olih  malaikat  Kharut dam Marut.
6. Orang yang beriman dan bertaqwa akan berolih pahala.

Thursday 22 March 2018

Albaqorah 4. Janji Setia Di Cabul.

Bismillahhirrohmanirrohim.

74.  Hati orang2 Yahudi sangat keras lebih keras dari batu. Ta takut kan Allah.

75. Tidak boleh  menaruh harapan kepada mereka ini.  Ade satu puak dari mereka  yang mendengar dan faham Taurat tetapi mereka telah mengubah dan memutarkan maksud sebenar nye, walaupun tahu perbuatan itu salah.

76. Mereka munafik. Bila berjumpa orang Islam mengaku beriman. Bila sesama sendiri mereka berdalih untuk tidak menyatakan yang benar tentang kebenaran Muhammad di taurat.

77. Allah Maha Tahu ape  yang zahir dan yang dirahsiakan mereka.

78. Sebahagian mereka buta hurup dan ta tahu tentang isi Taurat, olih itu mereka dibohong dan ditipu olih ketua2 mereka.

79. Celaka bagi mereka yang menulis kitab Taurat dengan tangan, lalu mengubah dan mereka2 bohong untuk keuntungan dunia kemudian mendakwa itu dari sisi Allah.

80. Mereka mengatakan mereka tidak disentuh api neraka, sedangkan Allah tidak berjanji begitu.

81. Apa yang dikata mereka tidaklah benar sesiapa yang berbuat jahat dan ia diliputi kesalahan itu, maka mereka Ahli Neraka.

82. Orang beriman dan beramal solih  mereka ahli syurga.

83. Janji setia Allah dengan  Bani Israil:-

1. Jangan kamu menyembah selain Allah.
2. Berbuat baik kedua ibu bapa. kaum kerabat, anak yatim, orang miskin.
3. Katakan kepada sesama manusia perkataan yang baik2.
4. Dirikan solat  dan berilah zakat.
Tetapi mereka berpaling dari janji setia ini. Dan tidak nenghiraukan nye.

84. Janji setia:-
5.Jangan menumpahkan darah sesama sendiri.
6. Usir mengusir sesama sendiri dari kampung masing2..

85. Kemudian mereka berbunuhan dan usir mengusir sesama sendiri, dan bantu membantu dengan orang lain. Mereka percaya sebahagia isi kitab taurat dan mengengkari sebahagian yang lain.Mereka dihina di dunia dan diahirat  diazab berat.

86. Mereka mengutamakan kehidupan dunia dan meninggalkan perintah Allah untuk kebahagian di ahirat. Mereka tidak diringan kan azab seksa ahirat dan tidak akan ditolong.

S.

Untuk ku memahami ayat2 Allah sahaja.

Rengkasan nota:-

1. Orang Yahudi sangat keras hati.
2. Mereka penipu dan membohongi  dan suka mengubah dan memutar belit ayat2 Allah.
3. Orang2 beriman dan  beramal soleh ahli syurga.
4. Janji2 setia Allah dengan Bani Israil.
5. Mereka mencabul janji setia dengan Allah. Berbunuhan dan mengusir sesama sendiri.

Was.

Wednesday 21 March 2018

AlBaqorah 3. Kenangi Nikmat Allah.

Bismillahirrohmanirrohim

34. Allah perintahkan untuk memberi hormat kepada Nabi Adam. Semua tunduk patuh kecuali Iblis. Dia enggan dan takbur menjadikah dea gulungan kafir.

35. Allah perintahkan Adam dan Hawa dalam syurga nikmati segala makanan yang ade tetapi tidak menghampiri satu pokok  yang boleh menjadi orang zalim.

36. Maka mereka telah di perdaya olih syaitan menyebabkan nikmat keatas mereka ditarik. Mereka  diperintah untuk turun kebumi yang sebahagiannye bermusuhan dan menikmati kesenangan hingga kesatu masa.

37. Nabi Adam menerima taubat dari Allah dan diampunkan kesalahannye.

38. Allah perintahkan semua turun dari syurga. Kemudian akan didatangkan nabi untuk diberi petunjuk kitab2. Sesiapa yang mengikut petunjuk itu mereka tiada kebimbangan dan berdukacita.

39. Orang2 kafir yang mendustakan ayat2 Allah Ahli neraka yang kekal.

40. Bani Israil diingat tentang nikmat yang diberi Allah dan diminta menyempurnakan janji. Mereka di ingatkan supaya gerun  kepada Allah sahaja bukan kepada yang lain.

41. Beriman lah kepada  alQuran. Yang mengesahkan benarnye kitab dahulu dan jangan kafir akan dea. Jangan jadikan ayat Allah harga membeli kelebihan yang sedikit faedah nye.

42. Jangan menyembunyi dan campur aduk yang benar dan salah.

43. Dirikan solat keluarkan zakat. berjamaah besama orang2 yang ruku'

44. Patut ke suruh orang buat kebaikan sedang lupa akan diri sendiri.

45. Mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan solat . Solat itu berat kecuali orang2 yang khusuk.

46. Iaitu mereka yang percaya dan yakin akan menemui Rabbi dan akan kembali kepada Nye.

47.  Bani Israil diminta kenangkan  nikmat Allah yang telah melebihkan mereka atas orang sezaman nye.

48. Pelihara lah diri dari azab sensara hari ahirat yang tidak boleh melepaskan orang lain,tiada syafaat,tiada tebusan dan yang bersalah tidak akan diberi pertolongan.

49. Kenangkan lah ketika Allah selamatkan kekejaman firaun  menyeksa  dan membunuh anak kelaki kamu.

50. Ingatlah ketika Allah belah kan laut selamat mereka dan tengelamkan firaun.

51. Ingatlah ketika Allah turunkan Taurat kepada Nabi Musa selama 40 hari. Sepeninggalan nye mereka menyembah patung anak lembu. Mereka sangat zalim.

52 Allah maafkan mereka supaya mereka bersyukur.

53. Kenangkanlah Nabi Musa di beri kitab Taurat  untuk mendapat petunjuk.

54. Kenangkan  sabda  Nabi Musa agar mereka bertaubat kepada Allah sebab mereka menyembah patung anak lembu..bunuh lah diri kamu..supaya Allah menerina taubat kamu.

55. Kenangkan lah  ketika mereka hendak melihat Allah dengan mata sendiri maka mereka disambar petir.

56. Kemudian Allah bangkitkan dari mati itu supaya bersukur.

57. Allah naungi mereka dengan awan  dari panas padang pasir dan  diberi mann dan salwa. Makanan yang baik  diberikan.

58. Kenangkan lah ketika masuk kesatu bandar mereka menikmati makanan yang disukai. Dan boleh pula  dengan merendah diri memohon ampun segala dosa, diampunkan dan ditambah pula pahala yang berbuat baik.

59. Orang zalim mengubah ayat2 Allah mereka akan diturunkan bala bencana kerana fasik.

60. Ingatlah ketika musa memohon air. Allah perintahkan memukul tongkat nye lalu terpancutlah 12 mata air untuk tiap2 puak.

61. Kenangkan lah mereka meminta supaya dikeluarkan sayur, mentimun, bawang putih, kacang dal, dan bawang merah, lalu Nabi musa menjawab  adakah kamu menukar yang kurang baik dengan  neninggalkan yang lebih baik. Pergi lah kebandar untuk apa yang diminta. Dan mereka ditimpa kehinaan dan kepapaan. Kerana kufur dan engkar ayat2Allah menderhaka, menceroboh, membunuh para nabi tanpa sebab yang benar.

62. Orang2 yang beriman kepada Allah hari ahirat beramal soleh mereka tiada kebimbangan dan tidak berdukacita.

63. Di Gunung Tursina taurat diturunkan agar diamalkan supaya bertaqwa.

64. Kemudian mereka membelakang kan nye tidak disempurnakan perjanjian itu.

65.  Akibat nye mereka yang melangar larangan pada hari sabtu lalu Allah jadikan mereka kera yang hina.

66. Apa2 Yang berlaku itu  adalah satu hukuman mencegah bagi orang2 dimasa itu dan yang kemudian untuk bertaqwa.

67. Ingat lah, Allah menyuruh sembelih seekor lembu betina tetapi mereka menganggap sebagai suatu permainan.

68. Dan minta pula diterangkan sifat2 lembu itu seditil2 nye. Diterangkan olih Nabi Musa sifat lembu itu sederhana tidak tua dan tidak muda.

69. Warna nya kuning tua. Yang suka  dilihat orang.

70. Mereka diminta terangkan sifat lembu selanjutnye.

71. Lembu yang tidak digunakan membajak dan mengangkut air, tiada cacat tidak belang.  Hampir mereka tidak menunaika perintah Allah.

72. Ingat lah ketika kes bunuh seorang manusia, masing2 tuduh nenuduh tentang pembunuhan itu.

73. Allah berfiman supaya memukul simati dengan anggota lembu itu maka orang itu hidup kembali.

S.

Demi untuk memahami ayat2 Allah sahaja.

Fakta rengkas:-

1. Enggan mengikuti perintah Allah dan sombong akan membawa kekafiran seperti iblis.
2. Syaitan memperdaya  dengan mempengaruhi Adam menyebabkan Adam melanggari perintah Allah lalu memakan buah larangan.
3. Allah mengajar Taubat  pada Adam. Setiap pelangaran perintah Allah hendaklah bertaubat.
4. Kitab2 dan alQuran diturunkan Allah untuk petunjuk manusia di dunia. Yang mendustakan AlQuran akan  kekal dalam neraka.  Quran mengesahkan kitab terdahulu. Allah memberi amaranJangan dicampur adukkan ayat2 yang diturunkan Nye yang benar dengan yang salah.
5. Arahan untuk mendirikan solat dan tunaikan zakat. Solat berjamaah. Minta pertolongan Allah dengan jalan sabar dan solat. Solat itu berat kecuali khusuk ingat akan hari bertemu Allah.
6. Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa.
7. Bani Israil diminta ingat dan kenangkan nikmat yang Allah berikan pada mereka yang sangat banyak tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur, mengenkari nye. Antaranye.
a. Dilebihkan dari bangsa sezaman
b. Diselamatkan dari kekejaman firaun. Laut dibelah.
c. Taurat diturunkan pada Nabi Musa srbagai petunjuk.
e. Hendak melihat Allah dengan mate sendiri mereka disambar petir.
f. Mendapat bekalan air di 12 kaum mereka.
g. Memperolihi makanan dan buahan yg bayak di dalam bandar serta mendapat keampunan.
h. Mereka membelakangi perjanjian dengan Allah.
i. Melanggar larangan ari sabtu mereka jadi kera.
J. Kes perintah sembelih lembu betina mereka banyak soal hingga nyaris2 tidak melakukan perintah Allah.
K. Ape2 yang berlaku itu adalah teladan dan hukum mencegah untuk orang dahulu dan teladan bagi orang sekarang  bertaqwa.

Was.

AlBaqorah 2 Allah Maha Pencipta.

Bismillahhirrohmanirohim.

21. Wahai manusia beribadat lah kepada Rabbi yang mencipta kamu supaya kamu bertaqwa.

22. Allah pencipta langit dan bumi dan segala isinye. Dia menurun hujan, dengan itu berjenis2 buahan  menjadi rezeki manusia. Olih itu jangan lah disekutu kan Allah.

23. Jangan ade syak bahawa Quran itu di turun kan Olih Allah.  Tiada siapa pun bolih membuat sesurah  seperti alquran ini.

24. Kalau ta boleh buat pelihara lah kamu dari api neraka..

25. Bagi yang beriman dan beramal salih mereka berolih surga yang mengalir sungai. Ade buahan. Pasangan suami atau isteri yang suci dan kekal selama2 nye.

26. Allah tidak malu membuat perbandingan  ape saja seperti nyamuk. Bagi orang beriman, membenarkannye dari Allah. Bagi orang kapir mempersoalkan,  menyebab terjadinye orang sesat. Allah tidak jadikan mereka sesat melainkan  orang2 fasik.

27. 1.Iaitu orang2 yang mencabul perjanjian dengan Allah,
      2.Dan memutuskan pekara yg disuruh Allah supaya dihubungkan.
       3.Dan orang yang membuat kerosakan dan bencana di muka bumi.

28. Tergamak ke kamu kufur sedang kamu dulu tiada kemudian hidup, mati dan dihidupkan semula untuk balasan.

29. Allah mencipta segala yang ade dibumi dan mencipta tujuh langit dengan sempurna.

30.  Allahlah yang menjadikan khalipah dibumi. Yang malaikat berkata mereka akan membuat bencana dan menumpah darah, maka Allah berfirman;   "Aku mengetahui ape yg kamu tidak ketahui."

31. Allahlah yang mengajar Nabi Adam name2 benda2 dan gunanye.

32. Malaikat tidak dapat menerang yang di tunjuk Allah dan minta diajarkan.

33. Nabi Adam dapat menerangkan setiap benda yang diajar Allah. Allah berfirman.. bahawasa nye Aku mengetahui segala rasia langit dan bumi dan megetahui yang nyata dan tersembunyi..

S

Demi memahami ayat Allah sahaja.

Kesimpulan:-

1. Allah suruh beribadat kepadaNye supaya bertaqwa.
2. Allah mencipta langit dan bumi dan menurunkan hujan.
3. AlQuran itu diturunkan olih Allah.
4. Orang beriman dan beramal solih masuk syurga.
5. Orang pasik, ialah, orang yang mencabul ketetapan dengan Allah. Memutuskan pekara2 disuruh untuk dihubungkan dan orang yang membuat kerosakan dan bencana dimuka bumi.
6. Allah lah mencipta segala benda yang ade dibumi dan langit.
7. Allah lah yang menjadikan khalifah di bumi
8. Allah lah mengajar kita ilmu dan guna setiap sesuatu.

Was .

Tuesday 20 March 2018

Albaqorah 1. Orang Beriman, Kapir dan Munafik.

Rinkasan makna ayat2 Allah. Ku tulis demi untuk memahami nye sahaja.

Bismillah hirrohmanirrohim.

2. Al quran ini sempurna dari Allah sebagai petunjuk  kepada orang2 bertaqwa.

3. Beriman pada yang ghaib. Mendirikan solat. Berbelanja sebahagian rezeki yang diberi Allah.

4. Beriman kepada kitab Quran. Dan kitab terdahulu. Dan yakin ade nye hari ahirat.

5. Mereka ini lah yang mendapat petunjuk dan  orang2 yang berjaya.

Kesimpulan nye.:-

Ayat2ini merupakan  rukun iman.
I. Percaya kepada alquran datang dari Allah.
2. Beriman kepada yang ghaib.
3. Mendirikan solat.
4. Berbelanja rezeki yang diberi Allah.
5. Beriman kepada kitab2 yang diturunkan.
6. Yakin adenye hari ahirat.

S.****************************************

6.  Orang2 kapir walaupun diberi amaran mereka tetap ta beriman.

7. Allah telah menutup hati pendengaran dan penglihatan mereka. Mereka akan diazab.

8. Mereka berkata beriman pada Allah dan hari ahirat tetapi menipu.(munafik).

9. Mereka memperdaya diri sendiri.

10. Mereka ade penyakit syak, hasad, dengki dan mereka akan diazab kerana berdusta.

11. Mereka di larang membuat bencana dan kerosakan dibumi tetapi mereka menjawab membuat kebaikan.

12. Sebenarnye mereka membuat bencana dan kerosakan dibumi.

13. Bila diseru untuk beriman seperti orang beriman. Mereka memperbodohkan. Pada hal mereka lah yang bodoh.

14. Bila bertemu dengan orang beriman  mereka berolok2 kata beriman,  mereka balik kesyaitan2 mereka bila bersama mereka dan mereka mempermainkan sahaja.

15. Allah biarkan mereka dalam kesesatan.

16. Mereka membeli kesesat dengan meninggalkan petunjuk. Peniagaan yang tidak menguntungkan dan tidak mendapat hidayah.

17. Mereka Umpama  api yang dinyala dan bercahaya kemudian padam tiada cahaya gelap gelita.

18. Seolah mereka pekak bisu dan buta tidak kembali kepada kebenaran.

19. Atau bandingan nye hari hujan, gelap gelita, dengan guruh dan kilat, mereka menyumbat teliga mendengar petir takut mati.

20. Tiap kali kilat menerangi mereka mereka berjalan dalam cahaya. Bila gelap  berhenti menuggu.  Sekiranye Allah menghendaki maka dihilangkan pendengaran dan penglihatan mereka.  Allah berkuasa setiap sesuatu..

Kesimpulan:-

1.Orang2 kapir walaupun diberi amaran tetap tidak beriman.
2. Mereka membuat bencana dan kerosakan dibumi.
3. Mereka berolok2 beriman sahaja dan berdusta.(munafik)
4. Mereka orang yang sesat.
5. Mereka hilang cahaya. Dalam kegelapan iman.
6. Mereka diibarat mati, pekak, buta dan bisu.
7. Mereka akan diazab.

Was.