Tuesday 25 October 2016

Sujud dan BerTasbih Dengar Peringatan. As Sajdah


** Bila diberi peringatan mereka sujud dan bertasbih memuji Tuhan dan tidak sombong.

1.15. Sesungguhnya yang benar2 beriman kepada ayat2 keterangan Kami hanyalah orang yang apabila diberi peringatan dan pengajaran dengan ayat2 itu, mereka segera merebah diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.*

** Mereka beribadat, berdoa dan menderma ape yang diberikan.

2.16. Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit tidur kerana mengerjakan sembahyang tahajut dan amal2 salih). Mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaanNya) serta dengan perasaan ingin memperolih lagi (keredhoan Nye); Dan mereka selalu mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka.*

** Balasan amal salih adalah syurga.

3.17. Maka tidak ada seorang pun  yang mengetahui satu persatu persedian yang telah dirasiakan untuk mereka (dari segala nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan sebagai balasan bagi amal2 salih yang mereka telah kerjakan. *

4.19. Adapun orang2 yang beriman dan beramal salih, maka mereka berolih syurga tempat tinggal yang tetap sebagai balasan bagi ape yang mereka telah kerjakan.*

Was.

Monday 24 October 2016

Mengasin Diri Kerana Allah.(Khalwat)


    Mengasing diri (khalwat) dan menahan diri itu bermaksud,  menahan dirinye agar tidak menyakiti orang lain dengan ahlak buruk. Dia meninggalkan kesenangan dan amal2 yang buruk , agar batin nye terbuka kepada niat yang iklas. Niat nye mencari keredhoaan Allah dan menjauhkan diri dari keburukan diri nye dari mukmin dan muslimin.

Sabda Nabi s.a.w.
    "Muslim yang sempurna adalah manusia yang orang lain selamat dari tangan nye, dan lidahnye, serta menjaga lidahnye dari kata2 yang tidak berguna.".

Sabda Nabi s.a.w.
    "Selamatnye seorang manusia bergantung pada pengendalian lidahnye. Dan celaka nye manusia pun bergantung pada lidah nye.  Juga menjaga dua matenye dari khianat dan melihat yang diharamkan serta menjaga dua kaki dan telinganye."

Sabda Nabi s.a.w.
    "Dua  mate ini suka berzina, dari zina anggota badan ini akan menimbukan manusia yang buruk seperti rupa orang Habsyi, dan akan bagun pada hari kiamat dan disaksikan dihadapan Allah; dan mengambil teman2 nye serta diseksa didalam neraka".

Jika bertaubat akan termasuk kepada firman Allah:
 
    " Dan orang2 yang menahan diri dari keinginan hawa nafsunye maka sesungguhnye syurga lah tempat tinggal nye ".

Dan;
    "Orang2 yang berharap ingin bertemu dengan Tuhan nye hendaklah melaksana amal2 salih dan tidak boleh menyenyutu apapon dalam beribadah kepada Tuhan nye".

Justeru;
    Dalam batin nye tidak boleh dimasuki fikiran2 bangsa nafsu dan syaitan seperti menyenangi makanan, pakaian, mencintai keluarga, binatang, kuda dan sebagainye seperti riak, sum'ah dan kemasyuran .

Sabda Nabi s.a.w.
    "Kemasyuran dan angan2 yang mengarah kepadanye itu bahaya: sedangkan tidak ingin mencintai kemasyuran dan segala sesuatu yang mengarah kepada nye adalah kesenangan".

Nabi s.a.w bersabda:
    "Sombong  dan ujub  merosakkan iman.

Sabda Nabi s.a.w.
    "Mengumpat itu lebih besar dosanye dari berzina".

Sabda Nabi s.a.w.
    "Hasad itu menghancurkan kebaikan seperti halnye api menghancurkan kayu bakar".

Sabda Nabi s.a.w.
    "Fitnah itu sesuatu yang tertidur, Allah akan melaknati orang yang membagunkannye".

Sabda Nabi s.a.w.
    "Orang yang kikir tidak akan masuk syurga, walaupun ia ahli ibadah".

Sabda Nabi s.a.w.
    "Riya adalah syirik khafi, menyengutukan nye adalah kufur"

Nabi s.a.w bersabda.
    "Tidak akan masuk syurga orang yang mengumpat"

Firman Allah dalam (mukminun 1-3)
    "Sesungguh nye beruntunglah orang yang beriman ia itu, orang2 yang  khusuk dalam solatnye dan orang2 yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang tidak berguna..."

Thursday 20 October 2016

Nasihat Lokman Dalam Surah Nye

Bismillahirrohmanirrohim.

**syukur kepada Allah.

12. Dan sesungguhnya  Kami  telah
memberi kepada  Lukman, hikmah kebijaksanaan, (serta Kami perintah kepada nye) bersyukur  kepada Allah. (Akan segala niknat Nye kapada mu) Dan sesiapa bersyukur maka faedahnye terpulang kepada diri nye sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah) kerana sesungguh nye Allah Maha Kaya Lagi Maha Terpuji.*

* *Jangan syirik

13. Dan (ingatlah ) takkala Lokman berkata pada  anak nye, semasa dia memberi nasihat kepada nye: " wahai anak kesayangan ku, jangan  engkau mempersekutukan Allah, susungguh nye perbuatan syrik itu adalah satu kezaliman yang besar"  *

** Berbuat baik kepada ibubapa.

14. Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada ibubapanya: ibunye telah mengandung nye dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga ahir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya  ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada Ku dan kedua ibu bapa mu; dan  (ingat lah), pada Akulah jua tempat kembali. (untuk menerima balasan).    *

**Jangan taat perintah ibubapa jika ajak syirik kepada Allah.

15. Dan jika mereka berdua mendesak mu supaya engkau mempersekutukan dengan Ku sesuatu yang engkau. __dengan fikiran sehatmu__ tidak mengetahui sungguh ade nye, maka jangan engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka didunia ini dengan cara yang  baik. Dan turut lah jalan orang yang ruju' kembali kepada Ku (dengan tauhid dan amal2 yang solih). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semua nye, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang telah kamu kerjakan. *

** setiap satu perbuatan kita walaupun sebesar zarah akan dilihat dan dihakim  olih Allah.

16. (Lukman menasihati anak nye dengan berkata): " wahai anak kesayangan ku, sesungguhnye jika ade sesuatu perkara  ( yang baik atau yang buruk ) sekali pun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi didalam batu besar atau di langit atau di bumi sudah tetap akan dibawa Allah (untuk dihakimi dan dibalas nye); kerana sesungguhnye  Allah Maha Halus pengetahuan  Nye lagi amat meliputi akan segala yang tersembunyi." *

**  Dirikan solat dan buat baik jangan buat mungkar dan sabar atas bala.

17. "Wahai anak kesayangan ku, dirikan lah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala' bencana yang menimpa mu. Sesungguh nye yang demikian itu adelah dari perkara2 yang dikehendaki diambil berat melakukan nye". *

** Jagan memandang rendah pada manusia dan jangan sombong.

18. " Dan jangan lah engkau memalingkan muka mu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan jangan lah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguh nye Allah tidak suka tiap2 orang yang sombong takbur, lagi membangga diri. *

** Berjalan dengan sopan dan bersuara rendah.

19. "Dan sederhanakanlah langkah mu semasa berjalan, juga rendahkanlah suara mu (semasa berkata2), sesungguh nye seburuk buruk suara ialah suara keldai" *

** Berserah diri bulat pada Allah.

22. Dan sesiapa yang berserah diri bulat2 kepada Allah dengan Iklas sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguh nye ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh; dan (ingat lah)kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.  *

Was.