Thursday 14 August 2014

Kenangan Ku Semasa Pegawai Daerah HP 7

Bencana  Alam Hebat D Tempuh Jua.

Daerah Hilir Perak seringkali dilanda bencana alam. Setiap tahun dan masa daerah ini pasti berlaku bencana Alam, biasanye pada bulan Mei, Jun, Julai , ribut akan melanda dikawasan Bagan Datuk, Sg Manik,Kg Degung,  Telok Intan,Ct Jong, dan Kawasan Air Hitam. Ribut dan hujan lebat biasanye mengakibatkan 2 bencana buruk 1. Kemusnahan bagunan kediaman dan tanam2an. 2. Berlaku banjir yang juga menyebabkan kesusahan penduduk untuk berpindah ke pusat2 perpindahan. Banjir juga menghilangkan harta dan tanam2an, penduduk kampong. Olih kerana bencana ini berlaku setiap tahun ianye telah menjadi suatu kebiasaan di daerah ini, kerajaan akan menyediakan kemudahan2 dan bantuan serta merta kepada mereka yang ditimpa bencana.

Bantuan yang selalu diberi kepada mangsa adalah seperti baik pulih kediaman,bantuan kerosakan kemudahan awam,bantuan makan dan tempat tinggal sementara. Ganti rugi kerosakan tanaman, khas nye di sg manik , kawasan sawah padi biasanye sumbangan kewangan dan gantirugi kerosakan tanaman di beri kepada petani2 dalam bentuk kewangan.

Dari bayak bencana melanda daerah yang paling menyayat hati dan menjadi kenangan saya hingga kini adalah peristiwa kebakaran besar2an di tiga tempat. Kebakaran pertama adalah kebakaran kedai gerai diJalan Wah KenJoo Pekan Telok Intan. Sebanyak 32 kedai  musnah dijilat api. Api nye menjulang lebih 200 meter keatas dapat dilihat cahayanye berbatu batu dari bandar itu. Kejadian ini berlaku pada waktu malam, bandar Teluk Intan bermandi cahaya dan bagai satu pesta yang menakutkan. Para peniaga tiada disitu maka tiada kemalangan jiwa berlaku, hanye kerugian harta benda sahaja.

Kebakaran kedua telah berlaku di suatu penempatan stinggan di kampong Esso.kebakaran ini berlaku diwaktu malam juga. Api nye menjulang tinggi dan banyak rumah yang rentung dan hangus. Berpuluh2 keluarga hilang tempat tinggal dan hilang harta benda. Namun mereka masih bernasib baik kerana tiada yang cedera dan kematian.

Berita kebakaran ini telah menjadi liputan luas diahbar2 dan dengan itu bayaklah bantuan2 diterima dari berbagai pertubuhan dan badan sukarela dan syrikat persendirian. Seperti biasa kerajaan telah memberi bantuan seperti yang di tetapkan untuk membantu mangsa2 ini.

Kebakaran ketiga terbesar dalam tempoh perhidmatan saya didaerah Ini adelah kebakaran di Kg Terenganu. Kg ini di tepi Sg Perak. Kebanyakan nye  rumah papan, macam rumah stinggan rapat dan padat. Dalam satu mesyuarat saya telah mencadang agar Jabatan Bomba menkaji kampong ini. Pada saya ciri2 kampong sedemikian akan boleh menyebabkan berlakunye kebakaran ketiga. Tindakan yang patut diambil antaranya khidmat nasihat kebombaan kepada penghuni disitu. Penyediaan paip bomba dan kajian tekanan air disitu dan menentukan jalan masuk untuk perhidmatan bomba jika kebakaran berlaku..apa yang muskilnye pada saya, tidak lame ape yang saya duga tu, bahawa kebakaran dikampong ini benar2 terjadi. Ia nye terjadi di waktu siang hari,dimana berpuluh buah rumah tidak dapat diselamatkan, hangus dijilat api yang menjulang, nasib nye juga tiada kemalangan jiwa hanye kemusnahan harta benda sahaja.

Kebakaran ketiga ini menyebabkan YAB MB, datang melawat dan minta saya menempatkan mereka secepat mungkin.Satu Jawatan Kuasa ditubuhkan, dalam masa singkat tiga hari, semua mereka telah di beri penempata dan bantuan sewajarnye samada untuk jangka masa pendek, sederhana dan jangka masa panjang.
Bagi saya kerajaan yang ada sangat berjiwa raayat dan berlebihan. Bantuan yang diberi olih kerajaan lebih dari sepatutnye, yang juga membimbangkan saya. Kebakaran  ini juga telah menyebabkan ujud nye satu kampung baharu di Pasir Berdamar Dalam sebagai penempatan mereka.

......nostalgia ini catatan rengkas saya sahaja...




Tuesday 12 August 2014

Budget membagunkan peniaga dan usahawan bangsa 2015 dan seterusnya.

Saya tertarik akan saranan YAB PM bahawa budget 2015 dan seterusnya harus mendapat pandangan raayat agar pembagunan negara seimbang dan ekonomi negara berkembang. Secara rengkas saya ingin mencadangkan agar belanjawan 2015 dan pada tahun2 akan datang nengambil kira akan pentingnya pembagunan ekonomi bumiputra yang berasaskan perniagaan dan keusahawanan  dimajukan secara menyeluruh dan komprehensif. Pekara yang perlu dibagunkan itu adalah.  membena penempatan kedai, gerai, rumah kedai, industeri kecil dan sederhana.untuk peniaga pedagang dan pengusaha bumiputra.

Penempatan ini perlu dibagunkan di kawasan2 pinggir bandar, dalam bandar dan di tempat2 stratiji berpotensi spt di kawasan2 kediaman tetapi bukan di ceruk2 yang tidak berpenghuni.

Orang2 melayu hakikatnya tertinggal dalam bidang ini kerana banyak sebab, kerana itu belanjawan yang bersungguh2 dan nekad diperlukan supaya keseimbangan ekonomi antara kaum dapat dilakukan segera.

Jesteru itu saya mencadangkan supaya di setiap daerah di beri peruntukan 1.pengambilan balik tanah 2.pembagunan pasarana 3.pembenaan bagunan kedai, gerai, rumah kedai dan industri kecil dan sederhana. Saya aggarkan secara kasar rm 30 juta dari peruntukan persekutuan dan 2juta dari peruntukan negeri. Yang berjumlah 32 juta setiap daerah setiap tahun.

Saya berpendapat sebuah kedai boleh dibena dengar kadar kos rm 80 k hingga 100k sj dan gerai  dengan kos rm50k sj.  analoji nye adalah kos perbandingan membena rumah pprt boleh dibena dengan harga rm35k sj tanpa pasarana dan kos tanah.

Setiap daerah mungkin tidak sama kos dan lokasi nye.pelan pembagunan begini boleh disediakan secara standart untuk 5 ekar,10 ekar 20 ekar dsb. Kebiasaan nye setiap saekar boleh dibena 10 buah kedai jika 10 ekar boleh 100buah kedai. Mengikut anggaran kasar pengambilan balik tanah 10 ekar antara 2 hingga 5 juta, tertaaluk kepada apa di atas tanah. Jika begitu kos sebuah kedai mungkin lebih rendah jika dibena diatas tanah kerajaan. Berdasarkan perbandigan itu,saya menganggarkan Sebuah kedai boleh dijual dengan harga antara rm160k hingga 200k sahaja, lebihan dari kos pembenaan ini sebenarnya boleh menjadi hasil kerajaaan balik. Bayangkan setiap tahun 100 buah kedai dibena jika 5 tahun 500buah bukankah dia telah menhadi pekan kecil bumiputra yang di idam2kan di setiap daerah olih parabumi kalau 10 tahun bagaimana bayangkan.

Kita perlu sedar kuasa beli bumiputra sangat rendah, kedai dibawah rm200k mereka nampu beli, tetapi kedai 2 tingkat harganya rm1juta pasti orang lain saja yang mampu membelinye.

Saya mencadangkan satu jawatan kuasa khas ditubuhkan bagi menentukan rancangan ini berjalan lancar bagi hasrat tercapai sekiranya bujet ini diluluskan.

Sunday 3 August 2014

Kenagan Ku Semasa Pegawai Daerah HP 6

Di antara kerja2 Pegawai Daerah yang  terpenting adalah merancang, menilai dan melaksana projek2 pembagunan dan pasarana didalam daerahnya serta memberi keutamaan mana2 projek yang patut di dahulu untuk dilaksanakan.

Projek yang biasanya menjadi keutamaan di daerah adalah membena baru atau  mengupgred mana2 projek awam yang rosak,atau di bangkit olih raayat sesuai untuk  dibuat seperti jalan2 kampung, masjid, surau, jeti, jambatan, balairaya, pondok perhentian bus , dan apa2 kemudahan awam, termasuk juga projek2 sosio ekonomi  pembenaan ban, longkang, parit, rumah pprt, gerai dsb. Pendeknya semua projek2 kecil atau besar untuk kemudahan raayat menjadi tanggung jawab Pegawai Daerah menyelesaikan nye jika berbangkit.

Namun nostalgia terindah bagi saya, apabila saya teringat akan dua projek bermasaalah yang dapat disiapkan untuk kemudahan orang ramai ya itu projek masjid kpg Jejawi dan jeti nelayan Telok Intan.

Saya melawat Kpg Jejawi di pendalaman yang agak terpencil. pada masa itu saya ternampak masjid itu terbengkalai dan kelihatan ganjil dan belum disiapkan. Dia didirikan dalam bentuk u di tengah2 kosong belum disiapkan.Dilapurkan bahawa projek ini terbengkalai agak lame, di mana kontrektor nye tidak berkeupayaan menyiaphan nye. masaalahnye telah projek ini telah terbengkalai lama. Saya mencadangkan supaya projek ini disiapkan dengan cara mencari kontrektor penyelamat atau re tender. Dari cadangan itu projek ini telah berjalan semula dan telah dapat disiapkan sepenoh nye maka dapatlah penduduk kampung  ini berjemaah di masjid yang baru ini dengan selesa dan  saya sempat  menyediakan majlis perasmiannye olih Dytm Raja Muda Perak ketika itu.

Manakala kes kedua adalah berkaitan dengan jeti nelayan yang mana ketika itu telah roboh.menjadi rungutan kepada nelayan darat terutamanya penangkap udang galah dan ikan sungai. Sempena Tahun Melawat Perak pekara ini telah dibangkitkan supaya projek ini di selaraskan. Saya telah pun mencadangkan satu peruntukan di sediakan untuk jeti dan tempat letak boat  untuk kemudahan awam di buat lebih teliti dan dibesarkan. Cadagan ini telah diterima dan peruntukan telah diluluskan olih Kerajaan Persekutuan hampir rm 1juta sempena lawatan YAB TPM ke Telok Intan. Projek ini disiapkan dan telah memberi kemudahan kepada lebih 500 nelayan darat dan akan menjadi tapak Temasya Sukan Menancing Udang Galah Antarabangsa Tahunan dan tempat pelacung dari dalam dan luar menangkap udang galah disitu.

Walaupun bayak projek2 lain telah dilaksananakan dan disiapkan  di daerah ini, tetapi dua projek ini sangat bemberi kesan kepada saya dan menjadi ingatan hingga kini.

...... Nostalgia ini catatan rengkas saya sj...