Monday 1 July 2019

Ar Ruum 2. Jangan Berpuak2 Dengan Fahaman Agama Sendiri2.

Bismillahhirrohmanirrohim.

Terjemahan rengkas dari surah ini hanya untuk memahami wahyu Allah sahaja.

18. Puji dan bertasbih lah kepada Allah setiap masa; pagi, tengahari, petang, senja, malam dan subuh.

19. Tanda bukti kekuasaan,  kemurahan  kebesaran,  keluasan ilmuAllah, dan lain2 nye;   adalah menghidup dan mematikan dan menghidupkan sesudah mati.

20. Allah mencipta  manusia dari tanah berperinkat2 yang kemudian melata di muka bumi.

21. Dia mencipta isteri2 supaya berkasih mesra dan berbelas kasihan.

22. Dia menjadikan langit dan bumi. Dan  Berbeza bahasa dan berbeza warna kulit .

23. Atas Kemurahan dan RahmatNye, tidur di waktu malam  dan siang usaha mencari rezeki.

24. Ia memperlihatkan kilat untuk menakut dan memberi harapan. Dia menurunkan hujan untuk menghidupkan bumi  yang mati.

25. Dia mendirikan langit dan bumi  yang menakjubkan.  Dengan satu seruan Dea membangkitkan semua dari kubur.

26. Semua mahluk adalah haq Nye yang tunduk pada hukum Nya.

27. Dia memulakan kejadian sekalian mahlok dan menghidupkan semula sesudah mati. Dia Maha Kuasa lagi Bijaksana.

28. Allah membuat misalan, kamu ta kan rela,  hamba abdi mengongsi harta mu agar menjadi samerate sehingga ta berani mengurus harta kamu tanpa persetujuan nye.

29. Orang2 zalim tiada berfikir, mereka menurut hawa nafsu, berlaku syirik tanpa pengetahuan. Mereka sesat tanpa dapat ditolong dari azab.

30. Jelas mereka telah sesat kerana itu jauhilah kesesatan, ajaklah semua pengikut mu Muhammad turutlah Agama Allah ia itu agama yang lurus.

31. Hendak lah kamu dan pengikut2 mu sentiasa rujuk kepada Allah mengerjakan amal2 bakti, bertaqwa, kerjakan solat dengan betul dan jangan menjadi dari mane2 gulungan musyrik.

32. Iaitu orang2 yang menjadi fahan ugama mengikut kecenderungan masing2 serta berpuak2. Tiap2 puak gembira dengan fahaman terpesongnye.

Nota pendik.

1. Bukti2 kekuasaan, kemurahan dan kebesaran  Allah, ditunjukan dalam berbagai2 ciptaan nye. Antaranye Menghidup dan mematikan. Mencipta isteri, kilat, menurun kan hujan,  mencipta langit dan bumi dll.

2. Jauhi orang yang sesat dan yang mengikut hawa nafsu  ikuti lah Agama Allah yang lurus.

3. Hendaklah sentiasa rujuk pada Allah. Dan kerjalah amal bakti, solat dengan betul, bertaqawa dan jangan menjadi gulungan musyrik.

4. Jangan mengikut fahaman ugama sendiri hingga berpuak2.

Was.

Was.