Saturday 19 March 2022

AMALAN ORANG2 KESYURGA




Bismillahhirrahmanirohim.

Dalam AlQuran ada diwahyu kan olih Allah beberapa amalan untuk menempatkan orang2 beriman kesyurga,  Allah menerangkan amalan2 itu  seperti di surah A-Li Imran ayat 15,16,17.Ia itu:-
1. orang2 yang  berdoa meminta ampun dari dosa2 nye dan meminta supaya terpelihara dari azab neraka.
2. Orang2 yang sabar menjunjung perintah Allah.
3. Orang2 yang taat perintah Allah.
4. Orang2 yang berbelanjakan harta nye kejalan Allah.
5. Orang2 yang beristiqfar memohon ampun diwaktu syahur. 
sila perhatikan ayat yang diperintahkan Allah itu khusus nye, ayat yang memohon ampunan diwaktu sahur, ia sangat bertepatan  dengan berpuasa di bulan Romadhan atau waktu syahur untuk puasa yang lain nye. Yang penting ayat ini, Allah menganjurkan beristiqfar sebanyak2 nye sebelum masuk waktu subuh.
 

Dalam syurah Adz-Dzaariyaat dibawah;  ayat 15,16,17,18 dan 19 pula, menghabarkan bahawa amalan2 manusia disyurga itu, semasa mereka didunia, mereka sentiasa membuat kebaikan seperti difirmankan :-
1. Mereka Kurang tidur diwaktu malam untuk beribadat,
2. Diakhir malam selalu beristiqfar kepada Allah, memohun keampunan.
3. Sebahagian dari harta mereka di infak kepada orang miskin.

Kesimpulan:-
Allah menjanjikan orang2 yang berbuat kebaikan serta banyak beribadat di malam hari serta menginfakkan hartanye pada orang2 miskin dan serta memohun keampunan/ istaqfar kepada Allah diwaktu syahur sebelum subuh itu, adalah amalan yang diperintah untuk mendiami syurga.

Seperti Allah nyatakan dalam syurah al Kiamah 75; 22,23 :- Pada hari Akhirat itu muka orang beriman berseri2 melihat Tuhan nye. 

Muga kita termasuk orang yang beriman yang dapat melihat Allah diahirat nanti.
Wassalam


Thursday 17 March 2022

MUNAFIK DAN RUPA ORANG MUNAFIK


Bismilahirrohmanirrohim.

MAKSUD MUNAFIK.
Orang2 yang menyembunyikan pekara atau maksud sebenar. Orang yang bersifat pura pura. Dari segi Syarak  pula..orang yang menyembunyikan kekufuran nye didalam hati pada masa yang sama menzahirkan keimanan nye secara pura2.

Kebiasaan nye orang munafik ini bersifat talam dua muka,  berpura2 mengikut segala ajaran Islam dan mengaku seorang islam tetapi didalam hati tidak dpt menerima ajaran yang suci ini.

CIRI2 ORANG MUNAFIK

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi  Rasulullah s.a.w bersabda, tanda orang munafik itu ada 3. Ia itu apabila dia  BERBICARA DIA DUSTA.  Bila  BERJANJI DIA MUNGKIRI, bila di beri AMANAH  DIA KHIANATI.
 Dalam riwayat Muslim ditambah. ..walaupun dia berpuasa dan bersembahyang dan mendakwa dirinye muslim.

1. IMAN TIDAK TETAP.
Orang2 sebagini diibarat seperti lalang, mudah mengikut ditiup angin, orang yang tidak teguh iman sentiasa berubah2 mengikut keadaan mudah terpengaruh dengan persekitaran.

2.TINDAK TANDUK SENTIASA BERUBAH2.
Orang munafik bolihlah diibarat sebagai pelakun yang hebat, bila dea bersama orang beribadat dia turut same melakukan ibadat tersebut walaupun hatinye susah untuk menerima nya. Sebalik nye bila dia tidak dilihat olih khalayak dea mengikut kata hati nye dengan tidak melakukan amal ibadat.

3. TIDAK TETAP PENDIRIAN.
Dia sentiasa mengubah pendirian, sewaktu bersama mukmin lain nye dea memuji2 islam dan menyatakan ketaatan tehadap ajaran itu tetapi dibelakang orang mukmin secara senyap dea menghina islam.
Dari Abu Hurairah r.a Nabi bersabda;.. kamu dapati manusia paling jahat iaitu mereka memiliki dua wajah. (Munafik) yang datang  kepada satu gulungan dengan satu wajah dan datang kesatu gulungan yang lain dengan satu wajah.(hadis riwayat al Bukhari, Muslim, Termizi, Ahmad, dan Ibnu Habban )

4. MENGHARAP KEBAIKAN NYE DIBALAS.
Jika dea melakukan sesuatu kebaikan dan berbuat jasa dea nengharapkan kebaikan itu dibalas dengan setimpal seperti wang ringit dan pangkat.

5. JIWA YANG TIDAK TENTERAM.
Dia akan sentiasa resah gelisah kerana bersikap pura pura dihadapan orang ramai, dan tidak dapat hendak melaksana kehendak hati nye.

6.MENJADIKAN DUNIA MATLAMAT HIDUP NYE.
Mereka sangat cintakan kebendaan, ahirat bagi orang2 munafik hanye lah satu metos dan hayalan.

AYAT2 QURAN  YANG BERKAITAN  MUNAFIQ.

1."Dan apabila dikatekan kepada mereka, "marilah berhakim kepada hukum al Quran yang diturunkan olih Allah kepada hukum Rosulullah'"  niscaya engkau melihat orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersunggguh2 daripada menghampiri mu"
Surah Annisa 4:61.

2. Sesungguhnye orang munafik itu melakukan tipudaya (terhadap agama) (dengan buat pura2 beriman sedangkan mereka kafir pada batin nye), dan Allah pula tetap membalas tipudaya mereka(dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula bila berdiri hendak solat mereka berdiri dengan malas, mereka (hanye bertujuan) riak (memperlihat kan solat kepada  manusia supaya disangka orang beriman). Dan mereka pula tidak mengingatkan Allah (dengan mengerjakan solat itu.)melainkan sedikit sekali.
Surab Annisah: 4 ; 142

3. Orang munafik itu takut kalau diturunkan satu surah al Quran yang menerangkan kepada mereka (dan orang ramai) akan ape yang ada didalam hati mereka.(dari kekufuran)
Katekan lah (wahai Muhammad): ejek2 lah (seberapa kamu suka) sesungghuh nye Allah akan dedahkan ape yang kamu takut (terdedah pada orang ramai)
Surah At Taubat :  9:64

4. Dan diantara yang hadir dimajlis mu wahai Muhammad ialah orang2 munafiq yang mendengar ajaran mu (dengan sambil lewa) sehingga apabila mereka keluar dari sisi mu berkata lah mereka (secara mengejek ejek) kepada orang yang diberi ilmu (dari kalangan sahabat yang setia): apa yang dikatekan olih Muhammad tadi?, mereka (yang munafik) itu ialah orang2 yang telah dimeteri Allah hati mereka, dan ialah orang2 yang menurut hawa nafsu. 
Surah Muhammad 47;16.

KESIMPULAN NYE
Sesungguhnye orang munafik itu akan ditempatkan pada tingkat yang paling bawah sekali dalam neraka.
Bayangkan bertapa hina nye jika tergulung munafik kerana segalanye penoh kepurapuraan, tambah pula balasan di ahirat sangat lah besar.
Wassalam.

Kradit pd penulis asal.