Sunday 30 December 2018

Amanat Wali Syekh Abdul Kadir Jailani 6.

Bismillahhirrohmanirrohim.

Catitan rengkas ini untuk memahami kuliah syekh sahaja.

1. Jauhi diri mu dari orang ramai. Jauhi nafsu mu. Jauhi dari kehendak mu ikuti lah perintah dan lakuan Allah.

2. Tanda nye kamu telah memutuskan dengan orang ramai ialah membebaskan fikiran2 dari segala yang bersangkutan dengan mereka.

3. Tandanye kamu telah memutuskan nafsu2 itu ialah Kamu telah membuang segala usaha dan daya untuk dunia, untuk mendapat faedah kepentingan diri. Tidak bergantung pada diri sendiri yang bersangkutan diri sendiri. Jangan berlindung dan menolong diri sendiri. Serahkan segala2 nye kepada Allah kerana Dea lah yang menjaga kamu dari azali hingga hingga abadi selama2 nye. Dia menjaga kamu sebelum lahir dan masa bayi.

4. Tandanye kamu telah menghilang kehendak mu ialah  kamu tidak lagi melayan ape2 hajat matlamat dan tujuan tidak ade keperluan lain selain Allah semata2. Lakuan Allah pun terzahir walaupun pasif pada badan tetapi tenang pada hati, luas pikiran, muka berseri2 dan jiwa subur.

Maka kamu terlepas dari keperluan kebendaan kerana kamu telah berhubung dengan Al Khaliq yang mengerakkan, mengajar kamu, diberi Nye kamu dengan pakaian rohani dan menempatkan kamu dikalangan orang alim.

5.selepas pengalaman ini maka hapus lah nafsu  dan kehendak kamu seperti tempayan pecah tanpa air setitik pun. Kosonglah lakuan  lakuan diri kamu melaikan kehendak2 Allah. Pada masa ini kamu diberi keramat2 dan pekara luar biasa, zahir nye pada kamu tetapi hakikat nye dari lakuan dan kehendak Allah jua.

6. Maka termasuk lah orang2 yang pecah hati telah hilang nafsu kebinatangan nye kemudian diberi Nye sifat ketuhanan Yang Maha Tinggi. Dalam hal ini Nabi muhammad  bersabda. "Aku gemar tiga perkara didunia ini, bau2an harum,  perempuan dan solat, aku sejuk didalam nye."
Semua ini diberi setelah semua nafsu2 tersebut dulu itu, terlepas dari nye.
Allah berfirman "Aku bersama dengan mereka yang pecah hati kerana Aku"

7. Allah tidak bersama kamu sekiranye semua nafsu dan kehendak tidak dihancurkan, dan tidak ade lagi ditinggalkan dan kosong, maka kamu sesuailah di isi dengan  cahaya Allah  yang menjadikan kamu orang baru, dan kehendak2 baru dalam diri kamu.  Dalam pada itu jika masih ade igo dalam diri kamu, Allah akan hancurkan lagi dan lagi sehingga ahir hayat menemui Tuhan kamu, itulah yang dimaksudkan firman Allah   "Aku bersama mereka yang hancur hatinye kerana Aku "

Allah berfirman dalam hadis qudsi  " hamba Ku yang taat meminta kehampiran dengan Aku melalui solat2 sunat sehingga aku jadikan dia rakan Ku  dan apabila dia menjadi rakan Ku, Aku akan jadi telinga nye, dengan nye dia mendengar. Mata nye dengan nye dea melihat, tangan nye dengan nye dea memegang dan kaki nye dengan nye dea berjalan, yaitu dea mendengar melalui Aku, memegang melalui Aku, dan mengetahui melalui Aku"
Sebenar nye ini adalah Fana. Apabila telah fana terhadap diri dan mahlok ,  baik atau jahat tidaklah ada pada pandangan kamu. Semua nye terletak pada Allah semata2, dari kedatangan buruk atau baik Dia yang menentukan, segala2 semenjak dari awal2 lagi.

8. Allah akan memberi kamu keselamatan dari kejahatan mahluk dan memberi kamu kebaikan. Olih itu fana adalah matlamat perjalanan wali2 Allah. Semua mereka mahu menukar kehendak mereka kedalam kemahuan Allah sebab itu nereka disebut abdal yang bermaksud 'pertukaran'.  Pada mereka berdosa menyengutukan kehendak mereka  dengan kehendak Allah.

9. Sekiranye mereka lupa maka Allah akan menolong dan menyedarkan mereka dan mereka memohon perlindungan Allah.

*Tidak ade manusia bebas dari  ego sendiri kecuali malaikat.
*Nabi2 dipelihara dari nafsu badaniah.
*Jin dan manusia diberi tanggung jawab untuk berahlak baik tetapi tidak terpelihara dari pengaruh dosa dan moksiat.
*Wali2 dipelihara dari nafsu2 badaniah dan abdal dari kotoran kehendak dan niat meski pun gitu mungkin mereka ada kelemahan melakukan dosa tetapi Allah dengan kasih sayang Nye akan menolong dan menyedarkan mereka.

Wassalam.

Saturday 29 December 2018

Amanat Wali Syikh Abdul Kadir Jailani 5.

Bismilllahhirrohmanirrohim.

Catatan rengkas ini hanya untuk memahami  amanat nye sahaja.

1. Dunia, ahli dunia  adalah hiasan dan kekosongan, penipuan dan perangkap nye racun yang membunuh,  mencedera merosak dan menipu. Menyebabkan mereka lali dengan dosa dan moksiat. Jika terlihat bagini hendaklah bertindak. Seperti melihat orang telanjang hendak membuang air besar. Menutup mata dari melihat orang telanjang, menutup hidung dari bau  yang busuk. Bagitu lah tamsil nye kamu bertindak terhadap dunia yang keseronokan nye tidak kekal. Mudah2an kita terselamat dari cubaan2 nye.

2. Firman Allah kepada Nabi Muhammad ertinye....' Dan jangan lah kamu tunjukan kedua mate mu kepada ape yang telah Kami berikan kepada golongan2 dari mereka sebagai bunga kehidupan dunia untuk Kami cubai mereka dengan nye. Dan kurniaan Tuhan kamu lebih baik dan lebih kekal.'

Was.

Amanat wali Syikh Abd Kadir Jailani- 4.

Bismillahirrohmanirrohim.

Catatan rengkas ini hanye untuk  memahami amanat nye sahaja.

1.Apabila sesaorang itu dihilangkan keinginan dunianye dan mematikan kehendak nafsu badaniahnye, maka akan  muga2  Allah melimpahkan rahmat nya. Dan muga2menghidupkannye  kesuatu kehidupan yang baru.

2. Setelah itu kamu akan diberi hidup yang tidak akan mati lagi. Diberi kaya tanpa papa, diberi kurnia tanpa habis, diberi kebahagian tanpa sedeh, diberkat tanpa murka, diberi ilmu tanpa jahil,  diberi sentosa tanpa ketakutan,maju tanpa mundur, nasib baik tanpa buruk, diberi kemuliaan tanpa hina, kamu dihampiri Allah. Martabat ditinggikan tanpa rendah, kamu dibersihkan tanpa kotor,maka jadilah kamu superman dan luarbiasa.

3. Maka kamu, jadilah warisan Rasul2, Nabi2 dan orang sideq,  seorang waliyah yang boleh menyelesaikan kesulitan orang yang datang minta bantuan, melalui sembahyang dapat memewahkan tanaman menurunkan hujan, menghindar petaka yang hendak menimpa umat, boleh dikatekan dea pegawai polis untuk kote dan raayat.

4. Semua ini dengan izin Allah yang maha perkasa. Maka kamu akan dihurmati dan mendapat pujian. Ini lah kurniaan Allah dan Allah mempunyai kuasa yang tiada batasan.

Was.

Sunday 23 December 2018

Amanat Wali Syikh Abdul Kadir Jalani 3.

Bismillahhirrohmanirrohim.

Nota pendik ini hanya untuk saya memahami amanat nye sahaja.

Seseorang hamba apabila diuji Allah maka:

1. Dia cuba melepaskan diri sendirian.

2. Bila tidak berjaya dea minta pertolongan dari yang lain seperti dari pemerintah, orang berkuasa, hartawan, doktor dan sebagainye.

3. Sekiranye tidak berjaya nendapatkan nye,dea minta pula pertolongan Allah,  sambil merayu kepada Nye.

4. Jika dia ta mendapat pertolongan  Allah maka dea merayu dan merayu,  bersolat dan berdoa dengan penoh pengharapan dan cemas terhadap Allah. Allah tidak menerima rayuan nye selagi dea tidak memutuskan diri nye dengan duniawi. Setelah dea memutuskan dengan hal2 dunia,  maka ketentuan Allah akan terzahir, maka terlepas lah dea dari hal2 keduniaan dan tinggalah pada nye roh sahaja.

5. Pada peringkat ini yang nampak bagi nye hanye lah perbuatan Allah, tertanam lah  dihati nye sebenar2 keEsaan Allah dan lakuanNye.

Hakikat bahawa; tidak akan berlaku pergerakan atau deam , tidak ade baik atau jahat, tidak ade rugi atau untung, tidak ade faedah dan tidak ade anugerah dan tidak ade sekatan, tidak terbuka atau tertutup, mati dan hidup, mulia dan hina, kaya dan papa , bahkan segala2 nye pada kekuasaan Allah sahaja.

6. Dia pun menjadi seperti  bayi dipangku ibunye, atau orang mati sedang dimandikan, atau seperti bola dikaki permain, melambung, bergolek ketepi, ketengah, sentiasa berubah2 tempat dan dikedudukan nye. Dea ta de pada diri nye upaya, maka lenyaplah diri nye masuk dalam lakuan Allah semate.

7. Dea sudah ta nampak yang lain kecuali Allah dan perbuatan nye. Penglihatan nye, pendengaran nye, dan pengetahuan nye semua nye, dari perbuatan dan kerja  Allah. Dea akan dianugerahi dengan anugerah  Allah kerana hampir dengan Nye. Allah akan perhiasi dengan kemuliaan dan bertambahlah cinta nye pa
da Allah, bertambah le seronok nye dalam mengenang Allah. Allah akan memimpin nye dan dipakai nye, cahaya ilmu Allah dan terbuka lah hijab yang melindungi rasia2 Allah Yang Maha Agong. Dia mendengar dan mengingat hanya dari Allah yang Maha Tinggi. Sentiasa dea bersyukur dan bersolat di hadrat Ilahi.

Was.

Saturday 22 December 2018

Amanat Syeik Abdul Kadir Jailani. Waliallah.

Bismillahirrohmanirrohim

Saya catatkan fakta2 rengkas untuk memahami Kuliah syikh dalam Futuh Al Ghaib..

Kuliah 1.

1. Tiga perkara yang wajib bagi mukmin.
a. Melakukan segala perintah Allah.
b. Menjauhi segala yang haram.
c. Redho dengan hukum2 dan ketentuan Allah.
Wajib bagi mukmin kena memikir, bercakap dan melakuan pekara ini.

Kuliah 2..

1.Ikutilah  sunah Nabi Besar Muhammad s.a.w. jangan di ubah jalan itu.
2. Patuhlah perintah Allah dan Rasul nye  jangan derhaka.
3. Bertauhid pada Allah dan jangan pula menyengutukan Nya . Allah maha suci.
4. Jangan syak wasangka tentang kebenaran Allah.
5. Bersatupadu lah dalam mentaati Allah jangan berpecah belah.
6. Cintai lah antara kita jangan berdenkian. Jauhi noda dan dosa.
7. Jangan jauhi dari Allah jangan lupa pada Nye setiap masa.
8. Jangan jemu2 untuk memohon ampun dan bertaubat kepada Allah. Agar Dia melindungi kita dari mara bahaya dan azab neraka. 
9.Mudah2an Allah akan memberi surga dan nikmat2 Allah yang kekal selama2 nye diahirat nanti.

Wassalam.