Thursday 31 January 2013

Itu sahaja rezeki saya

Berpuashati dan beserah sahaja kepada Allah apa yang telah di untuk Allah kepada kamu dan jangan pula kamu kecewa,tetapi redho dan sabarlah dengan ketentuan Allah itu. Dan jauhkan lah diri kamu dari syirik zahir dan batin kerana syirik adalah dosa yang tidak di ampun.
Jauhilah dosa-dosa lain yang nampak dan yang tidak. Jangan kamu melawan Allah kamu akan binasa. Jangan kamu merungut pemerintahan nya kamu akan di hinakan Nya. Kamu jangan melupai nya nanti kamu dilupai Nya dan di campaknya kamu dalam kesusahan. Jangan bercakap tentang ugama Nya menurut hawa nafsu mu semata -mata kamu akan hancur lebur dan hati kamu di gelapkanNya dan iman kamu di cabutkan Nya dan ilmu kebatinan mu di hilangkan maka diberinya kuasa kepada syitan,nafsu kebinatangan,keluarga kamu, jiran kamu,sahabat kamu,jin,binatang dan segala mahlukNya untuk menguasa kamu dan mempengaruhi kamu. Dengan itu hidup kamu di dunia gelap dan di ahirat azab neraka.

Wednesday 30 January 2013

Dailog syaitan

Syitan.." kenapa kamu hendak membunuh aku,apa dosa aku?.Jika takdir Tuhan hendak menggerakkan kejahatan berlaku,maka aku tiada berkuasa hendak menukar nya dan menjadikan  kebaikan.Sebaliknya jika takdir hendak menggerakkan sesuatu kebaikan maka aku tiada kuasa hendak menukarnya supaya  menjadi kejahatan.Apakah yang ada dalam kuasa ku?."

Pemberian rezeki dan kekayaan

"Lihat firman ini." Pintalah kepada Allah kurniaanNya"dan..."sesungguh nya apa sahaja yang kamu sembah selain dari Allah tidak langsung memberi rezeki kepada kamu;olih itu mintalah rezeki dari Allah dan sembahlah  Dia dan bersyukurlah kepada Dia"dan..."Apabila hamba hamba Ku bertanyamu tentang Aku,katakanlah bahawa Aku sangat hampir;Aku akan terima permintaan orang orang yang meminta apabila mereka meminta kepada Aku"dan..."Serulah Aku dan aku akan menjawab seruan mu"dan"Sesungguh nya Allah itulah pemberi rezeki,Tuhan Yang Maha Gagah dan Maha Pekasa."dan seterusnya..."Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang fikehendaki Nya tanpa batas"

Tuesday 29 January 2013

Orang kaya

Orang orang kaya yang baik lagi beramal soleh akan dikumpul sebaris dengan para nabi dan wali di ahirat nanti.


Sederhana dan angka empat.

Pemilekan harta dan pendapatan  dalam kontek sederhana  yan  dikatakan itu fomula nya bolehlah kaitkan atau dikali kan dengan angka empat yakni  Mewakili empat keluarga yang mampu ditanggung dan yang di benar olih islam walaupun mempunyai satu keluarga sahaja.





Kejayaan

Kejayaan itu adalah keupayaan menukarkan impian menjadi kenyataan.

Wednesday 23 January 2013

Perlindongan dan keampunan.

Nabi Muhammad biasa menerima arahan Allah suaya memohon ampun atau perlindungan Allah kerana sebaik-baik hamba Allah itu ialah mereka sentiasa memohon ampun dan perlindungan Allah dan sentiasa kembali kepada nya.

Syirik

"Syrik itu bukan sahaja semata mata menyembah berhala. Sirik itu juga termasuk menurut hawa nafsu dan menyengutukan apa saja yang didunia dan yang diahirat dengan Allah kerana apa sahaja yang lain dari Allah maka kamu telah syirik.olih itu jgn sekutukan Allah itu  secara kasar dan secara halus."

Monday 21 January 2013

Pantun opah

Baik budi hati tertawan,
Bercakap manis lemah lembut,
Baik menjaga dirimu puan,
Takut terkena dalam lembut.

Dunia ertinya sementara,
Akhirat ertinya kekal,
Ikut saja ajaran agama,
Agar hidup tidak menyesal.

Pujuk rayu puji pujian,
Hadiah pemberian juga umpan,
Jangan terperangkap godaan orang,
Badan binasa dengan sesalan.

Gadis melayu jari berinai,
Berbudi bahasa lagi bijak,
Bersopan santun baik perangai,
Mengikat kasih orang yang nampak.

Pembukaan Kepada yang Ghaib

Tiga perkara yang wajib bagi semua orang mukmin.

a) Melakukan segala perintah Allah
b) Menjauh diri dari segala yang haram
c) Redha dengan segala hukum-hukum dan ketentuan Allah