Tuesday 30 May 2017

Punca Hasutan Syaitan Surah al A'raaf.

Bismillahirrahmanirohim.

2. Alquran ini kitab yang diturunkan Allah melalui Nabi Muhammad supaya memberi amaran kepada yang engkar dan peringatan kepada yang beriman.

3. Katakan kepada mereka:  " Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan jangan lah kamu menurut pemimpin2 yang lain dari Allah"

4/5. Kerana mereka zalim banyak negeri  Allah telah didatangkan azab kepada penduduk2nye pada malam hari dan ketika mereka berehat.

6/7. Sesungguhnye semua umat dan Rasul akan disoal. Dan akan diceritakan kepada mereka dengan pengetahuan yang meliputi.
"...dan memang nye Kami sekali2 tidak ghaib bahkan sentiasa mendengar melihat dan mengetahui hal2 mereka "

8. Timbangan amal pada hari itu adalah benar, maka sesiapa yang berat timbangan amal baik nye maka mereka itu lah yang berjaya.

9. Dan sesiapa yang ringan timbalan  amal nye maka mereka itu orang2 yang merugikan diri sendiri, sebab mereka  zalim terhadap ayat2 Kami. (Yang bukan pada tempatnye.)

10. Allah telah menetapkan manusia dibumi dan menyediakan berbagai kemudahan tetapi amat sedikit yang bersyukur.

11. Sesungguhnye Allah telah mencipta manusia dan diminta sujud kepada Adam. Semuanye sujud, kecuali Iblis, dengan itu  dea ta termasuk dalam gulungan yang sujud.

12. Syaitan menjawab;  " Aku lebih baik dari Adam, Engkau, wahai Tuhan jadikan daku dari Api  sedangkan dea Engkau jadikan dari tanah".

13. Allah berfirman; " Turun lah engkau dari syurga ini kerana tidak patut berlaku sombong didalam nye. Olih sebab itu keluarlah, sesungguhnye engkau dari gulungan yang hina"

14. Iblis berkata;   "Berilah tempoh kepada ku  hingga hari mereka di bangkitkan."

15. Allah berfirman;  " Sesungguh nye engkau dari gulungan yang di beri tempuh kesatu masa yang di tentukan."

16. Iblis berkata; "Olih kerana Engkau wahai Tuhan  menyebabkan daku tersesat,  maka demi sesungguhnye aku akan mengambil tempat menghalang mereka dari  jalan Mu yang lurus."

17. " Kemudian aku datangi mereka dari hadapan, dari belakang  dari kanan, serta dari kiri mereka, dan Engkau tidak dapati kebanyakan  mereka bersyukur.

18. Allah berfirman;  "Keluarlah engkau dari syurga sebagai mahlok yang terhina serta terusir . Sesungguhnye, sesiapa diantara mereka yang menurut mu tetap lah Aku penohi neraka jahannam dengan gulungan kamu yang derhaka semua nye."

19. " Dan wahai Adam! tinggallah engkau dan isteri mu didalam syurga serta makan lah makanannye sepuas2nye ape sahaja yang kamu berdua sukai. Dan jangan lah kamu hampiri pokok itu maka menjadilah kamu orang2 yang zalim".

20. Setelah itu syaitan membisikan  kepada mereka berdua supaya dapat lah ia menampakan akan aurat mereka yang tertutup dari pandangan mereka. Sambil ia berkata;  "Tidakkah Tuhan kamu melarang kamu dari pokok ini  melainkan kerana  ia tidak suka kamu menjadi malaikat atau menjadi orang2 yang kekal selame2nye dalam syurga."

21. Dan dea bersumpah kepada kedua nye (dengan berkata);   "Sesungguhnye aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua."

22. Dengan sebab itu dapat lah dea menjatuhkan  mereka berdua dengan tipu daya nye. Setelah mereka memakan buah pohon itu  terdedahlah kepada mereka berdua 'aurat masing2 dan mereka mulai menutup dengan daun2  dari syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukan kah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu bahawa syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?."

23. Mereka berdua merayu;  "wahai Tuhan kami,  kami telah menginaye diri kami jika Engkau tidak mengampunkan  kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya jadilah kami dari orang2 yang merugi."

24. Allah berfirman; " Turunlah kamu semuanye, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh setengah yang lain dan bagi kamu di sediakan  tempat kediaman di bumi dan di beri kesenagan hingga kesuatu ketika (mati)."

25. Allah berfirman lagi; " Dibumi itu kamu hidup dan disitu juga kamu mati dan daripada nye pula kamu di keluarkan ( dihidupkan semula pada hari kiamat).

Wassalam..1 june.2017.