Thursday 21 May 2015

TAKWA AMALAN YANG DIPERINTAH ALLAH


Takwa diberi maksud membersih diri dari perbuatan dosa yang belum dilakukan sehingga timbul niat yang kuat untuk tidak mengerjakan nye. Sebaliknye meninggalkan ia kerana niat merupakan sekatan antara manusia  dengan maksiat.

Dalam al Quran takwa mengandungi 3 pengertian:

1.Takut kepada Allah sahaja.
2. Patuh dan tunduk dan taat dan tidak membantah, sentiasa mengingati Nye, mensyukuri nikmat Nye dan tidak kufur kepada Allah.
3. Membersih diri dari segala dosa, takut melanggar perintah Allah dan menjaga diri  dari terdedah azab Allah. Khas nye membersih diri dari musyrik, bidaah dan maksiat dan menjauhi segala yang halal secara berlebih2an. Jadi ia bererti menjauhi segala sesuatu yang dapat mendatangkan mudhorat bagi agama.

Dalam Alquran orang2 yang bertaqwa dijanjikan pahala besar dan akan mendapat:

1. Mendapat pujian Allah.
2. Perlindungan dari musuh.
3. Pertolongan Allah.
4. Diberi keselamatan dan rezeki yang halal.
5. Kebaikan beramal.
6. Mendapat Keampunan Allah.
7. Mendapat cinta Allah.
8. Amal yang diterima.
9. Kemuliaan dan kehormatan.
10. Khabar gembira dunia dan ahirat.
11. Terhindar dari neraka.
12. Kekal dalam syurga.

Ulama2 lain pula berpendapat:

1."Orang mati tidak akan membawa sesuatu pun dalam kubur kecuali taqwa dan amal soleh. Barang siapa mengenal Allah tetapi tidak bertaqwa dia termasuk orang2 celaka.. kemuliaan hanye untuk orang2 yang bertaqwa."

2. Banyak mane pun kita beribadat agar Allah menerima amalan kita " "Sedangkan Allah Azza wa Jalla hanye menerima ibadat oranag2 yang bertaqwa"

3.Siti Aisah mengatakan bahawa Rosulullah saw tidak terharu olih apa dan siapa yang ade didunia ini, kecuali orang2 yang bertaqwa.

4. Amar b. Abdul Qis menangis.pada hal ia mengerjakan seribu rokaat solat sunat...hingga satu saat orang  bertanye padanye mengapa die menangis. Dia pun menjawab " Aku teringat firman Allah, bahawa Allah hanye menerima amalan orang2 yang bertaqwa."

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "orang2 yang bertaqwa di sebut Muttaqin kerana mereka meninggalkan pekara2 yang tidak bermunafaat dan menjaga diri agar tidak jatuh kepada pekara2 yang merbahayakan."

Menahan diri dari tidak melakukan sesuatu yang diharamkan Allah dinamakan "takwa fardhu." Menahan diri dari sifat berlebih2an terhadap pekara2 yang halal disebut "takwa adap" mereka yang memiliki taqwa adap akan selamat dari lamanye hisab serta malu dan sesal  dihari kiamat. Mereka yang mempunyai kedua2 nya disebut "warak kamil."

Mereka berkeupayaan mengendalikan nafsu dengan niat yang kuat serta menahan diri dari moksiat dan tidak berlebihan dari yang halal, dengan pacaindera mata, lisan, hati, perut, dan anggota yang lain.

Allah berfirman "Kami telah perintahkan orang yang diberi kitab dahulu daripada kamu, dan juga (diperintahkan) kamu ia itu hendaklah bertaqwa kepada Allah."
                       Surah an Nisaa: 4:131

Was ruj.miig