Wednesday 30 May 2018

A-Li Imraan.7. Pencabulan Janji Setia.

Bismillahhirohmanirrohim.

Catatanku untuk memahami wahyu sahaja.

75. Ada diantara ahli kitab  yang diamanahkan menyimpan sejumlah besar harta, akan dipulangkan dengan sempurna. Dan ade diantara mereka yang diamanah kan meyimpan satu dinar, mereka pun tidak  megembalikan nye kecuali selalu menuntut nye. Ini kerana mereka berdusta, mengatakan tidak menanggung dosa mengenai orang arab. (Ummi)

76.  Mereka berdosa memakan hak orang.  Sesiapa yang menyempurnakan janji dan bertaqwa, Allah mengasihi nye.

77. Orang yang mengutamakan keuntungan dunia, menolak janji Allah dan mencabul sumpah mereka, Allah akan;
- mereka tidak ade bahgian di ahirat.
- Allah tidak berkata2 dengan mereka
- Allah tidak memandang mereka diahirat
- Allah tidak membersih dosa mereka.
-mereka diazab dengan seksa yang berat.

78. Sesungguhnye ketua2 agama ahli kitab yang memutar2 dan mengubah makna kitab Taurat, dan  supaya dianggap  dari Allah, sedang mereka  mengetahunye  itu dusta dan mereka itu adalah pendusta .

79. Tidaklah patut orang yang diberi kitab agama dan hikmah serta pangkat Nabi. Tergamak mereka meminda ayat kitab kepada " hendaklah orang2 menyembah ku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah." Sepatut nye " hendaklah kamu menjadi orang rabbaniyin (yang menyembah Allah) dengan ilmu dan amal yang sempurna. Kerana kamu sentiasa mengajar  isi kitab Allah itu dan memempelajari nye ".

80. Juga tidak patut menyuruh kufur, untuk menjadi malaikat dan nabi2 sebagai tuhan2.

81. Perjanjian setia  Allah  dari Nabi2, yakni 'apa2 kitab dan hikmat yang diberi kan kepada mereka dan bila datang seorang rasul yang mengesahkan apa2 kitab pada kamu, hendaklah beriman kepada nye dan hendak lah kamu sungguh2 menolong nye. Kemudian mereka berikrar mengakui dan menerimanye. Disaksikan Allah dan mereka.

82. Sesiapa yang berpaling ingkar mereka itulah orang yang fasik.

83. Tidaklah  patut setelah berjanji, mereka mencari lain dari agama Allah. Pada hal semua mahlok dilangit dan dibumi tunduk kepada nye sama ade sukarela atau terpaksa.

84. Katakan wahai muhammad kami beriman kepada Allah dan apa yang telah diturunkan kepada kami, kepada nabi2, Ibrahim, Ismail,  Ya'qop,  Musa, Isa dan sekalian nabi2 dari Tuhan mereka dan mereka tidak dibeza2kan.

S

Nota pendik.

1. Ahli kitab ade yang amanah dan tidak amanah.
2. Berdosa memakan hak orang lain.
3. Orang yang menolak janji dan sumpah tiada rahmat Allah dan mereka diseksa.
4. Memutar dan mengubah makna ayat Allah adalah pendusta.
5. Janji setia mereka,
*membenarkan kitab terdahulu disahkan olih nabi yang datang kemudian dan beriman kepada nye.
* menolong bersungguh2 kepada nya
Mereka menginkari nye.

Sunday 27 May 2018

A-li Imraan 6. Kekufuran Ahli Kitab.

Bismillahhirrohmanirrohim.

Catatan ini hanya untuk ku memahami wahyu sahaja.

60. Perkara yang benar datang dari Tuhan mu. Jangan lah ragu2.

61. Sesiapa yang membantah mengenainye, ajak lah semua mereka  memohon kepada Allah dengan sungguh2 dan minta laknat Allah di timpa kepada mereka yang berdusta.

62. Kesah ini adalah benar. Tiada Tuhan yang lain patut disembah melainkan Allah.

63. Kalau mereka tidak menurut,
Allah Maha Tahu orang2 yang membuat kerosakan.

64. Serulah semua ahli kitab  menyembah tiada yang lain melainkan Allah.  Jangan mengambil yang lain dipuja dan untuk didewa2kan.

65. Ahli kitab dilarang bertengkar tentang Nabi Ibrahim kerana Taurat dan Injil diturunkan kemudian dari Nabi Ibrahim.

66. Jangan lah membuat bantahan, jika tidak mempunyai pengetahuan sedikit pun.

67. Nabi Ibrahim itu bukan pemeluk agama Yahudi atau Kristian tetapi dea muslim atas dasar tauhid.

68. Orang2 yg hampir dengan nabi Ibrahim  ia lah pengikut2 nye dan Nabi Muhammad serta orang yang beriman.

69. Sebilangan ahli kitab suka dan beragan2 menyesatkan orang lain, mereka akan menerima akibat buruk.

70. Wahai ahli kitab jangan lah kufur.

71. Jagan pula dicampur aduk yang benar dan yang salah.

72.  Mereka menyeru beriman sebelah pagi tetapi  kufur disebelah petang nye menjadi kafir semula..

73. Petunjuk yang benar ialah petunjuk Allah. Limpah kurnia itu pada Allah akan diberikan Nye kepada sesiapa yang dkehendaki Nye. Maha luas limpah kurnia Nya.

74. Allah menentukan pemberian rahmat Nye kepada sesiapa yang dikehendaki Nye. Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.

S.

Nota rengkas.

1. Yang datang dari Allah jangan ragu2.
2. Jangan membuat bantahan tanpa ilmu.
3. Nabi Ibrahim bukan Yahudi bukan Kristian dea Islam  Tauhid.
4. Jangan kufur
5. Allah pemberi rahmat kepada sesiapa dikehendaki nye.

Thursday 24 May 2018

A- Li 'Imraan 5. Mukjizat Nabi Isa.

Bismillahhirrohmanirrohim.

Catatan untuk memahami wahyu sahaja.

Malaikat berkata, bahawa Allah
mengurniakan Mariam seorang anak yang dinamakan Al Masih Isa Ibni Mariam tanpa bapa. Demikianlah keadaan Nye Allah, bila Dia berkehendak Dia hanye berfiman kun fayakun. Terjadilah.

49. Dia dilantik menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil diberi mukjizat;
-Burung ditempa tanah ditiup menjadi hidup dengan izin Allah.
- Menyembuh orang buta dan sopak.
- Menghidupkan semula orang yang mati
- Boleh memberi tau apa yang dimakan     dan simpan dirumah.
Itu lah,Mukjizat dari Allah sebagai tanda Nabi yang diutus Allah.

50. Nabi Isa diutuskan untuk mengesahkan kitab Taurat yang diturunkan dahulu. Menghalal kan sebahagian dari barang yang telah diharamkan . Dan datang dengan mukjizat dari Allah. Maka bertaqwa lah kepada Allah dan Rasul

51. Sesungguh nye Allah itu sebenar2nye Tuhan, olih itu beribadat lah kepada Nye.

52. Menyedari akan kekufuran yahudi, Nabi Isa mendapat  sokongan dari puak hawariun yang beriman kepada Allah.

53. Mereka berdoa dan bersaksi dan beriman kepada Allah dan RasulNya.

54. Orang yahudi merancang membunuh Isa tetapi Allah Maha Bijak  mengagalkan tipu daya mereka.

55. Allah menyelamatkan Isa dan diangkat kesisi Allah. Dan membersih akan dia, dari orang kafir.  Dan memberi keputusa ape yang mereka selisihkan.

56. Orang2 kafir akan diseksa yang amat berat didunia dan ahirat.

57. Orang yang beriman mengerjakan amal soleh akan disempurnakan pahala.

58. Itu lah perihal Nabi Isa di sampaikan kepada Nabi Muhammad.

59. Penciptaan Nabi Isa adalah same seperti penciptaan Adam yang ta perlu diragukan..

S.

Nota pendik.

1. Nabi isa dilantik menjadi Rasul diberi mukjizat.
2. Allah selamatkan Nabi Isa dari dibunuh, dia diangkat kesisi Allah.
3. Penciptaan Isa same dengan Adam.

Tuesday 22 May 2018

A-li Amraan 4. Kelahiran Mariam dan Nabi Isa.

Bismilllahhirrohmanirohim.

Catitan  untuk memahami ayat2 Allah sahaja.

30. Pada hari kiamat amalan kebaikan dan kejahatan akan dibentangkan. Mereka ingin jauh dari amalan kejahatan yang dilakukan.

31. Jika benar kamu mengasihi Allah, ikutlah Nabi Muhammad niscaya Allah mengasihi  serta mengampuni dosa2 kamu. Allah Maha Pengampun lagi pengasihi.

32. Taat lah kepada Allah dan Rosul. Jika berpaling Allah ta suka orang yang kafir.

33. Allah telah memilih keluarga  Nabi Adam, Noh, keluarga Nabi Ibrahim dan keluarga Imran melebihi segala umat.

34. Mereka satu keturunan, setengah berasal dari setengah yang lain.

35. Isteri Imran bernazar agar kandungan nye supaya akan berhidmat kepada Allah semata2.

36. Allah kurniakan anak perempuan dinamakan Mariam.

37. Mariam di didik dengan baik dan diserahkan pemerliharaan nye kepada Nabi Zakaria. Tiap kali Nabi masuk mihrab Mariam, didapati berbagai buahan luar biasa,  pemberian dari Allah.

38. Nabi Zakaria berdoa agar dikurniakan zuriat keturuan yang baik.

39. Malaikat berseru bahawa Allah akan mengurniakan  anak bernama Yahya yang akan menjadi Nabi, yang menahan diri dari berkahwin dan dia seorang soleh.

40. Walau pun Nabi Zakaria sudah tua dan isterinye mandul tetapi Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki Nya.

41. Tanda isteri megandung diberitau bahawa dia tidak boleh berkata2 tiga hari dan malam. Olih itu Berzikir, bertasbih lah pada waktu malam dan pagi.

42. Malaikat berkata wahai Mariah Allah telah mensuci mu dan memilih mu  melebihi perempuan2 seluruh dunia.

43. Mariam diminta taat kepada Tuhan dengan sujud dan ruku'.

44. Peritiwa itu adalah berita ghaib yang diwahikan kapada Muhammad, sedang dia tidak ada bersama2  tentang berbalah dan mengundi untuk masing2 memelihara Mariam.

45. Malaikat mengkhabarkan pada Marian bahawa dia akan dikurniakan anak dengan kalimat Allah, yang nama nya Isa ibni Mariam yang dimuliakan Allah.

46. Dia bolih berkata2 pada orang ramai ketika kecil dalam buaian.

47. Mariam berkata bagaimana dia mendapat anak sedang dea ta pernah disentuh lelaki. Tetapi Allah berkuasa, bila berfirman 'kun payakun' terjadi lah.

48. Allah mengajar dia ilmu menulis hukum2 aturan ugama dan juga kandungan kitab Taurat dan Injil.

S.

Nota pendik.

1. Di hari kiamat suratan takdir dibentangkan.
2. Mengasihi Allah dan Muhammad, dosa diampun.
3. Berdoa untuk mendapat anak.
4. Kelahiran Marim.
5. Kelahiran Nabi Isa.

Was.

Monday 21 May 2018

A-Amraan 3. Taqwa .Allah Penentu Pemimpin. Larangan Berkawan Kafir.

Bismillahhirrohmanirrohim.

Catitan untuk memahami wahyu sahaja.

* Yang lebih baik dari semua diinginan nafsu, iaitu wanita2, anak pinak dan harta benda adalah  TAQWA.  Mereka  di sediakan syurga2 yang mengalir sungai dibawahnye dan pasangan isteri yang suci.
Ia itu .

16. Orang yang berdoa " sesungguhnye kami telah beriman,  ampunkanlah dosa2 kami dan pelihara lah kami dari azab neraka."

17. Juga orang2 yang SABAR, orang yang BENAR PERKATAAN DAN HATI NYE . Orang yang sentiasa TAAT akan PERINTAH ALLAH . Dan orang2 yang BELANJA hartanye pada JALAN ALLAH. Dan orang yang BERISTIQFAR memohun ampun pada waktu sahur.

18. Dengan dalil2 yang diberi dan penegasan para Malaikat dan IImuan, bahawasa nye tidak ade Tuhan yang lain patut  disembah, melainkan Allah yang mentadbir Alam dengan keadilan.

19. Agama yang benar dan yang diredhoi disisi Allah ialah Islam . Orang Yahudi dan Nasrani diberi kitab dan tidak berseliseh  mengenai agama Islam kecuali kerana hasad  dengki. Allah akan menghitung nye nanti.

20. Jika mereka membantah maka berserah lah kepada Allah. Jika mereka memeluk Islam mereka memperolihi petunjuk, tetapi jika mereka berpaling  kewajipan Nabi hanye menyampaikan sahaja. Allah maha melihat tingkah laku manusia.

21. Mereka yang kufur dan ingkar ayat2 Allah dan membunuh para nabi dan penyeru agama mereka akan di siksa  tidak terperi sakitnye.

22. Rosaklah amalan mereka  didunia dan ahirat. Dan tidak ditolong.

23. Sikap orang yahudi memang pelik mereka diberi kitab taurat supaya dijadikan hakim alih2 mereka berpaling ingkar.

24. Mereka mendakwa tidak disentuh api neraka melainkan beberapa hari sahaja. Mereka telah diperdaya olih agama mereka yang diada-adakan.

25. Pada hari kiamat tiap seorang akan menerima balasan yang diusahakan nye dan mereka tidak di inaya.

26. Katakan wahai Muhammad "  wahai Tuhan yang mempunyai kuasa penerentah. Engkaulah yang memberi kuasa pemerentah kepada sesiapa yang Engkau kehendaki  dan Engkau yang mencabut kuasa pemerentah dari sesiapa yang Engkau kehendaki . Engkaulah yang memuliakan sesiapa yang Enkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkau sahajalah segala kebaikan,  sesungguhnye Engkau maha berkuasa setiap sesuatu.

27. Engkaulah yang memasukkan malam kepada siang dan siang kepada malam dan engkaulah yang menghidupkan yang mati dan yang mematikan yang hidup. Dan  Engkaulah pemberi rezeki tanpa hisab.

28. Orang2 beriman dilarang mengambil orang kafir menjadi teman rapat, dengan meninggalkan orang2 beriman. Sesiapa melakukan nye maka tiadalah mendapat perlindungan Allah, dalam sesuatu apa pun. Kecuali kamu hendak menjaga diri dari sesuatu bahaya yang ditakuti dari pehak mereka. Allah perintahkan kamu beringat2 terhadap kekuasaan diri Nye. Dan kepada Allah juga dikembalikan.

29. Katakan wahai Muhammad Allah mengetahui ape yang didalam dada atau dilahirkan, Dea maha megetahui yang berada dilangit dan yang dibumi.

S

Nota pendik.

1. Taqwa lebih bernilai dari segala harta.
2. Beriman dijamin masuk surga.
3. Syarat taqwa.
- beriman
-berdoa.
-sabar, benar, taat, belanja dijalan Allah.
-beristiqfar.
4. Allah menentukan pemimpin.
5. Dilarang berkawan rapat dengan orang kafir.

Was.

Wednesday 16 May 2018

A-li Imraan 2. Kesukaan Manusia Pada Perempuan dan Harta, Terbaik Taqwa.

Bismillahirrohmanirrohim.

Untuk ku fahami wahyu sahaja.

12. Katekan lah wahai Muhammad , didunia ini orang2 kafir di kalahkan dan di ahirat  mereka dicampak dalam neraka.

13. Ini telah dibuktikan didalam peperang antara  orang beriman dengan orang kafir,
dimane orang2 kafir melihat tentera islam lebih ramai dua kali lipat.

14. Di jadikan indah kepada manusia kesukaan nye kepada benda2 yang diingini nye iaitu perempuan2 dan anak pinak, harta benda yang banyak emas perak,  kuda peliharaan bertanda lagi terlatih, binatang ternak,  kebun2 tanaman. Semua itu adelah kesenangan hidup di dunia dan ingatlah pada sisi Allah ade tempat kembali yang sebaik2 nye.

15.  Katakan wahai muhammad  yang lebih baik dari itu ialah taqwa yang disediakan Allah beberapa syurga yang mengalir dibawah nye sungai, mereka kekal didalam nye, mereka disediakan pasangan  isteri yang suci bersih dan mendapat keredhoaan Allah.

16. Ia itu orang2 yang berdoa,  " wahai Tuhan kami sesungguh nye kami telah beriman olih itu ampunnilah dosa2 kami dan pelihara lah kami dari azab neraka.

S

Nota pendik

1. Kemenangan islam terbukti dlm peperangan.
2. Kesukaan manusia pada pempuan dan harta benda
3. Yang lebih baik afalah iman dan taqwa.
4. Berdoa untuk mendapat keampunan.

Friday 4 May 2018

Ali Imran 1. Allah Pembentuk Rupa Dalam Rahim .

1.  Alif laam minn.

2. Allah tiada  Tuhan yang di sembah melain Dia Yang Tetap Hidup  yang  kekal selama2 nye  mentadbir sekalian mahluk.

3. Allah yang menurun kan alQuran yang benar  dan mengesahkan isi kitab suci  Taurat dan Injil.

4. Dia juga menurunkan AlFurqan, membeza yang benar dan yang salah. Sesiapa yang menginkari nye mereka akan diazab  seksa yang berat,  Allah Mahakuasa Membalas pada mereka yang bersalah.

5. Sesungguhnye Allah tidak tersembunyi  dibumi dan dilangit.

6. Dia lah yang membentuk rupa kamu didalam rahim. Dia lah Tuhan yang Maha Berkuasa dan Bijaksana yang berhak disembah.

7. Dia yang menurunkan  alQuran itu
Terdiri dari:
-Ayat muhkamat. Yang tetap dan jelas maknanye. Ibu isi al Quran.
- Ayat mutashabihat. Yang samar2 maksud nye. Orang yang cenderung hati nye kesesatan mereka menurut yang samar2 ini, mencari fitnah dan mencari takwil nye (memutar maksudnye) pada hal Allah sahaja yang tahu maksud nye.
Orang beriman,  beriman kepada semua ayat diturunkan Allah.

8. Berdoa..Wahai Tuhan Kami  jangan lah Engkau memesong  hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami, dan kurnikanlah kepada kami limpah rahmat dari sisi Mu. Sesungguh nye Engkau jua Tuhan yang melimpah2 pembeian Nye.

9.  Tiada syak bahawa kiamat akan terjadi, semua mahluk akan dihimpun untuk memerima balasan.

10. Harta benda, anak pinak orang kafir, tidak akan menyelamat azab mereka sikit pon. Mereka jadi bahan bakaran sahaja.

11. Orang kafir same sepeti Firaun dan orang2 terdahulu, mendustai ayat2 Allah. Allah menyiksa mereka, disebabkan dosa2 mereka.