Monday 18 March 2013

Tip memilih seorang pemimpin

    Pemimpin itu adalah ketua. Dalam keluarga Bapa, dalam Kampong Ketua Kampong, dalam kawasan Dewan Undangan Negeri dan Kawasan Parlimen,  Wakil Raayat atau Ahli Parlimen dan Negeri adalah Menteri Besar dan  bagi  Negara adalah Perdana Menteri.
     Sebagai pemimpin mereka adalah tempat harapan raayat untuk bernaung. Mengharapkan kebijaksaan mereka dari minda yang terbaik untuk mendapatkan  perlindungan mereka dari kekuatan mereka dengan harapan raayat mendapat kesejahteraan, keamanan dan kemakmuran. Mereka inilah yang mendahului kita, merekalah akan kehadapan,menyelesai masaalah atau kemelut melanda. Kemelut yang di hadapi raayat, Kalau keretapi merekalah kepalanya menyusur landasan ke dustinasi. Kalau keluar landasan terbalik lah semua.
      Dalam AlQuran ada di sebut, pemimpin itu di pilih bukan kerana kekayaan nya tetapi pemimpin itu  di pilih kerana dua pekara ILMU YANG BANYAK DAN TUBUH YANG PERKASA.  Erti nya pemimpin itu dipilih bukan di sebabkan memiliki wang dan harta yang banyak yang boleh membeli pengundi untuk dirinya atau orang memilihnya kerana gah kekayaan atau status  kekayaannya. Yang sangat penting adalah kerana pemimpin itu diyakini dan dipercayai boleh di tumpang kebijaksanaan ilmunya yang akan memberi keuntungan dan munafaat jangka pendek dan panjang  bangsanya dan negaranya.
       Apalah gunanya kita memimilih orang bodoh Dan lemah yang akan menyusahkan kita, memiskinkan kita, merendahkan maruah bangsa, dan yang akan menghilangkan negara bangsa. Apalah gunanya kita memileh orang yang lemah, penakut, pengecut demi bangsanya. Hidupnya mengambil pemikiran selesa semuanya pakai Budi bicara. Pemimpin adalah orang yang menjadi lapik lempang, galang ganti, sanggup mengadai nyawa atas kebenaran bangsa. Tidak berganjak dengan pendirian walaupun dijanji bulan dan bintang. Kalau ditangkap dia dipenjara dulu. Kalau bercakap filsafat nya menikam kalbu. Pemimpin berhemah lagi mesra. Bukan dibuat masa nak mengundi tapi semulajadi. Bukan pemimpin pentingkan diri sendiri, projek sendiri, minta upah walaupun dah ada elaun mp. Ada integriti. Bukan hidupnya mau bermewah tapi suka raayatnya  dan bangsanya mewah.
       Pemimpin yang nak kita pilih adalah ORANGNYA , bukan pati nya. Yang nak dipilih, cakapnya, mindanya,  pembuatan nya tangung berjawabnya. Dengan itu ada yang kata pilihlah, pemimpin walaupun jahat akal nya, tajam pandangan nya, jauh renongan nya untuk masa depan bangsa  nya.Pemimpin berwibawa. 
      Pemimpin yang baik tetapi lemah, kebaikannya yang ada hanya untuk dirinya sendiri, tidak bermaana untuk bangsa nya. Itu untuk diri nya sendiri. Yang dimaui untuk kebaikan bangsanya, negaranya walaupun ia membakar diri.

Sunday 17 March 2013

Ipoh oh ipoh, bandar oh bandar

Umum nya tanah boleh di ketogerikan kepada tanah bandar dan tanah  kampong. Yang tinggal dikampong orang2 melayu. Tanah kampong nilai nya  rendah. Harga nya mengikut ekar. Me mengikut jarak pembagunan lagi jauh lagi murah ada yang rm 4000 se sj.
        Tanah  di bandar pula adalah tanah pekan. Tanah  pembagunan, skim perumahan, industri maupun perniagaan. Tanah bandar dikatakan tanah kelas satu.kerana stratiji dan nilaian nya  tinggi. Harganya ikut ukuran kaki persegi atau meter persegi. Biasanya tanah di bandar ada lah mahal. Kebanyakan orang yang tinggal di bandar2 adalah kaum cina, sedikit melayu dan india.
      Di Bandar Ipoh dari segi kediaman orang melayu sadikit bernasib baik kerana lebih kurang 12% muka buminya di diami olih orang2 melayu. Gugusan Manjoi merupakan tempat kediaman melayu terbesar. Bekas tanah lombong itu dahulu nya penempatan stinggan kemudian di sahkan. Selain nya  Rpt Cemor, Sri Kinta, Sri Murni, Tok Cendang  ,Rpt Bt 4, Bt 8 Rpt, Tg Rambutan dll. Rpt2 ini  berselerak  dengan sais tersendiri. Penempatan selainnya di bagunkan secara komesial di majukan olih orang bukan melayu dan dibeli olih orang  ber wang kerana harga nya mahal, biasanya orang2 bukan melayu.
        Sektor peniagaan perkilangan dan industri bukan tempat orang melayu di bandar2. Mereka tidak mampu memiliki nya. Tapi dimiliki olih orang asing bukan bumi. Mereka mengusai tanah kelas satu ini. Tanah nilai tinggi,  orang melayu ta akan mampu beli.  Orang melayu ta ada duit banyak untuk ini.Sebagai contuh di Bandaraya Ipoh keseluruhan tempat komesial nya tidak di miliki olih orang melayu sangat sedikit dibawah 1%. Kalau ada pun kedai kecil tesorok,  gerai makan dan kedai kedai daif tepi jalan. Tiada pusat peniagaan melayu yang boleh di banggakan.Tiada komplek yang tersergam untuk bumi. Tiada kedai comesial atau bandar melayu walaupun ada Cines Taun, dan Little India. Kedai dua tingkat harga nya berapa ?. kalau tiga tingkat harga berapa? .Sekarang 2 tingkat lebih rm 800,000, 3 tingkat lebih  rm 1juta. Kita ta boleh beli, ta ada banyak duit. Sektor peniagaan orang melayu tidak cukup perhatian dan terabai. Untuk menujudkan gulungan usahawan dan peniaga kurang, ada, dan kurang berjaya, tidak ada konglimongrat bumi yang boleh menjadi TAGAN untuk di harap  membagunkan anak bangsa.Straji kita lemah dan ta fokus beria ia.
     Bandar dan Bandaraya Ipoh  telah berkembang luas. Kawasan bandar telah melebar dari Ipoh bercantum Sg Siput, Ke Seri Iskandar. Ke Tanjung Rambutan.kalau semua dah bercantum macamana?. ini tempoh 50 tahun. Kalau 100 tahun mereka punya. Tanah nilai tinggi bukan milik kita tapi milik orang lain.
     Pendapat ini paling saya hormati "Siapa yang dapat menguasai bandar dia sebenarnya penguasa negeri" Ada banyak sebab. 1.Harga tanah bandar tinggi.2. Bandar Pusat ekonomi.3. Penduduk bandar paling padat ada banyak kuasa beli.4. Dari segi sosial boleh meujudkan  dua class taukeh dan kuli. Orang melayu bolih jadi apa?.tuan kedai tuan kilang boleh jadi apa?.siapa?. Mereka lah  pemimpin sebenar. Sebab mereka ada kuli, ada pekerja yang taat kalau ta patuh boleh jalan. Orang miskin, pekerja, terima aje perintah tuan untuk makan.
       Orang  merancang bangsa  100 tahun.kita merancang  lima tahun. Orang merancang untuk milik semua, kita merancang milik sementara. Kita berebut satu presiden( politek) mereka mencipta bayak presiden(ekonomi) kita berpecah kaum mereka besatu dalam ekonomi. Masih ada masa untuk kita menanam benih pengusaha untuk kita.kalau nak cepat pilih pokok yang subur  cepat tumbuh taruh baja dan jaga. Tanam 7 pokok jadikanlah mereka konglimongrat perak. yang terpilih bukan saja saja pilih. Pemimpin kena buat.mesti berani dan sanggup menjadi lapik lempag.

Monday 11 March 2013

Mimpi simbolik benar ada maana. 5

. Mimpi adalah sebagian dari tidur bagaimanapun mimpi boleh diketogeri kepada mimpi nyata, mimpi-mimpi simbul , mimpi tidak nyata perlu kepada tafsiran tertentu. Ada yang berpendapat mimpi benar terang dan jelas ini adalah  seperempat kewalian. Mimpi kosong atau mainan tidur seperti mimpi takut, mimpi hantu,  mimpi diburu penjahat,mimpi bertemu wanita cantik dan lain-lain mimpi ta terang,   sekejap lain sekejap lain,  mimpi bercampur aduk dsb. Itu adalah mimpi mimpi syaitan atau gangguan kesihatan atau keletihan.Di bawah ini beberapa mimpi yang boleh di tafsir sekira nya anda bermimpi seperti  ini mungkin anda akan mengalami kenyataan kemudian nya. Jika mimpi yang buruk berdoalah semuga Allah menjauhi dan melindunginya..

1.Jika anda bermimpi anda di datangi binatang buas seperti moyet, beruang hitam ada kemungkinan anda akan di ganggu mahluk ta nampak seperti jin, hantu atau iblis atau sihir menggunakan mahlok tersebut.

2. Jika anda bermimpi api atau kebakaran kemungkinan anda akan menghadapi pergaduhan keluarga atau pergaduhan puak.jika kebakaran itu besar maka besarlah pergaduhan atau perselisehan itu. Jika kebakaran itu dipadamdamkan maka perselisehan tidak akan jadi lama adalah jalan penyelesaian nya.

3. Jika anda kerap bermimpi di patuk ular atau di belit ular maka itu tandanya anda akan mendapat wanita atau kekasih. Jika ular tua kekasih anda berumur jika  ular itu cantik anda akan mendapat seorang kekasih muda lagi cantik untuk lelaki,  jika wanita yang bermimpi itu mungkin akan di pinang atau mendirikan rumah tangga.

4. Jika anda bermimpi dihinggap pacat atau   lintah menghisap darah mana mana bahagian diri anda, percayalah anda akan mendapat fitnah. Orang akan mengada- ada kan cerita memburuk buruk anda untuk maksud tertentu mereka.

5. Jika anda bermimpi air, mandi manda dalam sungai, atau berenang dalam arus   banjir dan seumpamanya anda akan mendapat ketenagan dan kesentosaan hidup dan kebahagiaan.

6. Jika anda bermimpi di pelawa makan dan anda makan seperti kenduri. Anda harus berjaga-jaga, mungkin anda akan di datangi penyakit. Jika anda mengelak jemputan atau makan itu anda terselamat dari mendapat penyakit, khas nya penyakit  yang berkaitan kuman atau wabak.

7. Jika anda bermimpi patah atau cabut gigi mungkin keluarga anda akan di timpa sakit atau meninggal dunia.

8. Jika anda bermimpi kehilangan  harta di sayangi seperti kereta dsb mungkin keluarga tersayang akan kehilangan.

9. Jika anda bermimpi harta karun atau emas atau barang antik, ada petanda anda menekmati keindahan cinta. Anda akan bahagia kembalinya cinta.

10. Jika anda bermimpi bertemu ibu atau ayah anda yang telah meninggal dunia jika anda sedang menghidap penyakit,  kemungkinan penyakit anda itu hendak sembuh.

11. Jika anda bermimpi sekumpulan orang sedang  bermesyurat dan sedang memutuskan sesuatu  pekara munkin ada keluarga atau tersayang yang sedang sakit akan meninggal dunia.

12. Jika anda bermimpi menaiki ketempat tempat tinggi seperti menaiki bukit atau  gunung atau memanjat pokok mungkin anda akan meningkat taraf kedudukan atau darjat  dalam masyarakat. Munhkin di naikan pangkat mana tau.

Wednesday 6 March 2013

Ucapan sambutan maal hijrah untuk dt.dss

Dt terima kasih, doa dan ingatan persahabatan. Zaman ini adalah zaman politek pribadi,zaman pengaruh dan zaman kebendaan. Zaman yang lebih mempercayai dusta, fitnah dari fakta. Sesiapa yang berpengaruh dan boleh menyampaikan cakap walaupun mengumpat,dusta,atau fitnah akan dihargai,  jujur iklas bukan zaman ini,SUDAH TIADA DALAM AMALAN walaupun ianya satu ajaran. Kadang kadang kelihatan baik tetapi meracun belit menyondak belakang,  tiada kemanusiaan,tiada budi,  zaman yang tidak mengenang jasa. Zaman indah itu telah berlalu, zaman ini zaman yang sukar untuk satu kepercayaan.


Pantun opah

Baik budi  hati tertawan,
Bercakap manis lemah lembut,
Baik menjaga diri mu tuan,
Takut terkena dalam lembut.

Dunia bererti sementara,
Ahirat beerti kekal,
Ikut sahaja ajaran ugama,
Agar hidup tidak menyesal.

Pujuk rayu puji pujian,
Hadiah pemberian juga umpan,
Jangan terperangkap godaan orang,
Badan binasa dengan sesalan.

Gadis melayu jari berinai,
Berbudi bahasa lagi bijak,
Bersopan santun baik perangai,
Mengikat kasih orang yang nampak,



Tuesday 5 March 2013

Hidup ini pendek sahaja kehidupan itu panjang

Kebanyakan orang, umur hayat nya tujuh puluh tahun atau yang bernasib baik lebih panjang dari itu, namun Allah lah yang  menentukan hayat sebenar umur manusia dan selayaknya.Mengikut jangka waktu usia manusia bolehlah dianggarkan kepada lima fasa.
    1.Zaman kanak2 , zaman dimana sejak kita lahir hingga ke sekolah fomal sekitar 6  tahun. Kehidupan kita masa itu sangat bergantung kepada ibu bapa atau penjaga kita dalam semua hal. Kehidupan yang kita tidak tahu apa2. Keselamatan kita, pakaian kita, makan minum kita hatta nyawa  kita pun,  semua nya di jagai mereka.Hidup yang sangat lemah. Hidup atas belas ikhsan orang lain  atas rahmat Allah.
    2. Zaman persekolahan, yak ni zaman menuntut ilmu dunia atau ahirat. Bermula sejak umur 7 tahun mungkin hingga ke 23 tahun atau lebih Alam ini juga masih alam pergantungan kepada ibu bapa, kerajaan, ajensi ajensi maupun intitusi kewangan kerana  memerlukan berbagai perbelajaan Pembelajaran. Masa ini seluruh fikiran dan jiwa ditumpukan untuk mendapat kelulusan dan kejayaan peperiksaan. Itu sahaja semua nya terbatas kerana zaman ini bukan masa bersanggang besukaria. Intruksi terpenting ketika itu adalah guru pensyarah dan pengajar  buku buku itulah dunia kita ketika itu dunia keterbatasan.
      3. Zaman keemasan. Zaman dalam lingkongan umur 25 tahun hingga 50th. Zaman telah tamat pengajian dan masuk kealam pekerjaan. Mungkin pada masa ini zaman yang bertenaga dan sedikit kenikmatan, dengan pendapatan yang ada bolehlah ke pasaraya membeli belah barang kesukaan dan yang di idamkan selama ini,membeli kereta, Rumah kediaman, melancung kesana sini, berkahwin dan bekeluarga, enjoi dengan anak-anak.
Bersukan pada yang diminati dan lain yang di idam dan diingini. Jika banyak lah pendapatanya maka makin besarlah kehendak yang diingini mereka bayaklah pula di belanjakan. Itu lah kenikmatan sementara yang di ulang ulang. Zaman emas ini ada dalam lingkongan 30 tahun, kurang lebih. Tidak lama lebih kurang 30 tahun sahaja.
    4. Zaman rawatan. Apakala usia kita telah meningkat, mencecah 50 tahun, anda perlu mengawasi kehidupan anda. Anda mungkin tidak menyedari bahawa anda telah mempunyai unsur-kelemahan-kelemahan. Zaman ini zaman untuk keklinek, ke hosptal, ke dukun, kerumah urut, kefamasi, dan kedai-kedai ubat untuk mencari penawar pelbagai penyakit. Dan ke pelbagai bagai tempat untuk mendengar pelbagai nasihat terapi untuk meningkatkan pembaikan kelesuan kesihatan. Ini lah alam penderitaan kesulitan dan munkin juga ada kebencian. Anak anak, saudara mara pun belum tentu menyayangi kita lagi.
       5.Zaman akhir hayat atau alam barzah alam yang di ajar kita alam ahirat untuk menerima segala pembalasa amalan kita baik atau buruk.
       Itu sahajalah kehidupan kita di dunia ini,  pendek sahaja. Yang berkualiti nya adalah dalam lingkungan  30 tahun, yang lain alam pergantungan semula dan mungkin juga alam orang membenci kita. Olih itu dalam kehidupan ini jangan lah berbangga diri dengan jawatan kita, kuasa sementara kita, kedudukan kita, kekayaan kita, bayak harta kita, kebijakasanaan kita, kepetahan bercakap kita, darjat dan bangsa kita, pingat dan kebesaran kita.Janganlah pandai mengumpat orang memfitnah orang tanpa bukti, mengaib orang untuk nafsu sendiri dan jangan lah membuang agama kerana nafsu tamak haloba.sesungguh nya hidup ini sengkat, tidak lama linkungan 30 tahun sahaja. Hidupkanlah kemanusiaan. Perbanyakan kebaikan dan kebajikan kerana dia sahaja akan bersama di alam abadi.

Bicara sistem minda orang high clas, .

    Kejayaan dan kemajuan bangsa sangat
berkaitan rapat dengan keupayaan  berfikir secara rasional dan memiliki ilmu yang banyak dalam urusan nya. Kerana itu Allah berfirman yang  bermaksud,' bahawa pemimpin itu dipilih bukan kerana harta dan kekayaan nya yang melimpah tetapi kerana  ilmu yang banyak dan tubuh yang perkasa.
    Ilmu yang banyak menjamin darjat dan kedudukan sesaorang. Ilmu keduniaan untuk mentabir dan mengurus dunia manakala ilmu ahirat untuk keperluan dunia dan ahirat. Olih itu orang yang mempunyai martabat ilmu yang tinggi ia akan bercakap hal hal berkaitan sistem, bukan berfikir dan bercakap pekara pekara remeh dan individu.Dia bercakap, merancang dan melaksakan  sistem ekonomi, sistem sosial perbezaan untuk penyamaan darjat dan merancang kejayaan2. Manakala orang2 berpikiran  kelas bawahan  mereka akan berfikir dan bercakap hal-hal individu, mengumpat, menghina, memfitnah, cakap kosong dan laro.makala orang yang kelas mentaliti  tinggi mereka bersikap jujur, tidak  berdusta, berkata dengan fakta, membincang soal sistem yang hendak di bagunkan, menkaji kekuatan dan kelemahan sistem yang ada, mengada kan pembaikan2 apa yang kekurangan dan sebagainya.  Memikir, merancang, melaksana pekara semasa dan masa depan yang terdekat dan yang jauh dan berpanjangan untuk Menuju kepada sistem kebaikan yang tinggi kepada masyarakat keadilan, kemanusiaan dan kebenaran nilai nilai kehidupan yang diredhoi Allah.
      Saya teringat akan kesah  rakan-rakan cina dalam persatuan menanam cili di Perak. Mereka ingin maju dalam perusahaan menanam cili besar. Asal nya cili yang ditanam tidak menjadi  rosak, sais nya dan masak nya ta sama tidak sekata. Mereka sering berbincang hal ini. Ahirnya mereka memperolih penemuan2 penting, bahawa baja, racun, dan penjagaan memainkan peranan untuk penghasilan yang baik, mereka dapat mengujudan 3 ketogeri cili, pedas, kurang pedas dan tidak pedas, untuk pilihan pengguna. Pekara yang sama juga berlaku kepada penanam togeh dimana mereka berjaya menghasilkan togeh yang gemuk dan pendek, rangup seperti saekor pacat yang kenyang.
        Begitulah contoh kecil sumbang pemikiran sistem yang dapat memberi munafaat kepada pengguna dan orang ramai.