Saturday 10 November 2018

Surah Arrahman. Nikmat Yang Benar.

Bismillahhirrohmanirrohin.

Rengkasan catatan ni sekadar memahami wahyu.

1. Allah yang Maha Pemurah serta melimpahkan rahmatNye.

2. Dia yang mengajar Al Quran.
3. Dia lah mencipta manusia.
4. Dia mencipta manusia boleh bertutur memberi dan menerima kenyataan.
5. Matahari dan bulan beredar mengikut hitungan.
6. Dan mencipta segala tumbuhan pokok kayu yang tunduk patuh.
7. Langit sebagai bumbung tinggi serta mengadakan undang keadilan.
8. Supaya tidak melampaui batas
9. Membetulkan timbangan dengan adil dan tidak mengurangkan barang yang ditimbang.

10. Bumi dijadi rata untuk kegunaan mahluk Nye.
11.terdapat berjenis pohon buahan  dan kurma.
12. Terdapat biji2an, jerami, daun dan bunga yang harum.
13.  Nikmat-nikmat tuhan yang tidak boleh didustakan.

14. Adam di cipta dari tanah liat ,
15. Jin dicipta dari lidah api.
17.Allah lah yang mentadbir dua timur dan dua barat.

19. Dia mengalirkan air laut yang masin dan tawar tidak bercantum, ade sempadan.
20. Ade penyekat pemisah antara keduanye.

21. Dari laut itu keluar mutiara dan marjan
24. Dia lah yang menguasai kapal2 belayar dilaut.

26. Segala yang ade dibumi itu akan binasa.
27. Yang kekal zat Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

29.semua mahluk dilangit dan dibumi  berhajat dan  memohon pada Nya.
31. Allah hanye mengurus hitungan dan balasan amalan sahaja.

33. Jin dan manusia tidak bolih keluar dari kawasan langit dan bumi untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Allah.
35. Jin dan manusia yang kufur akan ditimpa azab api yang menjulang2 dan leburan tembaga cair yang tidak dapat mempertahankan diri.

37.  Sungguh ngeri Ketika langit pecah belah lalu menjadi mawar merah berkilat seperti minyak.

39. Pada masa itu mereka akan ditanya tentang dosa nye.
41. Orang berdosa dapat dikenal pada tanda2 nye, diseret ke neraka.
43. Dikatakan pada mereka ini lah neraka jahanam yang selalu didustakan.
44. Mereka diseksa berulang2 antara api neraka dan air yang mengelegak panasnye.

46. Orang yang takut di hitung amal nye di mahkamah Allah,  baginye dua syurga.
48. Syurga yang ade berjenis pohon  dan buahan.
50.terdapat dua mata air yang mengalir.
52. Ade dua macam dari tiap jenis buahan itu (yang biasa dan luar biasa)
54. Mereka bersenang2 ditempat masing2 dengan berbagai kemudahan dan makanan.
56. Terdapat bidadari yang tertumpu pandangan nye dan tidak pernah disentuh sesiapa.
58. Bidadari tercantik
60. Amal yang baik dibalas baik.

62. Ada dua syurga lagi untuk membalas kebaikan gulungan ke dua.
64. Kedua2 syurganye hijau subur dengan tanaman.
66. Ade dua mata air yang  memancar berterusan.
68. Ade dusun buah2an seperti kurma dan delima
70. Ade teman2 yang cantik dan baik ahlaknye.
72. Bidadari yang tinggal tetap ditempat masing2.
74. Bidadari yang tidak pernah disentuh sesiapa.
76. Penduduk syurga bersenang lenang dengan segala kemudahan yang indah2.

77. Maka yang mana satu nikmat2 tuhan kamu  yang kamu hendak dustakan.
78. Maha suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan .

Aaminn.
Jemaat 16.11. 2018. 6.45 pg.