Friday 9 May 2014

UBAH DIRI UNTUK UBAH BANGSA


"Bahawa Allah tidak merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu mengubah nasib nye"

Membagunkan negeri supaya maju jaya secara samarata dalam waktu yang singkat bukan lah suatu kerja yang mudah, namun terdapat juga negara2 yang telah bejaya membagunkan negara mereka mengalahkan negara2 yang lebih dahulu bertemadun dari mereka. Negara2 ini dahulu kelihatan mudur dan miskin  tetapi kemudiannya  bangkit menjadi sebuah negara maju dan di segani dalam waktu yang singkat.

Soalnye siapa dan bagaimana dan apa ramuan mereka membagunkan negara  sedemikian rupa, pantas dan berjaya.

Secara umum nye dunia ni di bahagi 5 zon ekonomi yang besar.

1. Blok negara2 dijajah British lebih 100 buah negara termasuklah Malaysia.
2. Negara blok Komunis spt Rusia, Cina, Poland, Koria Utara.
3. Negara2 Islam spt Negeri2 Timor Tengah dan Asia Barat. Mereka kaya tetapi membeli senjata untuk tujuan berperang sesama sendiri.
4. Negara Ketolik  Latin Amerika, pemimpin2 nya boros dan menghimpun kekayaan pribadi hingga merugikan negara.

Ke empat2  blok negara diatas, mereka selalunye menghadapi masaalah ekonomi negara dan masaalah  defisit belanjawan.

5.Blok Negara2 Bukan Berbahasa Inggeris seperti Prancis, German, Jepun, Koria Selatan, kedudukan ekonomi mereka kukuh dan suplus.negara ini bangkit dengan pantas walaupun dulu nya mereka mundur dan ketinggalan.

Jepun berjaya membagunkan negara berasas kan falsafah kehidupan murni yang diamalkan bersungguh2,  bangkit dengan  dinamik, melalui syarikat2 spt Mitsubishi, Mitsui, Sumitomo, Dai ichi Kangyo dll. Mereka merupakan syarikat2 terbesar dunia yang memalukan syarikat2 gergasi dunia yang lain,seperti syarikat2 dari Britain dan USA, tambahan pula Jepun pernah dikalahkan didalam peperangan Dunia 11.

Mereka bangkit selepas kekalahan dengan mencari fomula pembagunan negara bangsa melalui nilai2 mulia yang dihurmati dan praktis untuk diamalikan. Mereka bangkit dengan BUSHIDO Spirit berteraskan 5 nilai, ya ni:

1.Amanah
2.Berani
3.Desiplin
4.Rajin
5.Setia.

Korea Selatan bangkit bermula tahun 1963 diketuai oleh Pm Park  Chung Hee dengan mempercayai sepotong ayat Al Quran semasa lawatan beliau ke Progrem Pembahuanan Luar Bandar Malaysia. Dia ternampak sepotong ayat Quran dan minta di terjemahkan. Ayat itu;
"Allah tidak merubah nasib satu2 kaum kecuali kaum itu merubah nya."
Dengan berbekalkan  sepotong ayat Quran " dan "Hwarang-do "  5 prinsip yang sama seperti Bushido Jepun. Mereka bangkit cepat dan bertenaga membagun negara. Prinsip itu.

1.  Amanah
2.  Berani
3.  Disepelin
4.  Rajin
5.  Setia

Di Taiwan pula mereka membagunkan negaranya dengan "Jiwa Jinsheng" ya ni sama seperti semangat Boshido , Hwarang Do. Ia itu:

1.   Amanah
2.   Berani
3.   Desepelin
4.   Rajin
5.   Setia

Untuk membagunkan Bangsa  Kita tidak memerlukan ramai orang cerdek pandai dengan ijazah berjela2, jika mereka Tidak Amanah, Penakut, Tidak Deseplin, Malas dan Penghianat Bangsa. Jenis ini tidak ade guna nye.

Melayu perlu 20,000 orang terpelajar yang Amanah, Berani, Berdeseplin , Rajin dan Setia. Yang penting kita boleh mengesan mereka yang 20,000 orang itu. Dan bila kita berjumpa mereka mereka telah membudaya teras ini dan terus mengamalkanye.

Orang2 melayu telah membaca seluruh Kitab Quran tapi tidak memunafaatkan serta tidak sepenuh mengamalkannye. Mereka belum bejaya maju seperti orang2 Korea dengan membaca sepotong ayat al quran mereka maju dan telah mendahulu kita dalam bidang ekonomi.

Dalam Quran ade 5 princep Bushido, Hwarang dan, Jhenseng itu tetapi kita ta memperdulikanya dan tidak mengamalkannye.

Kita selalu diajar supaya ada "Ilmu dan Amal" tetapi kita tidak  pula mengamalkan. Kita lebih dan mengutamakan hal2 sosial dan sosial politek dari hal2 pembagunan  ekonomi dan ummah, Maka kita tertinggal, orang lain maju diTanah Air Sendiri. Mereka berusaha memiliki kekayaan meguasai ekonomi , membesarkan kuasa dan meningkatkan darjat dengan stratiji peguasaan ekonomi rakus, pandai bermanis muka pada yang berkuasa. Mereka 'Meng-kuli' bangsa kita merendahkan martabat dan menghapuskan ketuanan, membudayakan Jhenseng untuk meguasai ekonomi. Mereka memberi amaran "Tunggu 100 tahun lagi kami kuasai ekonomi seluruhnye, kami kuasai ketuanan, Kami akan memimpin kamu"

Kita di ingat, 「Jika kamu tidak memimpin bangsa, Maka ingatlah orang lain akan jadi pemimpin kamu.」


Monday 5 May 2014

HADIS KUDSI : HARTA; PEMILIKAN DAN PELUPUSAN

Berkata Abu Hurairah r.a. Nabi saw bersabda: Allah berfirman:

"Wahai anak Adam!, Nafkahkanlah, niscaya Aku akan menambah nafkah kepadamu. Sesungguhnya tangan kanan Tuhan penuh dengan kemurahan rezeki, tidak pernah berkurang sesuatu pun dimalam hari ataupun disiangnya."

Berkata Alhasan r.a. bahawa Nabi s.a.w telah bersabda Allah telah berfirman:

"Wahai anak Adam! Habiskanlah harta simpanan mu pada jalan Ku, dan tidak usah bimbang kebakaran, atau ketengelaman, atau kecurian, nanti akan Aku berikan gantinya pada hari engkau sangat perlu kepada nya"

Berkata Ibnu Umar r.a. Bahawa Nabi s.a.w telah bersabda Allah telah berfirman:

" Wahai anak Adam! Dua hal bukan satupun urusan mu. Aku telah menentukan bagi mu sebahagian dari harta mu, ketika Aku mencabut
nyawa mu supaya Aku membersihkan mu dan mensucikan mu dengan harta itu. Dan solat hamba-hamba Ku keatas mu setelah putus ajal mu".

Penjelasan..
'Tangan kanan Tuhan.' diertikan disini kemurahan Nya dan perbendaharaan Nya yang penoh dengan rezeki dan kurnia yang diberikan Nya kepada sesiapa yang disukai Nya. Bukan lah bermaksud tangan yang di kenal manusia.Allah suci dari segala sifat manusia dan mahluk yang berjasad dan berjisim.