Tuesday 26 November 2013

SURAH AN NAHL. LEBAH. PART 6

67. Nabi muhammad akan menjadi saksi di hari kebangkitan. Al quran diturunkan untuk penjelasan setiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, berita dan rahmat bagi orang2 islam.
68. Allah menyuruh berlaku adil, membuat kebaikan serta memberi bantuan kepada kerabat dan melarang membuat keji, mungkar dan zalim. Dia mengajar peringatan ini untuk dipatuhi. Sempurnakan pesanan dan perintah Allah bila berjanji dan jangan di cabuli sumpah kamu dengan nama Allah. Jika Allah kehendaki tentulah  Dia menjadikan satu umat dalam agama Allah yang satu tetapi Allah menyesatkan dan memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Kamu akan ditanya tentang apa yang kamu kerjakan.
69. Jangan lah jadikan pesanan dan perintah Allah sebagai modal untuk mendapatkan sedikit keuntungan dunia, balasan dari Allah lebih baik. Sebenarnya apa yang ada akan lenyap. Allah tetap kekal. Allah membalas orang yang sabar dengan pahala dari apa yang mereka kerjakan.
60. Bila membaca al quran maka pohonlah perlindungan dari syitan yang direjam. Syaitan tiada mempunyai pengaruh kepada orang2 beriman yang menyerah bulat2 kepada Tuhan mereka. Syaitan hanya  berpengaruh bila mereka menjadikan dia pemimpin dan mereka syirik kepada Allah.
61. Bila Allah menukar dan mengganti ayat2 lain, mereka mengatakan Muhammad pendusta. Muhammad bukan pendusta alquran itu diturunkan olih Jibril dari Tuhan dengan cara berhekmah kepada orang2 lslam.
62. Mereka menuduh nabi di ajar olih orang2 asing bukan wahi dari Tuhan, menurunkan alquran. Orang yang tidak beriman dan mendusta alquran, mereka diazab dengan seksaan sangat sakit. Orang beriman kemudian kufur kecuali dipaksa, mereka akan menerima azab kerana mereka mengutamakan dunia dari kehidupan ahirat. Hati mereka telah termeteri dan lalai, mereka adalah orang2 yang rugi di ahirat kelak..


Friday 22 November 2013

TEMU BUAL SAYA DENGAN TOK RABUK.

S. Apa pandangan anda, menerima tanggung jawab kemsyarakatan.?
J. Hendaklah dilihat jauh selagi nampak olih fikiran dan apa yang boleh dilihat dimata hati.,melihat dekat lagi terasa dan menjamah apa yang ada. Ertinya 100 tahun ta terjangkau ilmu merencana, mata hati melihat apa yang ghaib, apa yang nampak adalah sinar yang panjang,  abad untuk bangsa walaupun kitanya tiada dan yang ta nampak hingga kealam kurbah.Yang dekat pula apa yang nampak, selagi masih ada usia, sepanjang usia yang kita rasai nya, dengan mata yang kita pandang, didengari dengan telinga dan pancaindra. Semasa kita bertugas seperti menjamah makanan pilih yang terbaik dan berhasiat untuk bagunkan bangsa dan negara, pada masa dan saat berupaya melakukan nya.

S. Pandangan tuan pada keutamaan!
J. Pandangan keutamaan adalah membentuk kewarasan, didahului kebijaksanaan dari kebodohan supaya dapat mengelak tipu daya yang nyata dan tersembunyi. Hidup ini berpasangan terbahagi dua, yang zahir dan yang tersembunyi, tanpa ilmu kita berfikir lojik semata,  tiada rasional. Itu tidak sempurna sedangkan alam telah membuktikan yang gelap  ada terang dan yang zahir ada yang tersembunyi, yang nampak dan ada yang tidak, semuanya untuk sempurna.

S. Itu hanya satu keutamaan?
J. Itu hanya pandangan keutamaan tidak akan terjadi sesuatu tanpa di laksanakan. Cerakinan adalah ilmu pisah dalam kesatuan, ibarat pokok ada tanah, ada api, ada air, ada buah, ada zat, dan ada racun, ada ubat untuk penawar, ada air penghilang dahaga, buah penghilang lapar. Ambil semua jadikan satu untuk di manfaatkan. Pokok yang rimbun buah nya banyak.

S. Belum jelas lagi tu ya!
J. Alam ada pentadbir dan pencipta yang Tunggal Lagi Bijaksana, kita hanya merancana dan memohon pada pencipta untuk melihat segala teladan yang kita jumpa. Analisa itu sebagai hujah perancangan. Ilmu kita terbatas kena cari, agar diizinkan supaya matlamat keredoaan Nya tercapai.

S. Selanjutnya bagaimana.?
J. Bukankah setiap suatu telah di takdirkan. Ditentukan masa dan tempat nya, kesudahan nya seperti rencana Agung, kerana kita ta tahu, ketiadaan ilmu yang mendapat petunjuk, semua yang kita lakukan adalah permainan dan sandiwara semata bukan yang hak seperti belum dinoda azazil ketua segala ketidak benaran. Jesteru apa ini,? lakunan dunia sahaja. Ilmu sempurna dari wahi sangat penting dituntut dan diajar tapi kita tidak mengutamakan nya. Ia telah diturunkan 1400 tahun terdahulu, kita belum perincikan lagi dan tidak lakukan seperti diberitahu, itu ilmu wahyu kena turut.
.
S. Hakikat keutamaan kita apa?
J. Yak ni kesungguhan tanpa tolak banding. Kita buat sungguh2 perintah wahyu. Bersungguh2 itu perintah juga. Bersungguh2 itu juga doa dari anggota dan akal minda dan roh jiwa kerana itu hasil kesungguhan akan mencapai puncak. Ikut jangkamasa. Mana ada yang bersungguh mencapai gagal. Bisa berjaya mengikut fokus terencana atau ikuti apa yang bisa di tetap teranugerah ketentuan Esa. Tanpa kesungguhan tiada kekuatan. Tiada kekuatan tiada maana, tiada bererti, tidak dikehendaki. Kekuatan tanpa akal juga tiada erti, tersimpulan yang membawa erti, kelemahan pribadi murni.

S. Kelemahan itu apa?
J. Kelemahan itu adalah dorongan hawa nafsu tanpa akal dan ilmu. Kebodohan, dan ketidaupayaan kita dalam kesepaduan,  bukan pecah  belah, bukan kesesatan, bukan fitnah buta tanpa fakta dan usul periksa. Bukan mainan sentimen dan pendewaan kuasa atau tamak haloba dunia, jika ni berlaku kita sedang menguasai kebodohan kayak ketidaksiuman, menderhaka dan merompak dunia, jelek, menghancur bangsa merosak ugama.
Yang membinasa tiada berguna.

S. Penyatuan  yang bagaimana terutamanya?
J. Manusia dicipta berkelumpuk tidak terbilang. Asas terbagai,  berorentasinya ekonomi kepimpinan, filsafat, wilayah, ketuhanan dan belbagainya. Kaya miskin nya, kuat lemah nya, kelumpuk usia nya dan yang lainnya,banyak, tidak terbilang ya. Semuanya berguna tidak pula mereka tidak berguna,untuk kesatuan mereka tidak perlu dijagai tapi perlu di rancana untuk saling berpadu. Ikatan kasih sayang adalah ikatan terunggul, mengelokan segala yang cacat, melebihkan segala yang kurang dan wahyu tunggal penyatuan ummah tanpa dirasuk ajaran songsang maka akan lahirlah manusia iklas, jujur, berintegriti, amanah, takuti hari pembalasan, tidak menurut hawa nafsu, teliti dalam pekerjaan dan mempertahankan yang hak yang menjadi asas menjana manusia dari dua unsur yang ada, 'nyata dan ghaib' juga.

S. Kalau gitu ada antaranya sesat.?
J. Setiap orang boleh melakuan silap. Memang ada yang tersesat tetapi ramai juga mengikuti jalan yang benar. Kalaulah sudah tiada mengikuti jalan yang benar kita tunggu sahaja kiamat hampir menjelang, jaraknya seperti rambut dibelah seribu.(agak2 sj tu )Sesiapa yang lurus di zaman ini akan menjadi kambing itam yang dinamakan jaman rasukan jin dan iblis yang ditakdir menggoda manusia supaya berpecah belah, bersenjatakan fitnah dan kecintaan dunia.  Tuhan mahu memileh siapa yang menuruti jalan yang benar dan lurus, bukan jalan duniawi, nafsu yang sementara semata2, dan itu harus di mengerti bahawa jika tiada yang jahat mana ada yang baik. Jika tiada asap mana ada api. Jika tiada pokok mana datangnya buah. Untuk dipilih seperti menampi padi yang antah disisih untuk dibuang yang beras untuk diambil untuk ditanak. Kan gitu.!!.0
S. Aku terima kasih Tok Rabuk
J. Makasih jumpa lagi

Wednesday 20 November 2013

SURAH AN NAHL LEBAH. PART 6

67.Nabi Muhammad  akan menjadi saksi umat nya di hari kebangkitan. Alquran diturunkan untuk menjelaskan setiap satu dan menjadi hidayah, petunjuk, berita dan rahmat  bagi orang islam.
68.Allah menyuruh belaku adil, membuat kebaikan, memberi bantuan kepada kaum ketabat dan melarang membuat kerja2 mungkar dan zalim. Dia mengajar peringatan ini untuk di patuhi. Sempurnakan pesanan dan perintah Allah bila berjanji dan jangan kamu cabuli sumpah kamu dengan nama Allah. Jika Allah kehendaki tentulah Dia menjadikan satu umat dalam Agama Allah yang satu, tetapi Allah sesatkan mereka atau memberi petunjuk kepada sesiapa yang di kehendakinya. Kamu akan di tanya apa yang dikerjakan.
69. Jangan lah sumpahan kamu menjadi tipudaya sesama kamu dan janganlah pesanan2 dan perintah Allah sebagai modal untuk mendapat sedikit keuntungan dunia. Balasan yang baik dari Alllah lagi lebih utama.
70. Sebenarnya apa yang ada akan hilang lenyap hanya disisi Allah tetap kekal, Allah membalas orang yang sabar dengan pahala dari apa yang mereka kerjakan.
71. Bila membaca quran mintalah perlindongan Tuhan dari hasutan syaitan yang di rejam.

Monday 18 November 2013

SURAH AN NALH. LEBAH. PART 5

57. Mereka menyembah selain dari Allah, yang tidak memberi rezeki dan tiada mendapat kuasa itu, olih itu jangan mengada kan sebandingan  dengan Allah. Perbuatan syirik itu sangat buruk.
58. Sebagai misalan dan bandingan seorang hamba yang tidak bebas, dengan yang merdeka, yang kaya, bebas berbelanja, kedua2nya ta sama.Dan misalan kedua orang yang pekak dan kelu yang tidak dapat menyatakan apa yang difikirnya dan tak dapat mendengar, dia menjadi beban kepada penjaganya, dia tidak mendatangkan satu faedah pun. Dan adakah sama dengan orang yang boleh berkata2 menyuruh orang ramai melakukan keadilan dan dia pula diatas jalan yang lurus benar.
59. Allah mengetahui segala rahsia dibumi dan langit dan hari kiamat itu berlaku sekelip mata atau lebih cepat lagi.Allah maha kuasa setiap sesuatu.
60. Allah lahirkan manusia tanpa apa pun, kemudian Dia kurniakan pendengaran, penglihatan dan hati supaya bersyukur.
62.Dan perhatikan burung terbang tiada jatuh.
63. Allah jadikan rumah untuk tempat tinggal, kulit binatang untuk khemah berteduh dan ringan utk dibawa kemana2. Berjenis2 bulu binatang  sebagai pekakas rumah dan untuk perhiasan.
64. Sebahagian yang dicipta Allah untuk berteduh dan gunung ganang untuk berlindung, pakaian melindungi panas dan sejuk dan semasa berjuang, supaya kamu menyerah diri pada Nya dan mematuhi perintahNya.
65. Wahai Muhammad!  Jika mereka masih berpaling dan engkar, engkau hanya bertanggung jawab menyampaikan perintah2 Allah dengan cara yang jelas dan nyata.
66. Orang2 kafir tergamak mengengkari perintah2 Allah, ingatlah hari kebangkitan tiap2 umat, rasul mereka akan menjadi saksi. Mereka akan di seksa keras. Dakwaan Orang2 musrik ditolak olih mahluk yang dipuja mereka, sedangkan benda2 itu menyerah diri bulat2 kepada Allah. Orang2 kapir yang menghalang jalan Allah akan di tambah azab seksa mereka kerana membuat kerosakan..


Saturday 16 November 2013

LEBAH

Dari lebah dikeluarkan madu yang menjadi ubat dan penawar berbagai penyakit.







Friday 15 November 2013

SURAH AN NALH LEBAH. PART 4

49. Semua yang ada di langit dan bumi  ada lah hakmilik Allah. KepadaNyalah kita taat dan beribadat buat selama2nya. Oleh itu janganlah takutkan yang selain dari Allah. Nikmat yang ada, adalah dari Allah dan bila dalam kesusahan manusia mohon kepada Nya, bila kesusahan dihapuskan sebahagian mereka mempersekutukan dengan tuhan mereka, mereka kufur nikmat2 dan tunggulah balasan buruk menimpa kemudian ari.
50. Segala yang ada, kepunyaan Allah dan sebahagian nya untuk keperluan manusia. Mereka akan di tanya kelak apa yang mereka ada ada kan.
51. Mereka mengatakan Allah mempunyai anak2 perempuan, sedangkan mereka menyukai anak lelaki. Bila mereka mendapat anak perempuan mereka berdukacita,  marah dan malu dan berfikir samada memelihara atau di tanam hidup2, sangat jahat mereka.
52. Mereka yang tidak beriman pada hari ahirat, sifat nya buruk. Allah sifat tertinggi Dia maha berkuasa lagi bijaksana.
53. Kezaliman Manusia jika semua mereka di hukum, kosong lah dunia tetapi mereka diberi tempoh kesuatu masa di tentukan yang saat berlakunya tidak boleh di runding lagi.
54. Mereka mengadakan dusta kepada Allah kononnya mereka memperolihi kesudahan yang baik tetapi Allah menyegerakan mereka masuk neraka.
55. Demi Allah, Rasul2 telah diutuskan sebelumnya tetapi syaitan2 telah menjadikan pemimpin2 mereka, mengelokan amal2 yang jahat dan mereka memperolihi azab yang tidak terperi.
56. Alquran diturunkan untuk menerang apa yang di selisihkan, petunjuk dan rahmat pada orang2 yang beriman dan yang menggunakan akal.
i.Allah menurunkan hujan dari langit untuk menghidupkan bumi sesudah matinya.
ii. Dari binatang boleh didapati susu yang lazat terbit dari antara hampas makanan dan darah.
iii. Dari tamar dan anggur terdapatnya minuman yang haram dan makanan dan minuman yang halal
iv.Tuhan mengilhamkan lebah membuat sarang diatas pokok di gunung dan dalam bagunan2 yang didirikan manusia, makan dari berjenis2 bunga dan buah serta turut peraturan yang tuhan ilhamkan, maka keluarlah madu yang berlainan warna yang mengandungi penawar bagi manusia dari belbagai penyakit.
v. Allah menyempurnakan umur dan ada yang di kembalikan pada usia lanjut dan hilang ingatan apa yang pernah di ketahuinya.
vi. Allah melebihkan diantara kamu dari segi rezeki tetapi mereka tidak memberi bahagian kelebihan itu kepada hamba2 supaya sama berharta tetapi mereka melakukan syirik.
vii. Diri kamu di jadikan berpasangan hingga beranak dan bercucu cicit dan dikurniakan kepada kamu benda yang baik lagi halal patutkah kufur akan nikmat Allah.


Tuesday 12 November 2013

SURAH AN NAHL (LEBAH) PART 3

29. Allah telah mengutuskan tiap2 umat seorang rasul menyeru untuk menyembah Allah dan menjauhi taaghut.Ada yang menerima hidayah dan ada yang sesat. Lihatlah kesudahan nya bagi umat2 yang mendusta rasul nya.
30. Allah tidak memberi hidayah petunjuk kapada orang2 yang berhak di sesatkan nya.
31. Mereka bersumpah dengan nama Allah bahawa mereka tidak dibangkitkan semula setelah mati. Bahkan janji Allah membangkitkan orang yang mati adalah benar. Manusia tidak mengetahui nya. Allah menghidupkan orang yang mati ada lah untuk menerangkan apa yang mereka selisihkan dan supaya mereka tahu orang2 kapir itu berdusta.
32. Sesunguhnya jika Allah kehendaki terjadinya sesuatu  hanya berkata 'kun payakun.'
33.Orang2 yang berhijrah kejalan Allah yang di dunia mereka di inaya akan di tempat kan ditempat nyang baik.Di ahirat nanti mereka mendapat pahala yang besar. Mereka sabar dan menyerah diri pada Tuhan nya.
34. Rasul di utus dan di wahikan adalah dikalangan lelaki.wahai orang musrik tanya lah kamu kepada orang2 yang mengetahui agama jika kamu tidak mengetahui.
35. Orang2 merancang kejahatan tidak merasa aman dan mereka di datang azab yang mereka tidak sedari di binasa secara mengejut atau di binasa atau harta mereka sikit demi sikit kerana Allah melimpahkan belas kasihan dan rahmat. Mereka tidak dapat melemahkan Allah.
46. Manusia diminta berfikir kejadian yang dijadikan Allah seperti bayang2 beredar kekiri dan kekanan pada pagi dan petang.
47.Semua malaikat tunduk sujud kepada Allah mereka tidak sombong dan takabur.Mereka mengerjakan apa yang di perintah.
48. Allah berfirman jangan lah kamu bertuhankan dua tuhan.Tuhan hanya satu dan kepada Aku lah saja hendak kamu gerun gementar.

Monday 11 November 2013

Ayam serama.

Ayam kecil comel ini sangat cantik.Ayam ini selalunya dipertandingkan.Harganya mahal boleh mencicah puluhan ribu ringgit, apatah lagi kalau menang tempat utama. Biasanya ayam ini di sukai kerana cantik, kecil dan pandai beraksi.Ia kelihatan unik dan mendada dan pandai berlagak. lihat photo menarik mereka ini.






SURAH AN NALH ( LEBAH ) PART 2

18. Mahluk tetap mati tiada yang kekal dan akan di bangkitkan.
19.  Tuhan yang berhak disembah ialah Allah yang Maha Esa. Orang yang tidak beriman hari ahirat adalah mereka yang sombong enkar dan takabur menentang kebenaran.  Tuhan tidak suka orang2 yang sombong dan takabur.
20.  Mereka mengatakan apa2 yang diwahyu kan kepada rosol2 itu adalah  cerita dongeng orang2 dahulu kala, dengan itu dosa mereka dan dosa menyesatkan orang lain akan di pikul pada hari kiamat. Amat buruk dosa yang mereka lakukan.
21.  Orang2 dahulu dari mereka telah merancang untuk kejahatan ini, oleh itu Allah telah memberi azab dengan kebinasaan dari arah yang mereka tidak sedari. Di ahirat, azab dan siksaan kepada orang2 kapir.
22.  Malaikat mengambil nyawa mereka dalam keadaan menginaya diri sendiri, mereka tunduk melihat azab, dan mengatakan "kami tidak melakukan kejahatan," tetapi Allah mengetahui apa yang mereka kerjakan.
23.  Mereka dimasukan kedalam neraka adalah seburuk2 tempat bagi orang yang sombung dan takabur.
24.  Orang2 yang bertakwa, apa yang di wahyu kan Allah, mereka berkata adalah "kebaikan' olih itu mereka di beri balasan yang baik, diberi surga 'Adn' yang mengalir sungai2,.Mereka memperolehi apa sahaja yang mereka kehendaki.
25. Mereka ini dicabut nyawa nya dalam keadaan bersih, suci dari kufur, syrik dan maksiat. Mereka di sambut malaikat kedalam syurga kerana amal baiknya.
26.  Orang yang tidak beriman dan kafir mereka menunggu azab tuhan bila nyawa di cabut. Allah tidak menginaya mereka tetapi merekalah yang menginaya diri sendiri.
27.Mereka ditimpa azab balasan perbuatan jahat mereka dan ejekan2 terdahulu
28.  Orang musyrik menyalahkan tuhan kerana tidak menghendaki mereka, menyembah selain Allah. Tuduhan itu dinafikan dan adalah salah, kerana rosul2 telah di utus untuk menyampaikan hukum2 Allah dengan jelas dan nyata.

Sunday 10 November 2013

KEHIDUPAN LAUT YANG CANTIK

Menikmati ciptaan Ilahi  dialam dunia






SURAH AN NAHL (LEBAH) PART 1.

1. Janji Allah telah di tetapkan oleh itu jangan minta untuk di segerakan.
2. Allah telah menurunkan wahyu melalui rasul2nya dan berfirman" Hendaklah kamu menegaskan  kepada umat manusia bahawa tiada tuhan melainkan Aku."
3. Allah mencipta langit dan bumi secara berhikmat.
4. Ia mencipta manusia dari air benih,tiba2 mereka menjadi pembantah.
5. Ia mencipta binatang ternakan untuk manusia. untuk memanaskan badan,untuk makan,dan faedah2 lain spt.untuk keindahan menarik hati pada pagi dan rehat petang dan untuk membawa barang2 kemerata2 negeri.
6. Kuda, bahal dan keldai untuk kamu tunggang dan untuk perhiasan.
7. Dan Allah menjadikan apa2 yang kamu tidak ketahui.
8. Allah telah memberi panduan ke jalan yang lurus ttp ada juga yang terpesung,jika di kehendaki Allah, tentulah menunjuki jalan yg lurus.
9. Allah telah menurunkan hujan untuk minum, untuk tumbuh2an, untuk makan ternakan dan menumbuhkan pokok zaitun,tamar, anggur dan lain2nya untuk kamu berfikir.
10. Allah memudahkan kamu dengan mencipta malam dan siang,matahari dan bulan,bintang2 untuk keperluan kamu untuk kamu faham.
11.Apa2 jua yang di jadikan Allah di bumi selainnya adalah untuk kemudahan kamu dan tanda kemurahan Allah.
12.Allah memudahkan laut utk kamu dapat makan daging lembut hidup2,benda2 perhiasan,untuk kapal belayar,dan tempat mencari rezeki supaya kamu bersyukur.
13.Allah mencipta gunung ganang untuk menetapkan kamu supaya tidak menghuyun.
14.Ia mencipta sungai serta jalan dan tanda lalulalang untuk kamu sampai matlamat dituju seperti bintang dilangit diwaktu malam.
15.Nikmat Allah Sangat banyak tidak terhitung satu persatu, Allah maha pengampun lagi maha pengasihani.
16.Allah mengetahui apa yang kamu sembunyi dan dizahirkan.
17.Mahluk yang disembah  selain Allah tidak dapat mencipta sesuatu bahkan mereka di cipta.