Monday 31 March 2014

7 WASIAT RAJA PEMERINTAH YANG BELUM DISEMPURNA SEPENUHNYE

Pada 5 ogos 1957 Raja2 Melayu telah memberi pekenan menurunkan tanda tangan persetujuan kepada pembentukan Pelembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat Tujuh Wasiat Raja2 Melayu
yang berbunyi :
" Kami wasiatkan kepada zuriat keturuan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanye selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat
sejahtera" tujuh pekara itu adalah:
Pertama.
Kami namakan dan kami panggil akan dia bumi yang kami pijak dan langit yang kami junjung     ( PERSEKUTUAN TANAH MELAYU )  sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA.
Kedua.
Kami istihar dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu istihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU hingga nisbah 50 peratus, selebihnye kamu rebutlah bersama kaum lain.
Ketiga.
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak cucu kami serta hakmilik kamu, kami tubuhkan REJEMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari  luar negara.
Keempat.
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA2 MELAYU memerintah negeri ini.
Kelima.
Kami istihar ISLAM adalah  Agama Persekutuan.
Keenam.
Kami tetapkan Bahasa Kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
Ketujuh.
Kami amanahkan dan kami pertanggung jawabkan kepada Raja2  Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN KEPENTINGAN SAH KAUM2 LAIN. kemudian ditambah kedudukan istimewa anak Negeri Sabah dan Serawak.
Apa maksud wasiat ini. Pandangan saya seperti berikut.
Wasiat 1..Malaysia ini negara asal Orang Melayu dan didiami juga olih pelbagai kaum sebagai raayat,make kenalah hidup dinegara ini dengan taat pada pemerentahan yang berdaulat.
Wasiat2.. Saya mentafsir Orang melayu adalah waris sah pemilik negara ini sekurang2 nye 75 peratus hazanah bumi ini perlu dimiliki atau di untukkan pada orang melayu. Ini yang di maksudkan olih wasiat kedua itu. "kecuali gunung ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu hingga nisbah 50 peratus " untuk dimiliki oleh orang2 melayu. 50 peratus lagi bersaing, ertinya yang ini ta ditentukan nisbahnya. Untuk keadilan kita unjurkan saja 25 peratus iaitu separuh dari kadar bersaing, jadi nisbah patut untuk warisan orang2 melayu dalam pemilikan harta tanah di Tanah Melayu.  Setiap kelulusan olih Pehak Berkuasa Negeri meluluskan tanah kerajaan yang dipohon olih kaum2 lain maka 50 peratus perlu digasetkan Rizab Melayu, 25 peratus Kepentingan Melayu, 25 peratus kaum lain yang memohon.
Dengan kata lain jika tanah kerajaan dipohon oleh Individu atau Syarikat Bukan Melayu maka 75 peratus tanahnye hendaklah di untukan kepada pemilikan orang2 melayu. Selebihnya kepada bukan melayu, namun nisbah kepentingan melayu 25 peratus itu ta lah tetap boleh jadi 45 peratus atau 10 peratus sahaja, tidak tetap. Nisbah 50 peratus yang ditentukan atau ditetapkan hendaklah di gazet sebagai rizab melayu.
Untuk penjelasan lanjut misalnye 100 ekar tanah kerajaan dipohon oleh Syarikat Bukan Melayu atau Syarikat Kongsi Melayu dan Bukan Melayu. Maka 50 ekar hendaklah di gezetkan untuk Kawasan Melayu di hak kan untuk orang melayu. 25 ekar kurang atau lebih untuk kepentingan melayu yang boleh juga digazetkan atau tidak digezetkan sebagai rizab melayu tetapi hendaklah dihakkan kepada orang2 melayu.25 ekar kurang atau lebih baki keluasan itu di untukan kepada bukan orang melayu.
Begitu lah juga pengagihan lain eset alih dan ta alih atau peluang2 ekonomi yang seharusnye berpegang kepada perinsip ini untuk kemakmuran dan pengekalan bangsa melayu diatas buminye
Wasiat.3.Penubuhan Rejemin Askar Melayu.
Wasiat.4.Kedaulatan Raja2 Melayu.
Wasiat.5.Islam Agama Persekutuan
Wasiat.6.Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan.
Wasiat.7.Kedudukan istimewa orang2 melayu.
Wasiat ni perlu dipatuhi dengan apa cara sekali pun, kalau ta dipatuhi sesunguhnye tunggulah 100 tahun lagi siapa akan pewaris  bumi yang kita junjung ini. Pantang melayu ta mengikut kata, itu derhaka. Pantang melayu tidak amanah, alamat punah ranah.
Wallahualam.Allah mencipta masa, kadho dan kadar.




Wednesday 26 March 2014

BAHAGIA ATAU CELAKA

        Manusia dicipta terdiri dari empat unsur; tanah, air, api dan angin, yang menimbulkan kekuatan kepada manusia. Tanah dan air menimbulkan kebahagian sebab kedua2 nye menimbulkan ilmu, iman dan tawadhuk dalam hati. Sebalik nye api dan angin kedua2nye penghancur dan  yang mematikan. Maha suci Allah mengumpulkan antara sesuatu yang berlawanan didalam tubuh manusia. Keterpaduan ini di sebut Kaunan Jami 'an dan 'Alaman Qubra, Allah menciptakan dengan kekuatan nya dengan sifat memaksa dan sifat lemah lembut.

          Sebagai gambaran bahawa malaikat hanya memiliki sifat halus sahaja dan iblis digambarkan sifat memaksa sahaja,mereka sombong. Manusia terjadi dari sifat terpadu maka manusia memiliki kedua sifat ini,  ade lemah lembut, sombong dan memaksa.
           Para nabi dan wali tidak terlepas dari tergelincir, namun mereka terjaga dari dosa besar setelah diangkat menjadi nabi dan wali tapi tidak dosa2 kecil.

           Syeik Syahqiq al Balhiyyi r.a. Berkata tanda bahagia itu ade 5.

1. Hati yang lunak.
2. Banyak menangis mengenang dosa.
3.Zuhud dari dosa.
4. Tidak banyak lamunan.
5. Rasa malu nya tinggi.

             Sebaliknye tanda celaka itu pula 5 juga.

1.Hati nye keras
2.Susah menangis.
3.Mencintai dunia
4. Banyak lamunan.
5.Sedikit malu nye.

             Nabi bersabda bahawa tanda bahagia itu ada empat.

1. Bila mendapat amanat ia bertindak adil.
2. Kalau berjaji ia penuhi.
3. Benar dalam bicara.
4. Berdebat tidak mencaci maki.

Dan tanda celaka ade 4.

1. Khianat dalam amanat.
2. Mengingkari janji.
3. Berbohong bila berbicara.
4. Mencaci maki bila berdebat.

          Allah berfirman dlm ayat 40 surat AsSyura.

      " Maka barangsiapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanye atas tanggungan Allah"

           Nabi bersabda " Setiap anak dilahirkan membawa fitrah Islam tetapi kedua ibu bapanye yang menjadikan Yahudi, Nasrani atau Majusi"

            Allah berfirman :
            "Barang siapa mengerjakan amal soleh maka pahalanye untuk diri nye sendiri dan barang siapa membuat kejahatan maka dosa nye atas diri nye sendiri. "

            "Pada hari ini tiap2 jiwa diberi balasan dengan apa yang diuasakannya. Tidak ada yang diragukan pada hari ini."  Al Mukmin 17.

             "Dan ketahui lah apa saja yang kamu usahakan  bagi diri mu, tentu kamu mendapat pahala di sisi  Allah." al Baqarah 110.

Was.rengsakj.



Monday 3 March 2014

MELAYU OH MELAYU KAU PERLU SISTEM TAK LAYU.

Ada bayak sebab orang2 melayu terpinggir ekonomi di dalam negara nye sendiri. Kebiasaannya Kejayaan manusia di dunia dan ahirat berasakan sistem.Sistem yang betul akan sampailah kepada matlamat nya, sebaliknya kalau sistemnya ta betul kecundanglah matlamat nya. Oleh itu tugas utama kita adalah mencari sistem kemajuan bangsa sendiri yang paling tepat  dari pelbagai sistem sebagai dos mujarab memacu bangsa yang telah dikuda hingga kini.

Asas utama kejayaan itu ialah Ilmu dan Amal. Ini prinsip yang di sarankan Islam. Ilmu didapati dari mana?. Ilmu boleh diperolihi dari berbagai sumber formal dan ta formal, yang paling berkesan ialah menuntut ilmu secara formal dalam kerangka dan sistem yang  betul. Yang ta formal biasanya tidak menyeluroh bersifat individu, minat atau berasaskan pengalaman, persahabatan dan penemuan2 tersendiri atau warisan keturunan.

Kejayaan manusia dalam ekonomi terdiri dari banyak faktor, utamanya memiliki Ilmu pengetahuan ekonomi, kemahiran, keusahawan, sikap yang dinamik, gigih, tabah, tidak putus asa, bersungguh, tidak dilalai kan olih pemikiran2 tidak bermunafaat, bersikap positif  dan berbagai faktor lagi yang boleh disenarai kan.

Jadi untuk memajukan orang2 melayu harus dilihat faktor2 ini. Jika kita melihat orang2 melayu tertinggal dalam faktor ekonomi bagi mengatasi kelemahan ini maka mereka boleh di didek dalam sistem pembelajaran fomal,  bermula dari awal remaja, sejak tingkat menengah rendah lagi. Mereka di doktrinkan dengan ilmu peniagaan dan keusawanan dan sikap2 positif dan teknik dan ilmu keusahawanan berjaya dari tokoh2 koprat dsb. Bila doktrin ini berpanjangan maka ia nya akan sebati dalam jiwa mereka, bila dah besar nanti mereka akan membuat pilehan sendiri atas bekalan ilmu yang ada.Mereka akan lebih bijak berdikari dan memileh peluang2  perniagaan yang ada. Maka jadilah jiwa mereka ' hidup ini satu perniagaan.'

Kerja membena minda, semagat  dan kejayaan memerlukan masa yang  panjang dan memakan sedikit waktu. Tidak berasaskan penggal 5 tahun -5 tahun, tetapi sepanjang masa. Sebagai contuh untuk melahirkan doktor2 melayu, kerajaan telah membena Univesiti Kebangsan Malaysia dan menujudkan Fakulti Perubatan, maka dengan adanya fakulti berkenaan maka ramailah lahirnya doktor melayu yang dahulu nya terhad dan di monopoli olih kaum lain..

Begitu jugalah orang2 melayu telah berjaya menjadi petani komuniti yang berjaya didunia kerana adanya penciptaan sistem memajukan tanah terancang seperti Felda dan Felcra. Inilah kejayaan terbaik sistem pembagunan ekonomi dan sosial orang2 melayu olih kerajaan.

Yang sangat penting dalam hal ini ialah penguraian keatas sistem pemajuan secara berkesan adalah melalui amali nya. Ilmu diikuti amali sangat penting, macamana hendak menanam sifat amali itu! wajib juga mencipta sistem pengamalian itu. Sebagai contuh disekolah teknik dan vokesnal murid diajar secara praktikal membuat sesuatu benda hingga berjaya dan boleh digunakan. Setelah tamat pengajian mereka tidak ada masaalah untuk mencari kerja. Mereka boleh bekerja sendiri dengan kemahiran yang ada.

Begitu juga jika ingin melahirkan peniaga dan usahawan melayu..satu sistem melahirkan peniaga dan usahawan melayu perlu di sistemkan dari umur remaja lagi. Mereka perlu dimaju dari segi ilmu pengetahuan dan pengalaman praktikal. Mana2 yang telah berjaya dalam perniagaan mereka didedahkan dengan peluang2 yang dapat menggerak ke peningkatan yang lebih baik.lihat cadangan saya tok rabuk blogs " 50 tuntutan orang2 melayu"

Elok kita melihat juga prinsip dasar pembagunan orang melayu. Dengan mengujudkan Kementerian khas Ekonomi Peniagaan dan Usawan Melayu, khusus untuk mempercepatakan keseimbangan perbezaan ekonomi kaum2 di Tanah Melayu. Disana kita boleh edjust sistem secara gila2, kan kita pegang semua ekses yang ada, kita ada Pegawai2 Tanah, Pegawai Keluar Lesen, Pegawai Pegang Peruntukan dll. Yang di perlukan adalah sistem yang terbaik, katakan BRIM tiap2  tahun 5 bilion, jika peruntukan itu untuk dibangunkan 1 negeri, 1bilion untuk kedai murah, rumah murah, kilang dan hotel dsb nya, berapa buah dan berapa bandar melayu dapat diujudkan.5 tahun dah ada 25 pekan atau bandar melayu dimerata2 Tanah Melayu, kira2 begitu lah. Tu sebab kita mesti kira, mesti lulus kira2, semua benda dikira baru tidak terpedaya. Saya bersetuju dengan Tun Dr Mahadir dalam sinar 3 mac 2014 muka depan. Di lapurkan seperti ruang gambar dibawah.

Budjet kerajaan harus juga merancang secara teliti melihat kekurangan dan kelemahan bangsa.  Kalau dah tahu orang2 melayu tertinggal didalam bidang ekonomi sediakan lah peruntukan tahunan untuk bagunkan sektor ekonomi  orang2 melayu. Ada kan peruntukan pegambilan balik tanah,  peruntukan
Membena kedai, gerai, komplek,  budget untuk membena bandar2 melayu. Kalau ta ada budget sebagini sukar le nak bersaing dengan harga kedai dipasaran yang sangat mahal, sebuah kedai satu juta, mana orang melayu ada duit banyak tu untuk memulakan perniagaan. Kalau kerajaan buat jika kos seunit kedai 100k kerajaan boleh jual dengan harga 200k,tentu orang2 melayu boleh berniaga dan boleh bersaing dan boleh lahirkan ramai peniaga dan usahawan melayu. Wang dari jualan kedai2 tu boleh meningkatkan pendapatan kerajaan semula. Maka bertambahlah pendapatan kerajaan dan bolehlah ditambah peruntukan pembagunan ekonomi orang2 melayu saban tahun. Itu lah sistem iklas dan sistem membagunkan orang melayu secara pantas ia perlu berkorban sebagaimana kita ada ibadat kurban. Kita jangan kira orang lain mereka dah mendahului kita biar mereka  dengan cara mereka.

Kejayaan adalah dirancang. Sistem adalah benih terbaik, cabang nye keberanian, buahnya usaha yang bersunguh2. Baja nya menghasilkan buah yang manis lagi banyak. Hasad dengki, fitnah memfitnah dan becerai berai, bukan budaya Islam. Itu racun dan hampas kejayaan. Budaya kita Cemerlang dan Terbilang

Was.