Friday 26 October 2018

Berfikir Tentang Sistem Terbaik High Class.

    Kejayaan dan kemajuan bangsa sangat
berkaitan rapat dengan keupayaan  berfikir secara rasional dan memiliki ilmu yang banyak dalam urusan nya. Kerana itu Allah berfirman yang  bermaksud,' bahawa pemimpin itu dipilih bukan kerana harta dan kekayaan nya yang melimpah tetapi kerana  ilmu yang banyak dan tubuh yang perkasa.
    Ilmu yang banyak menjamin darjat dan kedudukan sesaorang. Ilmu keduniaan untuk mentabir dan mengurus dunia manakala ilmu ahirat untuk keperluan dunia dan ahirat. Olih itu orang yang mempunyai martabat ilmu yang tinggi ia akan bercakap hal hal berkaitan sistem, bukan berfikir dan bercakap pekara pekara remeh dan individu.Dia bercakap, merancang dan melaksakan  sistem ekonomi, sistem sosial, perbezaan untuk penyamaan darjat dan merancang kejayaan2. Manakala orang2 berpikiran  kelas bawahan  mereka akan berfikir dan bercakap hal-hal individu, mengumpat, menghina, memfitnah, cakap kosong dan laro, manakala orang yang kelas mentaliti  tinggi mereka bersikap jujur, tidak  berdusta, berkata dengan fakta, membincang soal sistem yang hendak di bagunkan, menkaji kekuatan dan kelemahan sistem yang ada, mengada kan pembaikan2 apa yang kekurangan dan sebagainya.  Memikir, merancang, melaksana pekara semasa dan masa depan yang terdekat dan yang jauh dan berpanjangan untuk Menuju kepada sistem kebaikan yang tinggi kepada masyarakat untuk keadilan, kemanusiaan dan kebenaran nilai nilai kehidupan yang diredhoi Allah.
      Sebagai contuh kecil. Saya teringat akan kesah  rakan-rakan dalam persatuan menanam cili di Perak. Mereka ingin maju dalam perusahaan menanam cili besar. Asal nya cili yang ditanam tidak menjadi dan   rosak, sais nya dan masak nya ta sama atau  tidak serata. Mereka sering berbincang hal ini untuk lebih baik dan memberi munafaat kepada pasaran dan permintaan masyarakat sudah tentu untuk meningkatkan pendapatan mereka.. Ahirnya mereka memperolih penemuan2 penting, bahawa baja, racun, dan penjagaan terbaik memainkan peranan untuk penghasilan yang  terbaik, mereka dapat mengujukan 3 ketogeri cili, pedas, sederhana pedas dan tidak pedas, untuk pilihan pengguna. Dan berjaya pula menghasikan cili yang saisnye kecil, sederhana dan besar panjang. Pekara yang sama juga berlaku kepada penanam togeh dimana mereka berjaya menghasilkan togeh yang gemuk dan pendek, rangup seperti saekor pacat yang kenyang.
        Begitulah contoh kecil sumbang pemikiran sistem yang dapat memberi munafaat kepada pengguna dan orang ramai. Jika sistem ini dapat dikembangkan dalam semua hal pembagunan ekonomi olih individu atau kelompok saya rasa ia mempercepatkan kemajuan bangsa kita. Patut nye pemikiran dan perlaksaan  sistem bagini perlu di perhebatkan demi memertabatkan bangsa kita untuk lebih berjaya. Aaminn

Saturday 20 October 2018

Dilarang Memandai2, Meninggi Suara, Mencemoh, Sangkaan, Mengintip dan Mengumpat.S.Al Hujuraat.

Bismillahirrohmanirohim.

Catatan ini hanya untuk memahami firman Allah sahaja.

1. Jangan memandai2  melakukan sesuatu perkara  sebelum mendapat kebenaran Allah dan Rasul.  .

2. Jangan mengangkat suara  dan Jangan menyaringkan suara kamu semasa bercakap dengan Nabi. Larangan ini agar pahala amal2 kamu tidak terhapus.   .

3. Sesungguh nya orang2 yang merendah suara semasa berada disisi Rasul, mereka telah dibersihkan Allah hatinya untuk bertaqwa,  dan mereka berolih keampunan yang besar.  .

4. Orang yang memanggil Nabi dari luar bilik nye, mereka ta mengerti  adap. .
5. Patut nye mereka bersabar sehingga Nabi keluar menemui mereka itu lebih baik .  .

6. Wahai orang2 yang beriman  jika datang kepada kamu orang2 fasik membawa suatu berita,  selidikilah untuk menentukan kebenaran nye. Supaya kamu tidak menimpa sesuatu kaum dengan perkara2 yang tidak diingini dengan sebab kejahilan mu sehingga kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.   .

7. Bahawasanye dikalangan kamu ade Rasululah (jangan lah pendapat  kamu mendahului pentadbiran nye). Kalau dia menurut kehendak kamu dalam kebanyakan pekara tentulah kamu akan mengalami kesukaran tetapi Rasulullah tidak menurut melainkam  perkara2 yang diwahikan pada nye. Wahai orang2 yang beriman hendaklah kamu bersyukur, kerana Allah jadikan iman suatu perkara yang kamu cintai,  dan perbuatan kufur, fasik dan derhaka itu perkara yang kamu benci.  .
8. Keadaan demikian adalah limpah kurnia dan nikmat pemberian Allah.   .

9. Jika dua puak orang2 yang beriman berperang,  damaikan kedua nye. Jika satu puak berlaku zalim lawan lah sehingga ia kembali patuh perintah Allah. Jika ia mematuhi perintah Allah damaikanlah dengan adil , Allah mengasihi mereka yang  adil.   .
10. Sebenarnye orang yang beriman itu bersaudara maka damaikan mereka. Bertaqwalah kepada Allah  supaya berolih rahmat.  .

11. Orang2 beriman dilarang mencemoh  dan merendah2kan puak,  baik puak lelaki, maupun perempuan, kerana harus puak yang di cemuh itu lebih baik dari mereka. Dan jangan lah sesetengah kamu menyatakan keaiban  orang lain dan jangan pula memanggil dengan gelaran yang buruk yang boleh membawa fasik. Sebutan fasik  amatlah buruk kepada sesaorang setelah beriman. Maka hendaklah mereka bertaubat.  .

12. Orang2 beriman jauhi lah dari kebanyakan sangkaan sesungguh nye sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan jangan mengintip atau mencari2 kesalahan dan keaipan orang  dan janganlah setengah2 kamu mengumpat yang lain, ia seperti memakan daging saudaranye yang telah mati. Mengumpat perbuatan jijik , bertaqwa lah, Allah menerima taubat.

13. Sesungguh nye Allah telah mencipta kelaki dan wanita, berbangsa2 dan berpuak2 untuk berkenalan .  Sesungguh nye semulia2 kamu  adalah taqwa bukan keturunan dan bangsa. .

14. Orang A raab  berkata mereka telah beriman  tetapi Nabi melarang agar katekan sahaja  telah Islam.   .
15.  Sesungguh nye orang yang sebenar nye beriman hanyalah orang2 yang percaya kepada Allah dan Rosul nye dan mereka tidak ragu2 lagi serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah. Itulah orang yang benar iman.

16. Katekan pada orang A raab itu ta patut menyatakan "kami telah beriman" kerana Allah sahaja yang Maha Mengetahui segala yang ade dilangit dan dibumi, tiap2 sesuatu..

17. Mereka menyangka telah berbudi setelah mereka Islam tetapi jangan lah mengira keislaman itu sebagai budi kepada Nabi,  sepatut nye Allah jua lah yang hak mengenag budi mereka kerana Dea lah yang memimpin kepada iman.
18.  Sesungguh nye Allah mengetahui segala rasia langit dan bumi dan Allah maha melihat akan segala yang kamu kerjakan.

Catatan pendik.

1. Jangan memandai2 kecuali telah mendapat perintah Allah dan Rosul (hadis dan Quran)
2. Jangan meninggi dan nyaring kan suara bila bercakap dengan Nabi.
3. Tertip berhubungan dengan Nabi.
4. Selidiki berita untuk elakan berita palsu.
5. Perkataan Rosululluh datang dari wahi, jangan dahului pendapat Nabi.
6. Kalu 2 puak beriman berlawan damaikan, kalau satu beriman dan satu lagi zalim lawan sampai tunduk, kemudian damaikan dengan adil
7. Dilarang mencemoh, jangan mengaibkan orang, jangan panggil dengan gelaran yang buruk mengakibatkan fasik.
8. Jangan ada sangkaan, jangan mengintip dan jangan mengumpat orang, perbuatan itu jijik .
9. Pencipataan berbagai  jenis  manusia dan bangsa dan keturunan adelah untuk berkenalan bukan untuk bermegah2. Orang yang mulia; kerana taqwa nya bukan bangsa nye.
10. Jangan sebut " kami telah beriman"  sebut lah  "orang  Islam "Allah sahaja yang tahu orang yang beriman.
11. Beriman maksud nye orang yang percaya Allah dan Rosul tanpa ragu2 dan berjuang dengan harta benda dan jiwa kejalan Allah.
12. Allah maha mengetahui segala rasia langit dan bumi.

Was.