Thursday 21 September 2017

SYAHID

Mati syahid adalah satu kelebihan yang diingini olih setiap muslim, bepegang janji Allah, mati sebagai petanda baik, berkesudahan hasanul khotimah.

Mati shahid bukan sahaja mati berperang kejalan Allah tetapi juga mereka yang mati sebagini:

1. Perang kejalan Allah hingga mati syahid di medan pertempuran merupakan kedudukan syhaid paling tinggi.
2. Orang yang mati ditimpa wabak taun.
3. Merereka yang mati akibat penyakit dalam perut.
4. Orang yang mati lemas.
5. Orang yang mati ditimpa/dihempap runtuhan, terhimpit.
6. Mati dalam keadaan nifas, selepas beranak.
7. Orang yang mati terbakar.
8. Mati kerana hamil.
9. Mati kerana ketumbuhan.

Dari Abi Hurairah ,Sabda nabi SAW  "Orang syahid itu ade lima gulungan:
1. Orang mati kerana wabak taun.
2.  Mati kerana sakit dalam perut.
3. Orang yang mati lemas.
4. Orang yg nati ditimpa runtuhan.
5. Orang yg mati di jalan Allah."

Safwan b Umayyah juga menyatakan mereka syahid itu adalah:

1. Orang yang mati kerana wabak taun.
2. Sakit perut.
3 . Mati lemas.
4. Mati dalam keadaan nifas.

Dari Abdullah b Abdullah b Jabr. Sabda nabi saw: "...mereka yang mati terbunuh kejalan Allah adalah syahid. Mereka yang mati sakit perut adalah syahid, mereka yang mati terbakar adalah syahid, mereka yang mati dihempap runtuhan adalah syahid, mereka yang mati kerana ketumbuhan juga adalah syahid, wanita yang mati kerana kehamilan juga adalah syahid."