Thursday 3 September 2015

Bersama Dengan Orang Yang DiCintai

At Tabrani melapurkan dari Saidatina Aisyah r.a. seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata "Wahai  Rasulullah aku mencintai Tuan lebih dari diri ku sendiri. Tuan juga lebih aku cintai dari anak aku. Pada ketika aku berada dirumah aku teringat kepada Tuan dan aku tidak dapat menahan diri sehingga aku datang dan melihat Tuan. Sekiranye aku teringat kematian aku dan kematian Tuan, aku tahu Tuan pasti masuk syurga dan diangkat bersama para nabi sedangkan sekiranya aku masyuk  syurga, aku takut tidak dapat bertemu dengan tuan."

Rasullulah s.a.w tidak menjawab sedikit pun pernyataan lelaki itu sehingga malaikat Jibrail a.s turun dengan ayat ini.

"Sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul Nya, mereka ini bersama sama orang yang dianugerahi nekmat oleh Allah ia itu nabi-nabi ,orang yang jujur, orang yang mati syahid, dan orang yang soleh." (Surah An Nisaak ayat 69)

Kemudian  Rasulullah saw memanggil dan menyampaikan ayat ini kepada lelaki itu.

Dalam lapuran lain Imam Bukhari dan Muslim merekod kan hadis dari Anas, Seorang lelaki bertanya Rasulullah saw " Bilakah berlakunye hari kiamat?."

"Apakah yang kamu lakukan bagi menghadapi kiamat,?" Baginda bertanya kembali kepada lelaki itu.

"Aku tidak mempersiapkan apa-apa pun kecuali cinta kepada Allah dan RasulNye."

"Kamu akan bersama-sama dengan orang  yang kamu cintai". Jawab Rasullulah.

Dalam rekod Imam Al Bukhari tercatat seorang lelaki yang hidup di gurun pasir datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata " Wahai Rasulullah bilakah berlakunye hari kiamat?."

"Apa yang kamu persiapkan bagi menghadapi hari kiamat?" Baginda sekali gus bertanya.

"Aku tidak mempersiapkan apa-apa kecuali rasa cinta kepada Allah dan Rasul Nya.

"Kamu akan bersama-same dengan orang yang kamu cintai."

Mendengar jawapan Rasulullah s a.w itu para sahabat bertanya " Apakah kami juga seperti itu?."

"Ya," jawab Rasulullah s.a.w .

Anas berkata, "Pada hari itu, kami berasakan kebahagiaan yang besar. Tidak pernah kami rasai kebahagian melebihi kebahagiaan mendengar jawapan Rasulullah itu."

Menurut Imam  Abu Daud, Abi Zar berkata, "Wahai Rasulullah seorang lelaki mencintai satu kaum. Namun, dia tidak nampu melakukan amalan yang dilakuan oleh kaum itu".

"Wahai Abi Zar, kamu akan bersame-same dengan orang kamu cintai," jawab Rasulullah s.a.w.

"Sungguh, aku mencintai Allah dan Rasul Nya," kata Abi Zar.

"Kamu akan bersame-sama dengan orang yang kamu cintai". tegas Rasulullah.

ShR mam.

Sunday 16 August 2015

Surah Al Baqorah 3.

Allah menjelaskan apa2 yang diselisihkan oleh ahli kitab tentang: Makan yang diharam, iman dan kebajikan.Ayat 172 hingga 177 intisari surah ini seperti berikut:

A.  Orang yang beriman hendaklah memakan benda2 yang baik lagi (halal). Allah hanye mengharamkan memakan;
1. Bangkai dan darah.
2. Daging babi
3. Binatang2 yang disembelih bukan kerana Allah.

Bagaimanapun sesiapa terpaksa (memakan kerana dharurat) sedang ia tidak mengingini nya, tidak pula melampaui batas maka tidaklah berdosa.

B. Allah juga menjelaskan bahawa pekara kebajikan itu bukan hanya menghadap kan muka kamu ketimor dan  kebarat tetapi kebajikan itu adalah:

1. Beriman kepada Allah.
2. Beriman Hari Ahirat.
3. Sekelian Malaikat.
4. Segala kitab.
5. Sekalian Nabi.
6. Menderma sesaorang dari harta yang disayanginye kepada kaum kerabat, anak2 yatim orang2 miskin orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang2 yang meminta.
7. Merdekan hamba abdi.
8. Mengerjakan sembahyang( solat).
9. Mengeluarkan zakat.
10. Menyempurnakan janji bila berjanji.
11. Ketabahan orang2 yang sabar dalam masa kesempitan,  kesakitan dan dalam peperangan sabil.

Orang2 inilah yang benar  beriman dan mengerjakan kebajikan dan mereka itulah orang2 bertaqwa.

Was.

Thursday 13 August 2015

Surah Al Baqorah 2.

Intisari surat ini, dari ayat 75 hingga ayat 90.rengkasanya seperti di bawah ini.

Orang2 Yahudi adalah orang2 yang keras hati, mereka suka mengubah dan memutar2 kan maksud kitab Taurat yang diturunkan melalui Nabi Musa. Mereka adalah orang2 yang munafik, didalam Taurat ade diterangkan bahawa Nabi Muhammad Nabi terakhir dengan menyatakan sifat2 nye dengan jelas tetapi mereka merobah kalam Allah  dan membohongi pengikut2 nye.

Allah telah mengikat perjanjian setia dengan Bani Israil tetapi mereka mengengkari dan menceroboh perjanjian perjanjian ini,yakni:

1.Jangan menyembah selain Allah.
2. Berbuat baik kepada dua ibu bapa dan kaum kerabat anak yatim dan orang2 miskin.
3. Ucapkan kata2 kepada sesama manusia perkataan2 yang baik.
4. Dirikan  solat.
5. Keluarkan zakat.
6. Jangan menumpahkan darah sesama sendiri.
7. Jangan usir mengusir sesama sendiri dari kampong masing2.

Sejahat2 pekara adalah membeli kesenagan diri sendiri dengan mengengkari al Quran.

Was.

Monday 10 August 2015

Surah Al Baqorah (1)

Rengkasan intisari dibawah ini adalah  ayat 2, hingga ayat 27 surah Al Baqorah.

Al Quran diturunkan sebagai petunjuk kepada orang-orang yang hendak bertaqwa yaitu orang-orang yang beriman kepada:

1. Beriman kepada yang ghaib.
2. Mengerjakan sembahyang (solat).
3. Membelanja menderma sebahagian rezeki yang diperolehi nya.
4. Beriman kepada kitab-kitab.
5. Yakin ade nye hari ahirat.

Manusia diseru Allah beribadat kepada Nye supaya menjadi orang2 yang bertakwa. MengEsakanNya dan tidak menyengutukan Nya dengan apa2 jua pun. Kerana Allah pencipta langit dan bumi dan memberi rezeki kepada mahlok2 nye.

Al Quran ini diturunkan oleh Allah tanpa syak dan ragu2 benar nye dan tidak akan boleh dibuat oleh manusia.

Orang2 beriman bertaqwa dan beramal soleh masuk syurga yang kekal dengan pelbagai nekmat,

Orang2 fasik dan kafir, kufur, yang mencabut perjanjian Tuhan Allah,(seperti yang ditetapkan dlm kitab2)  membuat kerosakan dan bencana dimuka bumi adalah orang2 yang rugi.

Was.

Tuesday 30 June 2015

MUSLIM YANG SEMPURNA.

Allah berfiman:

"Orang yang berharap ingin bertemu dengan Tuhannye hendaklah melaksanakan amal soleh dan tidak boleh menyengutukan apapun dalam beribadat kepada  Tuhannye " (Al Khafi: 110)

Rasul s.a.w bersabda:
" Muslim yang sempurna adalah manusia yang lain selamat dari tangan nye dan lidahnye serta menjaga lidahnye dari kata2 yang tidak berguna."

Sabda Nabi s.a.w:
" Selamatnye seorang manusia bergantung pada pengendalian lidahnye. Dan celakanye manusia juga bergantung pada lidahnye. Juga menjaga dua mate nye dari khianat dan melihat yang di haramkan serta menjaga dua kakinye dan telinganya."

Sabda Nabi s.a.w:
"Dua mata suka berzina, dari zina anggota badan ini akan menimbulkan manusia yang  buruk seperti rupa orang habsyi dan akan bagun pada hari kiamat dan disaksikan dihadapan Allah; dan mengambil teman2nye serta di seksa didalam neraka."

Sabda Nabi s.a.w:
"Kemashuran dan angan2 yang mengarah kepadanye itu merbahaya: sedangkan tidak ingin mencintai kemasyhuran dan segala sesuatu yang mengarah kepadanye adalah kesenangan."

Sabda Nabi s.a.w:
"Sombong dan ujub merosakan iman"

Sabda Nabi s.a.w:
"Mengumpat itu lebih besar dosanye dari berzina"

Sabda Nabi s.a.w:
"Hasad itu menghancurkan kebaikan seperti halnye api menghancurkan kayu bakar".

Sabda Nabi  s.a.w:
"Fitnah itu sesuatu yang tertidur, Allah akan melaknati orang yang membagunkan nye."

Sabda Nabi s.a.w:
"Orang yang kikir tidak akan masuk syurga walau pun ia ahli ibadat".

Sabda Nabi s.a.w:
"Riya adalah syirik khafi, menyengutukan Nye adalah kufur".

Sabda Nabi s.a.w:
"Tidak masuk syurga orang yang mengumpat".

Jika ia bertaubat dan menjaga diri maka akan masuklah pada firman Allah:
"Dan orang2 yang menahan diri dari hawa nafsunye, make sesungguhnye syurga lah tempat tinggal nye.( An Nazi'at 40-41.)

Firman Allah:
" Sesungguhnye Beruntung lah orang2 yang beriman, ia itu orang2 yang khusyuk dalam solatnye dan orang2 yang menjauhkan diri dari  (perbuatan dan perkataan) yang tidak berguna....dst" ( mu'minun:1-3).

Was.sasaq.

Thursday 25 June 2015

HADIS KUDSI : MENGINGATi ALLAH .

Berkata Ibnu Abbas r.a bahawasanya Nabi s.a.w telah bersabda Allah berfirman :

"Wahai anak Adam! Jika engkau ingat kepada Ku, Aku juga tetap ingat kepada mu. Dan jika engkau lupa kepada Ku, Aku masih ingat terus kepada mu. Apabila engkau taat kepada Ku, maka pergilah kemana2 saja yang engkau suka, di tempat engkau mematuhi Ku dan Aku mematuhi mu, dan engkau mengiklaskan kecintaan mu kepada Ku, dan Aku mengikhlaskan kecintaan Ku kepadamu, kemudian engkau memaling diri daripada Ku, sedang Aku tetap  mengambil berat terhadap  mu. Siapakah yang memberi mu makan sewaktu engkau masih janin dalam perut ibu mu. Aku tetap menguruskan segala keperluan mu dengan baik, hingga terlaksana semua takdir Ku terhadap mu. Apabila Aku lahirkan engkau kealam dunia lalu engkau pun banyak membuat maksiat. Bukan begini sewajarnye balasan mu terhadap siapa yang berbúat baik kepada mu."

Hadis182.was

Thursday 21 May 2015

TAKWA AMALAN YANG DIPERINTAH ALLAH


Takwa diberi maksud membersih diri dari perbuatan dosa yang belum dilakukan sehingga timbul niat yang kuat untuk tidak mengerjakan nye. Sebaliknye meninggalkan ia kerana niat merupakan sekatan antara manusia  dengan maksiat.

Dalam al Quran takwa mengandungi 3 pengertian:

1.Takut kepada Allah sahaja.
2. Patuh dan tunduk dan taat dan tidak membantah, sentiasa mengingati Nye, mensyukuri nikmat Nye dan tidak kufur kepada Allah.
3. Membersih diri dari segala dosa, takut melanggar perintah Allah dan menjaga diri  dari terdedah azab Allah. Khas nye membersih diri dari musyrik, bidaah dan maksiat dan menjauhi segala yang halal secara berlebih2an. Jadi ia bererti menjauhi segala sesuatu yang dapat mendatangkan mudhorat bagi agama.

Dalam Alquran orang2 yang bertaqwa dijanjikan pahala besar dan akan mendapat:

1. Mendapat pujian Allah.
2. Perlindungan dari musuh.
3. Pertolongan Allah.
4. Diberi keselamatan dan rezeki yang halal.
5. Kebaikan beramal.
6. Mendapat Keampunan Allah.
7. Mendapat cinta Allah.
8. Amal yang diterima.
9. Kemuliaan dan kehormatan.
10. Khabar gembira dunia dan ahirat.
11. Terhindar dari neraka.
12. Kekal dalam syurga.

Ulama2 lain pula berpendapat:

1."Orang mati tidak akan membawa sesuatu pun dalam kubur kecuali taqwa dan amal soleh. Barang siapa mengenal Allah tetapi tidak bertaqwa dia termasuk orang2 celaka.. kemuliaan hanye untuk orang2 yang bertaqwa."

2. Banyak mane pun kita beribadat agar Allah menerima amalan kita " "Sedangkan Allah Azza wa Jalla hanye menerima ibadat oranag2 yang bertaqwa"

3.Siti Aisah mengatakan bahawa Rosulullah saw tidak terharu olih apa dan siapa yang ade didunia ini, kecuali orang2 yang bertaqwa.

4. Amar b. Abdul Qis menangis.pada hal ia mengerjakan seribu rokaat solat sunat...hingga satu saat orang  bertanye padanye mengapa die menangis. Dia pun menjawab " Aku teringat firman Allah, bahawa Allah hanye menerima amalan orang2 yang bertaqwa."

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "orang2 yang bertaqwa di sebut Muttaqin kerana mereka meninggalkan pekara2 yang tidak bermunafaat dan menjaga diri agar tidak jatuh kepada pekara2 yang merbahayakan."

Menahan diri dari tidak melakukan sesuatu yang diharamkan Allah dinamakan "takwa fardhu." Menahan diri dari sifat berlebih2an terhadap pekara2 yang halal disebut "takwa adap" mereka yang memiliki taqwa adap akan selamat dari lamanye hisab serta malu dan sesal  dihari kiamat. Mereka yang mempunyai kedua2 nya disebut "warak kamil."

Mereka berkeupayaan mengendalikan nafsu dengan niat yang kuat serta menahan diri dari moksiat dan tidak berlebihan dari yang halal, dengan pacaindera mata, lisan, hati, perut, dan anggota yang lain.

Allah berfirman "Kami telah perintahkan orang yang diberi kitab dahulu daripada kamu, dan juga (diperintahkan) kamu ia itu hendaklah bertaqwa kepada Allah."
                       Surah an Nisaa: 4:131

Was ruj.miig

Sunday 5 April 2015

Goods Servise Tax. GST.

Ramai yang perkatakan tentang gst. Macam2 gubahan diterjemahkan mengikut pengalaman mereka masing2. Ade yang menterjemahkan secara serious, ade melucah, ade jenaka, ade sindiran, dan sebagai nye.
Chontuh : Gadis Suka Tokwan. Geng Satu Taman. Gomoi Sampai Tido. Gulungan Suka Tua. Geng Solat Tahajud. Gulungan Susah Tertindas. Gosok Sampai Tegang dan lain lagi

Apa pon yang mereka perkatakan adalah berkaitan dengan kanaikan harga barangan yang menyentuh dan menjejas kuasa beli pengguna, khas nye gulungan berpendapatan rendah. Walau pun ade  dilaporkan bahawa gst melibatkan senarai 1. Barangan bercukai dan 2. Barangan tidak bercukai, hakikatnye harga barangan naik sebelum di kenakan cukai lagi, apa tah lagi bila gst berkuat kuasa 1 April lalu seolah-olah mereka dikenakan cukai dua kali, ya ni cukai terpendam, cukai lama dan cukai gst. Maka memang terasa bahang kenaikan harga barang2 pengguna  luar biasa dan menyeluruh itu.

Masaalah nye ta semua orang tahu atau ambil tahu mengenai senarai yang ta di cukai dan di cukai itu. Senarai itu tiada didalam Ingatan pengguna pun, mereka ta kan hafal senarai semua tu. Kita beli sahaja. Tut tut dalam bil baru sedar jumlah dibayar telah bertambah. Kita beli rm100 terlihatlah bertambah rm 6.00 di kenakan gst.

Pekedai2 juga ta faham atau buat2 ta faham gst ni ,semua pekedai nak kenakan gst  6 peratus. Semua kedai,  walaupun kedai mereka ta  berdaftar gst, pun keluar resit gst sendiri masuk poket sendiri. Kenakan 6% cukai. Siapa tahu, siapa pandai gst, kalau pandai boleh le semak dan komplain pengenaan cukai itu . Kalau ta tahu diam dan bersungut sendirian, kita membeli barang2an tiap2 hari, tiap2 minggu, dan bulan. Bayangkan setiap barang yang dicukai belian untuk setahun.???.banyak tu.tambah pula nilai ringgit telah jatuh maka bertambah kecillah kuasa beli yang ade.

Yang paling penting difahami di Malaysia bahawa ade  salah satu dari tiga eleman ini, harga barangan pasti naik.

1. Bila gaji baharu di setujui naik oleh kerajaan walaupun kenaikan gaji itu kecil dan sedikit sahaja, pasti harga barang menaik.

2. Bila harga  minyak naik walaupun satu sen harga barang tetap naik, tetapi walaupun harga minyak jatuh harga barang tidak turut turun.

3. Bila percukaian baru dikenakan pasti harga barang2 naik. Macam gst ini. Baru lulus gst tetapi harga barangan telah naik.

Ini lah realiti kenaikan harga barang pengguna Malaysia. Oleh itu kita patut tahu juga bahawa Malaysia adalah plural sosaity. Sektor ekonominye masih lagi berasaskan kaum.

Siapa pengilang dan siapa punya kilang?, siapa pengedar ? siapa pula peruncit ?. Siapa pulun ekonomi kita ?. Dari sekecil sampai sebeso2 perniagaan siapa punye???

Mereka ade ajenda 100 tahun.200th 500th, dan menjejaki setahun kesetahun. Kalau ekonomi dan suasana ekonomi menyebabkan raayat menderita mereka akan menjadi agenda besar dan peluang untuk pengaruhi raayat, maka mereka menjadi penting dan mendapat sokongan suara raayat untuk mengganti kerajaan yang dianggap menyusahkan raayat. Mereka ingin menguasai ini semau-nye, bila pulau2 telah tertawan, bandar2 telah dibaham, maka jadi maharaja lah mereka ditempat berharga. Tiap2 hari mereka, mencari kunci untuk  menguasai bumi. Naik kan itu naikan ini. Kenakan itu kenakan ini.

Nasib kita di gengam orang .

Monday 23 March 2015

Cemburule sikit.

Orng melayu memang ade sifat cemburu.cemburu orang melayu lebih rapat dengan hal sosial khas nye hubungan jantina. Namun cemburu sebagini pun, lame kelamaan  terhakis kerana sistem sosial kita telah diwarnai permodenan bukan kampongan lagi , tempat kerja, pergaulan , kedudukan strata sosial,  telah berubah, menghakis sikit demi sikit sikap demikian.

Sikap cemburu dari segi ekonomi orang2 melayu sangat tipis.kehidupan selesa, sikap memadai puashati dan segan lembab menjadi dokongan. Cemburu jenis terbaik kurang ade. Sangat kurang bersikap persaingan, berlumba2an,  untuk mendahului untuk  keutamaan, mencari  kelebihan dari orang lain, bimbang akan ketinggalan,  kuatir  kehidupan tidak setaraf dengan orang2 berjaya, bimbang akan kehidupan dikuasai orang, bimbang ekonomi dikuasai orang, bimbang harta dan tempat tinggal diambil orang, bimbang akan diteraju orang, bimbang akan dikuli orang . Cemburu ini sangat lemah dikalangan kita.

Cemburu dan mencemburui positif perlu di pupuk untuk anak bangsa berbangga, meguasai ekonomi, ilmu pengetahuan, kemahiran, supaya orang lain tidak menguasai kita,mengumpat kita; mereka ramai2 mengata kita, orang melayu orang yang bodoh,  orang yang lemah,  orang yang miskin, orang yang malas,orang yang ta perlu dihurmati.
Walaupun kita sakit hati kita ta mencemburui nya, kita selesa,  kita tidak pula menyusun stratigi mengatasi nye. Kita leka seleka2 nye.
Tidak berkira, sekali digerak sekali terjaga, balik tidor, balik dikejut balik terjaga gitu le.dah lame..

Cemburu orang melayu perlu dihidupkan agar bangsa melayu dicemburui.

Wednesday 18 March 2015

100 Sunah Nabi s.a.w Dalam Kehidupan.

1.    Tidur dalam keadaan berwuduk.
2 .    Baca surah Iklas, Alfatihah dan An- nas sebelum tidur.
3.     Takbir dan tasbih ketika nak tidur.
4.     Berdoa ketika terbagun tidur waktu malam.
5.     Berdoa ketika bagun tidor.
6.     Berkumor dan hisab air dalam hidung dengan satu cedukan sebelah tangan.
7.     Berwuduk sebelum mandi.
8.     Membaca doa selepas woduk.
9.     Jimat menggunakan air.
10.   Selepas wuduk solat sunat dua rokaat.
11.   Menjawab seruan azan.
12.   Banyak bersyugi.
13.   Kemasjid awal.
14.   Kemasjid berjalan kaki.
15.   Hadir sembahyang dengan tenang.
16.   Berdoa masuk dan keluar masjid.
17.   Sembahyang berhadangan.
18.   Duduk atas dua tumit yang didirikan ketika duduk antara dua sujud.
19.   Duduk atas lantai dengan mendirikan kaki kanan ketika duduk tahyat akhir.
20.   Banyakkan berdoa setelah tahayat ahir dan sebelum memberi salam.
21.   Melakukan solat sunat rawatib.  
22.   Solat sunat dhuha.
23.   Qiamulai.
24.   Solat Witir.
25.   Solat dengan beralas kaki.
26.   Solat di Masjid Quba'.
27.   Solat sunat di rumah.
28.   Solat Istikharah.
29.   Duduk di tempat solat subuh hingga terbit matahari.
30.   Mandi hari Jumaat.
31.   Hadir awal untuk solat Jumaat.
32.   Mencari masa mustajab doa hari Jumaat.
33.   Pergi dan balik dari solat hari raya dengan jalan yang berbeza.
34.   Solat jenazah.
35.   Ziarah kubur2.
36.   Shahur untuk berpuasa.
37.   Segera berbuka puasa.
38.   Menghidupkan Romadhan.
39.   Beriktikaf pada bulan Romadhan.
40.   Puasa sunat enam hari dalam bulan shawal.
41.   Puasa sunat 3 hari setiap bulan.
42.   Puasa hari Arafah.
43.   Puasa hari Asyura.
44.   Pilih seorang ketua musafir.
45.   Takbir ketika melalui tanah tinggi dan bertasbih menuruni tanah rendah.
46.   Berdoa ketika singgah di sesuatu tempat.
47.   Terlebih dahulu kemasjid bila balik dari musafir.
48.   Berdoa ketika memakai baju baru.
49.   Mulai dengan kaki kanan apabila menyarung alas kaki.
50.   Membaca Bismilah hirroman nirrohim. Ketika makan.
51.   Ucapkan Alhamdulillah selepas makan.
52.   Minum dalam keadaan duduk.
53.   Berkumor dengan susu.
54.   Tidak mencela makanan.
55.   Makan dengan tiga jari dan menjilat jari setelah selesai.
56.   Minum dan berubat dengan air zam-zam.
57.   Bersarapan terlebih dahulu sebelum pergi solat hari Raya Fitri.
58.   Banyak membaca alQuran.
59.   Membaca alQuran dengan suara yang lunak.
60.   Zikir kepada Allah setiap ketika.
61.   Bertasbih.
62.   Mendoakan orang yang bersin.
63.   Doa untuk pesakit.
64.   Meletakkan tangan pada tempat sakit dan berdoa.
65.   Berdoa ketika mendengar ayam berkokok.
66.   Berdoa ketika hujan turun.
67.   Berzikir ketika masuk rumah.
68.   Berzikir ketika dalam majlis.
69.   Berdoa ketika masuk tandas.
70.   Berdoa ketika angin bertiup.
71.   Berdoa untuk muslimin yang tidak bersama.
72.   Berdoa ketika di timpa musibah.
73.   Menyebarkan salam.
74.   Menuntut ilmu.
75.   Minta izin 3 kali sebelum diterima masuk.
76.   Tahnik mulut anak yang baru lahir.
77.   Akikah anak.
78.   Singkap bahagian badan  agar kena hujan.
79.   Melawat pesakit.
80.   Senyum.
81.   Ziarah menziarahi kerana Allah.
82.   Menyatai cinta bila mencintai sesaorang.
83.   Tutup mulut bila menguap.
84.   Bersangka baik terhadap manusia.
85.   Membantu keluarga dalam kerja rumah.
86.   Sunah fitrah.
87.   Menjaga anak yatim.
88.   Menjauhi marah.
89.   Menangis kerana takut Allah.
90.   Bersadakah jariah.
91.   Membina masjid.
92.   Tolerensi ketika berjual beli.
93.   Menghilang ganguan jalan.
94.   Sadakah.
95.   Banyak melakukan amal soleh pada 10 zulhijjah.
96.   Membunuh cicak.
97.   Larangan bercerita dari semua cerita yang didengari.
98.   Memberi nafkah keluarga.
99.   Lari lari anak ketika tawaf.
100. Beramal soleh berterusan walaupun sedikit.

AGAR MENELADANI RASULULLAH.

   

    

Wednesday 4 March 2015

SASARAN BERIBADAH INDIVIDU

SASARAN IBADAT SELAGI HIDUP.
(SISH)

Untuk kehidupan didunia biasa nye kita mempunyai pelan perancangan bagi membagunkan kemudahan raayat, pembagunan fizikal, material dan lainnya. Namun jarang2 ade pelan sasaran beribadat individu, untuk mencapai kebahagian ahirat  dirangka. Untuk mencapai alfalah kita beribadat  mengikut kemampuan " Sasaran Ibadat Selagi Hidup" (SISH)" disaran seperti berikut.

1. SOLAT.

a. Menunaikan solat wajib lima kali sehari sebaik sahaja masuk waktu ditetapkan.

b. Menunaikan solat sunat sekurang2nye solat sunat dibawah ini
i.  Solat sunat Tahajut tiap2 malam.
ii. Solat sunat  Dhuha setiap hari.
iii.Solat sunat Rawatip setiap hari.
iv.Solat sunat Taubat tiap2 hari.
v. Solat sunat witir.1xsehari.
v. Solat sunat Tasbih  1xmgu
vi.Solat sunat Tilawatulmasjid.perlu.
vi.Solat sunat Hari Raya Puasa.1xth.
vii.solat sunat Hari Raya Haji.1xth.

c. Mengqadho solat2 tertinggal. Sekurang2nye 1 kali setiap waktu setiap hari.

d. Solat Jumaat seminggu sekali.

2.PUASA.

i. Berpuasa penoh di bulan Romadhan ii. Mengkadho puasa  tertinggal setiap    .    selang sehari,
iii. Berpuasa sunat sekurang2nye  seminggu sekali dan bersedakah pada fakir miskin bila2 waktu.

3.AL QURAN

a. Membaca AlQuran dan memahami isi kandungan nya tiap2 hari sekurang2nye 5 ms.

b. Membaca surah2 pendik al Quran.

i.    Surah Ahad    10x sehari.
ii.   Surah AnNas 10x sehari.
iii.  Surah Al kafiru     5x  skrg2 sehari.
iv.  Surah Al Falaq      5x  skrg2 sehari.
v.   Ayat Kursyi            5x  skrg2 sehari.
vi.  Ayat Seribu Dinar 5x  sehari.
vii. Surah Alkausar     5x  skrg sehari.
viii.Surah Yasin selang sehari.

4. HADIS.

i. Mencari, membaca,menghayati dan mengumpul hadis2 nabi sekurangnye satu hadis setiap hari.

5. BUKU DAN KITAB ILMU

i. Membaca buku dan kitab ilmu sekurang2nye satu ms sehari. Sekurangnye 1 buku kitab sebulan.

6. BERTASBIH

a. Bertasbih

i.   Subhanallah         500x sehari.
ii.  Alhamdulillah       500x sehari.
iii. Allahuakbar           500x sehari.
iv. Lailahaillullah      3000x sehari.

b. Budaya Pengucapan.

i. Assalammuakaikom.  setiap x perjumpa  pertama.
ii. Laquatailla bilah.  Setiap x     .           berhadapan dengan musibah atau perlakuan baik atau buruk.
iii. Anguzubillahiminasyaitonirojim. Bila memula kerja.
iv. Bismillahirrohmanirohim.Bila memulai  kerja.

7.SIRATURRAHIM

i. Menghubungi ibu bapa, sanak saudara, sahabat handai, 3 hari sekali.

8.ZAKAT,  FITRAH, SADAKAH.

a.Keluarkan zakat harta, fitrah dan wang simpanan, setahun sekali.bila cukup nisab nye.

b. Sadakahkan wang ringgit dan harta benda untuk keperluan orang ramai selayaknye dan kepada orang2 yang memerlukannye sebagai amal jariah.

c. Sadakah pahala dari bacaan alQuran kepada semua roh yang telah meninggal dunia. Roh ibu bapa, saudara mara, walialah, muslimin muslimat dan roh jin2 islam.

9. DOA.

a. Mohon kepada Allah keampunan setiap pagi dan petang, selepas solat fardu dan solat sunat. Berdoa pada waktu2 mustajap.

b. Mohon dilindungi segala marabahaya wabak bala dan bencana.

c. Mohon dilindungi dari azab api neraka dan azab kubur.

d. Mohon  rahmat Allah agar di tempatkan dalam surga.

e. Mohon dipanjangkan umur dan diberi kesihatan  yang baik zahir dan batin dan tubuh yang perkasa.

f. Mohon di murahkan rezeki dari yang halal.

g. Mohon anak2 dan isteri2 berjaya dalam kehidupan dan agar mendapat anak2 dan isteri2 menyukan hati.

h. Mohon agar Allah melindungi kita dari bisikan, gangguan hasutan, tayangan jelmaan2 khurapat, syaitan dan iblis.

I. Mohon kesudahan hidup mendapat    hasanaul khotimah bukan suul khotimah.

J.lain2 doa yg sesi

Berdoa kepada Allah setiap masa, pagi,petang dan malam. Waktu2 dimakburkan doa, dalam masjid hari jumaat,waktu subuh, hari hujan, depan Kaabah. Di bulan Romadhan  khasnya pada malam lailatul qadar.

Doa yang mustajab adalah doa dari orang2 yang mengiklaskan diri, orang2 yang terinaya, doa ibu bapa,  doa yang bersungguh2 didalam hati kepada Allah. Ta kira tempat dan waktu sebab Allah maha mendengar. Maha mengasihani Maha Mengkabulkan Doa dan Maha Hampir dengan manusia lebih dekat dari leher sendiri.

Wednesday 25 February 2015

TEMU BUAL SAYA DENGAN TOK RABUK.

Saya.T.

Assalamualaikum.

Tok, saya di mengerti bahawa kita terkandung dibawah dua alam ya'ni alam dunia dan alam ahirat. Boleh Tok jelaskan secara rengkas ya.

Tok Rabok.J.

Waalaikumusalam warahmatullahiwabarokatuh.

Untuk memulai ini harus mesti memahami makna atau erti yang  jelas, agar arah dituju tiada tersasar, kerna kehidupan mendiami bumi  harus dimengerti apa itu dunia?, hakikat dunia dan penciptaan nya?. Agar kita tidak tersembunyi dari memahami, bahawa  dunia ini bermaksud sementara ia tidak kekal, semuanya akan mati, binasa kehancuran, dan akan bertukar jisim kepada habus dan ke asal, yang dinamakan tanah.

Dan ahirat itu alam, dalam pengetahuan megatakan bahawa tempat yang dizahirkan nanti adalah suatu alam yang kekal dan abadi. Disana alam nya dibahagi dua , ya ni alam keseksaan dan alam kebahagian. Pilehan tempat disana atas apa amalan2 yang dilakuan, dan yang diusahakan ketika hayat didunia, khususnye pengabdian kepada yang Maha Esa. Di alam ini tiada kematian lagi. Disini Alam balasan segala amalan, ketempat baik atau buruk.
Itu sahaja.

Saya.T.

Tok jadi hidup kita dua kali.

Tok Rabuk.J.

Ya  hidup kita dua kali dan ketiadaan kita juga dua kali, maksud nye sebelum kita dilahirkan didunia kita tiada,(mati), kemudian kita dilahirkan, kita hidup didunia, kemudian kita di tiadakan ya'ni mati, dan dihidupkan semula di alam ahirat. Benar bahawa setiap sesuatu dijanjikan pencipta berpasangan. Yang Tunggal hanyalah Allah yang Maha Berkuasa.

Saya. T.

Sesak nafas saya mendengar keterangan Tok seringkas itu, jesteru apa seharusnya untuk memileki kehidupan kebahagian.

Tok Rabuk.J.

Orang bijaksana akan memileh jalan kehidupan untuk alam kebahagian kekal abadi ya'ni jalan  yang di tunjuk kesana. Jalan yang di tunjuk Tuhan dalam Quran dan jalan yang menteladani para Nabi dan para Rasul. Itu lah jalan mencapai kebahagian dunia dan ahirat.

Saya. T.

Itu saja Tok.

Tok Rabuk.J.

Untuk mencapai Alam kebahagaian kekal  bukan mudah. Memang ade 7 jalan, jalan yang banyak untuk sampai kesana, tetapi ramai  yang sesat juga. Banyak halangan dan rentangan untuk ditentang, banyak musuh2 yang sentiasa menghasut, ya'ni Syaitan Iblis dan nafsu. Yang mungkin menyamar diri dalam manusia, ilmu pengetahuan, fikiran, atau kewibawaan, pengaruh atau dalam bentuk baru maujud yang sangat halus bentuk nye seperti ciptaan2 melalaikan.

Saya. T.

Secara pintasnye apa asas untuk sampai keAlam Kebahagian Kekal itu Tok.

Tok Rabuk.J.

Yang di maksudkan Alam kebahagian kekal itu adelah syurga, yang dikatakan berlapis2  yang akan didiami mengikut darjat dari amalan2 baik dan benar manusia didunia. Tempat yang sangat indah, yang tidak dapat digambarkan dalam fantasi, pun tiada  bandingan dan umpama keindahan dunia ini.

Asas nye untuk kesana adalah taat kepada Rukun Iman dan Rukun Islam dan fardhu kifayah, kerana hanya Agama Islam sahaja Agama yang diredhoi Allah tidak agama lain selain nya.

Rukun iman itu adalah asas kepercayaan yang ghaib. Ade Nye Tuhan tapi tidak dapat dilihat dengan mata di alam ini. Ya'ni kepercayaan dan syahadah kepada Allah yang tunggal tidak beranak  dan tidak diperanakan dan tidak ade sesuatu menyerupai dan sebanding dengan Nye. 

Mempercayai kitab al Quran dan isi kandungan nya. Juga lain2 kitab yang di turunkan Allah melalui Nabi dan Rasul2Nye. Mempercayai  Malaikat, para Rosul, Nabi2 dan para Aulia. Percaya akan  hari kiamat, hari malapetaka dunia yaitu hari bertemu Allah, hari amalan di oudit tanpa ketinggalan kecil maupun besar. Hari yang menentukan hisab untuk ke syurga bahagia atau neraka celaka. Dan percaya akan adenye syurga dan neraka dan Kadho dan Qadar Allah,  Ya' ni ketetapan2 Allah mengikut aturan2 yang ditentukan Nya.

Islam hanyalah agama yg diredhoi Allah, jesteru Rukun Islam perlu diketahu dan diamali. Yang utama hendaklah mengucap dua kalimah syahadah. Lailahaillullah Muhamadulrosulullah. Bersolat lima waktu sehari semalam. Dengan khusuk dan tawadhuk, merendah diri. Berpuasa di bulan Romadhan. Menunaikan zakat bila cukup nisab dan membayar fitrah dan nenunaikan Haji keMekah sekali dalam seumur hidup. Semua rukun ini wajib di buat dan ditunaikan selagi kita hidup. Itulah asas kehidupan orang2 islam dan ajaran Islam.

Saya.T.

Ya Tok apakah dengan kita mengamalkan semua rukun ini kita akan mendapat tempat bahagia itu.

Tok Rabuk.J.

Tempat kebahagian bukan jaminan kita, tempat kebahagian kepunyaan Allah. Hamba meneladani perentah Nabi dan Rasul berharap mendapat rahmat Allah. Kita hanye diminta melakukan ketaatan. Manusia di cipta adalah untuk menyembah Tuhan yang mencipta kita. Yang penting kita diminta untuk menyembahNye dan bembuat apa yang disuruh dan tidak melakukan apa yang ditegah. Keupayaan kita menyekat dari melakukan yang haram, ditegah Islam dan melakukan peribadatan dengan iklas kepada Tuhan untuk diri dan masyarakat, kita mempercayai bahawa kebahagian kita ade di alam kekal dan abadi.

Saya. T.

Tok kita perlu mendalami ajaran2 Islam  yang sebenarnye. Untuk mencapai hakikat itu.

Tok rabuk. J.

Benar mencari ilmu itu sangat dituntut dalam Islam, sepanjang hayat dikandung badan. Kerana ia akan menentukan yang hak dan batil.Benar atau salah. Oleh kerana hayat kita pendek dan  ilmu itu sangat luas, maka kita sangat lemah untuk melakukan semua itu, kerana itu kita berdosa dan manusia diminta untuk bertaubat, menyesal diri ketidak mampuan melaksakan semua tangungjawab, diserahkan kepada kita dimuka bumi. Sementara itu manusia selalu terdorong nafsu dan hasutan iblis, melakukan pekara2 terlarang. Taubat terbaik, taubat bersungguh2 bagai mencabut akar tunjang agar tidak kembali tumbuh.

Tapi apa yang Tok nak sampaikan adalah bahawa kebahagian hidup didunia dan ahirat adalah pada kuasa Ilahi. Kehendak Ilahi, pilihan Ilahi. Atas Rahmat Allah.

Hidup dan kehidupan kita akan di uji. Allah mencipta setiap benda di alam ini untuk menguji kita, siapa berjaya diuji maka bahagialah mereka di dua alam ini. Kita hanya mengharap rahmat Tuhan untuk berbahagia, di tempat yang baik dan berkesudahan dengan hasanul khotimah. Kita kena selalu berbuat baik kerana semua ajaran dan perintah Tuhan untuk membentuk manusia menjadi baik, berahlak mulia, berperikemanusian, berkeadilan. Jika pun kita kuat beribadat (fardhu),  tetapi masih ta terbentuk nya, ahlak dan perangai manusia menjadi  baik, bermakna amalan kita tidak mendapat keredhoanNye, malah jauh dari rahmatnye. Sebagai contuh mana mungkin walaupun kita kuat beribadat  tetapi kita jugalah kuat mengumpat, memfitnah, ujub, riak, sombung,menipu, mencuri, minum arak, berjudi, tidak berintegreti, membiarkan masyarakat miskin, buruk perangai, hisap dadah, melepak membuang masa, tidak membagun dan menjaga kepentingan ekonomi  masyarakat, dan sahsiah dengan baik, yang ahirnye  martabat mulia Islam dan  umat  Islam punah, maka  ibadat kita belum sampai mendapat keredoaan Allah, dan hidup kebahagian di ahirat belum dipastikan dan beserahlah kepada rahmat Allah.

Saya. .

Ruang yang terhad  tidak dapat mencakup persoalan  semua hari ini Tok.  Saya ucapkan terima kasih pada Tok kerana sudi bersama pada kali ini.

Tok Rabuk.

Terima kasih kembali. Jumpa lagi.Mualaikommusalam

Monday 9 February 2015

AKU SAYANG KAMU (LAGU)

Oo oo oo
Kawan2 ku
Mari bergembira.

Aku sayang kamu,
Kamu sayang aku,
Aku suka kamu,
Kamu suka aku,

Mari kita, jalan2,
Mari kita, sembang2 sama2

Aku sayang kamu,
Kamu sayang aku,
Aku sayang kamu,
Kamu sayang aku,

Mari kita, jalan2,
Cari makan  same2

Aku sayang kamu,
Aku suka kamu,
Kamu sayang aku,
Kamu suka Aku,
Mari kita, jalan2  tempat indah
hibur hati

Aku sayang kamu,
Kamu sayang aku,
Mari kita, sukaria,
Pergi pesta sama2,

Aku sayang kamu,
Kamu sayang aku,
Mari kita,
Pergi pantai mandi manda
Bergumbira sama2.

Aku sayang kamu,
Aku cinta kamu,
Kamu sayang aku,
Kamu cinta aku,
Mari kita,
Tunai janji
Pada Rabbi sama2

Same2
Sama2
Sama3

Monday 19 January 2015

HADIS TERUNGGUL.

Dari Syedina Khalid b. Alwalid r.a berkata. ." Telah datang seorang Arab Baduwi kepada Rasulullah SAW dan dia mengatakan tujuan nya."

"Wahai Rasullullah kedatangan ku hendak bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diri ku di dunia dan ahirat."

Rasulullah berkata kepada nye:
"Tanyelah apa yang engkau kehendaki:"

Arab Baduwi itu berkata:
"Aku mahu menjadi orang alim:
Baginda menjawab:
"Takutlah kepada Allah swt"

Dia bertanye lagi.
"Aku mahu menjadi orang yang paling kaya"
Rasulullah menjawab.
"Jadilah orang yang yakin pada diri"

Bertanye lagi Arab Baduwi itu;
"Aku mahu menjadi orang yang adil"
Lalu dijawab Rasulullah;
" Kasihanlah manusia lain seperti engkau kasihkan pada diri"

Dia bertanye;
"Aku mahu menjadi orang yang paling baik"
Baginda menjawab;
"Jadilah orang orang yang berguna kepada masyatakat."

Dia bertanye lagi.
"Aku mahu menjadi orang yang istimewa disisi Allah"
Dan dijawab oleh Rasulullah;
"Banyakan zikirullah."

Arab Baduwi itu bertanye lagi;
Aku mahu sempurnakan iman ku
Baginda menjawab;
"Perelukkan ahlak mu."

Dia bertanye lagi;
"Aku mahu termasuk orang2 yang muhsini.  (baik)
Baginda menjawab;
"Beribadatlah kepada Allah seolah2 engkau melihatNye dan jika engkau tidak merasa begitu sekurang2nye engkau yakin Dia tetap melihat engkau."

Arab Baduwi tu bertanye lagi;
"Aku mahu termasuk dalam gulungan yang taat."
Lalu jawab Baginda;
"Tunaikan segala kewajipan yang  di fardukan"

Dia bertanye lagi;
"Aku mahu  berjumpa dalam keadaan bersih daripada dosa"
Rasulullah menjawab;
"Bersihkan diri mu dari nasjis dosa"

Dia terus bertanye lagi;
"Aku mahu dihimpunkan pada hari kiamat dibawah cahaya."
Baginda menjawab;
"Jangan menzalimi  sasaorang"

Dia bertanye lagi;
"Aku mahu di kasihi Allah pada hari kiamat"
Baginda berkata;
"Kasihanilah diri mu dan kasihanilah orang lain"

Dia bertanye lagi;
"Aku mahu menghapuskan dosa ku"
Baginda menjawa;
"Banyakan beristigfar"

Dia berkata;
"Bagaimana pula aku mahu menjadi semulia2 manusia"
Lalu baginda menjawab;
"Jangan mensyaki sesuatu pekara pada orakng lain."

Dia bertanye lagi;
"Aku mahu menjadi segagah2 manusia"
Baginda menjawab;
"Sentiasa menyerah diri (tawakkal) ke
Pada Allah."

Dia bertanye lagi;
"Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah"
Baginda menjawab;
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih. (daripada hadas)"

Dia bertanye;
"Aku mahu termasuk dalam gulungan
yang dikasihi Allah dan Rasulnye"
Baginda menjawab;
"Cintailah segala  yang disukai Allah dan Rasul Nye."

Dia bertanye ;
"Aku mahu diselamatkan dari kemungkaran Allah pada hari kiamat"
Baginda menjawab;
"Jangan marah pada orang lain"

Dia bertanye lagi kepada Rosulullah;
"Aku mahu diterima segala permohonan ku"
Baginda menjawab;
"Jauhi makan yang haram"

Dia bertanye lagi;
"Aku mahu Allah menutup segala keaiban ku pada hari kiamat"
Baginda menjawab ;
"Tutuplah keburukan orang lain"

Dia bertanye;
"Siapa yang terselamat dari dosa"
Rasulullah menjawab;
"Orang yang sentiasa mengalir airmata penyesalan, mereka tunduk pada kehendakNye dan mereka yang di timpa kesakitan"

Dia terus bertanye;
"Apakah sebesar2 kebaikan disisi Allah"
Baginda menjawab;
"Elok budi pekerti rendah diri dan sabar dengan ujian bala"

Apakah sebesar2 kejahatan disisi Allah;
Baginda menjawab;
"Buruk akhlak dan sedikit ketaatan."

Dia bertanye lagi;
"Apa kah yang meredakan kemurkaan Allah didunia dan ahirat"
Baginda menjawab;
Sadakah dalam keadaan sembunyi (tidak di ketahui) dan menghubungkan kasih sayang."

Dia bertanye lagi;
"Apa yang memadamkan api neraka pada hari kiamat"
Baginda menjawab;
"Sabar didunia dengan bala dan musibah"

Dan berkata lmam mustaqfirin " Aku tidak pernah menemui hadis sebagini lengkap merangkumi kesempurnaan agama dan kehidupan selain hadis ini."
Muga2 ianye memberi munafaat kepada kita semua.

Was.

Thursday 8 January 2015

BALA.

Rasullullah bersabda. Apabila umat ku melakukan 15 pekara maka halal bagi Allah menurunkan bala.

1. Apabila harta rampasan perang diagihkan kepada orang tertentu sahaja.
2. Apabila wang zakat dikeluarkan kerana menebus kesalahan
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milek sendiri
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak menderhaka ibu bapa.
6. Apabila sesaorang itu lebih memuliakan teman dari ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran lebih banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai membicarakan hal2 keduniaan dalam masjid.
9. Apabila pemimpin sesuatu kaum dihina olih kaumnye sendiri.
10. Apabila memuliakan orang lain kerana takutkan ancaman yang akan diambil keatasnye.
11. Apabila Arak menjadi minuman biasa dalam majlis
12.Apabila ramai lelaki memakai sutra.
13. Apabila wanita dijemput kedalam majlis menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita bermain alat muzik.
15. Apabila orang terkemudian menghina orang yang terdahulu.