Wednesday 27 February 2013

Bantuan raayat berpendapatan terendah.(BRT)

     Allah telah mencipta manusia dengan lapisan- lapisan masyarakat untuk tujuan memewahan dunia. Dengan  adanya  kelumpukan lapisan sosial  ini ianya menjadi penting supaya mereka saling bantu membantu dan perlu memerlukan antara mereka. Ada kaya ada berpendapatan sederhana,  ada miskin ada sangat susah kehidupan nya. Ada pemimpin ada di pimpin ada sehat ada yang di timpa penyakit, berbagai lagi kelumpuk dan lapisan masyarakat di dunia ini dicipta Allah  dari berbagai bagai asas samaada asas ekonomi, sosial, politek pendidikan dan kesihatan. Semuanya untuk kemakmuran dan kepentingan masyarakat itu sendiri.
       Pelbagai  usaha dan kaedah untuk membantu masyarakat termiskin telah diadakan.Di malaysia, khas nya di Perak terdapat beberapa jabatan yang memainkan peranan utama untuk membantu gulungan termiskin ini iaitu Jabatan kebajikan Masyarakat.Majlis Agama Islam melalui progrem Baitulmal terlibat secara langsung membantu gulungan ini. Perak Amanjaya melalui Yayasan Bena Upaya (YBU), Jabatan Pertanian, Mara dll ajensi dan jabatan telah memainkan peranan mereka untuk mengurangkan miskin tegar ini.
     Terbaru adalah br1m.dimana semua laipisan masyrakat yang berpendapatan rm3000 akan mendapat bantuan rm 500. Gulungan bujang dan penuntut turut mendapat voucer rm250.pemberian sekali gus ini sesuatu yang akan menyukakan dan mengembirakan mereka   buat sementara tetapi bukan berterusan.
         Issu yang penting perlu dilihat dari pandangan exucative adalah pemberi bantuan kepada mereka yang sangat memerlukan untuk jangka masa ditentukan. Garis kemiskinan luar bandar ditetapkan rm440 seisi keluarga mukin boleh ditambah kepada rm 550 diluar bandar dan di bandar besar rm 720 atau boleh ditambah kepada rm1000.Garis kemiskinan ini akan bergerak megikut keadaan dan inflasi negara, mengikut masa dan ketika dan ia bukan statik
         Issu mengenal pasti gulungan termiskin ini penting. Ia memerlukan siasatan terperinci menentukan taraf ekonomi sebenar keluarga tersebut dan memerluan jumlah pegawai penyisat terlatih dan mencukupi. Sasaran untuk gulungan layak sahaja akan mendapat faedah bantuan bulanan kerajaan , perlu disempadankan dan di teliti secara halus bukan sewenangan di berikan kepada semua walaupun tidak mencukupi syarat kelayakan. Dengan itu  adalah dicadangkan bahawa Jabatan Perangkaan Negara mejadi penting untuk pekara ini. 1.Semakan kadar bantuan kir negara.untuk menentukan  kadar bayaran minima kir semasa.
2 bancian menentukan senarai mereka yang layak menerima bantuan kerajaan seluruh negara.
     Saya simpulkan dalam keadaan semasa dan sementara ini, bantuan tunai sebanyak rm400 sebulan sangat berpatutan pada satu keluarga termiskin di luar bandar dan rm700 sebulan di bandar besar adalah berpatutan bagi menyambung keperluan hidup harian mereka.Bantuan ini sebagai tambahan kapada apa2 pendapatan yang mereka ada. Kadar ini boleh di nisbahkan secara  minima  jika kita ke kedai makan untuk sarapan pagi rm3 makan tengahari rm4 minum petang rm 3 dan makan malam rm 4.berjumlah rm14 sehari, untuk sebulan rm 420. Tidak termasuk lain lain keperluan yang akan mereka tanggung sendiri.
      Penambahbaikan untuk bantuan gulungan ini penting untuk kesejahteraan raayat dan kesetabilan negara dan mengelakan gulungan ini menjadi sasaran  dan ekplotasi orang2 tertentu.

Kunci meraih kekayaan meteri

Kekayaan harta benda dan wang ringgit itu sebenar nya adalah anugerah Allah kepada sesiapa yang hendak di uji keimanan nya di dunia ni. Manusia hanya berusaha untuk memperolihi nya Allah lah yang menentukannya . Firman nya baik wanita maupun  lelaki,  akan memperolihi mengikut kadar apa yang diusahakan nya.

       Sebagai manusia kita mencari ketetapan Tuhan untuk mendapatkan sesuatu itu lah yang dinamakan kadaq dan kadar Allah. Banyak jalan di cipta Allah  untuk mendapat atau mencapai sesuatu ketetapan dan ketentuan2 nya.Untuk mendapatkan kekayaan di dunia ini pasti ada ketetapan-ketetapan Nya.secara umumnya ketetapan2 itu.
       1.nampak duit.
       2.berusaha gigih dengan fikiran tajam   
           lagi bijaksana                            
       3.buat kebaikan dan kebajikan
       4. Dengan Ilmu dan pengalaman
       5. Berdoa kepada Allah yang di hajati.
1. Apa yang di maksudkan dengan nampak duit yakni dapat melihat keuntungan yang jelas dalam kiraan atau congakan nya.Dia nampak duit itu  dalam minda nya.Nampak berapa bayak untung nya. Dan berapa banyak duit boleh didapatinya, dari penglibatan nya dalam aktiviti ekonomi yang nak diceburinya.
Cho. Seorang pemuda cina bermain saham pada ketika itu boom time. Apa-apa belian saham dari apa-apa syarikat  akan untung. Katanya " u tak tadah kah duit dari langit sekarang macam hujan turun tadah sahaja". Mana ada duit tu saya mencelah. "Tak lah duit kertas tu turun dari langit, maksud i, macam ni u beli apa2 saham sekarang kalau banyak u laburkan,  besarlah  untungnya u dapat" . Saya lihat dia nampak duit. Dalam hati  berkata patut lah Mereka hidup kaya raya.
2. Kalau kita nampak wang  pun tetapi kita tidak berusaha gigih untuk mendapatkan nya ia tidak bererti sama sekali. Ia mestilah berusaha bersungguh-sungguh dan tidak putus asa. Antaranya Luaskan kenalan. Semua peringkat bawah hingga ke pembuat keputusan. Jadikan diri disukai ramai beri bantuan dan pertolongan walaupun kecil bersungguh2. Gunakanlah pikiran dengan tajam dan stratiji untuk mendapatkannya. Yang dicintai Allah dalam semua hal kebaikan  itu adalah Kesungguhan buat lah kerja bersungguh2 hingga berjaya.
3. Buatlah sebanyak mungkin segala kebaikan dan kebajikan. Kebaikan yang di arah Allah  Fardhu ain dan kifayah. Berilah bantuan kepada manusia  yang mereka perlukan. Kebaikan berupa perkataan, nasihat dan  ilmu, bantuan kebendaan dan lain2 kebaikan dan kebajikan yang boleh di munafaat olih manusia. Allah akan bersama orang2 yang membuat kebaikan dan kebajikan.Biasanya ini tidak disedari orang tetapi sangat besar erti nya kepada semua usahawan dan perniaga untuk berjaya.
4.Sesungguhnya raja segala kejayaan adalah ilmu dan pengalaman. Ilmu akan memberi petunjuk yang benar dan salah. Untung atau rugi. Ilmu memberi petunjuk arah dan ketua segala perancangan. Ilmu dan pengalaman adalah kunci terbesar membena sebuah empayar manusia. Kuasailah ilmu yang berkaitan. Sebagai contuh jika mahu berjaya dalam perniagaan tuntut ilmu perniagaan baik kecil maupun besar. lmu pengurusan, ilmu pemasaran, perakaunan, berbagai ilmu tektikal dan stratiji dsb.
5. Selepas itu berdoalah kepada Allah untuk mencapai nya. Doa dengan lisan dan perbuatan dan tingkah laku maksud nya menghususkan diri sebenar2nya dengan minda, lisan dan  hati dan dengsn perbuatan kita supaya  perusahaan yang kita sedang usahakan dapat mencapai kejayaan dan diredoi Allah.

Wednesday 20 February 2013

Mimpi yang menjadi nyata 4 (teringat semula )

1.        Saya bermimpi ke suatu pulau yang sangat indah pantainya, saya dapati ramai orang sedang sebuk untuk mendirikan bagunan saya bertanya "untuk apa ini? ¨mereka menjawab "kawasan ini akan di bagun kan  dan di majukan".Saya  pergi kesebuah rumah untuk membeli ubat darinya. Saya terjaga.  Pada hari hari yang lain saya juga bermimpi pergi kekawasan ini,  mimpi nya sama. Saya rasa saya selalu pergi ke pulau ini  dan seperti sebelumnya keadaan nya sama.
     pada tahun 1987 saya bertugas di Kementerian Penerangan saya dan pasukan telah melawat Langkawi saya amati tempat yang saya pergi ini bersamaan dengan mimpi saya sebelum nya. Ubat yang saya beli itu adalah minyak gamat dan pantai yang cantek itu ialah pantai Cenang.Pulau ini ini sedang di bagunkan olih YAB PM Dr Mahadir Muhamad. Selepas itu lebih 8 kali saya melawat atau bercuti maupun menghadiri progrem jabatan. Kepulau ini.

2.         Saya bermimpi ada tiga tokoh penting Malaysia yang sangat akrab dalam pasukan mentadbir negara, iaitu  Najib Razak, Mahayudin Yasin  dan  Anuar Ibrahim. Dan telah berlaku peristiwa dalam negara yang ta saya ingat dalam mimpi itu. Kemudian gandingan yang baru mentadbir negara ada kehilangan tokoh, Anuar sudah tidak ada dalam pasukan itu yang tinggal Najib dan Mahayudin
            Senario ini sudah menjadi nyata sekarang dalam kepimpinan negara.

3.           Saya bermimpi ada sebuah rumah yang telah saya bena, di tepi sebuah pantai  di dapati terbakar dan dirosak dan dirobohkan olih satu lembaga berupa orang utan yang besar yang rakus dan bengis.Saya hanya berdiri disisi tempat kejadian melihat dengan tabah,sabar dan tenang  dan saya  tidak pula mengambil apa2 tindakan terhadapnya. Saya hanya katakan rumah ini kenalah dibagunkan semula.  
            Saya tafsirkan mimpi ini adalah tindakan orang2 tertentu mengunakan kejahatan jin dsb untuk meruntuhkan rumah tangga yang baru dibena.Tidak berlaku apa apa saya menyerah diri pada yang Maha Berkuasa sabar menghadapi dugaan.

4.                Saya bermimpi banyak kali menghadiri pelbagai peperiksaan baik untuk peringkat  Ijazah pertama di pusat -pusat pengajian  tinggi atau dalam berbagai kursus tetapi saya selalu gagal   ujian pepereksaan itu. Kecuali sekali saya lulus dan akan melanjutkan pengajian petingkat sarjana.
                  Mimpi ini mukin bermaksud saya telah berjaya mendapat ijazah pertama akademik saya, dari um dahulu atau
                Boleh juga di tafsir bahawa Kehidupan di dunia ini adalah cubaan Allah yang menguji saya, tetapi saya gagal melakukan banyak kali dan mungkin satu ketika  nanti saya berjaya mengharungi kehidupan untuk mengikuti semua perintah Allah sebagai hamba dan mahluk Nya yang sebenar. (yang di maksudkan lulus pepereksaan itu) Saya cenderung kepada tafsir ini.

5.             Saya bermimpi berlari lari bersama kumpulan seperti satu pasukan merentas desa  menuruni bukit dan menaiki bukit, dalam kepenatan saya dan kawan berjalan  tidak berlari dan menaiki bukit dan anak tangga  sampai ke satu tempat di atas bukit itu saya melihat  beberapa tangki yang besar saya berehat dikawasan itu, kemudian berlalu dan saya terjaga. Mimpi sebagini berulang pada mimpi dimalam yang lain.
                  Mimpi ini telah menjadi nyata apabila saya bertugas di Pejabat Daerah Batang Padang. Pegawai Daerah Haji Bahari ketika itu telah mengadakan progrem jogging kesihatan.  Kawasan  yang   dicadangkan itu tidak jauh dari Pejabat Daerah  di sebelah utara Pekan Tapah. Jalan yang dilalui  itu tanahnya berbukit dan diatas bukit itu ada tanggki ayer yang besar..
Ia benar benar berlaku seperti apa yang saya saksikan dalam mimpi saya.

Tuesday 19 February 2013

Kuasai teknologi dan mesin untuk maju

     Memang banyak faktor untuk maju dalam bidang ekonami khasnya menjadi seorang usahawan, koperat ataupun bisnesman yang berjaya.Orang orang melayu jauh ketinggalan dalam bidang ini,bagaimana dan  apa perlu kita buat?.
     Olih kerana bidang ini  adalah bidang ekonomi dan koperat, maka segala-galanya mesti lah dalam landasan  dan ruang lingkup, ekonomi.pemikiran nya, jiwa nya, ilmu dan pengetahuan nya juga mestilah bersaskan  bisnesnya.Persahabatan nya dengan  siapa? Rakan bincangan nya  siapa?. Rakan dilog nya, rakan sepermainannya siapa? . Apa budaya sehat koperat amalannya juga perlu ada.
       Kejayaan bukan sekelip mata.Makan masa. Terpulang kepada kecekapan pengurusan dan ketajaman akal dan kebijaksansan stratiji diguna.
Sekarang siapa yang menguasai lima pekara utama ini mereka akan berjaya membawa syarikatnya menguasai globle.1.Lesen dan duit 2.Mesen 3. Teknoloji 4.Media intenet, media letronik media cetak dsb  5. Manusia.
        1. Lesen adalah kebenaran sah lisan atau bertulis. Chontoh kalau kita dapat lesen membuat kapal maka kita boleh jadi usahawan kapal. Duit adalah kuasa menukar sesuatu untuk direalisasikan menjadi nyata.
         2. Kalau kita ada jentolak maka kita boleh membersih hutan atau merata tanah. Boleh menanam kelapa sawit seluas yang mahu atau membina  housing estate sebagai usahawan pemaju.
         3. Menguasai teknologi penting semua kerja susah menjadi senang. Boleh menguasai kualiti dan kuantiti..
         4. Penguasaan media penting untuk imformasi dan publisiti, yang buruk akan jadi elok, yang kecil menjadi besar yang masam akan jadi manis.dsb
         5. Siapa boleh menguasai manusia dan mendeseplinkan nya  dia boleh menguasai kemajuan dan kejayaan.
      Faktor yang lain tu penting ia akan sama menjadi utama.
       Muga Tuhan Mejayakan Kita

Monday 18 February 2013

Nafsu menyerang kerajaan (pkyg ms33 34 35)

      Sesungguhnya tidak ada yang lain kecuali Allah dan diri kamu sendiri. Diri kamu dan segalanya adalah milik Allah. Dalam diri manusia ada angan2 dan hawa nafsu. Jika kamu benar berpehak Allah kamu akan menentang diri kamu sendiri. Seperti firman Allah." Wahai Daud, kepada Aku lah tempat kamu kembali,oleh itu berpegang teguhlah kepada Ku; Perhambaan sebenar ialah melawan diri kamu kerana Aku"
     Dengan itu kamu akan mencapai kesucian, kebahagiaan  dan kemuliaan. Firman  Allah." Janganlah ikut hawa nafsu mu kerana ia menyesatkan kamu dari jalan Allah" dan firman nya lagi " Jauhkan lah kehendak hawa nafsumu kerana tidak ada yang melawan Ku dan kerajaan Ku melainkan hawa nafsu manusia."  Oleh itu semua kebaikan itu terletak pada jihad  terhadap diri sendiri dalam semua keadaan hidup.Jika kamu dalam keadaan solih tentanglah diri kamu hingga terhindar dari segala yang haram dari manusia dan syak wasangka. Dan dari bergantung kepada manusia di dunia fana ini.

Sunday 17 February 2013

Melayu bisnes masih nombor corot.?

       Saya terkejut apabila kawan saya menyatakan dari segi ekonomi di Semenanjung kedudukan ekonami orang-orang melayu   berada di tangga Keepat bukan nombor tiga. Saya kira kedudukan kita di tangga ketiga sesudah kaum Cina dan India. "Tempat ketiga adalah  kaum Benggali sesudah itu kaum Melayu ". Dia menjelaskan lebih lanjut. Dia bercakap secara yakin tanpa data. Saya terkesan dengan kata-kata nya itu.
       Saya nampak untuk membagunkan ekonomi orang-orang melayu,  ia sangat memerlukan kesungguhan dan pengurbanan. Perlu perancangan teliti dan khusus dan ditangani pula dengan pintar, bijaksana dan  berani. Itu resepi utama membagunkan ekonomi orang-orang melayu khasnya di bidang perniagaan usahawan dan perindustrian.
      Orang melayu secara am nya bukan bersikap usahawan tulin, tetapi mereka meletakan budaya sosialnya di tempat utama, pengucapan dan aktiviti politiknya ditempat kedua atau utama dan budaya ekonominya ditempat terkemudian atau terahir. Mereka sangat suka kepada susunan itu tanpa sedar. Keadaan ini belum banyak berganjak walaupun Malaysia telah memasuki negara membagun dan mengarah kenegara maju.
       Ada bayak faktor susunan dan keadaan ini ujud. Umum nya saya berpendapat jenerasi orang melayu awal, yakni ibu bapa kita sebelum ini adalah jenarasi petani, anak-anak mereka yang telah mendapat pendidikan formal akan kembali menjadi seorang petani atau anggota kerajaan. Anak anak pegawai kerajaan ini pula terbahagi dua samada mereka menjadi anggota kerajaan atau pekerja swasta di kilang kilang dsb atau sedikit bekerja sendiri.  Ini beerti tiga keturunan  atau 100 tahun lagi belum tentu  orang orang melayu  menguasai bidang usahawan atau sektor niaga. Ini bermaana jika tiada perhatian khusus diambil untuk melahirkan  usahawan dan peniaga melayu, kita akan tertinggal lebih jauh lagi, jika ada sepuluh kaum pun maka orang- orang melayu akan di tempat belakang kerana kita tidak mampu bersaing kerana ada sikap ta mahu menyusah minda dan mudah putus asa.
        Peniagaan perlu memiliki sikap seorang usahawan,  perlukan modal dan pengalaman dan pengetahuan dan networking. Perlu pengetahuan dan stratiji pemasaran,cekap perakaunan, dan pentadbiran,dan mempunyai  semangat memajukan bangsa dan memiliki deseplin yang kemas untuk persaingan globle. Ini syarat mutlak menjadi orang bisnes atau koprat yang berjaya.

         Untuk meramai dan mempercepatkan orang orang melayu dalam perniagaan saya suka mencadangkan secara rengkas disini seperti berikut.
          1. Bentuk satu jabatan khas usahawan dan niaga bangsa melayu di tiaptiap  negeri.
          2. Ujudkan unit-unit dan bahagian penting antaranya a. Unit baru cebur niaga
                   b. Unit peniagaan maju terus
                   c.  Unit usahawan Kecil dan 
                          sederhana.
                   d. Unit maju kontrektor
                   e. Unit maju tanah.
                    f. Unit koperat mongrat melayu
                          berjaya.
                    g. Unit latihan dan kesedaran.

           Dari sini paculah bangsa melayu bersa orang-orang niaga dan koprat seperti apa yang di kehendaki olih Raja-Raja Melayu dalam 7 WASIAT nya. Dapatkan maklumat peniaga dan usahawan melayu, rancang dan bertindaklah untuk sasaran yang ditetapkan dengan iklas yakin dan berani. Lihatlah kekuatan dan kelemahan yang ada, gunakan stratiji terbaik untuk menuju kejayaan, Kerana perniagaan itu di tuntut ugama. Ramai nanti boleh berzakat dan membantu menghapuskan kemiskinan dengan lahirnya  ramai usahawan islam nanti.
                     
         lahirlah masyarakat penjual,dan membeli untuk menjual.

Thursday 14 February 2013

Hormati penerima wahyu Tuhan

Tidak ada anugerah tertinggi yang diterima olih orang-orang melayu di Semenanjung Tanah Melayu  selain dari anugrah ANUTAN ISLAM.ini adalah anugrah yang tiada tolak banding dengan anugrah lain seperti kesuburan tanah dan terjauh dari bencana alam yang ada di bumi yang kita junjung ini.
          Pertama kita hendaklah bersyukur kepada Allah atas nikmat ini, kerana Dia telah menetapkan orang-orang melayu memeluk dan beragama Islam. Kedua kita perlu besyukur kepada SISTEM PEMERINTAHAN yang ada ketika itu ada lah sistem BERAJA dimana raayat taat kepada raja. Apakala sesaorang  raja memeluk islam maka sekalian raayat pun patuh menganut ugama raja. Olih itu kita patut menghormati sitem beraja ini yang di kepalai olih SULTAN atau YANG DIPERTUAN sesebuah negeri. Jikalah mereka duhulunya tidak menerima Islam maka sudah tentu kita tidak beragama Islam dan kita akan menerima lain-lain agama atau lain-kepercayaan. Bayangkan mukin kita beragama Hindu, Kristian, Budha atau lain- lain kepercayaan kufur. Kita menghurmati raja bukan kerana tubuh nya, bukan kekayaan nya, bukan singahsana nya tetapi kita mesti menghurmati Raja dan Sultan Pemerintah kerana mereka lah menyebabkan kita beragama Islam. Mentauhidkan Tuhan. Membawa kita kepada ajaran agama yang benar. Kita terhutang budi yang amat sangat kepada Raja-Raja Pemerintah dahulu dan sekarang ini  hingga ke hari kiamat.

Saturday 9 February 2013

Menyambut kasih dengan rendang gesin unik

Perkahwinan itu diredoi Tuhan melalui penikahan. Surah Annisa Allah berfirman yang bermaksud kahwin lah kamu dengan perempuan yang kamu sukai dua tiga atau empat jika kamu tidak boleh berlaku adil kahwinilah dengan  satu perempuan sahaja. Nabi pernah bersabda lebih kurang maksudnya pilehlah wanita yang ingin kamu kahwini itu dari kalangan yang cantik paras nya, dari keturunan nya kekayaan nya dan paling beruntung lagi bahagia bagi kamu memilih kerana ia mengamalkan agamanya.
       Hari ini saya menghadiri majlis prrkahwian saudara di sebelah isteri saya, suasana majlis itu amat meriah kerana kerjasama saudara mara dan penduduk kampong untuk menjayakan nya. Mereka mengurbankan dua nyawa kerbau dan lembu menumbangkan pulohan batang kelapa untuk umbut sebagai juadah. tetapi yang sangat mengkagumi saya adalah satu masakan tradisi nama nya rendang gesing. Ia di chefkan oleh pakar masakan  tradisi disitu. Di buat dan diadun dengan campuran herba dan daun berhasiat dari lebih 20 jenis dan dimasak dan adun untuk disediakan melalui lebih 4 peringkat, memakan masa dua hari satu malam dengan kerja yang rumit lagi unik.
       Begitu lah cara kita meraikan kehadiran  baru. Kita bukan sahaja mengurban kan nyawa tetapi berupaya menghasilkan  masakan termahal dan tersedap untuk keluarga dan masyarakat. Serincik dalam sepiring untuk masakan ini akan mencicah ratusan ringgit kalau di hatel lima bintang. Ini lah nilai nya cinta, pengorbanan dan  tukaran termahal untuknya..


Friday 8 February 2013

Mimpi yang menjadi nyata 3.

Tidak lah ada kuasa mahluk untuk mengetahui pelakuan atau kejadian-kejadian  akan datang hanya Allah sahaja yang maha mengetahui lagi berkuasa menentukan takdirNya kepada setiap hamba Nya. Dalam tadbir mimpi saya, semua mimpi- mimpi yang saya alami itu telah di lalui dan didapati benar-benar berlaku seperti yang di mimpikan itu.
     Lihatlah mimpi- mimpi saya itu telah pun terjadi  realiti yang di jelaskan ini
         mimpi 1. Saya telah dilantik dalam perhidmatan awam dan saya telah ditugaskan ke Pahang ke Daerah Kuala Lipis dan Kemudian ke Daerah kecil Merapoh yang pada masa itu masih berhutan tebal dan Jalan rayanya berliku liku. Bila saya bertugas di pejabat Daerah  disitu  bagunan kompleknya adalah ala British lama dan usang. Saya betemu dengan seorang pegawai di tangga tua untuk ketingkat atas  dimana susuk badan dan warna kulit seperti jelmaan mimpi terdahulu, kepada dia saya mohon bantuan untuk urusan perkahwinan saya dengan seorang anggota di situ yang kemudiannya menjadi isteri saya.
         mimpi 2. Saya telah di tukarkan keJHEOA Perak Kedah untuk mentadbir masyarakat orang Asli. Saya selalu bergaul dan bermesra dengan mereka.
         mimpi 3. Saya diarah mengepalai Daerah Hilir  perak yang mana di sana adalah kawasan tanah rendah dan berpaya kemudian setelaj lama disana, saya diarah untuk balik keibu pejabat atas alasan kesihatan.
         mimpi 4. Dengan tidak di sangka Saya diarah bertugas ke MBI yang bangunan nya ada 7 tingkat.
         mimpi 5.  Saya pergi menunaikan Umrah pelawaan YAB MB perak Dt Sri  Zamri Kadir.  atau mungkin dengan izin Allah akan datang pergi menunaikan fardu haji. Sebab saya telah bertemu ramai otang klit hitam berjubah di Mekah seperti mimpi saya itu.
          mimpi 6, ketika saya mengepali Daetah saya selalu di undang ke Is
skandariah khasnya majlis keputraan  DYMM Paduka Sri Sultan perak.
         mimpi 7. Suatu ketika, ujud pertubuhan al Arkam  berjubah hijau yang kemudian nya di haramkan kerajaan.
         mimpi 8.  Siri lawatan saya keluar negeri sama ada berkursus, melancung atau tawaran lawatan sambil belajar. Penerbangan kebarat adalah saya mengikuti kursus ke Amerika  dimana saya sempat ke Los Angeles univesal studio,  Holywood,Disney Land Lusiana dan New Orleans. Disana saya melihat pelabuhan sepanjang Sg Misisipi yang kapal tentera laut  USA sedang berlabuh disana.
           Kemudian saya sempat berkursus di london untuk tempoh yang panjang juga.
          Pnerbangan ketimur adalah lawatan saya ke Jepun atas khidmat saya sebagai pengurusi Ngo belia. Kemudian saya ke Koria dan Ke China.
Semua tempat tempat yang dilawati  ini penduduk nya bermata sepet seperti dilihat dalam mimpi itu
         Mimpi 9. Saya rasa mimpi itu untuk kealam berzah. Satu peringatan untuk saya.Realiti mimpi ini belum tiba lagi .Saya tidak mengetahui alam itu. Saya rasa jika pintu tertutup beerti roh saya tidak akan kembali kepada jasad dan binatang berbisa itu adalah mahluk untuk seksaan di alam kubur. Alam ini pasti tiba kerana setiap bernyawa akan merasai mati.
            Allah mengingat kita dengan berbagai cara. Dia maha berkuasa lagi mentadbir Alam.

Mimpi yang menjadi nyata 2.

Semasa saya di awal remaja saya selalu di datangi mimpi-mimpi berulang, adakalanya mimpi itu ulang berkali kali. Ada mimpi yang merujuk kepada tempat, atau peristiwa-peristiwa tetapi saya tidak mengerti apa-apa pada waktu dan usia itu. Mana-mana mimpi yang mencemaskan saya terkejut dari tidur dengan rasa takut tetapi apa-apa mimpi indah atau peristiwa-peistiwa, maka saya angapkan biasa dalam tidur sahaja.tetapi ada juga kehairanan kenapa mimpi itu berulang-ulang.
       Mimpi-mimpi yang masih saya ingat dan ingin  saya rakamkan disini untuk kenangan. Mimpi-mimpi ini tidak ditulis mengikut urutan dan dirakam juga tidak mengikut peristiwa sebenar. Ringkas mimpinya bagini.
        mimpi 1. Saya rasa roh saya terbang diudara arah ke timur berlegar-legar di atas hutan belantara yang luas. Saya singgah disatu bagunan tua tersergam untuk menjalankan tugasan. Diatas tangga tengah yang mengasingkan tingkat saya berselisih dengan seorang pegawai yang berkerja di tempat yang sama' badannya besar  berkulit gelap berkata sesuatu yang saya tidak ingat tetapi berkaitan dengan perkahwinan.
        mimpi 2. Roh saya belegarlegar di udara juga dalam belantara tetapi  seringkali bertemu dan bermesra dengan masyarakat orang asli.
        mimpi 3. Saya diarahkan olih ibu pejabat untuk bertugas di kawasan selatan, didataran tanah rendah dan berpaya dalam mimpi yang lain ada sesuatu sebab saya di arah balik sertamerta bertugas  ke ibu pejabat tetapi sebabnya tidak diketahui.
        mimpi 4. Saya bermimpi bertugas di satu bagunan 7 tingkat. Menaiki lif untuk ketingkat atas dan kadang kadang menaiki tangga juga.
        mimpi 5. Saya menaiki perahu menghilir sungai, kemudian saya rasa bergulin guling didalam sungai hingga ke kawasan laut yang luas. Kemudian saya ternampak satu dataran berbukit didiami alih orang-orang berkulit legam berjubah dan berserban putih. 
        mimpi 6. Saya rasakan roh saya berlegar legar diudara diatas bagunan indah bagai istana dan saya singgah disana atas undangan.
         mimpi 7. Di sebelah utara ujud satu kelumpuk manusia berjubah hijau mengamalkan ajaran agama.
         mimpi 8. Saya bermimpi menaiki pesawat arah kebarat menemui pelabuhan berbagai bangsa dan melihat kapal besar belabuh dan juga kerapkali terbang arah ketimur dan saya dapati orang-orang disana  bermata sepek.
        mimpi 9. Roh saya mengembara di dalam hutan belantara dan melalui gunung-ganang,perjalanan yang jauh itu menyebabkan saya terasa sangat leteh, sampai di satu pintu saya masuk kedalam. Saya seorang diri,tiada siapa dan ta berapa lama saya terdengar suara kasar tanpa lembaga, mengarah saya keluar kata nya "bila pintu ini tertutup kamu tidak  bolih lagi balik " dan katanya lagi " jangan keluar melalui pintu di sebelah kiri, tidak boleh dibuka lorong disana ada banyak binatang berbisa seperti jenkeng dan ular" tiba-tiba pintu utama yang saya masuk tadi hampir tertutup, dengan pantas saya sendal sebagian  badan dan menyusup keluar. Saya pun  terjaga dengan ketakutan yang sangat.

Mimpi yang menjadi nyata 1.

Maha suci Allah yang Maha Lembut,lagi Maha Mengetahui dan Maha Menghabarkan pekara pekara ghaib dan mendahuli masa. Dia lah yang hanya mengetahui pekara-pekara yang akan berlaku pada masa yang akan datang.Semuanya didalam kekuasaan nya.
       Allah akan menghabarkan apa yang hendak di tunjuknya melalui medianya kitabullah.disampaikan nya melalui orang yang dipercaya lagi benar. Para Rosul dan para nabi diberinya wahyu. dan bagi orang-orang soleh di anugerahnya deria keenam, ilham dan mimpi-mimpi benar lagi terang.
       Mimpi-mimpi yang benar ini kadang kala perlu di tabir atau di taksir dan kekadang terus nyata dalam realitinya.
         Mimpi yang bolih dipercayai itu mukin dimimpikan oleh mereka pada awal remaja  atau mereka yang berjiwa bersih yang jujur lagi iklas dalam kehidupannya, dan jika ia didatangi mimpi biasanya tidak lewat dari jam dua malam. Dimana peristiwa-peristiwa yang dimimpi itu berlaku berulang-ulang pada masa dan hari yang lain pula. Sekurang-kurang nya  berlaku dua kali ulang seperti mimpi pertama.
     


Monday 4 February 2013

Kehilangan yang dicinta

Dulu ta mengerti sekarang saya fahami kehilangan apa yg di sayangi rupanya " barang apa sahaja yang aku kasih,maka kasih ku tidak kekal.kami selalu sahaja berpisah atas kejauhan,ajal,permusuhan atau kehilangan harta." oleh itu wahai orang orang yang pecayakan Allah bahawa kamu diberi kurnia, dipelihara dan dijaga dengan sebaikbaik
Nya, tidakkah kamu tahu bahawa Allah itu cemburu.Dia jadikan kamu untuk Dia sahaja,kenapa pula kamu hendak yang lain dari Dia."
Maka Allah tidak mahu di syarikatkan. Allah meguasai segalagalanya kerana itu d hancurkanNya apa yang disekutui itu dan baru lah di buktikan  kata- kata Allah"Dia kasih kepada mereka dan mereka kasih kepada Dia."