Saturday 29 June 2019

Ar Rome. 1. Bertasbih Lah Pada Setiap Masa.

Bismilllahhirrohmanirrohim.

Terjemahan ini sekadar memahami wahyu Allah Yang Maha Agong.

1. Alif lam mim.

2. Bangsa Rom telah dikalahkan.

3. Di negri yang terdekat. Setelah kalah mereka akan menang.

4. Dalam beberapa tahun kemudian,  kemenagan itu megembirakan orang2 beriman.

5.  Allah menolong sesiapa  yang dikehendaki Nye. Dia Maha Pekasa lagi Maha Penyayang.

6. Itu lah janji Allah, Dia yang tidak menyalahkan janji.

7. Mereka  hanye mengetahui yang zahir duniawi sahaja tetapi lupa ahirat.

8. Mengapa mereka tidak memikirkan kejadian mereka bahawa  Allah tidak mencipta langit dan bumi serta diantara keduanye melainkan dengan tujuan yang benar dalam watku yang ditentukan. Mereka engkar hari bertemu dengan Allah.

9. Mereka telah menyaksikan orang terdahulu yang lebih kuat meneroka bumi, mereka didatangi rosul2 tetapi mereka mendustakan nye lalu mereka dibinasakan.

10. Orang2 yang mengerjakan kejahatan,mempersendakan dan mendustakan ayat2 Allah akan di azab diahirat.

11. Allah lah mencipta mahluk, dan akan menghidup semula di hari kiamat. Untuk balasan.

12. Pada hari kiamat orang berdosa akan diam serta berputus asa.
13. Berhala2 mereka tidak  memberi sebarang safaat sedang mereka mengenkari berhala2 mereka.

14. Pada hari itu manusia berpecah  dalam kelumpuk2
15. Orang2 beriman mengerjakan kebajikan, ke taman syurga.
16. Orang2 kafir yang mendustakan ayat2 Allah, ke neraka.

17. Maka bertasbihlah kepada Allah pada petang hari dan diwaktu subuh.
18.  Dan segala puji bagi nye  pada waktu malam dan  tengahari.

Was.

Nota pendik.

1. Rome telah dikalahkan tetapi dibantu Allah untuk menang semula, yang mengembirakan orang2 beriman.
2. Orang2 yang jahat dan mempersenda kan alQuran dan mendustakan ayat2 Allah
akan diazab di ahirat.
3. Pada hari kiamat, orang kafir berdosa akan diam dan berputus asa.
4. Orang beriman dan mengerjakan kebajikan ke syurga orang kafir keneraka.
5. Puji dan bertasbihlah kepada Allah setiap masa.

Was.

Friday 14 June 2019

Al Furqan 4. Ciptaan2, Dosa dan Taubat.

Bismillahhirrahmanirrohim.

Catatan terjemahan ini sekadar untuk memahami wahyu Ilahi sahaja.

61. Allah lah menjadikan dilangit  gugusan bintang2, matahari dan bulan.

62. Dialah yang menjadikan siang dan malam silih berganti.

63. Hamba2 Allah Yang Maha Pengasih itu adalah hamba2 yang berjalan dibumi merendah hati. Bila orang bodoh menyapa mereka dengan menghina  mereka mengucapkan salam.

64. Dan orang2 yang beribadah diwaktu malam.

65. Orang2 yang memohon dijauhkan azab api neraka. Sesungguhnye azab binasa itu yang kekal.

66. Jahannam adalah seburuk2 tempat kediaman.

67. Orang2 yang mengimfak harta mereka tidak berlebihan dan tidak pula kikir.

68. Orang yang tidak menyengutukan Allah dengan sembahan lain. Tidak membunuh orang kecuali dengan alasan yang benar. Dan tidak berzina; Barang siapa melakukan nye akan mendapat hukuman berat.
69. Akan dilipatgandakan azab pada hari kiamat dan kekal dalam keadaan hina.

70. Kecuali orang2 yang bertaubat dan beriman dan mengerjakan kebajikan. Maka diganti Allah dengan kebaikan. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

71. Orang yang bertaubat dan mengerjakan kebajikan itulah sebenar2 taubat.

72.  Tidak kesaksian falsu.  Dan bila bertemu dengan orang melakukan pekara yang tidak berfaedah, mereka berlalu dengan menjaga kehurmatan diri.

73. Orang2 yang diberi peringatan  mereka tidak tuli dan buta.

74. Dan orang2 yang memohon agar mendapat pasangan dan keturunan yang menyenangkan hati. Dan jadi pemimpin orang yang taqwa.

75. Mereka ini dibalas ketempat yang tinggi dan mereka disambut dengan penghurmatan dan salam.

76. Mereka kekal dalam syurga sebaik2  tempat kediaman.

77. Katakan lah Muhammad " Tuhan ku tidak menghargai kamu jika tidak ada doa ibadat  kamu kepada Nye. Sesungguh nye kamu telah menyalahi ketepan Tuhan.  Kerana itu balasan  azab akan ditimpa kepada kamu.

Nota pendik.

1. Semua yang ada dan berlaku di Alam ini adalah ciptaan Allah.
2. Dosa2 besar berat hukuman nye.
3. Bertaubat dan membuat kerja2 kebajikan adalah sebenar2 taubat menghapus dosa diganti kebaikan.
4. Berdoa lah hanye kepada Allah apa yang di hajati.

Was.

Thursday 13 June 2019

Al Furqan 3. Manusia Dicipta Dari Air.

Bismillahirrohmanirrohim.

* Catatan ini hanya untuk memahami
Kandungan wahyu Allah sahaja.

35. Allah turunkan kitab Taurat kepada Musa, dan Harun sebagai pembantu nye.

36. Di perintahkan mereka bedua pergi kepada kaum yang mendustakan perintah Allah (firaun). Kaum ini dihancurkan.

37. Kaum Noh ditenggelamkan kerana mendustakan Rosul. Kesah ini dijadikan teladan kepada manusia. Orang2 yang zalim diberi azab yang pedih.

38. Di binasakan kaum Ad dan samud dan penduduk Rass.
39. Mereka di hancurkan sehancur2 nye.

40. Musrik Mekah telah menyaksikan  Penduduk Sadom  yang hancur di turunkan hujan batu yang buruk, bahkan mereka tidak ingatkan adenye hari kebangkitan.

41. Mereka bila melihat Nabi mengejek .
"Ini kah orang yang diutus Allah sebagai Rosul?"

42. Mereka menganggap bahawa Nabi menyesatkan mereka, mereka mempertahankan akan penyembahan mereka.  Tahu lah mereka bila melihat azab nanti. Siapa yang sesat?

43. Lihatlah orang yang menjadi hawa nafsu nye  dan keinginan sebagai tuhannye. Dapatkah mereka di beri pelindungan  dan diawas untuk tidak sesat?.

44. Apekah kebanyakan mereka mendengar atau memahami, mereka seperti haiwan ternak bahkan lebih sesat lagi.

45. Perhatikan ciptaan Tuhan tentang bayang yang bolih panjang dan pendik. Dan matahari sebagai petunjuk.
46. Dan ditarik balik bayang itu kepada Kami beransur2.

47. Dia lah mencipta malam sebagai pakaian dan tidur untuk istirehat. Dia jadikan siang untuk bangkit berusaha .

48. Dia lah yang meniupkan angin untuk membawa hujan, air yang sangat bersih.
49. Bagi menghidupkan negeri yang mati dan untuk ciptaan Nya, minum bagi haiwan dan manusia.

50. Telah seringkali di sebarkan hujan sebagai hujah2 alQuran untuk mereka berfikir mengenal Allah dan bersyukur tetapi mereka ta mau dan mengengkari nikmat .

51. Jika Kami kehendaki akan diutuskan  Pemberi Peringatan setiap negeri.

52. Jangan taati orang kafir dan berjuanglah dengan semangat yang besar dengan alQuran.

53. Dialah yang mengalirkan dua laut yang berdampingan, yang satu tawar dan yang satu masin pahit. Diantara kedua nye ade dinding batas yang ta tembus.

54. Dia mencipta manusia dari air lalu dijadikan keturunan dan musaharah.

55. Penyembahan selain Allah tiada munafaat. Orang2 kafir penolong syaitan untuk berbuat derhaka.

56. Muhammad diutus untuk membawa khabar gembira dan peringatan.
57. Katekan tiada imbalan untuk ajaran itu melainkan berharap orang lain mengikut jalan Tuhan.

58. Bertaqwalah kepada Allah dan bertasbihlah dengan memuji Nye dan cukuplah Dia megetahui dosa hamba2 nye.

59. Dia mencipta langit dan bumi dalam enam masa kemudian Dea bersemayam diatas Arsy (Dialah). Dialah Yang Maha Pengasih, maka tanyalah  kepada orang yang lebih mengetahui.

60. Apabila disuruh sujud kepada Allah Yang Maha Pengasih itu, mereka menjawab: siapa Yang Maha Pengasih itu?.  Apakah kami harus sujud kepada  Allah, yang diperintah Muhammad?. Dan mereka semakin lebih jauh dari kebenaran.

Was

Nota. Pendik.

1. Orang2 Yang menentang alQuran, orang yang kafir, dan menghina Rosul, Allah akan datangkan kebinasaan dan dihancurkan seperti  Firaun, kaum Nabi Noh. Kaum Ad Samud dan Sadom.

2. Mereka pertahankan sembahan2
mereka dan semua sembahan itu tiada menfaat.

3. Ketahui lah berbagai ciptaan Allah.

> Dia mencipta bayang2 yang boleh panjang dan pendik.

>Mencipta hujan dan air utk berbagai kegunaaan.

>Mencipta manusia dari air.

>Di cipta laut ade air yang tawar dan  masin berdampinan.

Was

Wednesday 12 June 2019

AlFurqan 2. Hari Langit Pecah, Malaikat Di Turun

Bismillahhirrahmanirohim.

*Catatan ini hanye untuk memahami dan mengerti wahyu sahaja.

21. Orang2 yang tidak percaya akan bertemu Allah; berkata mereka; kenapa tidak diturunkan malaikat dan mengapa tidak dapat melihat Tuhan?.  Mereka ini sombong dan melampaui batas lagi zalim.

22. Ingat lah pada hari mereka melihat para malaikat, tidak ade khabar gembira bagi orang yang berdosa,  dan mereka berkata semoga kita jauh dan dijauhi keadaan  buruk.

23. Segala amal diperlihatkan dan amalan mereka dibuang sebagai debu berterbangan.

24. Penghuni syurga mendapat tempat tinggal nye paling baik dan indah untuk istirehat.

25. Dan ingat lah ketika langit pecah mengeluarkan kabut putih dan malaikat turun berpasuk pasuk.

26. Kerajaan yang hak milik Allah yang melimpah rahmat nye. Dan ia adalah suatu masa yang amat sukar keadaan nye kepada orang2 kafir.

27. Ketika itu orang2 zalim mengigit dua jarinye menyesal tidak mengambil jalan bersama Rosul.

28. Celaka! alangkah baik nye jikalau dulu tidak mengambil sianu menjadi sahabat karib.

29. Dia menyesat dari jalan peringatan (AlQuran) setelah ia sampai kepada ku. Syaitan itu memperdaya manusia.

30. Dan Rosul berkata Ya Tuhan! kaum ku menjadikan alQuran suatu perlembagaan yang diabaikan.

31. Begitulah setiap Nabi diadakan musuh dikalangan orang2 berdosa. Tetapi cukuplah  Tuhan mu pemberi petunjuk dan penolong .

32. Orang2 kafir berkata mengapa alQuran tidak diturunkan sekaliqus. AlQuran diturun beransur kerana hendak menetapkan hati nabi dengan nye. Dan Allah nyatakan bacaan nye dengan teratur satu persatu.

33. Orang2 kafir tidak membawa kepada mu  kate2 yang aneh (untuk menentang) melainkan kami bawa kepada mu kebenaran dan penjelasan yang paling baik (untuk mengkis)

34. Orang2 yang diseret keneraka jahanam mereka itulah yang paling buruk tempat nye dan paling sesat jalan nye..

Nota pendik.

1.Orang kafir tidak percaya ade nye hari bertemu Allah dan mempersoalkan cara alQuran diturunkan.

2. Hari langit pecah dan malaikat diturun kan adalah hari penyesalan bagi orang kafir  yang tidak mahu mengikuti ajaran Rasul. Segala amalan mereka dibuang seperti debu berterbangan.

3. Mereka yang kafir diseret ke neraka dan orang2 beriman ditempatkan kesyurga yang indah dan kekal.

Was.

Monday 10 June 2019

Al Furqaan. Nabi Dihina dan Didustakan.

Bismillahhirohmanirrohim.

*Catatan ini untuk memahami  wahyu Allah sahaja.

1. Alquran diturunkan untuk menjadi peringatan  dan amaran bagi penduduk seluruh alam.

2. Allah Yang memiliki kerajaan langit dan bumi, tidak mempunyai anak dan sekutu dalam pemerintahan Nye. Dan Dia mencipta sesuatu, lalu menetapkan ukuran2 nye. (Takdir yang sempurna)

3. Namun mereka  mengambil tuhan2 selain Allah, pada hal tuhan2 itu tidak mencipta ape2 pun,  bahkan tuhan2 itu sendiri diciptakan dan dia tiada kuasa menolak bahaya  diri sendiri dan tidak ade munafaat, tidak ade kuasa mematikan, menghidupkan dan membangkitkan.

4. Mereka menuduh bahawa alquran ini  hanya lah kebohongan yang direka2 olih Muhammad dengan dibantu orang lain.
Tuduhan ini zalim dan dusta yang besar.
5. Dan mereka berkata lagi al Quran itu  adalah cerita2 donging dahulukala supaya ditulis dan dibaca kepada nye (Rosul) setiap pagi dan petang. (Untuk dihafal).

6. Katekan bahawa al Quran ini diturunkan olih Allah yang mengetahui rasia di langit dan bumi. Sesunggguh nye Die Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

7. Mereka berkata mengapa Rasul ini  makan minnum  dan berjalan dipasar2 . Sepatut nye diturun bersama2 malaikat supaya dapat memberi peringatan bersama dea.
8. Atau mengapa tidak diturun kan harta kekayaan, dia tiada pun kebun untuk makan hasil nye dan orang zalim itu berkata kepada orang yang beriman lagi " kamu pengikut orang lelaki yang  tidak siuman (kena sihir)."

9. Lihatlah mereka membuat perbandingan yang bukan2, dengan itu sesat lah mereka tidak mendapat jalan petunjuk.

10. Maha suci Allah jika dia kehendaki Dea jadikan lebih baik dari itu yaitu syurga dan istana untuk mu.

11. Mereka mendustakan ade nye hari kiamat. Mereka disediakan neraka yang menyala2 siapa yang mendustakan nye.
12. Neraka  bersuara dengan gemuruh kerana marahnye.
13. Mereka dilempar ditempat yg sempit dan dibelenggu, mereka berteriak mengharapkan kebinasaan.
14. Jangan mengharapkan satu kebinasaan melainkan kebinasaan itu  berulang2.

15. Katakanlah apakah azab itu lebih baik atau syurga yang dijanjikan kepada orang2 yang bertaqwa.
16. Disyurga segala ape yang mereka kehendaki, ada didalam nye, dan mereka kekal selama2 nye.

17. Pada hari dikumpul barang yang disembah ditanya "ape kah kamu yang menyesatkan hamba2 Ku"
18.mereka menjawab tidak ade selain dari  Allah sebagai pelindung yang disembah.Tetapi Engkau telah melimpahkan kemewahan  kepada mereka dan datuk nenek mereka sehingga mereka lalai cuai melupakan peringatan ajaran ugama Mu dan menjadilah mereka kaum yang binasa.
19. Sesungguh nye  yang kamu sembah telah mendustakan dakwaan bahawa mereka meyesatkan kamu. Olih itu  kamu tidak dapat menjauhi azab seksa dan berolih pertolongan. Sesiapa yang berlaku zalim diantara kamu akan mendapat azab seksa yang besar.

20. Allah mengutuskan rasul sebelum ini mereka makan makanan dan berjalan dipasar2. Dan kami jadikan sebahagian kamu sebagai cobaan bagi sebahagian yang lain. Mau kah kamu bersabar? Dan Tuhan mu Maha Melihat.

Nota rengkas.

1. Alquran  diturunkan  untuk peringatan dan amaran olih Allah.

2. Ada manusia mengambil tuhan2 ciptaan selain Allah.

3. Mereka menuduh Alquran ini rekaan nabi dan cerita2 dongeng dengan bantuan orang lain.

4. Mereka mengata Nabi itu manusia biasa, makan minum, berjalan dipasar, tiada harta, tiada kebun dan tiada diturun bersama malikat. Juga menuduh Nabi itu gila dan sihir. Nabi sebelum nye pun sama sebahagian dari kalangan manusia.

5. Mereka menyembah selain Allah dan mendustakan Alquran dan hari kiamat kerana itu mereka di humban ke neraka.

6. Kemewahan yang dilempah Allah menyebabkan  mereka cuai dan lupa dari mengingati ajaran agama Allah.

7. Orang beriman akan kesyurga, ape sahaja dikehendaki tersedia dan kekal disana.

S.a.w