Monday 12 February 2018

Al Ankabut. Ujian Keimanan '

Bismillahhirrohmanirrohim.

1. Orang Beriman Akan Di Uji.

1.2. Patut kah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiar dengan hanye berkata, 'Kami beriman sedang mereka tidak di uji' dengan sesuatu chubaan.
1.3. Dan demi sesungguhnye Kami telah menguji orang2 yg terdahulu daripada mereka maka dengan ujian yang demikian nyata ape2 yang diketahui Allah tentang orang2 yang benar2 nye beriman. Dan nyata pula yang diketahui nye tentang orang2 yang berdusta.

2. Berjuang menegakkan Islam.

2.6. Sesiapa yang berjuang menegakkan Islam maka sesungguhnye dea berjuang untuk kebaikan diri nye sendiri. Allah maha kaya tidak berhajat sesuatu dari mahluk.

3.  Diampun Kesalahan .

3.7.  Dan orang yang beriman serta beramal saleh sesungguhnye Kami akan hapuskan kesalahan2 mereka dan Kami akan membalas ape yang mereka kerjakan. Dengan sebaik2 balasan.

4. Wajib Berbuat Baik Kepada Aibu Bapa.

4.8. Dan kami wajibkan  berbuat baik kepada kedua ibu bapa. (Kecuali mereka mendesak untuk mempersekutukan Allah. Janganlah taat kepada mereka.)

5. Allah MahaTahu Beriman atau Munafik.

5.11. Sesungguh nye Allah mengetahui orang2 yang beriman dan  mengetahui orang2 yang munafik.

6. Kaum Nabi Noh Di Binasa.

6.14. Sesungguh nye  Kami telah mengutus Nabi Noh  kepada kaum nye maka tinggalah dea dalam kalangan mereka selama 'sembilan ratus lima puluh  tahun' ahirnye mereka di binasakan olih taufan sedang mereka dalam keadaan zalim.

Sunday 11 February 2018

Penciptaan Bumi dan Langit s Fusilat '

Bismillahhirrohmanirrohim.

1.9. Katakanlah (wahai muhammad): "Sesungguhnye tidak patut kamu kufur kepada Tuhan yang mencipta bumi dalam *dua masa* dan kamu ada kan sekutu2 bagi Nye yang demikian ( sifatNye dan kekuasaan Nye) ialah Allah Tuhan sekalian alam. '

2.10. Dan la menjadikan di bumi gunung yang menetapnye (tersergam tinggi) diatas nye serta ia melimpahkan berkat padanye, dan Dia menentukan ada pada Nya bahan2 keperluan hidup penduduk nye, sekadar menyamai hajat yang di minta dan dikehendaki oleh keadaan mereka; (semua nye itu berlaku) dalam  *empat masa.*'

3.11.  Kemudian Dea menuju kehendak Nye ke arah langit, sedang langit itu masih berupa asap, lalu Dia berfirman;  " Turut lah kamu berdua akan perintah Ku, samada dengan sukarela atau dengan terpaksa !"   Kedua2 nye menjawab "Kami berdua sedia menurut __ patuh dengan sukarela." '

4.12   Lalu Ia menjadikan tujuh langit dalam *dua masa *; dan Dia memberi tahu kepada tiap2 langit akan urusan dan keperluan nye masing2. Dan Kami hiasi  langit yang dekat (pada pandangan mate penduduk bumi) dengan bintang2 yang bersinar cemerlang serta memelihara langit itu dengan sebaik2 nye. Demikian lah ketentuan  Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengetahui.'

5.13. Olih itu kalau mereka (yang musyrik) berpaling (daripada mengesakan Allah dan menurut jalan yang lurus) maka katakanlah (wahai Muhammad) "Aku memberi amaran kepada kamu  dengan (azab yang dahsyat ia itu) petir, yang telah menyambar kaum Aad dan kaum Thamud!".'

Sunday 4 February 2018

Adap Sayangi Ibu Bapa Al Israa.

Bismillahirrohmanirrohim.

1. 18. Sesiapa yang menghendaki dunia Kami segerakan kepadanye dalam dunia, apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki, kemudian Kami  sediakan baginye neraka Jahanam untuk membakarnye dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.

2.19. Dan sesiapa yang menghendaki ahirat dan berusaha mengerjakan amal2 yang baik untuk ahirat dengan usaha yang layak bagi nye sedang ia beriman maka mereka yang demikian keadaan nye diberi pahala akan amal usahanye.

3.20. Tiap2 gulungan dari kedua nye  gulungan dunia dan gulungan ahirat Kami hulurkan kepada mereka dari pembrian Tuhan mu (wahai Muhammad) dan tidaklah pemberian Tuhan mu tersekat.

4.21. Lihatlah Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yg lain dlm rezeki pemberian Kami itu dan sesungguhnye pemberian di ahirat lebih besar tingkatan2 perbezaaan nye dan lebih besar tambahan2 kelebihan nye.

5.22. Jangan lah engkau adakan tuhan yg lain bersama Allah ( dalam  ibadat mu) kerana akibatnye engkau akan tertinggal dalam keadaan tercela dan kecewa dari mendapat pertolongan.

6.23. Dan Tuhan mu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada Nya semata2 dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa, jika salah seorang dari kedua nye atau kedua2 sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan mu maka jangan lah kamu berkata sebarang perkataan kasar sekali pun "ha" dan jangan lah engkau menengking menyergah mereka tetapi katakan lah kepada mereka perkataan yang mulia  (yg sopan santun).

7.24. Dan hendak lah engkau merendah diri kepada kedua nye kerana belas kasihan dan kasih sayang mu, dan doakan lah  untuk mereka dan berkata " Wahai  Tuhan ku  cucuri lah rahmat keatas meteka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya menelihara mendidik ku semasa kecil."

7.24. Tuhan mu lebih mengetahui akan ape yang ade pada hati kamu kalaulah kamu orang2 yang bertujuan baik mematuhi perintah nye. Maka sesungguh nye Ia Maha Pengampun bagi orang2 yang bertaubat..