Wednesday 25 April 2018

Yaa Sinn 5. Kun Payakun.

Bismillahhirrahmanirrohim.

Catatan ku untuk memahami wahyu Ilahi.

66. Dan jika  Kami kehendaki penglihatan mereka dihapuskan, sehingga mereka tidak dapat melihat jalan.

67. Jika Kami kehendaki,  Kami mengubah bentuk fizikal mereka menjadi beku kaku disitu, tidak bergerak kedepan dan belakang.

68. Jika dipanjangkan umur, maka dikembalikan menjadi serba lemah.

69. Nabi Muhammad itu bukan penyair tetapi  dia menyampaikan wahi, nasihat dan pengajaran dari kitab suci,  memberi penerangan.

70. Supaya memberi penerangan kepada orang yang hidup hatinye, dan ketetapan azab kepada yang kafir.

71. Allah telah mencipta binatang ternak yang mereka boleh mileki.

72.  Dengan kuasa Allah, binatang itu boleh dijinakkan, boleh jadi kenderaan dan boleh juga dimakan.

73. Boleh berolih minuman darinye.

74. Mereka tergamak menyembah selain dari Allah.

75. Benda2 itu tidak dapat menolong mereka, malah benda2 itu akan mengazab seksa mereka dihari kiamat.

76.  Wahai Muhammad jangan lah berdukacita atas tuduhan2 mereka. Allah maha mengetahui setiap sesuatu.

77. Ketahui lah bahawa Allah lah yang mencipta manusia dari setitis ayer benih, setelah siap sempurna kejadian mereka dan kuat, mereka menjadi pembantah,  kekuasaan Allah menghidup semula orang2 yang mati.

78. Mereka bertanye, siapa yang dapat menghidupkan  tulang2 yang hancur berdebu, orang yang telah mati.

79. Tulang2 yang  hancur itu akan dihidupkan oleh Allah, seperti awal mula ujud nye.

80. Allah telah menjadikan api dari pohon2 hijau basah, untuk kegunaan kamu yang selalu kamu nyalakan.

81. Akui dan percayalah bahawa Allah telah mencipta langit  dan bumi yang demikian besarnye. Berkuasa mencipta manusia semula seperti dahulu. Dialah pencipta yang tiada bandingan Nye. Lagi Maha Mengetahui.

82. Sesungguhnye kekuasaan Nye, bila Dia menghendaki sesuatu, Dia berfirman; "Jadilah engkau," maka terus menjadi."

83. Olih itu akui lah Kesucian Allah, (dengan mengucap Subhanallah). Allah yang memiliki dan menguasai tiap2 sesuatu, dan kepada Nye lah, kamu semua akan dikembalikan.

S.

Nota pendik.

1. Allah berkuasa menghapuskan penglihatan dan meminda bentuk fizikal.
2. Panjang umur akan kembali jadi asal.(macam kanak2)
3. Nabi Muhammad bukan penyair tetapi penyampai wahi.
4. Allah mencipta binatang ternak  untuk guna; makan, minum dan kenderaan.
5. Mereka tergamak menyembah selain Allah sedang benda2  ini akan mengazab  mereka dihari kiamat.
6. Allah lah pencipta manusia, dari setitis benih mereka jadi kuat, kemudian membantah, kemudian dimatikan , dan dihidup semula.
7. Tulang yang hancur berdebu akan dihidupkan kembali olih Allah.
8. Allah menjadikan api dari pohon hijau.
9. Allah pencipta langit dan bumi.
10. Memadai dengan Allah berkata kun payakun maka terjadi lah.
11. Ucapkan subhanallah.

Was.

Tuesday 24 April 2018

Yaa Sinn 4. Pekikan Sangkakala. Mati, Hidup, Bicara, Hukuman. Syurga, Neraka.

Bismillahhirrohmanirrohim.

Catatan ku untuk memahami wahyu.

45. Apabila dikatakan pada mereka berjaga2 lah, (dihadapan) akan kehidupan dunia ini. dan (dibelakang) huru hara dihari pembalasan, hari Ahirat mereka tidak mengindahkan.

46. Semua keterangan dari Allah, tidak sampai kepada mereka.  Mereka berpaling enggan menerima.

47. Bila disuruh berderma dari rezeki kurniaan Allah, mereka mengejek orang2 beriman,  dengan mengatakan, biar Allah yang memberi makan.

48. Bila di ingatkan tentang (kiamat), huru hara hari pembalasan, mereka menyoal pulak, bila datangnye hari dijanjikan itu.

49. Katakan, mereka tidak menunggu melainkan dengan satu pekikan yang mengejut,  semua binasa sedang mereka dalam leka, bertengkar hal masing2.

50. Mereka ta sempat berwasiat dan kembali kepada keluarga.

51. Kemudian ditiup sangkakala,  semua yang  mati bangkit dari kubur mengadap Tuhannye.

52. Orang2 yang tidak percaya dihidupkan semula, menyesal tetapi itu lah janji yang benar dari Allah, melalui Rasul2 Nye.

53. Dengan satu pekikan sahaja, mereka dihimpun dan dibicara, untuk menerima balasan.

54. Tidak seorang pun di inaya  melainkan menurut amalan masing2.

55. Penduduk syurga leka meniknati dengan kesenagan.

56. Mereka dengan pasangan bersukaria ditempat teduh diatas pelamin.

57. Berolih bermacam buah2an dan dapat ape sahaja yang mereka kehendaki.

58. Mereka berolih ucapan salam sejahtera,   dari Allah Yang Maha Pengasih.

59. Sebalik nye dikatakan kepada orang2 kafir, berpisahlah kamu pada hari ini, wahai orang2 yang berdosa.

60. Allah telah memerentah kan anak Adam, supaya tidak menyembah syaitan. Dia musuh yang nyata.

61. Dan Aku perintahkan; " hendahlah menyembah Aku, ini lah jalan yang lurus."

62. Sesungguh nye, syaitan itu, telah menyesatkan gulungan yang ramai, diantara kamu. berfikir dan insaflah.

63. Yang disaksikan sekarang Neraka Jahanam,  yang  kamu selalu diancam untuk memasuki nye.

64. Rasalah kamu bakaran nye pada hari ini, disebabkan perbuatan kufur, yang telah kamu kakukan.

65. Pada waktu itu mulut dimeteri. Kaki tangan mereka, diberi peluang menjadi saksi. Tentang ape yang mereka usahakan..

S.

Nota pendik.

1. Ingatan hari pembalasan tidak diindahkan mereka.
2. Keterangan Allah enggan di terima.
3. Tidak mahu menderma dan mengejek2 pula.
4. Di ingatkan hari kiamat mereka menyoal pulak.
5. Dengan satu pekikan semua mati.
6. Ditiup sangkala kedua semua hidup semula.
7. Semua mahlok dihimpunkan, untuk balasan. Mengikut usaha masing2
8. Di syurga mereka menikmati kesenangan dan bersukaria.
9. Orang kufur ke neraka, merasai azab bakarannye.
10. Anak cucu Adam diminta menyembah Allah.
11. Syaitan menyesatkan ramai nanusia.
12. Mulut ditutup, anggota memberi kesaksian di mahkamah Allah.

Was.

Yaa sinn 3. Allah Pencipta, Makanan, Kenderaan, pasangan2, Bulan Dan Matahari Terapong.

Bismilllahhirrohmanirrohim.

Catatan untuk ku memahami wahyu.

32. Semua mahluk akan dihimpunkan, hadir untuk dibicarakan, bagi menerima balasan.

33. Dalilnye kekuasaan Allah;  bumi yang mati, dihidupkan dan dikeluarkan biji2an untuk menjadi makanan.

34. Dipancarkan mata air maka dijadikan kebun kurma dan anggur.

35. Supaya mereka makan buah2an itu, dari usaha mereka, agar mereka bersyukur.

36. Allah mencipta mahlok2 nye berpasang2an, pada tumbuh2an, atau manusia atau  apa yang belum diketahui lagi.

37. Malam. yang dihilangkan siang, menjadi gelap gelita.

38. Matahari. Beredar ditempat yang ditetapkan bagi nye.

39. Bulan. Beredar beberapa peringkat hingga akhir nye kembali keperingkat awalnye. Melengkong seperti tandan kering.

40. Matahari tidak mudah baginye mengejar bulan dan malam pula tidak memdahulu siang. Tiap2 satu beredar terapung ditempat edaran masing2.

41. Satu lagi dalil ialah Allah membawa belayar keluarga mereka, dalam bahtera dengan penoh sarat.

42. Allah mencipta jenis2 kenderaan yang  boleh mereka kenderainye.

43. Jika Allah kehendaki, mereka boleh ditenggelamkan, tiada siapa yang dapat menolong mereka, juga tidak dapat di selamatkan.

44.  Kecuali dengan Rahmat Allah, mereka diberi kesenangan hidup sehingga ke suatu masa.

Nota pendik.

1. Setelah semua mahlok mati Allah himpunkan mereka untuk menerima balasan.
2. Dalil2 Allah maha berkuasa;
- bumi mengeluarkan makanan dan buah2an.
- mencipta mahlok berpasangan.
- mencipta malam dan siang
- mencipta bulan dan matahari berdedar pada tempat masing2.
- mencipta kapal dan kenderaan
- Allah memberi Rahmat Nye kesenagan hidup hingga suatu masa ditentukan.

Sunday 22 April 2018

Yaa Sinn 2. Kesah Bandar Diutus Tiga Rasul.

Bismillahhirrohmanirrohim.

Catatan Untuk memahami ayat2 Allah.

13. Cerita penduduk sebuah bandar ketika didatangi  Rosul2.

14. Diutuskan dua orang Rosul, tetapi didustakan, kemudian diutuskan pula Rasul ke tiga. Dia mengistiharkan diri sebagai,  utusan Allah.

15. Mereka mendustai nye juga.

16.  Diberi tahu kepada mereka, Allah mengetahui bahawa mereka adalah Rosol.

17. Untuk menyampaikan perintah2 yang jelas dan nyata.

18. Penduduk bandar itu menempelak jika meneruskan, mereka mengancam hendak merejam untuk memberi seksaan.

19. Nabi berkata bahawa nahas dan malang itu adalah angkara kekufuran mereka, tidak mahu mendengar nasihat  pengajaran. Mereka itu dari gulungan yang tidak insaf dan pelampau.

20. ** Semasa diancam itu,datang lah seorang lelaki, dengan memberi nasihat supaya menuruti Rasul2 itu.

21. Turuti lah mereka yang tidak meminta balasan, sedangkan mereka mendapat hidayah petunjuk.

22. Ketua kaum itu, memberitau dea telah beriman kepada Allah yang mencipta nye, dan yang akan dikemblikan kepada Nye.

23. Tidak patut menyembah selain Allah, kerana jika Allah menimpakan bahaya, tidak ade seorang yang lain, boleh memberi safa'at dan menolong menyelamat diri.

24. Kalau dalam syrik tentu lah berada dalam kesesatan yang nyata.

25. Sesungguh nye aku telah beriman pada Tuhan mu. Dengar lah.

26. Bila dah mati nanti dikatakan "Masuk lah dalam syurga" adalah baik jika kaum ku mengetahui.

27. Allahlah yang memberi pengampunan, dan menjadikan orang2 dimuliakan." **

28. Allah tidak perlu menurunkan pasukan tentera dari langit sesudah mati.

29. Hanye dengan satu pekikan sahaja semua mati.

30. Besar lah sesal nye bagi mereka yang didatangkan Rasul untuk menyampaikan kebenaran, tetapi diejek dan diperolok2kan.

31. Telah ramai umat yang terdahulu telah dibinasakan dan kembali kepada Allah untuk menerima balasan.

32. Semua nye akan dihimpun untuk dibicara bagi menerima balasan.

S.

Nota pendik.

1. Kesah sebuah bandar di datangi tiga Rasul tetapi ditempelak dan diugut untuk diseksa.
2. Semasa mereka diancam, datang ketua kaum memberi penjelasan kepada kaum nye;
- Turuti nasihat Rosul itu
-  Dia maklumkan, dea telah beriman.
- Jangan syirik
-  Pengampuan Allah.
-  Allah masukkan dalam syurga.
- Jangan perolok2 dan mengejek Rosul2.
-  Pengadilan hari kiamat dan       pembalasan.




Yaa sinn 1. Quran Untuk Yang Takut Pada Allah Dan Azab Nye Sahaja.


Bismillahhirrohmanirrohim.

Catatan untuk faham sahaja.

1. Yaa sinn.

2. Demi  AlQuran yang mengandungi hikmat2 dan kebenaran yang tetap kukuh.

3. Sesungguh nye Muhamad itu Nabi yang diutus Allah.

4. Yang tetap diatas jalan yang lurus.

5. AlQuran ini diturun kan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Mengasihani.

6. Untuk  peringatan dan amaran kepada yang lupa dan lalai.

7. Telah tetap lah hukuman seksa kepada mereka yang tidak mahu beriman.

8. Allah jadikan  belenggu yang memberkas tangan mereka, ke batang leher mereka sampai dagu mereka, lalu menjadilah mereka terdongak.

9. Dan Allah jadikan sekatan dihadapan dan sekatan di belakang  mereka, dan ditutup pandangan mereka, maka mereka tidak dapat melihat.

10. Kalau pun diberi  atau tidak diberi amaran  mereka tidak akan beriman.

11. Peringatan dan amaran hanya kepada orang yang menurut serta takut kepada Allah, semasa melihat atau tidak melihat azab Allah.

12. Allah menghidupkan yang mati dan menulis segala amalan  mereka semasa hidup, tiap2 satu dalam ibu kitab tanpa tinggal.

S.

Nota pendik.

1. Al Quran yang benar lagi berhikmat,  diturun kan Allah melalui Nabi Muhammad,  untuk peringatan dan amaran, yang lupa dan lalai.

2. Hukum seksa kepada yang ta mahu beriman.

3. Orang ta beriman Allah telah belenggu semua panca indera mereka . Mereka tidak akan beriman.

4.Peringatan dan amaran hanye kepada orang2 yang takut pada Allah dan azab Allah sahaja.

5. Allah menulis segala perbuatan dan amalan tiap2 manusia semasa hidup tanpa tinggal dalam Ibu Kitab

Was.

Friday 20 April 2018

Albaqorah 12 C. Kahwin, Cerai, Rujuk, Edah, Cinabuta.

Hanya untuk memahami ayat2 Allah.

Bismillahhirrohmanirrohim sahaja.

221. Janganlah kamu kahwini  perempuan atau lelaki kafir musyrik, sebelum mereka beriman. (memeluk Islam). Walaupun mereka menarik hati kamu. Kerana orang2 kafir itu mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke syurga .

222. Darah khid itu menjijikkan dan mendatangkan mudhorat. Olih itu hendaklah kamu jauhi (tidak disetubuhi) perempuan masa khid itu sehingga mereka suci. Bila sudah suci datanglah kepada mereka seperti diperentahkan. Allah suka orang2 yang bertaubat dan mensuci diri.

223. Isteri2 kamu sebagai kebun tanaman kamu, datangi lah ikut mane2 yang kamu suka. Bertaqwalah kepada Allah  sesungguhnye kita akan menemui Nye di Ahirat nanti.

224. Jangan lah bersumpah dengan name Allah sebagai benting(menghalang) untuk berbuat baik dan bertaqwa serta untuk mendamaikan perbalahan antara manusia.

225. Sumpah dengan niat bersumpah itu yang salah, sumpah yang tidak dimaksudkan tidak dikira bersumpah.

226. Bersumpah untuk tidak mencampuri isteri, bertempuh 4 bulan setelah itu  bolehlah kembali dicampuri semula.

227. ..Atau  boleh juga dijatuhkan talak untuk bercerai.

228. Isteri yang dicerai eddah nye 3 kali suci khid,  tidak halal menyembunyikan kandungan nye, jika mereka beriman. Suami2 mereka berhak untuk rujuk sebelum lepas eddah, jika ingin berdamai. Isteri juga mempunyai hak yang same yang ditanggungnye. Namun  suami itu mempunyai satu darjat lebih tinggi atas orang perempuan.

229. Talaq boleh dirujuk 2 kali. Sesudah itu  boleh dirujuk atau dilepaskan. Tidak halal bagi kamu mengambil balik barang2 ape yang diberi kecuali tidak dapat menegakan aturan hukum2 Allah, tidak berdosa untuk tebus talaq. Jangan dilanggari hukum dan ketentuan Allah, mereka itulah orang2 yang zalim.

230. Cerai kali ketiga,  perempuan itu tidak halal lagi bagi kamu, kecuali dea berkahwin lain, selepas eddah nye boleh lah menikahi semula dengan janda nye (cina buta).

231. Isteri yang dicerai hampir abih eddah boleh lah rujuk, atau lepaskan mereka dengan cara yang baik. Jangan rujuk mereka untuk memberi mudharat. Untuk menzalimi mereka. Jangan lah menginaya diri sendiri dan janganlah jadikan hukum2 Allah sebagai ejekan. Alquran diturun kan untuk pengajaran dan bertaqwalah.

232. Jika mereka bersetuju untuk menikah semula, jangan lah dihalangi mereka berkahwin atas persetujuan antara mereka. Allah mengetahui ape yang baik bagi kamu.

233. Ibu menyusukan anak nye 2 tahun genap. Bapa berkewajipan memberi makan dan pakai yang sepatutnye mengikut kemampuan nye. Jangan lah ibu bersusah hati kerana anak nye, kerana warisnye juga berkewajipan. Jika suami isteri bersetuju untuk hentikan penyusuan tidak lah bersalah. Jika hendak disusukan pada orang lain hendaklah di beri upah yang patut. Allah maha melihat .

S.

Nota pendik.

1. Jangan kahwini lelaki dan wanita kafir musyrik.
2. Darah khid kotor jangan setubuhi isteri.
3. Isteri kamu macam kebun kamu.
4. Sumpahan menghalang berbuat baik dilarang.
5. Sumpahan dengan niat dikira  salah.
6. Sumpah tidak mencampuri isteri bereddah 4 bulan.
7. Isteri dicerai beredah 3 kali suci khid.
8. Talaq yang boleh dirujuk 2 kali.
9. Barang yang diberi pada isteri dicerai tidak halal diambil balik.
10. Cerai kali ketiga ta boleh dirujuk.  Nak nikah semula kena cina buta.
11. Isteri yang dicerai, yang ingin kahwin semula atas persetujuan mereka, jangan lah dihalang.
12. Had menyusu anak 2 tahun genap. Boleh di berhentikan menyusu atas persetujuan ibu bapa.
13. Boleh diberi menyusu pada orang lain dengan bayaran upah.
14. Waris bertanggung jawab juga atas kesusahan dihadapi mereka..

Was.

Thursday 19 April 2018

AlBaqorah 12 B. Masuk Syurga Di uji Dulu.

*Catatan untuk memahami ayat2 Allah Sahaja.

Bismillahirrohmanirrohim.

214. Untuk Masuk syurga Allah akan menguji dengan berbagai ujian seperti orang2 terdahulu. Mereka di timpa kepapaan, diserang penyakit, digoncang olih serangan musuh ,sehingga mereka mengharapkan pertolongan Allah dengan sabar dan dan berpegang teguh  Agama Nye.

215. Berbelanjalah harta benda yang halal itu untuk diberi kepada:- Ibu bapa, kaum kerabat, anak2 yatim, orang2 miskin, dan orang yang terlantar dalam perjalanan. Apa sahaja kebaikan yang  dibuat, akan dibalas Allah sebaik2 nye.

216. Diwajibkan berperang menentang penceroboh walaupun dia dibenci tetapi baik untuk kamu.  Boleh jadi yang kamu sukai buruk bagi kamu. Allah Maha Mengetahui segala2 nye.

217. Berperang pada bulan yang dihurmati itu dosa besar, tetapi perbuatan menghalang orang Islam kejalan Allah, dan perbuatan kufur kepada Nya, dan perbuatan menyekat orang ke Masjidil Haram, serta mengusir penduduk disitu adalah lebih besar dosanye disisi Allah.
Angkara fitnah itu lebih besar dari pembunuhan dimasa perang, orang kafir itu memerangi kamu agar memalingkan kamu dari agama kamu.

218. Orang2 yang beriman dan berhijrah berjuang ke jalan Allah,  mereka itu lah mendapat rahmat Allah. Allah Maha Pengampun lagi Mengasihani.

219. Arak dan judi itu haram, kedua2 nye dosa besar, menafaat nye kecil dibanding kan dosa besarnye.

Mengenai apa yang dibelanjakan?.
Derma lah, ape2 yang lebih dari keperluan kamu.

220. Mengurus dan memperbaiki anak yatim itu sangat baik, dan dibenarkan bercampur gaul dengan mereka, kerana mereka juga saudara seagama. Allah mengetahui orang2 yang merosak dan orang yang membaiki.

S.

Nota pendik.

1. Untuk masuk syurga mesti diuji.
2. Berbelanja harta yang halal kepada   yang ditetapkan.
3. Diwajibkan berperang menentang penceroboh.
4. Berperang dalam bulan yang dihurmat berdosa besar ,tetapi menghalang orang kejalan Allah lebih besar dosa nye.
5. Arak dan judi itu haram.
6. Berbelanja itu ape yang lebih dari keperluan.
7. Mengurus dan memperbaiki anak yatim sangat baik.

Was.

Saturday 14 April 2018

Al Baqorah 15. Tatacara Berbelanja .Jangan Ungkit2.

Bismillahhirrohmanirrohim.

261. Bandingan orang yang  berbelanja kejalan Allah, same lah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan 7 tangkai,  tiap2 tangkai itu ade 100 biji, Allah melipatgandakan pahala, kepada sesiapa yang dikehendakiNye.

262. Orang yang belanjakan harta nye kejalan Allah, tetapi tidak mengiringi nye  dengan mengunkit, menyinggung dan menyakiti hati penerima nye, mereka mendapat pahala dari Allah.

263. Menolak pemintaan sadakah dengan cara yang baik dan memaafkan adelah lebih baik dari sadakah yang diiringi dengan perbuatan dan perkataan yang menyakitkan hati.

264. Rosak pahala sedakah dengan ; 
* mengunkit2,menyakitkan hati penerima. *Belanja dengan menunjuk2, riak.
*Dan tidak beriman kepada Allah dan hari ahirat. Mereka Itu umpama batu licin bertanah bila ditimpa ujan lebat, licin ta bertanah lagi. Orang kafir tidak mendapat satu pahala pun, apa yang diusahakan mereka.

265. Orang yang berbelanja untuk teguhkan iman adalah seperti  kebun ditempat tinggi dengan hujan yang lebat atau renyai pun memadai untuk keluarkan hasil 2 kali ganda.

266. Sukakah kalau sesaorang kamu mempunyai kebun yang berbagai buahan lalu ditiup  angin dengan api hingga terbakar...itulah penjelasan dan keteangan Allah .

267. Belanjalah harta  dan hasil usaha kamu yang baik2 diberi Allah, jangan pilih yang buruk2 untuk derma atau  zakat . Padahal kamu sendiri pun enggan menerimanye.

268. Syaitan itu menjanjikan kemiskinan dan kepapaan jika bersedakah atau menderma. Dea menyuruh berbuat keji, bahil dan kedekut Allah menjanjikan keampunan. Allah  Maha Luas limpah Rahmat Nye.

269. Allah memberi hikmat kebijaksanaan kepada sesiapa yang dikendaki nye dan mereka Memperolihi kebaikan.

270. Apa sahaja dibelanjakan atau dinazarkan, semua nye diketahui Allah.

271. Sadakah secara terang2 adalah baik sebagai contuh kepada yang lain. kalau di beri sembunyi2 pada fakir miskin juga baik bagi kamu. Allah akan hapuskan sebahagian kesalahan2 kamu.

272  Allah lah yang memberi petunjuk  kepada orang kafir dan sesiapa yang Dia kehendaki untuk beriman.  Ape jua harta yang halal dibelanjakan  kejalan Allah akan mendapat balasan, yang tidak dikurangkan.

273. Pemberian sadakah itu kepada: *orang2 miskin yang berjuang dijalan Allah. *Orang  yang ta berupaya mengembara berniaga dimuka bumi. * Orang miskin yang menahan diri, dari meminta2 pada orang ramai.

274. Orang yang belanja harta nye, secara terang atau sulit pada waktu malam ataupun siang,  mereka berolih pahala disisi Allah.

275. Dilarang memakan riba . Riba ta sama dengan jual beli. Riba diharamkan jualbeli dihalalkan.  Mereka hendaklah berhenti makan riba.  Sesiapa yang mengulangi nya,  mereka itu Ahli Neraka.

276. Allah susutkan kebaikan harta dari makan riba. Dan mengembangkan harta dari zakat dan sadakah. Allah tidak suka kepada kekufuran dan kekal terus membuat dosa.

277. Orang beriman bersolat dan berzakat  mereka berolih pahala tidak ade ke bimbangan dan berdukacita .

278. Orang beriman diarah untuk tinggalkan saki baki riba yang masih ada.

279. Kalau tidak di berhentikan riba akan ade peperangan dari Allah dan Rasul yang kamu tidak selamat. Hedaklah kamu bertaubat supaya tidak berlaku zalim dan menzalim kepada sesiapa.

280. Orang berhutang dalam kesempitan berilah tempoh hingga dia lapang. Kalau kamu sedakahkan. itu lebih baik.

281.Peliharalah diri mu dari huruhara hari kiamat yang menemui Allah, untuk menerima balasan tiap2 seorang menurut yang diusahakan.

282. Orang yang berurusan dengan hutang hendaklah membuat catatan  hutang. nyatakan  tempoh dengan jelas dan terang. Orang yang menulis nye hendaklah dengan betul dan taqwa. Jika orang berhutang itu bodoh atau lemah  hendaklah direncana olih wali2 nye dengan dua orang saksi lelaki, atau 1 lelaki 2 perempuan supaya dapat diingatkan. Jangan lah jemu menulis utang dengan tempuhnye.  Kecuali perniagaan tunai. Jurutulis dan saksi jangan lah disusahkan ( diberi upah.) Kalau dilakukan yang dilarang itu perbuatan itu adalah fasik.

283. Jika dalam musafir  berhutang, dan  tidak terdapat juru tulis hendaklah diadakan gadaian untuk dipegang. Tetapi jika dea percaya begitu sahaja yang berhutang itu hendaklah membayar nye dengan amanah  dan bertaqwa kepada Allah. Yang menjadi saksi janganlah sembunyikan kesaksian nye. Perbuatan itu berdosa.

284. Segala yang ade di langit dan dibumi adalah kepunyaan Allah. Ape yang dilahir dan disembunyikan akan dihitung. kemudian Dea mengampun dan menyeksa sesiapa yang Dea kehendaki.

285. Rosul dan orang beriman semua nye beriman kepada Allah. Malaikat Nye. Kitab2 Nye dan RosulNye. Tidak membezakan Rasul2Nye dan berkata "kami dengar dan kami taat."

286. Allah tidak memberati sesaorang kecuali ape yang terdaya olih nye. Dia menanggung pahala dan fosa yang diusahakan nye. Mereka berdoa.;
"Wahai Rabbi kami, jangan mengira kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Rabbi kami janganlah bebankan kami beban yang berat sebagaimana engkau bebankan kepada orang2 yang terdahulu dari kami. Wahai Rabbi kami janganlah pikulkan kami apa yang kami tidak terdaya memikulnye dan maafkanlah kesalahan kami serta ampuni lah dosa2 kami dan berilah Rahmat kepada kami engkaulah penolong kami, olih itu tolonglah kami mencapai jemenagan terhadap kaum2 yang Kapir.

Aaminn.
Was.

Nota rengkas:-

1. Berbelanja ke jalan Allah akan di lipat gandakan pahala nye.

2. Berbelanja kejalan Allah dilarang mengunkit menyakiti hati penerima. Riak  dan tidak beriman kepada Allah. Tidak mendapat pahala.

3. Menolak peminta sadakah dengan baik dan memaafkan mereka lebih baik dari bersadakah yang diiringi menyakiti hati.

4. Bersadakah lah kepada orang miskin.

5. Jangan makan riba.

6. Solat dan zakat mendapat pahala.

7. Tatacara Orang2 berhutang.

8. Syarat orang2 beriman.

9. Allah tidak memberati sesaorang kecuali yang terdaya nye sahaja.

10.Doa.

Was.

Friday 13 April 2018

Al baqorah 14. Ayat Kursyi. Pemilehan Pemimpin.

Bismillahhirrohmanirrohim.

243. Ketahui lah ada beribu2 orang  keluar dari kampung melarikan diri kerana takut mati. Allah berfirman kepada mereka 'matilah kamu'. Kemudian Allah hidupkan mereka.

244. Allah izinkan berperang pada jalan Allah.

245.  Siapa yang mahu memberi pinjaman
Kepada Allah yang baik (iklas)  agar mendapat balasan berlipat ganda. Allah lah yang menyempit dan meluaskan rezeki.

246. Kisah setelah wafat Nabi Musa, Ketua Bani Israil minta  dilantik seorang raja yang membolehkan berperang. Tetapi bila perang itu diwajibkan keatas mereka, mereka mebelakangkan kewajipan itu kecuali sebahagian kecil dari mereka sahaja.

247. Bila Allah melantik Talut  menjadi raja mereka menentang nye, tetapi  Talut dilantik Allah, kerana kelebihan ilmu dan kegagahan tubuh badannye.

248. Kerajaan Talut itu benar dari Allah, kerana dibuktikan datang nye Peti Tabut  yang dibawa Malaikat yang berisi barang2 peningalan Nabi Musa dan Harun.

249. Pasukan Talut bersama angkatan perang nye,  di uji supaya tidak minum air di sebatang sugai kecuali seceduk sahaja. Arahan ini diengkar kebanyakn mereka dengan meminum sepuas2nye. Jadilah mereka tidak berdaya berperang menentang Jalut.  Namun orang beriman  tetap percaya kemenangan dan akan menemui Rabbi nye.

250. Orang2 beriman keluar menentang Jalud dan berdoa agar Allah memberi kesabaran dan  tetapkan pendirian.

251. Mereka dapat mengalahkan Jalud dengan angkatan yang disertai Nabi  Daud yang membunuh Jalud . Allah telah melantik Nabi Daud sebagai kuasa pemerentahan dengan hikmat  yang diajarkanNya .

252. Itulah ayat kerangan yang dibaca kan kepada Nabi Muhammad dengan benar.

253. Allah melebihkan sebahagian dari  rasul2 nye dari segi darjat mereka. Nabi Isa diberi  mukjizat dan dikuatkan dengan Rohulkudus. Sepatutnye meteka tidak bertelingkah setelah datangnye Rasul itu membawa keterangan, tetapi mereka bertelingkah dan berbunuhan, maka ujudlah orang beriman dan kafir yang semuanye adalah kehendak Allah.

254. Allah mohon disebarkan sebahagian apa yang diberi kan Nye. Sebelum tiba nye hari kiamat.

255. Ayat Kurshi..."Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Dia. Yang tetap hidup kekal selame2nye, mentadbir sekalian mahlok yang tidak mengantuk usahkan tidur,  yang memiliki apa yang ade dilangit dan dibumi. Tidak sesiapa yang dapat memberi safaat, melainkan dengan izinNye. Yang mengetahui ape yang ade di hadapan dan dibelakang mereka,  sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari Ilmu Allah, melainkan ape yang dikehendakiNya. Luasnye Kursi Allah meliputi langit dan bumi dan tidaklah menjadi keberatan kepada Allah menjaga nya, serta memelihara kedua2 nya. Dialah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar."

256. Tiada paksaan dalam Ugama Islam kerana sudah nyata kebenaran nye. Yang tidak percaya, sesat khufur  taghut. Ya beriman memegang simpulan tali ugama yang teguh  yang tidak akan putus.

257. Allah pelindung orang beriman.  Mengeluarkan dari kegelapan kepada cahaya. Orang2 kafir  kepada tagut dan kufur.

258. Orng kafir berhujah  bila Nabi Ibrahim berkata Allahlah yang menghidup dan yang mematikan, tetapi mereka menjawab mereka pun boleh. Tetapi bila disuruh terbitkan matahari dari barat mereka tercengang. Tiada petunjuk kepada orang2 kapir.

259. Kesah Allah membina negeri yang sudah hancur dan menghidupkan semula orang yang telah mati. Allah lah maha kuasa setiap sesuatu.

260. Kesah Nabi Ibrahim ingin menyaksikan, Allah menghidupkan semula yang telah mati. Diminta supaya burung yang dicincang, diletakkan diatas gunung yang berasingan dan bila diseru, semua burung2 itu kembali  hidup.

S.

Untuk ku faham sahaja.

Nota pendik.

1. Allah mematikan dan menghidupkan semula.

2. Keizinan Allah untuk pergi berperang.

3. Pemilehan pemimpin. Bukan kerana banyak harta tetapi ilmu dan tubuh yang perkasa.

4. Allah mohon disebarkan keterangan2 Nye.

5. Ujian dan kesah peperangan  Talud dan Jalud, dan pelantikan Nabi Daud sebagai pemimpin kerajaan.

6. Ayat kursyi.

7. Allah membagun negeri yang ranap dan menghidupkan yang mati.

8. Kesah  keinginan Nabi Ibrahim menyaksikan sendiri, Allah menghidupkan semula yang telah mati. Burung yang dimatikan kembali hidup.

Was.

Al Baqorah 13. Jangan Janji Nikah Sulit2 Dengan Janda.

Bismillahhirrohmanirrohim.

234. Isteri yang kematian suami (janda) hendaklah beriddah selama 4 bulan 10 ari bila abih eddah nye,. boleh le mereka berhias dan menerima lamaran.

235. Perempuan yang dalam  eddahnye,  lelaki bolehlah menaroh hati atau menyindir untuk meminang nye secara sopan tetapi tidak boleh berjanji sulit untuk berakad nikah sebelum abih edah.

236. Tidak bersalah menceraikan isteri yang belum disentuh atau belum menetapkan emas kawin nye. Tetapi hendaklah di beri muta'ah mengikut keupayaan masing2 sebagai saguhati yang patut.

237. Perkahwinan yang belum disentuh, bercerai Jika telah nenetapkan emas kawin, mereka berhak mendapat separoh maskawin itu. Jika mereka menghalalkan tidak menuntut nye,  perbuatan memaafkan itu hampir kepada taqwa berbuat baik sesama sendiri.

238. Pelihara lah Solatlah  fardhu kahasnye solat wusta (asar).  Kerjakan lah dengan taat dan khusuk.

239. Jika takutkan sesuatu. solatlah sambil berjalan atau berkenderaan  jika telah aman sentosa kerjakan dengan sempurna.

240. Orang yang hampir mati hendaklah berwasiat untuk isteri2 mereka nafkah saguhati  tempat tinggal sehingga setahun lame nye, tidak disuruh pindah dari tempat tinggal nye. Tetapi jika mereka pindah sendiri tidaklah menjadi salah kepada waris.

241. Isteri yang dicerai patut mendapat mutaah pemberian sagu hati.

242. Itu lah hukum Allah.

S

Nota pendik.

1. Kematian suami, janda kena bereddah 4 bulan 10 ari.

2. Ta boleh berjanji akad nikah dengan janda itu sebelum abih eddah.

3. Kena Bayar mutaah kepada isteri yang diceraikan yang ta disentuh.

4. Bayaran separoh atau halalkan bagi isteri dicerai belum disentuh yang ditetapkan emas kahwin nye.

6. Pelihara solat dengan taat dan khusyuk.

7. Wasiat pada isteri jika hampir mati. Nafkah, sagu hati, kediaman, untuk setahun.

8. Mutaah bagi isteri dicerai.

Was

Wednesday 11 April 2018

Al Baqorah 12 A. Kehidupan Dunia Hanyalah Hiasan

Bismillahhirrohmanirrohim.

(A)  untuk memahami ayat2 Allah sahaja.

204. Ada orang yang manis mulut, bercakap dengan bersumpah name Allah. Ade yang tertarik dengan kata2 nye. Pada hal mereka sangat keras memusuhi kamu.

205. Bila hajat nye sampai maka ia melakukan bencana, merosakkan tananan dan keturunanan binatang dan manusia. Allah ta suka pada bencana kerosakan.

206. Bila diminta bertakwa maka sombonglah dea meneruskan dosa. Olih itu padan lah dia menerima Neraka Jahanam.

207. Ada manusia mencari redo Allah semata. Allah sangat belas pada hamba2 nye.

208.  Orang beriman diseru supaya masuk lah ke Ugama Islam seluruh nye. Patuhi hukum2 nye. Jangan ikuti jejak syaitan musuh yang nyata.

209. Kalau  tergelincir dengan tipu daya syaitan setelah sudah datang keterangan
Maka ketahuilah Allah Maha Kuasa.

210. Mereka akan diazab dan kepada Allah jua kembalinye segala urusan.

211. Bani Israil telah banyak disampaikan keterangan tetapi mereka mengkufuri nikmat ini, ketahui lah azab Allah sangat berat.

212. Kehidupan didunia ini di perhiaskan
Pada orang kafir hingga memandang rendah orang beriman. Pada hari kiamat  orang yang beriman lebih tinggi martabat nye. Dan ingatlah  Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki nye tanpa batas.

213. Asalnye manusia menurut agama Allah yang satu tetapi mereka berseliseh. Allah utuskan para nabi dan menurunkan kitab  untuk kabar gembira dan peringatan pada yang engkar.  Kitab yang diturunkan itu, keterangan yang benar tetapi mereka berselisih tentangnye kerana  hasad dengki, Allah memberi petunjuk dan hidayah kpd sesiapa yang dikehendaki nye..

Nota pendik.
1.Orang bermuka2 bahaya dan perosak.
2. Orang beriman diseru masuk Islam dan hukum2 seluruh nye.
3.kehidupan dunia hiadan semata..
4. Asalnya umat diatas agama Allah yang satu. Tetapi mereka berselisih terpecah dua. Islam dan kafir..

Was.

Tuesday 10 April 2018

AlBaqorah 11. Haji.

Bismillahhirrohmanirrohim.

196. Sempurnakan lah ibadat Haji dan Umrah. Jika ia di halang boleh bertahalul. Sembelihlah dam. Jangan cukur kepala sebelum dam. Kalau orang sakit kena bercukur dikepalanya hendaklah bayar fidyah, berpuasa, sedakah atau dam.
Bila dah aman boleh mengerjan Umrah dan Haji dengan menyembelih dam. Kalau ta ada dam  hendaklah berpuasa 3 hari masa mengerjakan Haji dan 7 hari di tempat masing2. Bagi di luar Masjidil Haram.

197. Mengerjakan Haji pada bulan2 termaklum. Sesiapa yang berhaji,
1. Dia tidak boleh bercampur dengan isterinye.
2. Tidak boleh moksiat,
3. Ta boleh bertengkar dalam masa mengerjakan Haji.
4. Bawa bekal dengan cukup untuk mengelak dari meminta sadakah.

198. Ta salah untuk berniaga di musim haji. Dari Arafah menuju ke muzalifah sebutlah name Allah. Doa,  talbiah dan tasbih.

199.  Di Arafah  hendaklah beristighfar mohon ampunan Allah.

200. Setelah selesai ibadah Haji ingatlah Allah. Bah kan dengan sebutan yang lebih lagi.

201.  Ada yang berdoa wahai  Rabbi kami berilah kebaikan didunia dan kebaikan diahirat dan peliharalah kami dari azab neraka.
202. Mereka itulah yang  mendapat bahagian yang baik  dari usaha mereka dan  Allah amat cepat menghitung Nye.

203. Sebutlah name Allah, bertakbirlah pada hari2 tasyrik. Dan dibolehkan meninggalkan Mina pada hari kedua  atau melambatkan nye ianye tidak berdosa.

S

Untuk memahami ayat2 Allah sahaja.

Nota rengkas:-

1. Menunaikan ibadat Haji dan Umrah syarat dan aturan nye.

-Bertahlul .
-Dam jika dihalang.
-Tak boleh bercukur sebelum dam.
-Ta boleh bercampur jimak.
-Ta boleh moksiat.
-Ta boleh bertengkar.
-Bawa bekal secukupnye.
-Boleh berniaga.
-Berdoa, talbiah, bertasbih.
-Beristiqfar di arafah.
-Berdoa lindungi dari azab neraka.
-Sebut name Allah pada hari tasyrik.

Was.

Sunday 8 April 2018

AlBaqorah 10. Perintah Puasa Dan Wasiat Harta.

Bismillahhirrohmanirrohim.

178. Orang2 yang beriman wajib  untuk melaksanakan hukum kisas( balasan yang seimbang). Jika mendapat pengampun, bayar gantirugi nyawa.  Sesudah itu sesiapa yang membalas dendam, mereka adalah telah melampau batas, mereka akan di azab seksa..

179. Iaitu ade jaminan hidup.

180. Sesiapa yang hampir mati jika berharta hendaklah berwasiat untuk ibu bape dan kaum kerabat.

181. Sesiapa yang mendengar kemudian mengubah wasiat  dea menanggung dosanye.

182. Tetapi sesiapa yang tahu akan wasiat itu  tidak adil dan membetulkan nye tidak lah ia berdosa.

183. Allah mewajibkan berpuasa seperti orang dahulu supaya bertaqwa.

184. Berpuasa itu pada hari2 tertentu, tetapi jika sakit atau bermusafir bolehlah berbuka. Mereka yang ta berdaya hendaklah di qadho banyak mana yang ditinggalkan. Dan yang tidak berdaya pula boleh kah dibayar fidyah memberi makan orang2 miskin.Tetapi puasa itu lebih baik bagi kamu kalau kamu mengetahui.

185. Puasa wajib di bulan Romadhan. Bulan diturunkan alQuran. Sesiapa yang menyaksikan anak bulan,  hendaklah dea berpuasa.  Kalau berkeuzuran  berpuasa,  hendaklah diganti dihari yang lain. Satu kemudahan  dari Allah dan membesarkan Nye.

186. Apabila ditanya dimana Allah. Sesungguhnye Allah sentiasa hampir dan perkenankan doa. Mereka hendaklah menyahut seruan dan beriman kepada Allah..

187. Dihalal kan  bercampur berjimak degan isteri2  di malam hari puasa. Berpuasa mula pajar, dan berbuka lah puasa pada magrib. Jangan setubuhi dan hampiri isteri masa beriktikaf dalam masjid.

188. Jangan mengambil harta orang lain dengan jalan yang salah dan jangan rasuah kepada hakim2 untuk makan harta orang lain degan berbuat dosa.

189. Peredaran anak bulan adalah tanda urusan ibadat manusia khasnye Haji. Semasa berihram jangan masuk rumah dari pintu belakang tetapi masuki pintu hadapan.

190. Perang lah  bagi orang yang memerangi kamu untuk mempertahankan agama Allah. Tetapi jangan lah kamu menceroboh (memulakan perang.)

191. Bunuh lah mereka yang memerangi kamu dimane2 sahaja. Usirlah mereka yang mengusir kamu. Fitnah (perbuatan syirik dan  ganas dan menindas orang islam) itu lebih bahaya dari membunuh.

192. Jika mereka berhenti memerangi kamu, berhentilah.

193. Perangi mereka sehingga tiada lagi fitnah, jika berhenti, tiada permusuhan kecuali pada mereka yang zalim.

194. Pencerobuhan yang dilakukan walaupun dalam  bulan yang dihurmati  tiap2 pencerobohan  dibalas dengan seimbang. Bertaqwalah kepada Allah.

195. Berbelanja lah jangan bahil untuk menegakkan agama Allah. Dan baikilah perbuatan kamu sesungguhnye Allah mengasihi orang2 yang memperbaiki amalannye.

S.

Hanya untuk memahami ayat2 Allah sahaja.

Nota pendik.

1. Hukum qisas. Balasan seimbang.
2. Wasiat harta.
3. Kewajipan berpuasa.
4. Allah dimane? Dia sangat hampir  dan  kabulkan doa.
5. Boleh berjimak dengan isteri malam puasa.
6. Jangan rasuah.
7. Berperang lah untuk pertahankan ugama.
8. Berbelanja lah jangan bahil.

Was.

Wednesday 4 April 2018

Al Baqorah 9. Pekara Iman Dan Kebajikan.

Bismillahhirrohmanirrohim.

158. Mengerjakan Sai dari Safa ke Maruah masa menunaikan kan Haji dan Umrah adalah syiar Islam.

159. Orang yang menyembunyikan keterangan dan ayat Allah dalam kitab suci, mereka akan dilaknat.

160. Kecuali mereka bertaubat dan menerangkan ape yang disembunyikan nye,  taubat mereka diterima.

161. Orang kafir mati didalam kekafiran mereka ditimpa laknat Allah, malaikat dan manusia.

162. Mereka kekal dalam laknat tanpa tempoh dan perhatian.

163. Tuhan kamu ialah Yang Maha Esa. Allah Yang Maha Pemurah dan  Maha Pengasih.

164..Semua yang berlaku  seperti kejadian langit dan bumi, pertukaran siang dan malam, air hijan yang menghidupkan tumbuhan, peredaran angin dan awan dan lain2 nya adalah tanda  nye Keesaan,  Kekuasaan, Kebijaksanaan dan rahmat Allah.

165. Namun ade juga sebahagian manusia mentaati dan mencintai selain dari Allah. Sedang orang beriman mentaati dan mencintaai Allah. Kalau orang yang zalim mereka melihat azab Allah pada hari ahirat niscaya mereka tidak melakukan kezaliman itu.

166. Ketika ketua2 mereka melepas diri dari pengikut nye melihat ngerinye azab seksa Allah.

167. Mereka menyesal yang amat sangat, pada ketika itu ingin untuk balik ke dunia untuk melepas diri tetapi mereka tidak dapat keluar dari neraka.

168. Makan lah ape yang ade dibumi yang halal lagi baik jangan ikut jejak langkah syitan. Syaitan itu musuh kamu.

169. Ia menyuruh kamu berbuat jahat dan keji dan suruh berdusta kepada Allah.

170. Apabila mereka disuruh olih Allah mereka tidak lakukan tetapi mereka menuruti yang dibuat  dato nenek  mereka walupun dato nenek mereka tidak mendapat petunjuk.

171. Mereka ini seperti  binatang yang tidak paham  kecuali suara panggilan sahaja. Mereka pekak, bisu dan buta dan tida menggunakan akal.

S
************************************

172. Orang beriman makan lah barang yang halal lagi baik, yang diberi, kemudian bersyukur kepada Allah jika hanya beribadat kepada Allah.

173. Allah hanye mengharamkan makan bangkai. Darah yang mengslir. Daging Babi. Binatang yang di sembelih tidak kerana Allah. Sesiapa terpaksa dan bukan keinginan nye dan tidak melampaui tidak berdosa.

174. Jangan  menyembunyikan mengubah keterangan kitab suci mereka akan diazab.

175. Mereka ini membeli kesesatan meninggalkan petunjuk Allah membeli seksa meninggalkan keampunan.  Ajaib nye mereka sanggup menanggung azab api neraka.

176. Allah turun kan kitab kebenaran tetapi mereka berseliseh yang benar dan mereka berpecah jauh dari petunjuk dan hidayah Allah.

177. Pekara kebajikan itu bukan hanye mengadap timor dan barat tetapi :
1. Beriman kepada Allah dan hari Ahirat.
Malaikat segala kitab sekalian nabi.
2. Menderma  akan harta yg disayang nye
Kepada kaum kerabat dan anak2 yatim dan orang miskin orang dalam perjalanan dan kepada orang yang meminta dan untuk memerdeka kan hamba abdi.
3. Mengerjakan sembahyang dan mengeluarkan zakat.
4. Perbuatan orang2 berjanji yang menyempurnakan janjinye bila mereka berjanji.
5. Ketabahan orang2 yang Sabar dalam masa kesempitan dan masa bertempur perjuangan perang sabil.
Mereka itu orang yang beriman dan bertaqwa.

S.

Hanya untuk memahami ayat2 Allah.

Nota pendik:-

1. Wajib sai pada untuk ibadat Haji dan Umrah.
2. Tidak boleh menyembunyikan ayat2 Allah.
3. Orang kafir mati dilaknat sampai bila2.
4. Pengakuan Allah adalah Tuhan Yang Esa.
5. Semua kejadian2 yang berlaku adalah kerana Keesaan, kekuasaan, Rahmat dan Kebijaksanaan Allah.
6. Ada manusia mencintai dan mentaati kepada selain Allah.
7. Mereka  menyesal. Tetapi tidak boleh balik kedunia.
8. Mereka seperti binatang.
9.  Makan lah barang yang halal lagi baik.
10. Makanan yang diharam Allah. Babi. Bangkai. Darah yang mengalir. Sembelih bukan atas name Allah.
11.  Jangan menyembunyi dan mengubah keterangan Allah.
12. Pekara2 kebajikan seperti yang ditetapkan diatas.

.was.

Sunday 1 April 2018

Al Baqorah 8. Beralih Arah Kiblat KeKaabah.

Bismillahhirrohmanirrohim.

142.Patuh lah kemana sahaja yang Allah arahkan untuk berpaling mengadap kiblat kerana  timur atau barat adelah kepunyaan Allah.

143. Umat Muhammad umat pilihan lagi adil. Rosulullah  pula menjadi penerang kebenaran, perbuatan kita. Kiblat yang beralih keKaabah adalah sebagai ujian  Allah, siapa sebenarnye mengikut Rasulullah. Kerana peralihan kiblat tu memang berat diterima kecuali mereka yang diberi petunjuk dan iman olih Allah.

144. Allah izinkan berpaling kiblat ke  Kaabah. Kemana2 pon berada, hadap arah kan lah ke kaabah. Pekara ni memang telah diketahui olih ahlil kitab akan Perintah Tuhan mereka.

145. Jika ditunjuk pon keterangan kitab yang diturunkan kepada Yahudi dan Nasrani yang menunjukan kebenaran Kaabah itu kiblat, mereka tidak akan menurut kiblat itu. Kita pun ta akan menurut kiblat dea, sesiapa mengikut hawa nafsu setelah datang pengetahuan mereka adalah zalim.

146. Orang yang diberi kitab mengenali Nabi Muhammad tetapi mereka menyembunyikan nye. Mereka tahu salah perbuatan itu.

147. Kebenaran yang disembunyikan itu adalah datang dari Tuhan mu janganlah ragu2.

148.  Tiap2 umat ada kiblat nye, berlumba2 lah membuat kebaikan kerana dimana sahaja berada akan dihimpunkan pada hari kiamat untuk menerima balasan.

149. Dimana sahaja mengerjakan solat hadapkan lah muka ke Kaabah. Ini adalah benar perintah dari Allah.

150. Hadapkan muka ke masjidil haram supaya tidak ada lagi orang menyalahi nye kecuali orang yang zalim. Jangan takut cacat cela mereka takut lah jepada Allah semata2.

151. Nikmat mengadap Kaabah itu same seperti mengutuskan seorang Rosul  yang membacakan ayat yang membersihkan syirik dan maksiat  dan mengajar kandungan alquran serta hikmah.

152. Ingatlah kepada Allah agar dibalasNye kebaikan dan bersyukurlah dan jangan lah kufur nekmat Allah.

153. Orang2 beriman minta pertolongan Allah  dengan  bersabar dgn mengerjakan solat sesungguh nye Allah menolong orang2 yang sabar.

154. Orang2 yang terbunuh dalam perjuagan agama mereka tidak mati tetapi sebenarnye mendapat tempat istimewa.

155. Allah menguji manusia dengan ade nye perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Tetapi Allah memberi kegembiraan kepada orang2 yang bersabar.

156. Orang2 yang ditimpa kesusahan betkata "sesungguhnye  kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami  kembali"

157.  Mereka itulah orang yang dilimpah berbagai kebaikan dan rahmat dan mendapat petunjuk dari Allah.

Nota pendik.

1. Peralihan arah kiblat ke Kaabah. Hanye di patuhi mereka yang diberi pertunjuk dan beriman.

2. Orang2 Yahudi dan Nasroni  mengenali Nabi Muhammad dalam kitab yang diturun kan tetapi disembunyikan.

3. Mengerjakan solat mengadap Kaabah.

4. Minta pertolongan Allah dengan sabar dan solat.

5. Orang2 yang mati dalam perjuangan ugama mereka hidup ditempat istimewa.

6. Allah menguji manusia dengan berbagai cara,  berbahagia bagi yang sabar.

Was