Sunday 21 February 2016

Keistimewaan Solat Subuh dan Tahajud


Surah Al lsraa.

1.78.79. Dirikan lah olehmu solat ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam dan dirikan solat subuh, sesungguhnye solat subuh itu adelah disaksikan (keistimewaan).

Dan bagunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakan solat tahajjud, pada nya sebagai solat tambahan bagi mu; semuga Tuhan membangkitkan mu dan menempatkan mu pada hari ahirat, di tempat yang terpuji.

Tuesday 16 February 2016

Perintah Dan Larangan Allah Dalam Surah Al Israa.

Bismillahirrohmanirrohim.

Catatan ini utk memahami  wahyu sahaja.

00.00. Dalam surah Al-Israa Allah berfirman terdapat dua gulungan manusia ya ni yang mencintai dunia dan mencintai ahirat. Allah memberi perintah dan larangan kepada manusia dalam firman2Nye dalam surah ini.

00.18. Sesiapa yang menghendaki kehidupan dunia Kami akan segerakan kepadanye dalam dunia, apa yang Kami kehendaki bagi sesiapa yang Kami kehendaki. Kemudian Kami sediakan neraka jahanam untuk membakarnye dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.

00.19. Dan sesiapa yang menghendaki ahirat dan berusaha mengerjakan amal2 yang baik untuk ahirat dengan usaha yang layak bagi nye sedang dea beriman, make mereka yang demikian keadaan nye diberi pahala akan amal usahanye.

00.20. Tiap2 golongan dari keduanye, gulungan dunia dan gulungan ahirat Kami hulurkan kepada mereka dari pemberian Tuhan mu ( wahai Muhammad) dan tiadalah pemberian Tuhanmu itu tersekat (dari sesiapa pun).

*Tidak Syirik.

1. 22.23. Jangan lah engkau adekan tuhan2 yang lain bersame Allah. Kerana akibat nye engkau akan tinggal dalam keadaan tercela dan kecewa dari mendapat pertolongan. Dan  Tuhan mu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada Nye semate2.

*Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa

2. 23.24. Dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.  ... jika salah seorang dari keduanye atau kedua2nye sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan mu, maka jangan lah kamu berkata kepada mereka sebarang perkataan kasar sekalipun perkataan   "ha"  dan jangan engkau menengking menyergah mereka tetapi katakan kepada mereka perkataan yang mulia. (Yang bersopan santun).

Dan hendakkah engkau merendah diri kepada kedua nye kerana belas kasihan dan kasih sayang mu, dan doakan lah "wahai Tuhan ku cucuri lah rahmat kepada mereka berdua sebagaimane mereka telah mencurahkan kasih sayangnye memelihara dan mendidek ku semasa kecil"

*Jangan Berbelanja Boros.

3.26.27.28.29. Dan berilah kepada kerabat mu dan orang miskin serta orang musafir akan haknye masing2 dan jangan lah engkau belanjakan harta mu dengan boros yang melampau2. Sesungguhnye orang yang boros itu saudara syaitan, sedang syaitan itu  pula adalah mahlok yang sangat kufur kepada Tuhannye.

Dan jika tidak dapat melayan  mereka...maka katakanlah kepada mereka kata2 yang menyenangkan hati.

Dan jangan engkau jadikan tangan mu terbelenggu dileher mu dan jangan pula menghulurkan nye sehabis habisnye...akibatnye tinggallah engkau keadaan tercela serta kering keputusan.

*Jangan Membunoh Anak Kerana Miskin.

3.31. Dan jangan lah kamu membunuh anak2 kamu kerana takut kepapaan.Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.

* Jangan Menghampiri Zina.

4.32. Dan jangan kamu menghampiri zina sesungguhnye zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan jahat.(yang membawa kerosakan).

*Jangan Membunoh Orang.

5.33. Dan jangan kamu membunuh diri seorang manusia yang diharamkan olih Allah membunuhnye kecuali dengan alasan yang benar.
(Olih Pemerintah sahaja)

*Jangan Makan Harta Anak Yatim.

6.34. Dan jangan lah kamu menggampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik sehingga ia balig.

* Sempurnakan Janji.

7.34. Dan sempurnakan lah perjanjian (dengan Allah dan manusia) sesungguhnye perjanjian itu akan ditanya.

*Sempurnakan Sukatan.

8.35. Dan sempurnakan lah sukatan apabila kamu menyukat dan timbanglah dengan timbangan yang adil, yang demikian itu baik (didunia) dan sebaik2 kesudahan.  (pahala di ahirat)

* Jangan Ikut Tanpa Pengetahuan.

9.36. Dan jangan lah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenai nye. Sesungguh nye pendengaran dan penglihatan serta hati semua anggota itu tetap akan di tanye tentang apa yang di lakukan nye.

*Jangan Belagak Sombong.

10.37. Dan jangan lah engkau berjalan dibumi ini dengan berlagak sombong kerana sesungguhnye engkau tidak dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung ganang.

** Perintah.

11.38 tiap2 satu perintah itu, menyalahi nye adalah kejahatan yang dibenci disisi Tuhan mu.

Was.