Friday 30 April 2021

AT TIN..BUAH TIN DAN ZAITUN.


Terjemahan ke bahasa surah ini  untuk megetahui maksud nye sahaja.

❤❤
Bismillahhirrohmanirrohim.
Wat tin ni waz zaitun.

1. Demi  buah tin dan buah zaitun.
2. Demi gunung Tursina.
3. Dan demi Negeri Mekah yang aman,
4.  Sesungguh nye Kami telah mencipta manusia bentuk sebaik2 nye.
5. Kemudian  (jika panjangj umur  hingga tua dan menyalahkan gunakan nye) kami kembalikan ke tempat serendah2 nye.
6. Kecuali orang yang beriman dan beramal salih maka mereka memperolihi pahala  yang tidak putus2.
7. Maka ape yang menyebabkan mereka berdusta tentang hari pembalasan setelah ada keterangan2 itu.
8. Bukan kah Allah Hakim yang paling adil.

😊🤲🤲
Nota ringkas.

1. Allah  bersumpah dengan buah tin, zaitun dan Negeri Mekah.
2. Manusia dicipta sebaik2 bentuk dan kelengkapan yang sesuai.
3. Kalau panjang umur dan menyalahkan kelengkapan itu Allah kembalikan ketaraf yang rendah kerana mendustakan hari pembalasan, kecuali orang yang beriman dan beramal solih.

Wednesday 28 April 2021

Al BAYYNAH... ENGKAR KEBENARAN


❤❤❤
Catatan dalam bahasa hanye untuk memahami surah sahaja.

Bismillahhirohmanirohim.

1.Orang kafir  dikalangan ahli kitab dan orang musyrik tidak akan meninggalkan agama mereka sampai datang nye  bukti yang nyata.

2. Ia itu seorang rasul  yang membaca lembaran2 suci (al Quran).

3. Didalam nye terdapat isi  kitab yang benar dan lurus.

4. Tidak terpecah belahlah orang orang dari ahli kitab melainkan telah datang kepada mereka bukti yang nyata.

5. Pada hal mereka diperintah menyembah Allah dengan iklas mentaati Nye semata2 menjalan kan agama. Dan juga agar melaksakan solat dan menunaikan zakat yang demikian itu lah agama yang lurus (benar).

6. Sesungguh nye orang kafir dari ahli kitab dan musyrik akan dimasukan kedalam neraka mereka kekal didalam nye selama2nye. Mereka itu sejahat2  mahlok

7. Sesungguh nye orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan ,beramal soleh, mereka itu adalah sebaik2 mahlok.

8. Balasan mereka disisi Tuhan  ialah syurga Adn, yang mengalir dibawah nye beberapa sungai. Mereka kekal selama2 didalam nye. Allah redho akan mereka, mereka pun redho akan nikmat pemberian Nya. Balasan yang demikian itu untuk orang yang takut melanggar perintah Tuhan nye.

 
😊😊😊
Nota ringkas.

1. Orang kafir dan musyrik dikalangan ahli kitab mereka tetap tidak meniggalkan agama mereka.
2. Walau nabi  diutuskan  dengan kitab alQuran yang benar. Diminta Untuk Mengerjakan solat, taat hal agama, beramal soleh, menunaikan zakat.
3. Ahli agama yang kapir dan musyrik   mereka orang yang jahat, dimasukan ke neraka selama2 nye.
4. Orang beriman dan mengerjakan solat dan  buat kebajikan mereka orang2 yang baik, akan dimasuk kedalam syurga 'adn.

Was
3042021.

Tuesday 27 April 2021

Al QADR: MALAM SERIBU BULAN.

❤❤
Terjemahan kebahasa ini sekadar memahami wahyu sahaja.

Bismillahhirmamirrohim

1. Sesungguh nye kami telah menurunkan alQuran pada malam qadar.
2. Tahukah apa kah malam alQadar itu.
3. Malam  kemuliaan  iaitu lebih baik dari seribu bulan.
4. Malam itu turun para malaikat dan roh Jibril dengan izin Tuhan untuk mengator semua urusan.
5. Sejahtera lah malam itu sampai terbit fajar.

😊😊😊
Nota rengkas.

1. Malam al Qadar malam diturunkan alQuran, malam terbaik dari 1000 bulan.
2. Malam para malaikat mengatur  semua urusan dengan izin Allah (untuk tahun berikutnye.)


Monday 26 April 2021

AZ - ZALAZAH; AMAL DAN BALASAN

😊😊😊
Terjemahan kebahasa ini  untuk memahami erti wahyu sahaja.

Bismillahhirohmanirrohim.
Iza  zul zilatil ardu zil zalaha.

1. Bila bumi di guncangkan dengan guncangan yang dahsyat.
2. Bumi telah mengeluarkan isi beban2 yang berat (dikandung nye)
3. Dan manusia bertanye apa yang terjadi dengan bumi ini.
4. Pada hari itu bumi meyampaikan berita nye.
5. Kerana sesungguh nye Tuhan telah memerintah pada nye.
6. Pada hari itu manusia keluar dari kubur  secara berkelumpuk, untuk dilihat kepada mereka balasan semua perbuatan mereka.
7. Sesiapa membuat kebajikan sebesar zarah dea akan melihat nye.
8. Dan juga  barang siapa mengerjakan kejahatan sebesar zarrah niscaya akan melihat nye.

🤲🤲🤲
Nota ringkas,

1.Bumi di hancurkan  atas perintah Allah.
2. Manusia di hidupkan semula untuk balasan.
3. Amal baik dan buruk sekecil mana pun akan diperlihatkan untuk balasan.
.

Saturday 24 April 2021

AT TAKASUR: JANGAN BERMEGAH2

❤❤
Terjemahan ke bahasa ini untuk mengetahui maana surah ini.

Bismillahhirrahmanirrohim.
Alhakumut takasur.

1. Bermegah2 (berlumba mendapat harta benda, anak pinak, pangkat, pengaruh dsb) telah melalaikan kamu mengerjakan amal bakti,
2. Sampai kamu masuk kedalam kubur,
3.  Jangan sekali kali demikian ! Kelak kamu akan tahu akibat perbuatan mu.
4. Diingatkan sekali lagi ! Kelak kamu akan mengetahui akibat buruk nye .
5. Sesungguhnye sekira nye kamu mengetahui dengan pasti. Kamu akan mengerja bekalan untuk ahirat.
6. Niscaya kamu  benar2 melihat neraka Jahim yang marak menjulang,
7. Kemudian benar2 kamu melihat  dengan mata kepala sendiri.
8. Kemudian kamu ditanya pada hari itu tentang kenikmatan yang di megah didunia itu.

🤲🤲🤲
Nota pendik:
1. Jangan bermegah2 yang melalaikan untuk berbuat amal bakti.
2. Akibat nye kamu diperlihatkan neraka Jahim api yang menjulang ,
3. Kamu akan ditanye kenikmatan yang dimegah2 kan itu.

Was.
2542021

Friday 23 April 2021

AL QORIAH .HARI KIAMAT.

❤❤Catatan ke bahasa ini sekadar memahami makna surah shaja.

Bismillahhirrohmanirrohim.
Al qoriah.

1. Hari kiamat.
2. Apa kah hari kiamat itu?
3. Dan tahu kah kamu apa hari kiamat itu?
4. Pada hari itu manusia seperti kalkatu yang berterbangan.
5. Dan gunung ganang seperti bulu yang di hamburkan.
6. Maka ada pun orang yang berat timbangan kebaikan nye,
7. Dia berada di kehidupan yang memuaskan.
8. Dan orang yang ringan timbangan kebaikan nye,
9. Maka tempat kembali nye neraka hawiyah.
10. Dan tahu kah kamu  apa kah neraka Hawiyah,
11. Ia itu api yang sangat panas.

.🤲🤲🤲

Nota ringkas.

1. Hari kiamat itu ialah hari musnah nye alam jagat.
2. Orang yang bayak baiknye didunia hidup selamat dan bahagia diahirat.
3. Orang yang banyak dosanye keneraka Hawiyah.

Wasalam.
2442021.

Tuesday 20 April 2021

AL FIL.. TENTERA GAJAH.

Catatan ke bahasa, sekadar memahami maana surah ini sahaja.

Bismillahhirrohmanirrohim.
Alamtarokai kai fa fa'ala rabbuka biashabil fil.

1. Tidakkah di perhatikan bagaimana Tuhan mu telah bertindak terhadap pasukan bergajah.
2. Bukan kah Dia menjadikan tipudaya mereka sia2.
3. Dan Dia telah mengirimkan kepada mereka burung yang berbodong2.
4. Yang melempar mereka dengan batu dari tanah yang dibakar.
5. Sehingga mereka menjadi daun2 yang dimakan ulat

Nota rengkas.

Allah memberi bantuan menentang  tentera gajah yang menyerang orang Islam (dan hendak meruntuh kaabah) dengan menghantar tentera burung yang melemparkan batu2 keras hingga mereka hancur..

Saturday 17 April 2021

TEMU BUAL SAYA DENGAN TOK RABUK 3.

W...Assalam tok.
Tok..Walaikum salam.

Wartawan(w)... Sudah lama kita tidak berbicara tok, Agak nye tentu banyak nak diperkatakan kali ini tok.

Tok...Ye,  lama itu ukuran menunggu tapi ukuran masa mengikut bilangan ari2 berlalu.

W...Tok saya ditanya tentang orang2 Islam dikatekan akan selamat dalam kehidupan diahirat dimasukan syurga.

Tok... Ye benar setiap yang benar dan di akui benar sahih pasti mendapat keredhoan Allah. Agama Islam adalah agama yang diredhoi Tuhan Semesta Alam, Tuhan yang benar mecipta alam semasta. Kalau telah mendaftar sebagai Ahli agama Islam ia akan termasuk orang diselamatkan.

W...oo mendaftar gitu.

Tok...serupa juga macam  jika anda telah mendaftar menjadi ahli satu pertubuhan yang mempunyai perlembagaan nye, anda sah sebagai ahlinye dan mendapat kemudahan dan mengamalkan semua aktibiti yang di syaratnye.

W...Tok.. jadi syarat utama nye mesti mendaftar masuk ke agama Islam gitu.

Tok... Benar..syarat utama mendaftar menjadi orang Islam sangat mudah. Iaitu yakin dan percaya kepada dua perkara asas ini. yakni percaya kepada Tuhan yang satu dan Nabi Muhammad adalah hamba dan pesuruh Allah. Itu lah dua kalimah syahadah untuk direkod untuk menjadi orang Islam.

W...mereka bertaya saya tok, orang Islam ada juga yang jahat berpoya2, berbohong, mengumpat, minum arak, prempuan membazir waktu, kurang berjaya dsb nye. Macamana mereka bolih selamat nanti?

Tok...memang manusia itu lemah dipengaruhi olih berbagai faktor, faktor keliling, hawa nafsu, kecintaan kepada harta benda yang bayak, haloba inginkan kemasyoran dsb. Dan orang Islam akan lebih kuat di cobaan dan dugaan nye,  kerana banyaknye ganguan dorongan dari iblis dan syaitan yang menyesatkan. Ingat kah perjanjian Iblis dengan Tuhan bahawa dea akan menyesatkan semua anak cucu Adam dan  Allah tiada halangan permintaan itu, sesiapa mengikut jalan iblis yang sesat,  dea tersesat. Di masukan neraka. Siapa yang mengikut jalan Tuhan selamat dan syurga.

W..Tok memang manusia lemah tetapi kita ta menguruskan nye dengan baik.

Tok... Sebagai manusia kita ada tingkat dan batas keupayan. Pikiran kita ta dapat memahami dan menjagkau semua pekara dunia dan ahirat sebab kita dicipta bagitu, bukan hebat. Sebab itu kita melakukan banyak kesalahan dari ketetapan Tuhan.

W...bolih saya tahu kelemahan kita tok.

Tok... Lihat lah satu contuh kecil ini. Sebenar nye kita berdosa membunoh sekor nyamuk atau lalat pon sebab dea mahlok Allah jua. Kita berdosa bukan kerana membunoh nye tetapi kerana kita Agama Kebersihan, kebersihan ajaran utama Agama Islam, tapi kita ta amalkan kebersihan sepenohnye, hingga nyamuk lalat membiak yang bolih membawa banyak penyakit bukan sahaja kepada kita tetapi bolih menyebabkan jiran dan masyarakat yang lebih luas, tempias  jangkitan yang  bolih membawa maut lihat lah denggi, malaria, taun berjuta manusia mati kerana bawaan nyamuk lalat dan kekotoran , tidak menjaga kebersihan. Dahsyat kan.

W. Oo dalam kajian tu tok.

Tok...Bkn itu sahaja. Banyak lagi. Tapi kita di minta untuk jangan membazir masa. Menjadi orang yang rugi. Agama kita menganjurkan supaya menjadi orang berjaya. Tapi kita ta peduli. Banyak masa terbuang sia2. Agama Kita minta berkerja sungguh2 disiang hari dan beribadat khusus dimalam hari,  orang yang berjaya tidurnya sikit di waktu malam ibadat nye panjang. Semua itu pahala,  Kita buang masa percuma tidur lena.

W...macamana dengan buang masa ni tok?

Tok...Buang masa tu maksud tiada nilai ibadah baik dunia atau ahirat. Chontuh kecil yang tok boleh beri bayak masa kita berbicara pasal individu bukan bicara hal sistem yang bolih membagun individu dalam masyarakat. Masa terbuang di hadap tv atau gejet, hand set atau di kelab2 untuk liburan tiada pembenaan minda untuk cergas.

W... Ape yang terbaik untuk kita supaya ta membazir.

Tok...Kita hendaklah melayan cita2 besar untuk kehidupan dunia dan mati alam ahirat, dengan itu kita akan menjadi orang yang teliti tentang kehidupan. Sudah tentu ilmu sangat penting. Ilmu hanye ada dalam  Quran dan hadis sahih dan suber ilmiah kajian pakar dalam bidang masing ikuti itu sahaja. Yang sangat penting anjuran agama kita bila kita mengerti kita laksanakan yang membawa maksud ilmu amal. Tahu dan buat. Mengerti tanpa buat tiada makna. Tuhan telah berfirman dicipta semua nye berpasangan, jadi kita mesti berjaya dunia dan ahirat, tidak bolih sebelah sahaja, tidak seimbang, ini pun kegagalan dan kelemahan kita juga.

W... Tok! kan tadi kate kita ta upaya memiliki itu semua kita lemah macam mane tu Tok.

Tok ..Ye kerana besarnye rahmat Ilahi kita ta dapat memiliki semua tetapi Tuhan telah mencipta penghususan sekadar mana terdaya sesaorang mengikut anugerah kepakaran nye.

Kita bukan mahluk yang kuat namun Allah anugerah setiap kita pada tahap2 nye dan amat sedikit orang diberi kelebihan berganda, itu urusan dan muslihat Allah atas kekuasaan Nye untuk rahmat yang dijanji nye. Rahmat lil alami, Dia yang Maha Bijaksana.

W... Ada contuh lain. Tok.

Tok...tentu..banyak sekali contuh2 arahan Tuhan yang kita ta dapat laksanakan demikian lah dengan Keadilan, menuntut ilmu dunia dan ahirat, pengucapan benar, iklas, jujur, mengumpat, rajin, kesaksian tulin, menjaga panca indera, ahlak, perkahwinan dan banyak lagi yang kita gagal melaksanaka segala2 nye dengan sempurna yang kekadang lebih banyak songsang amalannye.

Kerana kita lemah itulah Tuhan mencipta taubat. Insaf atas ketidakupayaan kita, semua arahan yang menjadi kesalahan yang tidak mampu kita laksanakan. Orang2 Islam mendapat keampunan  sekira nye mereka bertaubat  disertai dengan membuat kebajikan. Kerana itu  Kehidupan mereka diahirat terjamin selamat..

W... Tok saya terasa fana dengan penjelasan Tok tadi, bayak sangat perkara yang kita ta nampu lakukan ye, sejuk terasa kaki dan tagan saya tok ketakutan, takut akan tidak sempat bertaubat dan tidak diterima taubat. Terasa sangat ngeri Tok. Takut akan tidak selamat dalam perjalanan kedistinasi yang abadi ini.

Tok...ketakutan dan kekecewaan menyebabkan kita bertambah lemah, bukan itu jalan nye. Yang penting kita lakukan ape yang terdaya olih kita sebagai hamba. Allah yang mencipta kita, dia telah tetapkan kadar mampu nye. Yang utama nye pikiran dan jiwa bersih kepada Nye ingat  dan tunduk kepada Nye. Setiap masa lakukan ibadat dan kerja yang iklas hanye kerana Dia sahaja. Bukan kerana yang lain.  Buat dapat yang halal jauhi yang haram. Muga kita mendapat rahmat dan keredoan Nye.

W...Terima kasih Tok..baru terasa lega dengan nasihat Tok itu. Terima kasih juga Tok kerana dapat melapang kan masa dalam temu bual kali ini muga nasihat tok dapat menjadi panduan kami jua. Muga kita dapat bertemu dimasa lain Tok.

Tok...waalaikumsalam, insya Allah.

Was
2042021.)

AL HUMAZAH. NERAKA PENGUMPAT DAN PENGUMPUL MENGHITUNG HARTA.

Tulisan bahasa ini sekadar memahami erti wahyu Allah sahaja.

Bismillahhirrahmanirrohim.
Wailul likullihuzatil lumazah.

1. Celaka lah setiap orang mengumpat dan pencela.
2. Yang mengumpul harta dan menghitung nye.
3. Dia (manusia) mengira harta nye dapat mengekalkan nye.
4. Sekali2 tidak! Pasti dea dilemparkan kedalam neraka (hutamah)
5. Tahukah kamu ape itu neraka  (hutamah)?.
6. (Ya itu) api  (azab)Allah yang dinyalakan.
7. Yang membakar sampai kehati.
8. Sungguh api itu ditutup rapat atas (diri) mereka.
9. Sedang mereka itu diikat pada pada tiang 2 yang panjang.

❤❤
Nota ringkas.

1. Mereka Yang mengumpat, mencela dan yang mengumpul harta.
2. Mereka akan di lempar ke neraka hutamah yang membakar sampai kehati.
3. Mereka di ikat pada tiang yang panjang dan api itu di tutup atas diri mereka.

AL 'ASR; KERJAKANLAH KEBAJIKAN SETIAP MASA.

😊😊Bismillahhirrohmanirrohim
Wal'Asri.

1. Demi masa,
2. Sesungguhnye manusia dalam kerugian.
3. Kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling nasihat menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

❤❤
Nota pendik.

Orang2 beriman diminta
banyakan berbuat kebajikan setiap supaya tidak kerugian..

Was.
1742021.

Thursday 15 April 2021

SURAT Al 'ASR. DEMI MASA.

Terjemahan ini sekadar untuk memahami  wahyu ini sahaja.

😊😊Bismillkahhirrohmanirrohim.
Wal asr'

1. Demi masa,
2. Sesungguhnye  manusia berada dalam kerugian
3.kecuali orang2 yang beriman dan mengerjakan  kebajikan, serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.

❤❤
Nota rengkas.

Jangan merugi masa, buat lah kebajikan banyak2. Aaminn.

AL KAUSAR: NIKMAT YANG BANYAK..

Terjemahan ke bahasa ini adalah sekadar memahami wahyu Allah sahaja.

Bismillahhirrohmanirrohim.
😊😊* Ina a'tainakalkausar.

1. Sesungguhnye Kami telah memberi mu (Muhammad) nikmat yang banyak.
2. Maka laksanakan lah solat dan berkurban lah (sebagai ibadah  mendekat diri dengan Allah)
3. Sesungguh nye orang yang membenci mu dea lah yang terputus (dari rahmat Allah).

❤❤
Nota pendik.

Nabi telah dikurniakan nekmat yang banyak,  antara nya kolam air alkausar  yang sangat lazat. Baginda sendiri menunggu umat yang taat datang minum air nye.

Was
1642021

SURAH AL MA'UN: ORANG YANG BENAR DALAM AGAMA.

😊😊Catatan dalam bahasa ini sekadar untuk memahami maksud wahyu Allah sahaja.

Bismillahhirrohmanirrohim.
*Aroaital lazi yukazzibubiddin.

1.Tahukah kamu orang yang mendusta ugama.
2.  Itu lah orang2 yang mengherdik/menzalimi anak yatim.
3. Dan tidak mendorong memberi makan orang2 miskin.
4. Maka celaka lah orang solat,
5. Ia itu orang2 yang lalai terhadap solat.
6. Yang berbuat ria',
7. Dan enggan memberi bantuan.

❤❤

Nota pendik

*Orang yang benar dalam ugama:
1. Layan baik anak yatim.
2. Beri makan orang miskin.
3. Jangan lalai dalam solat.
4. Beri bantuan pada yang perlu.

Was.
1542021.

Wednesday 14 April 2021

AL LAHAB. BINASA SESIAPA MENGHINA NABI.

Catatan bahasa ini sekadar ingin memahami wahyu Allah sahaja.

Bismillahhirohmanirrohim.

1. Binasalah kedua tangan Abu lahap dan benar binasa lah dia.
2. Tidak berguna lah harta dan ape yang diuruskan nye.
3. Kelak dea masuk kedalam api yang mengenjolak.
4. Dan (bagitu pula) isteri nye pembawa kayu bakar (penyebar fitnah)
5. Di leher nye ada tali dari sabut dipintal.

Nota rengkas.

Ayat ini turun kerana Abu lahab menghina Nabi, semasa Nabi mengumpul orang2 Qurais untuk memaklumkan bahawa musuh akan menyerang keesokan harinye.

Tuesday 13 April 2021

SURAH AN-NASR. PERINTAH UNTUK BERTASBIH DAN TAUBAT.

😊😊Catatan ini untuk memahami maksud wahyu sahaja.

Bismillahhirrohmanirrohim.

1. Bila datang pertolongan Allah dan kemenangan.
2. Dan engkau melihat manusia berbodong2 masuk agama Allah.
3. Maka bertasbih lah memuji Tuhan mu dan mohon keampunan dengan Nye. Sesungguh nya Dia penerima taubat.

Nota pendik

Allah minta orang2 islam bertasbih, memuji dan memohon ampun dan bertaubat. Dia penerima taubat.

Was.❤❤

.

AL KAFIRUN. AGAMA MASING2.

❤Terjemahan surah ini sekadar melihat maksud wahyu Allah sahaja.

Bismillahhirrohmanirrohim.

1. Katakanlah (Muhammad)  wahai orang kafir
2. Aku tidak menyembah apa yang kamu sembah.
3. Dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah.
4. Aku tidak pernah menjadi penyembah ape yang kamu sembah.
5. Dan kamu tidak pernah pula menjadi penyembah ape yang aku sembah.
6. Untuk kamu ugama kamu dan untuk ku agama ku.😊

Nota ringkas.

Tidak ada ganguan, tidak masuk campur dalam hal beribadat dan berugama dgn orang2 kafir, agama masing2, orang kafir dengan sembahan dea orang Islam dengan agama dea.

Was.
1442021.

AN NAS. PERLINDUNG DARI KEJAHATAN JIN DAN MANUSIA.

😊😊Catatan bahasa ini hanye untuk mengerti maksud wahyu ini diturun Allah.

Bismilllahhirrohmanirrohim

1. Kata kan aku berlindung kepada (Allah) Tuhan sekalian manusia.
2. Yang menguasai sekalian manusia.
3.  Tuhan yang berhak disembah sekalian manusia.
4. Dari kejahatan bisikan syaitan  yang  bersembunyi
5. Yang membisikan kejahatan didalam hati manusia
6. Dari gulungan Jin dan Manusia.

Nota ringkas.

Syurah ini  adalah memohon pelindungan Allah dari kejahatan syaitan Jin dan manusia.
Elok di amalkan.

Was
1342021.

Monday 12 April 2021

AL FALAQ. PELINDUNG SIHIR.

❤Catatan ini sekadar memahami makna ayat2 wahyu Allah.

Bismillahhirrohmanirrohim.

1. Katekan  "Aku berlindung  kepada Tuhan yang menguasai subuh."
2. Dari kejahatan mahlok yang diciptakan.
3. Dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita,
4. Dan dari kejahatan perempuan2 penyihir yang menghebus2 pada simpulan2 (ikatan)
5. Dan kejahatan orang2 yang dengki apabila ia dengki.

Nota.

Surah ini mohon pelindungan Allah dari perbuatan sihir, elok diamalkan untuk mengelak dari perbuatan sihir manusia.

SURAH Al IKLAS. DEFINASI TUHAN.

❤Terjemahan  ini sekadar untuk memahami wahyu Allah sahaja.

Bismillahhirrohmanirrohim.

1. Katakan lah (Muhammad) Dialah Allah yang Maha Esa
2. Allah tempat meminta segala sesuatu.
3. Allah tidak beranak dan tidak diperanakan.
4. Dan tiadak ada sesuatu pon  setara dengan nye.

Nota.

Surah ini ada lah definasi Tuhan sebenar,
Tuhan yang tunggal bukan mahlok. Dia ta dapat dilihat dengan mata dan dengan hati ,Dia tidak setara dengan sesuatu.

Saturday 10 April 2021

ADZ DZAARIYAAT2. KAUM ZALIM YANG DIBINASAKAN. DICIPTA PASANGAN, JIN DAN MANUSIA DICIPTA UNTUK BERIBADAT.

😊Nota terjemahan surah ini sekadar untuk memahami fakta alQuran sahaja.

Bismillahirrohmanirrohim.

24. Sudahkah sampai berita  cerita tamu Nabi Ibrahim yang  dimulia kan itu.

25. Ketika mereka masuk (Malaikat),  mereka memberi salamun dan dijawab dengan salamun, (mereka itu) orang yang belum dikenali.

26. Dea (Ibrahim) menemui keluarga nye dan kemudean di bawanye anak sapi gemok yang dipanggang.
27. Lalu di hidangkan sambil  mempersilakan makan.

28. Ibrahim merasa takut, bila  mereka tidak menjamah makanan nye..mereka berkata jangan takut, dan mereka menghabarkan berita mengembirakan kepada nye, bahawa akan kelahiran seorang anak yang alim (Ishak)
29. Lalu isterinye datang menjerit  berkata aku sudah tua lagi mandul.
30. Itulah yang difirman olih Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.

31. Ibrahim bertanya ape urusan lain yang penting.
32. Kami diutus  kepada kaum yang berdosa untuk dibinasakan .(kaum lot)
33. Agar mereka di timpa dengan batu dari tanah yang dibakar.
34. Batu2 yang ditanda dari tuhan untuk membinasa orang2 yang melampau batas.
35. Orang beriman dikeluarkan  dari negeri lot
36. Maka tiada didapati sebuah rumah pun orang2 muslim
37. Negeri itu ditinggalkan satu tanda (timbunan batu2) bagi orang yang takut akan azab  yang pedih.

38. Tanda kekuasan Allah, Musa diutuskan kapada firaun dengan membawa mukjizat.
39. Tetapi Firaun bersama tentera berpaling, lalu mengatakan dea adalah seorang  penyihir.
40. Mereka diseksa dan dilempar kedalam laut.

41. Dan juga pada kesah kaum
Aad, dikirim angin yang membinasa kan.
42. Angin  itu tidak meninggalkan  satu ape pun bahkan dijadikan seperti serbuk (debu).

43. Dan kesah kaum Tsamud lalu dikatakan bersenang2 lah kamu sampai waktu ditentukan.
44. Lalu mereka berlaku angkuh terhadap perintah Tuhan, maka mereka disambar petir. Mereka menyaksikannya.
45. Maka mereka tidak mampu bangun dan tidak mendapat pertolongan.

46. Sebelum itu dibinasakan Kaum Noh kerana mereka fasik.

47. Allah berkuasa bagun dan luaskan langit.
48. Bumi terhampar,Allah sebaik2 menghamparkan bumi.

49. Setiap sesuatu Allah ciptakan berpasangan agar ingat akan kebesaran Allah.

50. Segeralah kembali taat kepada Allah, Nabi diutus untuk memberi peringatan yang jelas dari Allah.

51. Jangan mengadakan tuhan selain Allah. Muhammad diutus untuk memberi peringatan yang jelas dari Allah.

52. Demikianlah setiap kali diutuskan Rasul  mereka  berkata dia penyihir dan gila.
53. Mereka adalah kaum yang melampau batas.

54. Berpalinglah Muhammad sesungguh nye kamu tidak disalahkan.
55. Dan tetap lah kamu memberikan peringatan ia bermunafaat kepada orang mukmin.
56. Allah tidak mencipta jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah Nya.

57. Allah tidak meminta rezeki dari mereka  dan Allah  tidak menghendaki agar mereka memberi makan kepada Nye.
58. Sesungguh nye Allah Dea lah pemberi rezeki kepada sekalian mahlok, Dea lah yang mempunyai kekuasaan  dan kekuatan  yang sangat kukuh.

59. Sesungguh nye orang zalim ada bahagian nye azab seksa seperti bahagian rakan2 mereka yang dahulu. Olih itu jangan lah mereka meminta kepada Ku segerakan  kedatangan nye.

60. Maka celaka  dan binasa lah orang2 yang kafir pada hari yang dijanjikan kepada mereka.

Nota rengkas.

1. Berita  dari malaikat tentang kehamilan isteri Nabi Ibrahim walaupun sudah tua lagi mandul. Atas kekuasan Allah.
2. Tugas lain diutuskan  malaikat adalah untuk membinasakan kaum lot.
3.kesah Musa diutuskan ke kaum Firaun tetapi ditempelak dikatakan penyihir mereka di binasakan ke dalam laut.
4.kesah2 lain; negeri2 yang dibinasakan seperti  Kaum Aad, Kaum Samud, Kaum Noh.
Semua mereka menentang nabi dan berbuat zalim dan melampau batas.
5. Allah lah mencipta dan meluaskan langit, menghamparkan bumi, mencipta jin dan manusia untuk beribadat kepada Nya.,
6. Allah tidak meminta rezeki tetapi Dealah pemberi rezeki kepada mahlok2 nye.
7.Allah lah mencipta pasangan dan berpasangan.

Was.
1142021.

Friday 9 April 2021

ADZ DZAARIAAT 1.TAQWA, IBADAT MALAM, BERISTAGFAR, SADAKAH. KESURGA.

Terjemahan ini sekadar memahami  wahyu Allah sahaja.

Bismillahhirrohmanirrohim.

1. Demi angin yang menerbang kan dan menaburkan (debu, biji benih dll) dengan sungguh2.

2. Dan awan yang membawa dan mengangkut muatan nye. (Hujan)Ke tempat yang dikehendaki.

3. Dan kapal2 yang belayar laju dengan kemudahan yang diberi kepada nye.

4. Dan malaikat2 yang membahagi segala perkara yang ditugaskan

5. Sesungguh nye segala janji mengenai hari ahirat itu pasti benar.
6. Dan sesungguh nye balasan amal tetap berlaku.

7. Demi langit yang mempunyai jalan2 yang berbagai bentuk keadaan nye.

8. Sesungguh nye kamu berada  dalam berlain2 pendapat  ( mengenai ugama yang dibawa Nabi Muhammad)
9. Dipalingkan dari nye (alquran dan rasul).  Orang yang dipalingkan.

10. Binasalah orang yang mengeluar pendapat dengan cara dusta(agag2)
11. Ia itu orang yang tengelam dalam kejahilan serta lalai.

12. Mereka bertanya  bilakah hari pembalasan itu ?.
13. Hari itu ialah  hari mereka diseksa dalam api neraka.
14. Dikatekan kepada mereka rasakan lah azab yang kamu minta dulu disegerakan.

15. Sesungguhnye orang yang bertaqwa didalam taman syurga  dan mata air yang terpancar.
16. Mereka sentiasa menikmati rahmat yang diberi olih tuhan, sesungguhnye mereka didunia dahulu orang yang berbuat baik.
17. Mereka sedikit sekali tidur diwaktu malam.
18. Pada akhir malam mereka beristakfar memohon ampun.

19. Dan pada harta benda mereka ada hak  untuk orang miskin yang meminta dan tidak meminta.

20. Pada bumi ada tanda2 keesaan dan kekuasaan Allah bagi yang yakin.
21. Dan pada diri mu sendiri apekah tidak kamu perhatikan.

22. Dan di langit terdapat sebab2 rezeki mu dan ape2 yang dijanjikan kepadamu.

23. Maka demi Tuhan langit dan bumi. sesungguhnye apa yang dijanjikan pasti terjadi ape yang kamu ucapkan.

Nota ringkas.

1. Kejadian; angin yang meniup debu, awan yang membawa hujan, kapal2  belayar adalah kejadian2 yang nyata dilihat benar berlaku.
2. Janji ahirat tu pun benar dan pembalasan amal itu benar.
3. Orang yang berpaling dari quran dan rasul, orang2 yang berdusta, yang jahil dan lalai, ke neraka.
4. Hari pembalasan itu dijawab kepada yang kufur dengan; ialah seksaan dan azab api neraka.
5. Orang taqwa ketaman syurga. Kerana semasa didunia dulu mereka berbuat baik.
*Sikit tidur malam untuk beribadat,
*sebelum subuh mereka beristakfar memohon ampun.
*harta mereka disadakah pada orang miskin yang meminta atau tidak
6. Pada bumi dan diri kita ada tanda keesaan Allah
7. Dari langit lah punca rezeki kita.

Was.
1042021.

Thursday 8 April 2021

SURAT QAAF 4. PERINTAH BERTASBIH DAN PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI.

Catatan wahyu ini sekadar memahami  fakta AlQuran sahaja.

Bismillahhirrohmanirrohim.

36. Dan telah berapa banyak kaum2 yang terdahulu dari kaum Musyrik Mekah yang ingkar  telah Allah binasakan. Kaum itu lebih kuat dan handal,  keluar kemerata2 negeri mencari perlindungan tetapi mereka tidak dapat menyelamatkan diri.

37. Sesungguh nye keterangan peristiwa tersebut adalah sebagai pengajaran sesiapa yang mempunyai hati dan pendengaran yang  sunguh2.

38. Sesungguhnya Allah telah mencipta langit dan bumi dan ape2 antara kedua nye dalam enam masa tanpa susah payah.

39. Olih itu bersabarlah ape2 yang dikata olih penentang2 mu dan bertasbihlah sambil memuji Tuhan mu sebelum terbit matahari dan sebelum matahari terbenam.
40. Serta bertasbihlah pada malam hari sesudah mengerjakan solat.

41. Dengarlah tentang  hari kiamat hari menyeru orang yang telah mati dari tempat yang dekat yang dapat didengar semua nye.
42. Iaitu pekikan yang menyatakan perkara yang benar iatu menyeru masing2 keluar dari kubur.

43. Sesungguhnye Allah menghidup dan mematikan dan untuk dikembalikan kepada Nya sekalian mahlok.

44.pada hari bumi terbelah untuk mereka segera keluar, untuk dihimpun kan ke padang mahsyar, itu mudah bagi Allah melaksanakan nye.

45. Allah maha mengetahui ape yang mereka katekan terhadap mu wahai Muhammad dan engkau bukan lah orng yang berkuasa memaksa   mereka supaya beriman. Olih itu berilah peringatan kepada orang2 yang takut akan janji azab Allah.

Nota pendik.

1. Banyak kaum2 terdahulu yang lebih kuat dan handal tetapi ingkar telah Allah binasakan.
2. Allah pencipta langit dan bumi dan ape2 diantara keduanye dalam enam masa.
3. Allah menyeru untuk bertasbih  sebelum terbit matahari dan  sebelum matahari terbenam, dan selepas solat malam.
4. Mahluk diseru keluar dari kubur. Untuk dihimpun di mahsyar
5. Nabi Muhammad tiada kuasa memaksa untuk beriman tetapi berilah peringatan kepada mereka yang takut azab  Allah.

Was.
942021.

SURAT QAAF 3. SYURGA.

Catatan wahyu ini sekadar untuk memahami fakta ajaran alQuran.

Bismillahhirrohmanirrohim.

31.  Dan ingat lah pula, hari  didekatkan syurga bagi orang yang bertaqwa.

32. Mereka yang dijanjikan, yang kembali kepada Allah  (mengerjakan ibadah) dan memelihara sebaik2 nye (hukum dan peraturan Allah).
33. Iaitu:-
* orang yang takut melanggar perintah Allah. Semasa tidak melihat azab.
* orang yang datang kepada Allah dengan hati yang tunduk taat.

34. Mereka dipersilakan masuk syurga dengan kehidupan yang kekal.

35. Mereka berolih  ape yang dikehendaki dan tambahan2. Yang tidak pernah terlintas dihati mereka.

Nota pendik.

1. Orang2 taqwa yang:-
* orang yang takut melanggar perintah Allah.
* orang yang hatinye tunduk dan taat.

Mereka akan ditempatkan di syurga yang kekal dgn nikmat yang tidak terlintas dihati.

Was.
842021.

Tuesday 6 April 2021

SURAT QAAF 2. MAHKAMAH MAHSYAR.

Catatan ini sekadar memahami wahyu Allah sahaja.

Bismillahhirrohmanirrohim.

19 .  Apabila ajal datang ia akan membawa kebenaran yang dijanjikan kepada yang ingkar sebelum ini.

20. Dan bila sangkakala  yang menghidupkan semula  mahlok2 yang telah mati. Ya itulah hari berlakunye amaran diberi dulu.

21. Setelah itu tiap orang  ke Padang Mahsyar dengan disertai dua malikat, pembawa dan saksi.

22. Dikatakan pada mereka didunia kamu lalai pekara berbangkit ini. Olih itu dihapuskan pekara yang menyelubung itu  lalu pandangan mu menjadi tajam menyaksikan dengan jelas pekara2 ahirat.

23.  Malaikat yang bersama nye, menyerahkan catatan iman yang dalam jagaan nye untuk sedia dibicarakan.
24. Setelah di bicara  Allah berfirman kepada dua malaikan "humbankan lah ke Neraka Jahannam tiap tiap orang yang tetap degil dalam kekufuran nye.
25. Yang sangat menghalang segala jenis kebajikan. Yang melanggar hukum agama. Dan lagi yang meragukan kebenaran.
26. Yang menyembah benda2 lain bersama Allah.  Maka humbankan lah akan dea kedalam azab seksa yang seberat2 nye.

27. Semasa dihumban keneraka dea  mendakwa  syaitan lah yang menyesatkannye. Tapi syaitan tidak mengaku menyesatkan tetapi sememang nye dea sendiri yang sesat dan terpesong.

28. Allah berfirman " Jangan kamu berbalah didepan Ku, tiada guna kerana telah dibuat keputusan, dahulu diberi amaran untuk menyiksa orang yang bersalah.
29. Keputusan itu tidak bolih diubah dan ditukar ganti. Allah tidak menzalimi hamba2 nye.

30. Peringatkan lah akan hari kami bertanya kepada neraka jahanam " Adakah engkau sudah penoh? Ia menjawab " adakah lagi sebarang tambahan.?"

Was.

Nota rengkas.

1. Ajal akan membawa kebenaran ajaran   mereka yang ingkar sebelum ini.
2. Sangkakala akan menghidupkan yang mati.
3. Semua akan dibawa kemasyar catatan amal diserahkan untuk dibicarakan.
4. Mereka yang degil dan kufur:-
*menghalang kebajikan,
*Yang melanggar hukum agama,
*yang meragu kebenaran.
*yang menyembah selain Allah.
Dicampak ke neraka untuk seksaan yang keras.
5. Perbalahan antara pesalah dengan iblis dihadapan Allah sudah tidak bermakna kerana keputusan sudah dibuat. Amaran telah diberi dahulu.
6. Ingat lah akan Neraka Jahannam.

Monday 5 April 2021

SURAT QAAF 1. PERCAYA LAH HARI BERBANGKIT

Terjemahan ini sekadar memahami wahyu Ilahi sahaja.

Bismilllahirrahmanirrohim.

1. Qaaf.. alQuran yang melimpah2 kan kemulian dan kebaikan, sesungguhnye  Muhammad adalah Rasul diutuskan untuk memberi peringatan dan amaran.

2. Kaum musyrik Mekah hairan seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri memberi peringatan, amaran hidup semula sesudah mati . Sesuatu yang menakjubkan.

3. Soal mereka, sesudah mati menjadi tanah, ta kan hidup semula. Semua nye telah hancur.

4. Ape yang dikata mereka tidaklah benar, kerana Allah mengetahui ape yang dimakan olih bumi tubuh orang yang mati dan ada kitab yang menyimpan semua perkara yang berlaku.

5. Mereka sangat terburu2 mendustakan kebenaran, olih sebab itu mereka didalam kacau bilau.

6. Kalau mereka menyangka Allah tiada kuasa, lihat langit dibena tanpa tiang dan dihiasi bintang2 dan tidak pula ada retak2.

7.lihat lah bumi sebagai hamparan  dipacakan gunung ganang yang kukuh dan ditumbukan berbagai tanaman yang indah dan subur.

8. Semua nye itu untuk menjadi perhatian dan peringatan kepada hamba2 yang mahu kembali kepada taat dan berbakti.

9. Allah juga menurunkan air hujan yang banyak faedah nye. Dengan nye pokok2 tanaman buah nye bolih dituai.
10. Pokok2 kurma yang menjulang dengan mayang yg lebat buah nye.

11. Semua itu sebagai rezeki untuk sekalian hamba2 nye,  dan dengan air itu di hidupkan bumi yang mati, bagitu lah orang yang mati dibangkit semula.

12. Sebelum ini kaum Nabi Noh,  Ashabur Rassi, kaum Nabi Salih; Thsamud, mendustakan nabi2 masing.
13. Aad..kaum Nabi Lot
14. Penduduk Aikah, kaum Tubba telah mendustakan  Rosul diutus lalu mereka ditimpa azab yang dijanjikan.

15. Memerhatikan mahluk yang dicipta  yang pertama, Allah tidak lemah untuk mencipta semula, mereka lah dalam keliru dan ragu2 tentang mahlok2 hidup semula dalam bentuk baru.

16. Sesungguh nye Allah telah mencipta manusia dan mengetahui ape yg dibisik dalam hati mereka. Pengetahuan Nya lebih dekat dari ulat lehir mereka.

17. Dua malaikat ada menjaga dan mengawal kiri dan kanan, dan menulis segala perkataan dan perbuatan mereka.

18.  Semua perkataan dilafaz dan perbuatan ada malaikat pengawas,  sentiasa sedia menerima dan menulis nye.

Was.

Nota pendik.

1. Nabi Muhammad Rasul diutus untuk memberi peringatan.
2. Jangan ingkar dan soal bahawa ada kebangkitan semula setelah mati.
3. Allah berkuasa menghidupan mahlok semula.
4. Chontuh kekuasaan Allah
* penciptaan langit tanpa tiang dan bintang2
*penciptaan bumi yang terhampar,gunung ganang dan tumbuhan indah lagi subur.
* menurunkan air hujan, dari nye tumbuh pokok yang berbuah. Spt pokok kurma dll.
5. Sebelum ini nabi2 telah diutus pada kaum terdahulu, mereka juga telah mendustakan nabi2, lalu mereka ditimpa azab.
6. Allah yang mencipta manusia. Dia mengetahui apa yang bisik dalam hati.
7. Dua malaikat kiri dan kanan akan membuat catatan segala perbuatan dan percakapan.

Was.
642021