Friday 24 November 2017

Pencabulan Janji Setia. dlm Surah Al-Maidah

Bismillahhirrahmanirrohim.

Pas.1.
a.Orang2  yang beriman, berkewajipan memenuhi dan menyempurnakan janji janjinye.
b. Halal memakan binatang ternakan, kecuali berburu semasa berihram.

Pas.2.
a. Binatang ternakan boleh untuk peribadatan syarie misalnya qurban  dibulan haji .
b. Selepas ihram dibolihkan  berburu.
c. Janganlah kerana benci kepada sesuatu kaum,  menghalang mereka dari menghadiri masjidil haram.
d. Bertolong2an lah untuk membuat kebaikan dan jangan bertolongan dalam melakukan maksiat dan pencerobohan.
* Bertaqwa lah, Allah amat berat azab seksa nye. Bagi mereka yang  melanggar perintah nye.

Pas.3.
a.Dilarang makan bangkai, darah yang mengalir, daging babi, dan binatang yang disembelih bukan kerana Allah. Kalau terpaksa makan kerana lapar sedang dea tidak cenderong memakan nye, bolehlah memakan nye.
b. Dilarang bertenung nasib.
*. Semua itu perbuatan fasik. Jangan takut dan gentar pada orang kafir hendaklah hanye takut pada Allah sahaja.

Pas.4.
Benda2 yang dihalalkan,
a. Makan makanan yang lazat serta baik2.
b. Buruan yang ditangkap olih binatang yang diajar.
c.lindungi lah dari memakan yang haram.

Pas.5.
a.Halal dimakan dari Sembelihan ahlil kitab.
b. Halal kahwin dengan pempuan yang menjaga kehurmatan dan beriman. Dan perempuan yang menjaga kehurmatan dari ahli kitab.
c. Berikan maskawin untuk bernikah, bukan untuk berzinah dan untuk menjadi perempuan simpanan.
* Sesiapa yang engkar sesudah ia beriman gugurlah amalan nye dan diahirat kelak dari orang2 yg rugi.

Pas.6.
a. Beruduk lah dahulu sebelum menunaikan solat. Basuh muka, dua tangan hingga siku, sapu sebahagian kepala dan basuh kaki sampai buku lali.
b. Kalau tiada air, tayammum dengan tanah, sapu muka dan tangan.
c. Jika berjunub pergilah mandi wajib..

Pas.7.
Ingatlah perjanjian dengan Allah "kami dengar dan kami taat akan perintah Allah dan Rasul." Allah maha mengetahui isi hati.

Pas.8.
Jadilah orang2 yang menegakkan keadilan. Jangan lah  kebencian kepada sesuatu kaum mendorong kamu tidak melakukan keadilan.

Pas.9. Janji Allah, orang yang beramal soleh berolih keampunan dan pahala yang besar.

10. Orang2 kafir yang mendustakan ayat  Al Quran mereka ahli neraka.

11. Orang beriman  hendaklah mengenangi nikmat diberi Allah, dan hendaklah bertaqwa dan berserah diri.

12. Perjanjian Allah dengan 12 ketua kaum bani israil.
a. Menunaikan solat.
b. Tunaikan zakat.
c. Beriman dengan semua Rosul
dan membantu Rosul2 menegakkan agama Allah.
d. Bersedakah dan berkhirat kejalan Allah. Bukan kerana riak dan keuntugan dunia.
Mereka ini jika patuhi perjanjian ini. Allah ampunkan dosa2 mereka dan dimasukan syurga.

13. Malang nye perjanjian ini cabul  di ubah kalimatnye dalam taurat. Namun sedikit dari mereka yang ta khianat, jika mereka bertaubat Allah  suka kepada orang2yang  berusaha  supaya baik amalan nye.

14. Orang2 yang melupakan perjanjian setia ini dan meninggalkan sebahagian nye, Allah akan tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian diantara mereka sampai kiamat.

Aaminn was.

Thursday 5 October 2017

Amalan2 Ke Syurga . Surah Al Ma'aarij.p

Bismillahirrahmanirohim.

Amalan bagi mereka yang ditempatkan dalam syurga.

1.17. Neraka itu juga memanggil dan menarik orang yang membelakangi serta berpaling (dari kebenaran).

2.18. Dan yang mengumpul harta kekayaan lalu menyimpan nye ( dengan tidak mengeluar zakat).

3.22. Kecuali orang yg mengerjakan solat.
4.23. Ya itu mereka yang tetap mengerjakan solat.

5.24. Dan mereka (yang Menentu bahagian) pada harta2 nye menjadi haq yang termaalum ( orang2 miskin.)

6.26. Mereka yang percaya hari pembalasan (dengan mengerjakan  amal2 soleh sebagai bukti)

7.27. Dan mereka yang cemas dan takut ditimpa azab Tuhan nye.

8.29. Dan mereka yang menjaga kehormatan nye.
9.30. Kecuali pada isteri dan hamba nye.

10.32. Mereka yang menjaga amanah dan janjinye.

11.33. Dan mereka yang memberi keterangan yang benar lagi adil(semada mereka menjadi  saksi.)

12.34. Dan mereka tetap memelihara solatnye.

13.35. Mereka yang demikian sifatnye ditempatkan didalam syurga dengan di beri penghurmatan.

Thursday 21 September 2017

SYAHID

Mati syahid adalah satu kelebihan yang diingini olih setiap muslim, bepegang janji Allah, mati sebagai petanda baik, berkesudahan hasanul khotimah.

Mati shahid bukan sahaja mati berperang kejalan Allah tetapi juga mereka yang mati sebagini:

1. Perang kejalan Allah hingga mati syahid di medan pertempuran merupakan kedudukan syhaid paling tinggi.
2. Orang yang mati ditimpa wabak taun.
3. Merereka yang mati akibat penyakit dalam perut.
4. Orang yang mati lemas.
5. Orang yang mati ditimpa/dihempap runtuhan, terhimpit.
6. Mati dalam keadaan nifas, selepas beranak.
7. Orang yang mati terbakar.
8. Mati kerana hamil.
9. Mati kerana ketumbuhan.

Dari Abi Hurairah ,Sabda nabi SAW  "Orang syahid itu ade lima gulungan:
1. Orang mati kerana wabak taun.
2.  Mati kerana sakit dalam perut.
3. Orang yang mati lemas.
4. Orang yg nati ditimpa runtuhan.
5. Orang yg mati di jalan Allah."

Safwan b Umayyah juga menyatakan mereka syahid itu adalah:

1. Orang yang mati kerana wabak taun.
2. Sakit perut.
3 . Mati lemas.
4. Mati dalam keadaan nifas.

Dari Abdullah b Abdullah b Jabr. Sabda nabi saw: "...mereka yang mati terbunuh kejalan Allah adalah syahid. Mereka yang mati sakit perut adalah syahid, mereka yang mati terbakar adalah syahid, mereka yang mati dihempap runtuhan adalah syahid, mereka yang mati kerana ketumbuhan juga adalah syahid, wanita yang mati kerana kehamilan juga adalah syahid."

Monday 7 August 2017

Mengharap Rahmat Allah


Bismilllahirahmanirrohim.

Rahmat itu anugerah Allah kepada mahloknye. Ape2 yang dicipta Nye di alam ini , yang zahir maupun yang  batin, baik di dunia maupun di ahirat, semua yang kita nikmati  di setiap ciptaan Nye, Itu lah Rahmat Ilahi kepada kita yang ta terhitung banyak nye.

Ibadat kita kepada Allah walau sebanyak mane pun kita lakukan ta kan terbalas akan Rahmat Allah yang sangat bayak kepada  kita itu. Rahmat Allah tidak terbilang kepada mahlok nye. Firman Nye: " Rahmat Ku meliputi segala sesuatu." Allah Maha Pencipta lagi Maha Mentadbir mahlok2 Nye. Bersyukurlah  kepada Allah atas limpah kurnia dan rahmatnye itu.

Kehidupan kita hanya mengharapkan Rahmat Allah semata2 , usaha kita, ibadat kita,  hanya mengharapkan Rahmat dari Ya Rahman semata2. Banyak mane pon ibadat kita lakukan semua nya mengharapkan rahmat Allah, restu Allah, perkenan Allah.. Permohonan doa2 kita pun mengharapkan Rahmat  Allah untuk dikabulkan. Doa, permohonan dan ibadat kita, tiada akan bermakna jika  Allah tidak perkenan dari Rahmat Nye.

Kehidupan kita hanye mengharap kasih sayang Allah dan Rahmat nye. Kebaikan dan usaha baik kita tinggal name sahaja sekiranye tanpa mendapat Rahmat Allah. Kepada Allah sahaja lah tumpuan kita. Kemana pun kita berada di muka bumi ini, baik semasa melaksanakan ibadat khusus, maupun ibadat kifayah, semasa tidur, berjalan, maupun semasa berkerja , hati dan roh kita hendaklah sentiasa kehazrat Ilahi ,  mengharapkan Rahmat  Allah. Setiap masa, detik dan setiap ketika jiwa  kita hendaklah di hadapkan kepada Nye, agar cahaya Allah akan terang benderang dalam batin kita. Hubungan batin manusia dengan Allah adalah terdekat dengan Rahmat Nye. Permohoan akan dikabulkan dengan hadirnye hadrat batin . Kerana itu bertasbih lah kepada Allah  banyak2, ingati lah Dia setiap detik agar Rahmat Allah di limpahkan kepada kita, juga, agar mendapat keampunan segala kesilapan dan dosa2 kita . 

Dalam hadis kudsi Allah berfirman kepada Nabi Muhammad s.a.w ;  "Wahai Muhammad sampaikan khabar gembira kepada orang2 yang berdosa  kerana Aku mengampuni nye. Aku Maha Pengampun dan berikanlah  peringatan kepada orang2 yang benar bahawa Aku sangat  waspada."

Muga kita mendapat rahmat Nye sebanyak2 nye di dunia ini dan Ahirat nanti.. Aaminn ya rabul'alamin.

Friday 16 June 2017

Larangan Dan Perintah Allah Dalam Surah Al Israaq

Bismillahhirrohmanirrohim.

1.Al Quran sebagai petunjuk kepada manusia.

9. Sesungguh nya AlQuran  ini memberi petunjuk ke jalan yang betul dan memberi berita yang menggembirakan bagi orang beriman yang mengerjakan amal2 soleh bahawa mereka memperolih pahala yang besar.
10. Orang yang tidak beriman pada hari ahirat Kami sediakan azab seksa yang tidak terperi sakitnye. *

2. Malam dan siang dicipta Allah dengan tujuan.

12....dan kami jadikan siang itu terang benderang supaya kamu mudah mencari  rezeki  limpah kurnia Tuhan kamu..dan supaya kamu mengetahui hitung, hisab (bulan dan ari.)*

3. Kitab suratan amal masing dikalong dileher

13. ..Pada hari kiamat Kami akan keluarkan kepadanye kitab suratan amal  akan didapati terbuka untuk tatapan.
14.  Kami perintah kepada mereka bacalah kitab surat amalan mu.cukuplah engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap diri mu.*

4. Hidayah dan mendapat petunjuk dan sesat.

15. Sesiapa yang mendapat hidayah petunjuk alQuran,  yang didapatinye terpulang pada diri nye. Yang sesat
maka sesungguhnye kesan buruk akan ditanggung olih diri sendiri. Dan sesaorang tidak memikul dosa orang lain dan   Kami tidak lah mengazab sesiapa pun sebelum Kami mengutuskan seorang Rosul.*

5. Orang kaya yang tidak  taat pada Allah, menderhaka negeri akan dibinasa.

16. Apabila sampai tempoh Kami hendak membinasa penduduk se sebuah negeri  Kami perintah orang2 yang melampau batas dengan kemewahan antara mereka lalu menderhaka dan melakukam maksiat padanye maka berhaklah  negeri itu dibinasakan, lalu kami hancurkan sehanchur2 nye.*

6.Allah anugerah kepada sesiapa mengikut kehendaknye.

18. Sesiapa yg menghendaki kesenagan hidup didunia akan di segerakan kepada nye  didunia bagi sesiapa yang Kami kehendaki. Kemudian Kami sediakan neraka jahannam untuk membakarnye dalam keadaan hina dan tersingkir dari rahmat Allah.
19. Dan sesiapa menghendaki ahirat dan berusaha mengerjakan amalan yang baik sedang dea beriman mereka diberi pahala akan  amal usahanye.
20. Tiap2 gulungan dunia dan ahirat, Kami hulurkan pemberian Tuhanmu itu dan tiada lah ia disekat
21. Lihatlah bagaimana Kami melebihkan  sebahagian dari mereka atas sebahgian yang lain. Sesungguh nye pemberian di ahirat lebih besar tingkatan2 perbezaan nye dan lebih besar tambahan2  kelebihan2nye.*

7. Jangan syirik, menyengutukan Allah.

22. Jangan lah kamu ada kan tuhan yang lain bersama Allah kerana akibatnye engkau tinggal dalam keadaan tercela dan kecewa dari mendapat pertolongan.
23. Dan Tuhan mu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada Nye senata mata.*

8. Berbuat baik kepada ibu bapa.

23. ..dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari kedua2 nye  sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan mu, maka jagan lah engkau berkata sebarang perkataan kasar, sekali pun perkataan "Ha" .Jangan lah engkau menengking menyergah mereka tetapi katalah  kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
24. Dan hendaklah merendah diri kepada kedua nye kerana belas kasihan dan kasih sayang mu dan doakan lah ( kepada mereka dengan berkata;  " wahai Tuhan ku  cucuri rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayang  menelihara dan mendidik ku semasa kecil."
25. Rabbi  kamu lebih mengetahui apa yang ada didalam hati, kalau kamu orang2 yang bertujuan baik mematuhi perintahNye. Sesungguh nye Dea maha pengampun bagi orang yang bertaubat.*

9. Belanja lah kepada yang hak tetapi jangan boros.

26. Dan berilah kepada kerabat mu dan orang2 miskin serta orang musafir akan hak nye masing2 dan jangan lah engkau belanja harta mu dengan boros melampau2.
27.sesungguh nye orang yang boros itu saudara syaitan sedang syaitan itu adalah mahluk yang paling kufur pada Rabbi nye.
28. Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayan mereka kerana menunggu rezeki dari Tuhan mu yang engkau harapkan maka katakan lah kepada mereka kata2 yg menyenagkan hati.
29. Dan jaganlah engkau jadikan tangan mu terbelenggu di kelermu dan jagan lah pula engkau menghulurkan dengan sehabis2 nya, kerana akibatnye engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan.
30. Sesungguh nye Tuhan mu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki Nya dan Dia juga menyempitkannye, sesungguh nye Dea maha mendalam pengetahuan Nye lagi maha melihat akan hamba2 Nye.*

10.Jagan bunuh anak  takutkan kepapaan.

31.Dan jangan lah kamu membunuh anak kamu kerana takut kan kepapaan. Kamilah
Yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguh nye perbuatan membunuh mereka  adalah suatu kesalahan yang besar.

11.Jangan hampiri zina.

32. Dan jangan lah kamu menghampiri zina sesungguhnye zina itu satu perbuatan keji dan satu jalan yang jahat.*

12. Jangan membunuh orang.

33. Dan jangan lah kamu membunuh  diri sesaorang manusia yang diharamkan olih Allah membunuh nye kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa  yang dibunuh secara zalim, maka sesungguh nye  kami telah menjadikan warisnye menuntut balas bunuh itu.
dalam pada itu jangan lah dea melampau2 dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnye ia  adalah mendapat sepenoh2 pertolongan. (Menurut   Hukum syarak.).*

13. Jangan hampiri harta anak yatim.

34. Dan jangan lah kamu menghampiri harta anak yatim  melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkan nye) sehingga ia baliq, dan sempurnakan Perjanjian  (dengan Allah dan manusia) sesungguh nye perjanjian itu akan ditanye.*

14. Sempurnakan timbangan dan sukat menyukat.

35. Dan sempurnakan sukatan  apabila kamu menyukat dan timbangan dengan timbangan yang adil. Yang demian itu baik dan sebaik2 kesudahan( pahala di ahirat kelak).*

15. Jangan ikut tanpa pengetahuan.

36. Dan jangan lah engkau mengikuti apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenai nye. Sesungguh nye pendengaran penglihatan serta hati,
Semua anggota2 tetap akan ditanye tentang ape yang dilakukannye.*

16. Jangan berlagak sombong.

37. Dan jangan lah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong kerana sesungguh nye engkau tidak akan dapat menembus bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai  setinggi gunung ganang.

Wassalam

Sunday 11 June 2017

Tata Doa dan Bandingan Tanaman Subur al araaf

Bismillahhirrohmanirrohim.

1.Doa

55.Berdoalah kepada Rabbi kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan lahan, sesungguhnye Allah  tidak suka orang yang melampaui batas.

56. Dan jangan lah kamu membuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala2 yang membawa kebaikan pada nye. Dan berdoalah kepada Nye dengan perasaaan bimbang (kalau-kalau ta diterima) dan juga dengan perasaan yang mengharap2 supaya makbul,  Sesungguhnye rahmat Allah itu dekat kepada orang2 yang memperbaiki amalan nye.

2. Tanaman yang subur.

57. Dan Dea lah( Allah ) yang menghantar angin sebagai membawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatNye ( iaitu hujan). Hingga apabila angin itu membawa awan mendung Kami hantar dea kenegeri yang mati ( kedaerah yang kering kontang) lalu kami turunkan ujan dengan awan itu kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai jenis buah2an . Demikian lah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang yg telah mati. Supaya kamu beringat (mengambil pelajaran  daripada nye)

58. Dan negeri yang baik tanam2an nye tumbuh subur dengan izin Allah dan negeri yang tidak baik tidak tumbuh tanaman melainkan dalam keadaan bantut. Demikian lah kami  menerangkan tanda2 ( kemurahan dan kekuasaan ) Kami dengan berbagai cara bagi orang yang mahu bersyukur.
Was.

Tuesday 6 June 2017

Al Raaf. Definasi Kafir. Dan Ciptaan Langit dan Bumi.

Bismillahhirahmanirohim.

1.Orang yang beriman buat sekadar terdaya. Tidak diberati.

42. Dan orang2 yang beriman serta beramal salih Kami tidak memberati diri sesaorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar terdaya olihnye mereka ahli syurga mereka kekal didalam nye.

2.Petunjuk dipimpin Allah.

43. Dan Kami cabut segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (didalam syurga) yang mengalir beberapa sungai dibawah tempat masing2. Dan mereka pula bersyukur dengan berkata; "Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat2) ini, pada hal kami tidak sekali2 akan memperolihi petunjuk kalau Allah tidak meminpin kami. Sesungguh nye telah datang  Rosul2 Rabbi  Kami dengan membawa kebenaran." Dan mereka diseru: " Itu lah syurga yang diberikan kamu mewarisinye dengan sebab ape yang telah kamu kerjaka."

3. Ar raaf adalah tembuk antara syurga dan neraka.

46. Diantara kedua nye syurga dan neraka
Ade tembuk " al araaf" pendinding. Dan diatas tembuk al araaf itu ade sebilangan orang lelaki yang mengenal tiap2 seorang dari ahli syurga dan neraka. Dan mereka pun menyeru ahli syurga dengan memberi salam 'salamun alaikum' sedang mereka sendiri pun belum masuk syurga pada hal mereka ingin sangat masuk syurga.

47. Dan apabila dialih pandangan mereka ke ahli neraka mereka berdoa  "wahai tuhan kami  janganlah Engkau jadikan kami bersama orang2 yang zalim".
.
4. Orang kafir  ialah orang yang menjadikan agama sebagai hiburan  permainan yang melalaikan dan terpedaya dengan kelazatan dunia.

51. (Allah berfirman. Orang2 kafir itu ia lah) Orang2 yang menjadikan  pekara2 ugama mereka sebagai hiburan dan melalaikan dan permainan dan orang2 yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahan dan kelazatan nye) olih itu pada hari ini (hari kiamat) kami lupakan mereka sebagaimana mereka lupakan persiapan2 menemui hari mereka ini dan juga mereka selalu mengengkari ayat2 keterangan Kami.

5.Quran menjadi petunjuk dan rahmat orang2 beriman.

52. Dan sesungguh nye kami telah datangkan kepada mereka sebuah kitab (al Quran ) yang telah Kami jelaskan satu persatu berdasarkan pengetahuan ( Kami yang meliputi segala2nye) untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi orang yang mahu beriman.

6.penciptaan langit dan bumi dlm 6 masa.

54. Sesungguh nye Tuhan kamu ialah Allah yang mencipta langit dan bumi dalam enam masa lalu Ia bersemayam diatas arasy, Ia melindungi malam dengan siang yang mengiringi dengan deras (silih berganti) dan Ia pula mencipta kan matahari bulan serta bintang semua nye tunduk perintahNye. Ingatlah, kepada Allah jua lah tertentu urusan pemerintahan. Maha suci  Allah yang mencipta dan mentadbir sekalian alam.

7.Cara berdoa ialah dengan merendah diri dan suara yang rendah.

55. Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan dengan suara pelahan2 Sesungguh nye Allah tidak suka kepada orang2 yang melampaui batas.

Sunday 4 June 2017

Hukuman mendustakan ayat Allah al a'raaf

Bismillahirrohmanirohimm.

Lihat lah bagaimana hukuman nye bagi mereka yang mengenkari ayat2 Allah.

1.Tempoh umur telah ditetapkan.

34.Tiap2 umat ada tempoh di tetapkan. maka bila datang tempohnye tidak dapat mereka di kemudiankan walau sesaat pun dan tidak dapat pula mereka didahulukan.

2. Tiada dukacita mereka yang memperbaiki amalan.

35. ."...sesiapa yg bertaqwa dan memperbaiki amalan nye tidak ade kebimbangan terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita."

3. Jangan mendustakan ayat2 Allah.

36. Dan orang yang mendustakan ayat kami dan angkuh dari mematuhi nye mereka lah ahli neraka. Mereka kekal didalam nye.

37. Maka tidak ada yang lebih zalim daripada orang yang mendustakan  ayat2
Nya.

38. Allah berfirman. " masuklah kamu kedalam neraka bersama umat2 yang terdahulu."

40. "Sesunggihnye orang2 yang mendustakan ayat2 Kami dan yang angkoh daripada mematuhi nye, tidak sekali-kali akan dibukakan pintu2 langit dan mereka tidak akan masuk syurga hingga unta masuk dilubang jarum."

.

Thursday 1 June 2017

Pakaian dan perhiasan.. surah Al a'raaf.

Bismillahhirrahmanirrohim

1.Di tuntut berpakaian dan berhias masa beribadat  dan elak makan minum yang  melampau.

26." Wahai anak adam sesungguh nye Kami telah menurunkan kepada kamu bahan2 pakaian  untuk  menutup aurat kamu dengan pakaian perhiasan. Dan pakaian berupa taqwa itulah yang sebaik2 nye..."

27. .." Janganlah kamu diperdaya olih syaitan sebagaimana dia telah mengeluarkan ibu bapa kamu dari syurga,  sambil ia menyebabkan terlucutnye pakaian mereka berdua  untuk memperlihatkan aurat mereka,  sebelum nye tertutup.....sesungguh nye kamu tidak dapat melihat dia..... Kami jadikan syaitan tu teman rapat orang2 yang tidak beriman."

31. Wahai anak adam! pakai lah pakaian kamu yang indah berhias tiap2 kali kamu ke tempat ibadat atau mengerjakan solat. Dan  makan serta minum lah dan jangan pula kamu melampau2, sesungguhnye Allah tidak suka orang yang melampaui batas.

32. Katakanlah wahai Muhamamad  siapakah yang berani mengharamkan perhiasan Allah yang mengelauarkan untuk hamba2 Nye dan demikian juga benda2 yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakan Nya, katakan lah semua itu ialah nekmat orang yang beriman dan orang tidak beriman dalam kehidupan dunia. Nikmat2 itu pula hanye tertentu bagi orang yang beriman pada hari kiamat.

2. Berbuat adil dan iklas jauhkan perbuatan keji  dipimpin syaitan.

28. Orang yg tidak beriman mereka melakukan perbuatan yang keji mereka berkata : "  kami dapati dato nenek kami mengerjakan nye dan Allah perintahkan kami mengerjakan nye. Katakan lah sesungguhnye Allah tidak menyuruh mengerjakan perbuatan2 keji..:

29. Katakanlah; Rabbi ku menyuruh,
berlaku adil pada segala perkara, menyuruh hadapkan muka dan hati kamu kepada Allah dengan betul tiap2 kali mengerjakan solat dan beribadat  lah dengan iklas amal ugama kamu kepada Nye semata2..."

30. Sebahagian dari umat diberi hidayah dan sebahagian lagi ditimpa kesesatan kerana mereka telah menjadikan syaitan2 itu pemimpin yang ditaati selain Allah.

3. Haram perbuatan keji.

33. Sesungguh nye Tuhan ku mengharamkan ,

- perbuatan  keji yang nyata atau yang tersembunyi ,

- dan perbuatan dosa dan perbuatan menceroboh dengan tidak ade alasan yang benar,

-  dan diharamkan kamu mempersekutukan sesuatu dengan Allah ..

.- dan diharamkan Nye,  kamu memperkatakan terhadap Allah sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya..

Wassalam.

Tuesday 30 May 2017

Punca Hasutan Syaitan Surah al A'raaf.

Bismillahirrahmanirohim.

2. Alquran ini kitab yang diturunkan Allah melalui Nabi Muhammad supaya memberi amaran kepada yang engkar dan peringatan kepada yang beriman.

3. Katakan kepada mereka:  " Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu dan jangan lah kamu menurut pemimpin2 yang lain dari Allah"

4/5. Kerana mereka zalim banyak negeri  Allah telah didatangkan azab kepada penduduk2nye pada malam hari dan ketika mereka berehat.

6/7. Sesungguhnye semua umat dan Rasul akan disoal. Dan akan diceritakan kepada mereka dengan pengetahuan yang meliputi.
"...dan memang nye Kami sekali2 tidak ghaib bahkan sentiasa mendengar melihat dan mengetahui hal2 mereka "

8. Timbangan amal pada hari itu adalah benar, maka sesiapa yang berat timbangan amal baik nye maka mereka itu lah yang berjaya.

9. Dan sesiapa yang ringan timbalan  amal nye maka mereka itu orang2 yang merugikan diri sendiri, sebab mereka  zalim terhadap ayat2 Kami. (Yang bukan pada tempatnye.)

10. Allah telah menetapkan manusia dibumi dan menyediakan berbagai kemudahan tetapi amat sedikit yang bersyukur.

11. Sesungguhnye Allah telah mencipta manusia dan diminta sujud kepada Adam. Semuanye sujud, kecuali Iblis, dengan itu  dea ta termasuk dalam gulungan yang sujud.

12. Syaitan menjawab;  " Aku lebih baik dari Adam, Engkau, wahai Tuhan jadikan daku dari Api  sedangkan dea Engkau jadikan dari tanah".

13. Allah berfirman; " Turun lah engkau dari syurga ini kerana tidak patut berlaku sombong didalam nye. Olih sebab itu keluarlah, sesungguhnye engkau dari gulungan yang hina"

14. Iblis berkata;   "Berilah tempoh kepada ku  hingga hari mereka di bangkitkan."

15. Allah berfirman;  " Sesungguh nye engkau dari gulungan yang di beri tempuh kesatu masa yang di tentukan."

16. Iblis berkata; "Olih kerana Engkau wahai Tuhan  menyebabkan daku tersesat,  maka demi sesungguhnye aku akan mengambil tempat menghalang mereka dari  jalan Mu yang lurus."

17. " Kemudian aku datangi mereka dari hadapan, dari belakang  dari kanan, serta dari kiri mereka, dan Engkau tidak dapati kebanyakan  mereka bersyukur.

18. Allah berfirman;  "Keluarlah engkau dari syurga sebagai mahlok yang terhina serta terusir . Sesungguhnye, sesiapa diantara mereka yang menurut mu tetap lah Aku penohi neraka jahannam dengan gulungan kamu yang derhaka semua nye."

19. " Dan wahai Adam! tinggallah engkau dan isteri mu didalam syurga serta makan lah makanannye sepuas2nye ape sahaja yang kamu berdua sukai. Dan jangan lah kamu hampiri pokok itu maka menjadilah kamu orang2 yang zalim".

20. Setelah itu syaitan membisikan  kepada mereka berdua supaya dapat lah ia menampakan akan aurat mereka yang tertutup dari pandangan mereka. Sambil ia berkata;  "Tidakkah Tuhan kamu melarang kamu dari pokok ini  melainkan kerana  ia tidak suka kamu menjadi malaikat atau menjadi orang2 yang kekal selame2nye dalam syurga."

21. Dan dea bersumpah kepada kedua nye (dengan berkata);   "Sesungguhnye aku adalah dari mereka yang memberi nasihat kepada kamu berdua."

22. Dengan sebab itu dapat lah dea menjatuhkan  mereka berdua dengan tipu daya nye. Setelah mereka memakan buah pohon itu  terdedahlah kepada mereka berdua 'aurat masing2 dan mereka mulai menutup dengan daun2  dari syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukan kah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu bahawa syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?."

23. Mereka berdua merayu;  "wahai Tuhan kami,  kami telah menginaye diri kami jika Engkau tidak mengampunkan  kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya jadilah kami dari orang2 yang merugi."

24. Allah berfirman; " Turunlah kamu semuanye, dengan keadaan setengah kamu menjadi musuh setengah yang lain dan bagi kamu di sediakan  tempat kediaman di bumi dan di beri kesenagan hingga kesuatu ketika (mati)."

25. Allah berfirman lagi; " Dibumi itu kamu hidup dan disitu juga kamu mati dan daripada nye pula kamu di keluarkan ( dihidupkan semula pada hari kiamat).

Wassalam..1 june.2017.

Thursday 30 March 2017

Al FAJR. Ujian


1. Demi fajar.
*
11. Yang berbuat sewenang2 nye dalam negeri.
12. Lalu mereka banyak membuat kerosakan dalam negeri itu.

13. Kerana itu Tuhan  mu menimpakan cemeti azab kepada mereka.
14. Sesungguhnye Tuhan kamu benar mengawasi.

15. Maka ade pun manusia  apabila Tuhan menguji nye lalu memuliakan nye dan memberi kesenangan maka dea berkate "Tuhan ku telah memuliakan ku"
16. Namun apabila tuhan menguji nye lalu membatasi rezekinye maka dea berkate "Tuhan ku telah menghina ku"

17. Sekali2 tidak bahkan kamu tidak memuliakan anak yatim.
18. Dan kamu tidak saling mengajak memberi makan orang2 miskin.
19. Sedangkan kamu makan  harta warisan dengan mencampur baur ( yang halal dan yg haram)
20. Dan kamu mencintai harta dengan kecintaan yang berlebihan.

21. Sekali2 tidak!, apabila bumi diguncang berturut2
22. Dan datanglah Tuhan mu dan Malaikat berbaris2
23. Dan pada hari itu di perlihatkan neraka jahanam, pada hari itu sadarlah manusia, tidak berguna lagi baginye kesadaran itu.

Was.

Tuesday 28 March 2017

JALAN MENDAKI. Surah Al Balad.

***Berpesan untuk sabar dan berkasih sayang  .

10. Dan Kami telah menunjukan dua jalan.(kebajikan dan kejahatan)
11. Tetapi dia tidak menempoh jalan mendaki dan sukar.
12. Dan tahukah kamu apakah jalan mendaki yang sukar?.

13 1. Ia itu melepaskan perbudakan ( hamba sahaya)

14.2. Atau memberi makan pada hari terjadinye kelaparan
15. Kepada anak yatim yang ade hubungan kerabat
16. Atau orang miskin yang sangat fakir.

17.3. Kemudian dea termasuk orang2 beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan salin berpesan untuk berkasih sayang.
18. Mereka (orang2 yang  beriman dan saling berpesan itu ) adalah  gulungan kanan.

19. Dan orang yang kafir kepada ayat2 Kami adalah gulungan kiri
20. Mereka berada didalam neraka yang di tutup rapat.

Was.