Sunday 5 April 2015

Goods Servise Tax. GST.

Ramai yang perkatakan tentang gst. Macam2 gubahan diterjemahkan mengikut pengalaman mereka masing2. Ade yang menterjemahkan secara serious, ade melucah, ade jenaka, ade sindiran, dan sebagai nye.
Chontuh : Gadis Suka Tokwan. Geng Satu Taman. Gomoi Sampai Tido. Gulungan Suka Tua. Geng Solat Tahajud. Gulungan Susah Tertindas. Gosok Sampai Tegang dan lain lagi

Apa pon yang mereka perkatakan adalah berkaitan dengan kanaikan harga barangan yang menyentuh dan menjejas kuasa beli pengguna, khas nye gulungan berpendapatan rendah. Walau pun ade  dilaporkan bahawa gst melibatkan senarai 1. Barangan bercukai dan 2. Barangan tidak bercukai, hakikatnye harga barangan naik sebelum di kenakan cukai lagi, apa tah lagi bila gst berkuat kuasa 1 April lalu seolah-olah mereka dikenakan cukai dua kali, ya ni cukai terpendam, cukai lama dan cukai gst. Maka memang terasa bahang kenaikan harga barang2 pengguna  luar biasa dan menyeluruh itu.

Masaalah nye ta semua orang tahu atau ambil tahu mengenai senarai yang ta di cukai dan di cukai itu. Senarai itu tiada didalam Ingatan pengguna pun, mereka ta kan hafal senarai semua tu. Kita beli sahaja. Tut tut dalam bil baru sedar jumlah dibayar telah bertambah. Kita beli rm100 terlihatlah bertambah rm 6.00 di kenakan gst.

Pekedai2 juga ta faham atau buat2 ta faham gst ni ,semua pekedai nak kenakan gst  6 peratus. Semua kedai,  walaupun kedai mereka ta  berdaftar gst, pun keluar resit gst sendiri masuk poket sendiri. Kenakan 6% cukai. Siapa tahu, siapa pandai gst, kalau pandai boleh le semak dan komplain pengenaan cukai itu . Kalau ta tahu diam dan bersungut sendirian, kita membeli barang2an tiap2 hari, tiap2 minggu, dan bulan. Bayangkan setiap barang yang dicukai belian untuk setahun.???.banyak tu.tambah pula nilai ringgit telah jatuh maka bertambah kecillah kuasa beli yang ade.

Yang paling penting difahami di Malaysia bahawa ade  salah satu dari tiga eleman ini, harga barangan pasti naik.

1. Bila gaji baharu di setujui naik oleh kerajaan walaupun kenaikan gaji itu kecil dan sedikit sahaja, pasti harga barang menaik.

2. Bila harga  minyak naik walaupun satu sen harga barang tetap naik, tetapi walaupun harga minyak jatuh harga barang tidak turut turun.

3. Bila percukaian baru dikenakan pasti harga barang2 naik. Macam gst ini. Baru lulus gst tetapi harga barangan telah naik.

Ini lah realiti kenaikan harga barang pengguna Malaysia. Oleh itu kita patut tahu juga bahawa Malaysia adalah plural sosaity. Sektor ekonominye masih lagi berasaskan kaum.

Siapa pengilang dan siapa punya kilang?, siapa pengedar ? siapa pula peruncit ?. Siapa pulun ekonomi kita ?. Dari sekecil sampai sebeso2 perniagaan siapa punye???

Mereka ade ajenda 100 tahun.200th 500th, dan menjejaki setahun kesetahun. Kalau ekonomi dan suasana ekonomi menyebabkan raayat menderita mereka akan menjadi agenda besar dan peluang untuk pengaruhi raayat, maka mereka menjadi penting dan mendapat sokongan suara raayat untuk mengganti kerajaan yang dianggap menyusahkan raayat. Mereka ingin menguasai ini semau-nye, bila pulau2 telah tertawan, bandar2 telah dibaham, maka jadi maharaja lah mereka ditempat berharga. Tiap2 hari mereka, mencari kunci untuk  menguasai bumi. Naik kan itu naikan ini. Kenakan itu kenakan ini.

Nasib kita di gengam orang .