Thursday 31 January 2013

Itu sahaja rezeki saya

Berpuashati dan beserah sahaja kepada Allah apa yang telah di untuk Allah kepada kamu dan jangan pula kamu kecewa,tetapi redho dan sabarlah dengan ketentuan Allah itu. Dan jauhkan lah diri kamu dari syirik zahir dan batin kerana syirik adalah dosa yang tidak di ampun.
Jauhilah dosa-dosa lain yang nampak dan yang tidak. Jangan kamu melawan Allah kamu akan binasa. Jangan kamu merungut pemerintahan nya kamu akan di hinakan Nya. Kamu jangan melupai nya nanti kamu dilupai Nya dan di campaknya kamu dalam kesusahan. Jangan bercakap tentang ugama Nya menurut hawa nafsu mu semata -mata kamu akan hancur lebur dan hati kamu di gelapkanNya dan iman kamu di cabutkan Nya dan ilmu kebatinan mu di hilangkan maka diberinya kuasa kepada syitan,nafsu kebinatangan,keluarga kamu, jiran kamu,sahabat kamu,jin,binatang dan segala mahlukNya untuk menguasa kamu dan mempengaruhi kamu. Dengan itu hidup kamu di dunia gelap dan di ahirat azab neraka.

No comments:

Post a Comment