Monday 31 March 2014

7 WASIAT RAJA PEMERINTAH YANG BELUM DISEMPURNA SEPENUHNYE

Pada 5 ogos 1957 Raja2 Melayu telah memberi pekenan menurunkan tanda tangan persetujuan kepada pembentukan Pelembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat Tujuh Wasiat Raja2 Melayu
yang berbunyi :
" Kami wasiatkan kepada zuriat keturuan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanye selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat
sejahtera" tujuh pekara itu adalah:
Pertama.
Kami namakan dan kami panggil akan dia bumi yang kami pijak dan langit yang kami junjung     ( PERSEKUTUAN TANAH MELAYU )  sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA.
Kedua.
Kami istihar dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu istihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU hingga nisbah 50 peratus, selebihnye kamu rebutlah bersama kaum lain.
Ketiga.
Bagi menjaga kamu dan melindungi anak cucu kami serta hakmilik kamu, kami tubuhkan REJEMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari  luar negara.
Keempat.
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA2 MELAYU memerintah negeri ini.
Kelima.
Kami istihar ISLAM adalah  Agama Persekutuan.
Keenam.
Kami tetapkan Bahasa Kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
Ketujuh.
Kami amanahkan dan kami pertanggung jawabkan kepada Raja2  Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN KEPENTINGAN SAH KAUM2 LAIN. kemudian ditambah kedudukan istimewa anak Negeri Sabah dan Serawak.
Apa maksud wasiat ini. Pandangan saya seperti berikut.
Wasiat 1..Malaysia ini negara asal Orang Melayu dan didiami juga olih pelbagai kaum sebagai raayat,make kenalah hidup dinegara ini dengan taat pada pemerentahan yang berdaulat.
Wasiat2.. Saya mentafsir Orang melayu adalah waris sah pemilik negara ini sekurang2 nye 75 peratus hazanah bumi ini perlu dimiliki atau di untukkan pada orang melayu. Ini yang di maksudkan olih wasiat kedua itu. "kecuali gunung ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu hingga nisbah 50 peratus " untuk dimiliki oleh orang2 melayu. 50 peratus lagi bersaing, ertinya yang ini ta ditentukan nisbahnya. Untuk keadilan kita unjurkan saja 25 peratus iaitu separuh dari kadar bersaing, jadi nisbah patut untuk warisan orang2 melayu dalam pemilikan harta tanah di Tanah Melayu.  Setiap kelulusan olih Pehak Berkuasa Negeri meluluskan tanah kerajaan yang dipohon olih kaum2 lain maka 50 peratus perlu digasetkan Rizab Melayu, 25 peratus Kepentingan Melayu, 25 peratus kaum lain yang memohon.
Dengan kata lain jika tanah kerajaan dipohon oleh Individu atau Syarikat Bukan Melayu maka 75 peratus tanahnye hendaklah di untukan kepada pemilikan orang2 melayu. Selebihnya kepada bukan melayu, namun nisbah kepentingan melayu 25 peratus itu ta lah tetap boleh jadi 45 peratus atau 10 peratus sahaja, tidak tetap. Nisbah 50 peratus yang ditentukan atau ditetapkan hendaklah di gazet sebagai rizab melayu.
Untuk penjelasan lanjut misalnye 100 ekar tanah kerajaan dipohon oleh Syarikat Bukan Melayu atau Syarikat Kongsi Melayu dan Bukan Melayu. Maka 50 ekar hendaklah di gezetkan untuk Kawasan Melayu di hak kan untuk orang melayu. 25 ekar kurang atau lebih untuk kepentingan melayu yang boleh juga digazetkan atau tidak digezetkan sebagai rizab melayu tetapi hendaklah dihakkan kepada orang2 melayu.25 ekar kurang atau lebih baki keluasan itu di untukan kepada bukan orang melayu.
Begitu lah juga pengagihan lain eset alih dan ta alih atau peluang2 ekonomi yang seharusnye berpegang kepada perinsip ini untuk kemakmuran dan pengekalan bangsa melayu diatas buminye
Wasiat.3.Penubuhan Rejemin Askar Melayu.
Wasiat.4.Kedaulatan Raja2 Melayu.
Wasiat.5.Islam Agama Persekutuan
Wasiat.6.Bahasa Melayu Bahasa Kebangsaan.
Wasiat.7.Kedudukan istimewa orang2 melayu.
Wasiat ni perlu dipatuhi dengan apa cara sekali pun, kalau ta dipatuhi sesunguhnye tunggulah 100 tahun lagi siapa akan pewaris  bumi yang kita junjung ini. Pantang melayu ta mengikut kata, itu derhaka. Pantang melayu tidak amanah, alamat punah ranah.
Wallahualam.Allah mencipta masa, kadho dan kadar.




No comments:

Post a Comment