Monday 5 May 2014

HADIS KUDSI : HARTA; PEMILIKAN DAN PELUPUSAN

Berkata Abu Hurairah r.a. Nabi saw bersabda: Allah berfirman:

"Wahai anak Adam!, Nafkahkanlah, niscaya Aku akan menambah nafkah kepadamu. Sesungguhnya tangan kanan Tuhan penuh dengan kemurahan rezeki, tidak pernah berkurang sesuatu pun dimalam hari ataupun disiangnya."

Berkata Alhasan r.a. bahawa Nabi s.a.w telah bersabda Allah telah berfirman:

"Wahai anak Adam! Habiskanlah harta simpanan mu pada jalan Ku, dan tidak usah bimbang kebakaran, atau ketengelaman, atau kecurian, nanti akan Aku berikan gantinya pada hari engkau sangat perlu kepada nya"

Berkata Ibnu Umar r.a. Bahawa Nabi s.a.w telah bersabda Allah telah berfirman:

" Wahai anak Adam! Dua hal bukan satupun urusan mu. Aku telah menentukan bagi mu sebahagian dari harta mu, ketika Aku mencabut
nyawa mu supaya Aku membersihkan mu dan mensucikan mu dengan harta itu. Dan solat hamba-hamba Ku keatas mu setelah putus ajal mu".

Penjelasan..
'Tangan kanan Tuhan.' diertikan disini kemurahan Nya dan perbendaharaan Nya yang penoh dengan rezeki dan kurnia yang diberikan Nya kepada sesiapa yang disukai Nya. Bukan lah bermaksud tangan yang di kenal manusia.Allah suci dari segala sifat manusia dan mahluk yang berjasad dan berjisim.






No comments:

Post a Comment